Chereads / My Girlfriend Bodyguard / Chapter 14 - Bab 13

Chapter 14 - Bab 13

AISY meneliti baju yang dipakainya. Setelah puas, dia memeriksa pula keadaan pistol untuk memastikan pelurunya cukup. Sedang dia memeriksa, seseorang mengetuk pintu biliknya dari luar.

"Siapa?" soal Aisy dari dalam. Pistol itu diletakkan pada beg kecil sedia ada. Dia masih berdiri di hadapan cermin dan tidak beralih langsung sedikit pun.

"Awak, ni sayalah. Fahmi." jawab Tengku Fahmi.

Aisy terus menuju ke arah pintu biliknya lalu membukanya. "Kenapa?"

Tengku Fahmi menggaru kepalanya seketika. "Emm.."

"Kenapa ni?" Aisy menyoal dengan tenang.

"Emm.. Tak boleh ke kalau awak tak pergi misi tu?" tanya Tengku Fahmi lembut. Dia memandang tepat ke arah anak mata Aisy.

"Tak."

"Kenapa tak?" tanya Tengku Fahmi sedikit cemas. Riak wajahnya saat itu agak ketakutan.

Melihat wajah lelaki itu, Aisy mengeluh. Dia menatap balik wajah Tengku Fahmi. "Awak dah lupa ke yang saya ni bodyguard? Kerja bodyguard ni terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama, jaga keselamatan orang. Kedua, selesaikan misi yang diberi. So, saya tak boleh tolak misi tu. Ada faham?" jelas Aisy sedikit panjang.

"Bukan tugas bodyguard ni cuma jaga keselamatan orang je ke? Mana datangnya jalankan misi ni?" soal Tengku Fahmi yang masih tidak puas hati.

Terdiam Aisy seketika apabila disoal begitu. Ada kebenaran juga disebalik persoalan yang diberikan kepadanya itu. Aduh! Apa aku nak jawab ni? Fikir Aisy.. Fikir..

"Fahmi.." Aisy menyebut nama lelaki itu dengan lembut sekali. Dikelipkan anak matanya dua kali sebelum menjawab persoalan lelaki itu. "Awak fikir tugas bodyguard ni jaga orang je ke.. Tak, Fahmi! Tugas bodyguard ni banyak.. Tetapi disingkatkan menjadi pendek." Kata Aisy dengan serius.

"Disingkatkan macam mana tu?" Tengku Fahmi bertanya. Menginginkan kepastian lebih lanjut daripada Aisy.

"Saya bagi contoh yang paling mudah sekali. Contohnya, tugas seorang ibu menjaga anaknya. Tugas ibu ni bukan setakat jaga anak aje tau! Dia kena beri anak makan, basuh baju anak, kemas bilik anak, mandikan anak dan macam-macam lagi lah! Jadi, kesimpulannya macam tu juga dengan tugas bodyguard. Dah faham, Fahmi?" Aisy bertanya setelah memberikan penjelasan yang cukup sempurna baginya kepada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi mengangguk tanda faham. Baru dia tahu tugas bodyguard ini banyak selok-beloknya. Difikirnya hanya satu, rupanya banyak.. "Jadi, tak boleh tolak lah ni?" Tengku Fahmi menunjukkan wajahnya yang comel itu kepada Aisy tanda memujuk.

"Aipp.. Jangan sesekali tunjuk muka tu pada saya ye.. Saya takkan tergoda.. Dan jawapan saya tetap sama, tak boleh tolak!" ujar Aisy sambil tersenyum.

Tengku Fahmi pun mengeluh lalu dimasamkan wajahnya. "Yelah-yelah..." jawabnya seperti berserah. Lagi pujuk, lagi dia nak buat jugak.

"Jom!" ajak Aisy dan berlalu keluar sambil menutup pintu biliknya.

"Pergi mana?" soal lelaki itu.

Aisy memandang wajah Tengku Fahmi. "Breakfast." Kemudian, dia terus menuruni anak tangga dan menuju ke meja makan.

Tengku Fahmi hanya mengekori dari belakang tanpa bersuara sedikit pun. Pasrah dengan jawapan yang kukuh daripada Aisy tentang misi tadi.

Tiba di meja makan, Aisy menarik kerusi dan duduk. Tengku Fahmi pun melakukan perkara yang sama. Masing-masing senyap menikmati sarapan yang disediakan oleh Mak Siti iaitu kuetiau goreng.

"Mak.." panggil Aisy.

"Ye? Aisy nak tambah kuetiau ke? Mak boleh ambilkan!" ujar Mak Siti yang sudah siap sedia bangun untuk mengambil kuetiau yang digoreng.

"Ehh,, bukan mak! Ada lagi ni kuetiau nya!" bantah Aisy lembut.

Mak Siti pun duduk semula lalu memandang Aisy. "Habis tu nak apa?" tanya Mak Siti.

"Aisy nak minta tolong mak jagakan baby besar Aisy ni!" jawab Aisy sambil mengusik Tengku Fahmi. Kemudian, dia tersenyum kecil.

Tersedak Tengku Fahmi dibuat dek Aisy. Berkali-kali dia terbatuk untuk mengurangkan rasa sakit di anak tekaknya. Matanya terus terpandang ke arah Aisy yang sedang menghulurkan segelas air. Dengan cepat, dia mencapainya lalu meneguk dengan rakus.

"Slowly, baby.. Nanti tersedak lagi.." usik Aisy yang masih tersenyum lagi.

Jelingan maut yang dihadiahkan oleh Tengku Fahmi buat Aisy. Geram ada. Malu pun ada. Aisy yang melihatnya pun hanya tergelak kecil.

"Boleh aje mak jaga baby besar Aisy ni. Bukannya mak tak pernah jaga dia," usik Mak Siti pula.

"Makkk!!" jerit Tengku Fahmi yang sedang menahan malu.

Mak Siti dan juga Aisy hanya tergelak sahaja setelah Tengku Fahmi menjerit malu.

KAKI Aisy terus melangkah masuk ke pejabat sebaik sahaja dia tiba. Seperti biasa, wajah dinginnya itu ditayangkan.

Tiba di hadapan pintu bilik pejabat Encik Azhar, Aisy terus mengetuk pintu itu. Satu suara di dalam membenarkannya masuk. Tombol pintu dipulas. Daun pintu terbuka luas.

"Ha Aisy... Awak dah tau kan kenapa saya panggil awak, kan?" Encik Azhar bertanya. Dia memandang wajah Aisy yang beku itu.

Aisy menjawab dengan menganggukkan kepalanya sahaja. Kemudian, dia terdiam seketika seolah-olah mengingati sesuatu. "Siapa yang cadangkan saya dalam misi kali ni?" soal Aisy datar. Bukan sekali dua dia disuruh menjalankan misi.. Tetapi berkali-kali.. Tidak terhitung rasanya kalau mahu dikira..

"Kamu tahukan kepada kamu dicadangkan dalam misi kali ini? Salah satunya adalah kamu mempunyai kelebihan dalam seni bela diri dan juga kebolehan menembak dengan tepat tanpa sebarang kesilapan. Yang kedua pula, mereka semua tahu yang kamu ni agent yang berkualiti dan bijak dalam menjalankan misi." Puji Encik Azhar dengan petah sekali.

Terjongket sebelah kening Aisy apabila dipuji terlebih dos itu. "So?"

"Jadi, kami semua berpakat untuk meminta kamu dan juga Haikal pergi ke misi itu. Hanya kamu berdua yang dipercayai pihak polis dalam melakukan penangkapan itu. Bukan sahaja pihak polis, malahan kami juga menagih harapan daripada kamu." Sambung lelaki dalam lingkungan 40-an itu.

"Tapi, misi kali ni.. Pihak polis betul-betul minta bantuan kita.. Diorang kekurangan orang sekarang ni.. Lagipun dah banyak kali kamu menjalankan misi dengan jayanya. Saya percaya yang kamu boleh lakukan misi kali ini." Jelas Encik Azhar lagi dengan memberi kata-kata semangat buat Aisy.

Aisy hanya mengangguk sahaja. Seketika, dia terdiam. "Perlu ke dengan Haikal tu?" soal Aisy kurang senang.

Encik Azhar mengangguk berkali-kali sambil menutup matanya. Setelah itu, dia membuka matanya kembali. Ketika itu, dia melihat Aisy sedang menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu dengan geram sekali. Tanpa mengeluarkan suaranya. Tergelak lelaki itu seketika.

"Nanti, boss bagi maklumat misi kali ni pada saya tau?! Macam biasa!" ujar Aisy. Setelah melihat Encik Azhar mengangguk, dia terus meminta izin dan berlalu dari situ.

"AISY!" Kelihatan Nia melambaikan tangannya ke arahnya yang sedang menunggunya di McDonald. Tempat yang dahulunya menjadi tempat kegemaran mereka berdua melepaskan tekanan atau singkatnya melepak.

Aisy menoleh dan segera membalas lambaian itu. Sambil itu, dia mencapai secubit ayam goreng itu dan disuakan ke dalam mulutnya.

"Mana boss kau? Tak nampak pun!" Mata Nia diluaskan bagi mencari kelibat Tengku Fahmi.

Kerutan di dahi Aisy kelihatan ketara. "Kenapa? Dia ada kat sini ke?" soal Aisy. Matanya pun tercari-cari kelibat bossnya a.k.a boyfriend nya itu.

"Laa.. Bukan tadi aku suruh ajak boss kau ke tadi? Kau tak ajak dia follow kau ke?" Nia bertanya.

Aisy menggelengkan kepalanya tanda tidak mengajak. "Tak. Nanti kau goda dia." Usik Aisy dengan nada serius. Dia menyambung kunyahannya yang terhenti seketika tanpa menunggu reaksi sepupu merangkap kawan baiknya itu.

Terlopong Nia apabila dikatakan mahu menggoda Tengku Fahmi iaitu boyfriend sepupunya itu.

Bila difikirkan balik, Aisy yang dahulunya sangat benci akan Tengku Fahmi. Tetapi sekarang? Apa yang berlaku kepada Aisy semasa dia berada di luar negara pun dia tak tahu menahu. Banyak perkara yang terjadi tanpa pengetahuannya itu. Antaranya adalah Aisy menjadi seorang bodyguard. Yang kedua pula, mamat yang dahulu Aisy benci kini jadi boyfriend nya. Bukan ke benggong namanya tu? Betullah orang dulu-dulu kata. Jangan benci sangat, takut benci itu bertukar jadi cinta.

"Kau gila!" Terjerit Nia apabila dikatakan begitu. Dalam sekejap, ramai pengunjung di situ memandang ke arah mereka berdua terutamanya dia. Aisy ketika itu dengan selamba melantak ayam gorengnya itu. Haish! Malu aku macam ni!

Nia memandang sekelilingnya perlahan-lahan. Lalu dia tersenyum dan meminta maaf akan perilakunya itu. Setelah itu, dia terus memberi tumpuan kepada Aisy semula. "Kau gila! Takkan aku nak goda pakwe kau pulak? Wey! Kalau aku nak goda dia sekalipun, dia takkan tergoda dengan aku laa wey!" Nia berkata dengan bersungguh-sungguh.

"Mana kau tahu yang dia takkan tergoda dengan kau?" soal Aisy selamba.

Nia menepuk meja kuat. "Sebab dalam hati dan fikiran dia cuma ada kau, kau, kau dan kau!" Ucap Nia kuat. Alamak! Tercakap kuat lah pulak! Cari malu betullah kau ni, Nia!

Sekali lagi dia meminta maaf akan keterlanjurannya itu. Tiba-tiba, satu ketukan di meja membuatkan dia berpaling menghadapnya. Terdiam dia seketika apabila berhadapan dengan dua jejaka yang handsome pada pandangannya. Tapi.. Macam pernah tengok muka mamat-mamat ni.. Kat mana ekk? Lama dia berdiam diri cuba mengingati wajah-wajah jejaka itu di kotak ingatannya.

Aisy pun berpaling ke arah ketukan itu. Didongakkan kepalanya itu bagi melihat dengan jelas. Tergamam dia sekejap. Apa yang dia buat kat sini?

"Hai, Aisy!" sapa Aliff sambil tersenyum. Kemudian, matanya dihalakan kepada gadis yang tidak diketahui namanya itu. Dengan berani, dia menyapa gadis itu sambil tersenyum. "Hai!"

"Erkk.. Hai jugak.." Jawab Nia gugup. Hok aloh! Depa tegok cek laa! Dup dap dup dap! Hati.. Don't you dare to be 'berdegup' naa! Ish! Pasai pa english aku berterabur nih?! Merapu entah apa-apa!!

Aisy hanya membalas dengan anggukan sahaja. Dia mengamit Tengku Fahmi duduk disebelahnya. Tanpa banyak soal, Tengku Fahmi terus duduk.

"Duduk ahh!" Aisy menyuruh Aliff duduk disebelah Nia dengan memuncungkan bibir mungilnya itu. Tanpa banyak soal, Aliff pun duduk dengan selamba. Nia yang berada disebelahnya kaku bagaikan anak patung.

"Kau kenapa?" Pelik Aisy akan kelakuan Nia itu. Tadi bukan main kuat suara. Sekarang? Macam anak patung pun ada.

Nia terus memainkan anak matanya kepada Aisy. Kiri kanan atas bawah anak mata Nia bergerak. Aisy yang melihatnya pun tergelak kecil tanda faham akan maksud sepupunya itu. Dia mengangguk tanda faham.

"Fahmi. Aliff." Beritahu Aisy sambil tangannya dihalakan kepada Tengku Fahmi dan juga Aliff. Singkat sahaja penjelasannya itu.

Nia mengangguk faham. Seketika, dia terdiam. Otaknya mula berfungsi dengan stabil saat itu. Matanya terus membulat. "What?!" Dan entah kali ke berapa dia menjerit kuat. Lagi kuat daripada tadi. Tersedar akan kekuatan suaranya itu, dia dengan malu meminta maaf sangat-sangat kepada pengunjung di situ. Dia menekup wajahnya untuk menutup malu.

Tiba-tiba, dia terdengar satu suara disebelahnya tertawa. Agak kuat juga. Dia berpaling lalu menatap wajah Aliff dengan tajam. Suka la tu gelakkan kita! Malu tahu tak?!

"You are so adorable, Khainia!" Ujar Aliff dengan selamba. Dia membalas pandangan Nia dengan senyuman yang manis. Kini, dia sudah ingat gadis yang tidak diingati namanya tadi. Patutlah macam pernah tengok! Rupanya Khainia! Gadis yang dipuja dalam diam.

Terkaku Nia saat Aliff menyebut nama penuhnya. Khainia. Sudah lama sekali. Tiada sesiapa pun memanggil nama penuhnya itu sejak papanya meninggal dunia. Panggilan itu selalu disebut oleh arwah papanya suatu tika dahulu. Tapi, sekarang kebanyakkan orang akan memanggilnya Nia sahaja.

"Why you call me Khainia?" Nia bertanya kepada Aliff. Pujian daripada Aliff tidak diendahkan olehnya.

"Why not? It's that your name, right?" Soalan dibalas dengan soalan. Dia tersenyum.

Nia menggaru kepalanya. Kekok sedang menghantui dirinya. "Yeah.. But.."

"But what? Hm?"

"Erkk.. Nothing!" Dalih Nia. "Eh, Fahmi! Lama tak jumpa kau! Makin sado and handsome kau ni! Patutlah Aisy tetiba jatuh cinta dengan kau!" usik Nia dengan selamba badaknya.

Aisy terus memberi jelingan maut kepada Nia. Tengku Fahmi tersengih-sengih. Dan Aliff tersenyum sahaja.

"Saya?" Aliff memandang Nia. Menginginkan pujian daripada gadis itu.

Nia terdiam lama sambil berfikir. "Hmm.." jawabnya singkat dengan mengangguk.

Aliff tersenyum. "Hmm aje, Khainia?" usiknya.

"Hmm ajelah! Buat apa lebih-lebih! Sibuk aje dia ni!" jawab Nia pantas. Dia terus bangun. "Aku nak pergi order jap! Kau nak order apa-apa tak?" soal Nia kepada Aisy.

Aisy menggelengkan kepalanya tanda tak nak. "Tak nak order?" soal Aisy kepada Tengku Fahmi.

"Hm, boleh. Orderkan aku sama macam Aisy tau!"

"Aww.. So sawit betullah korang ni! Jeles aku!" Sengaja dia menggunakan perkataan 'sawit' bagi menggantikan perkataan 'sweet'.

"Tak payah jeles. Sebelah kau ada." Ucap Aisy selamba.

Nia memberi pandangan tajam buat kawan baiknya itu. "Sebelah aku buat apa? Baik aku cari mamat korea! Lagi bagus!" Ucapnya laju tanpa memikir panjang. Tanpa membuang masa, dia terus berlalu ke kaunter.

Aliff tersenyum sahaja. "Aku follow dia!" ujarnya dan terus membuntuti langkah Nia. Aisy mengangguk sahaja.

"Awak.." panggil Aisy.

"Yes?" Tengku Fahmi berpaling menghadap ke arah Aisy.

"Sejak bila ada kat sini?" soal Aisy sambil memandang anak mata Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi berfikir sesaat. "Lama tak lama lah. Masa cousin awak jerit 'kau gila' tadi. Time tu saya dah ada kat sini. Mula-mula, saya tertanya jugak. Siapa lah jerit tak tentu pasal ni. Bila tengok, ada awak kat situ. Masa tu, saya nak je terus pergi kat sini. Tapi, si Aliff halang pulak. Dia kata tunggu kejap. Saya pun tunggu lah. Then, the story end." Jelasnya panjang lebar.

Aisy tersenyum sedikit mengingatkan perangai gila-gila sepupunya itu. Ada sahaja kerenahnya yang mahu dia layan. Belum lagi kembar sepupunya itu, huru-hara jawabnya.

"Macam mana dengan misi awak?" Tengku Fahmi bertanya sekadar menginginkan kepastian.

"Masih dalam proses." Jawab Aisy. Dan Tengku Fahmi pun mengangguk.

Ketika itu, Nia dan juga Aliff tiba di meja makan dengan membawa makanan yang dipesan tadi.

Yang sorang, muka macam asam keping. Yang sorang lagi, muka macam gula melaka. Mesti Aliff mengusik Nia sampaikan wajahnya masam.

"Kau memang nak jadi Fahmi yang kedua ke apa ni?" soal Aisy bersahaja. Yang dia maksudkan adalah kegurauan.

Aliff hanya tersengih-sengih. Dia memandang gadis disebelahnya saat itu. Gadis itu terus memberikan jelingan maut terhadapnya. Hari ni memang hari jelingan ke apa ni?

"Dalam proses macam mana tu?" Tengku Fahmi melanjutkan persoalan yang terhenti seketika.

Aisy menyedut minumannya sambil berfikir. "Masih dalam siasatan."

"Ouhh.. Kalau serbu aje, tak boleh?"

Aisy menggelengkan kepalanya tanda tidak boleh. "Kalau main serbu aje, baik tak payah siasat." Dan dilihat Tengku Fahmi mengangguk.

"Korang cerita pasal apa ni?" Tanya Nia.

"Pasal misi aku." Terang Aisy.

Nia hanya mengangguk tanda mengerti. Dia sudah tahu apa yang disampaikan oleh Aisy. Aisy sudah memberitahunya tentang misi yang bakal dijalankan oleh Aisy dan rakan sekerjanya, Haikal. Aisy juga memberitahunya bahawa Tengku Fahmi tidak tahu menahu tentang kerjayanya lagi satu itu. Jadi, dia hanya menurut sahaja apabila Aisy menyuruhnya merahsiakan kerjayanya lagi satu itu.

Lama mereka semua melepak di situ. Suasana di McDonald itu agak bising memandangkan hari ini hari cuti. Masing-masing menghilangkan stress dengan berjalan-jalan, membeli-belah, menonton wayang dan banyak lagi.

Dan memandangkan mereka berempat berjumpa semula. Mereka merancang mahu menghabiskan masa bersama. Awalnya hanya Aisy dan juga Nia. Tapi, entah datang dari mana. Tup tup.. Melepak dengan diorang sekali..

"Aisy! Kau nak tengok cerita apa? Aku belanja memandangkan dah lama aku tak belanja kau! Amacam?" soal Nia bersemangat. Dilihatnya, Nia menggenggam tangannya sendiri tanda semangat yang terlebih.

"Yang ada thriller." Ucap Aisy sambil menatap wajah Nia dengan serius.

Pucat wajah Nia apabila Aisy mahu melihat cerita thriller. "Ahh, sudah! Tak lena tidur aku malam ni!" Dia terus menepuk dahinya tanda pasrah.

Tersenyum Aisy sedikit dengan gelagat kawan baiknya itu. Nia.. Nia..

"ARGHHH!!" jerit Nia sekuat hati. Tanpa sedar dia terus memeluk lengan sasa milik Aliff. Takut punya pasal, habis semua dipeluknya. Nasib popcorn yang ada di tangannya tidak terpelanting sama. Kalau tak, rugi sahaja membeli popcorn itu.

Aliff yang berada disebelahnya hanya tersenyum sahaja. Suka agaknya dengan reaksi Nia semasa menonton cerita thriller itu.

Tetapi, berlainan pulak dengan Aisy. Dia kelihatan tenang sahaja menonton thriller itu. Seolah-olah, cerita itu tidak ngeri dan seram. Al-maklumlah, dia sudah terbiasa dengan situasi tersebut.

"Awak tak takut?" tanya Tengku Fahmi dengan berbisik di telinga Aisy.

"Tak." Jawab Aisy sepatah. Kemudian, dia berpaling menghadap boyfriend nya itu. "Kenapa? Awak takut ke?" Usik Aisy tersenyum.

"Ishh! Mana ada! Saya tak takut lah!" Bantah lelaki itu dengan perlahan apabila diusik begitu. Haihlah, Aisy! Suka dia usik kita ye..?

Aisy tergelak kecil dengan bantahan itu. "Yelah, yelah.." jawab Aisy tanda mengaku kalah.

Setelah selesai menonton, mereka semua merenggangkan badan masing-masing bagi tidak lenguh.

Semasa membuat renggangan kecil, Nia telah ditarik oleh seorang lelaki yang sedang memegang senjata api. Dalam sekejap, situasi di situ agak huru-hara dengan jeritan pengunjung di situ yang dalam ketakutan.

Aisy memandang Nia yang dalam ketakutan. Matanya segera dimainkan bagi menenangkan sepupunya itu. Lelaki itu sedang menghalakan senjata api di kepala Nia dengan posisi tangan kanan diletakkan di bawah leher Nia dan tangan kirinya mempunyai pistol dan dihalakan di kepala Nia.

Dalam diam, Aisy menyelit di kalangan orang ramai yang berkerumun di situ. Mahu melihat apa yang terjadi. Orang sepatutnya jerit dan selamatkan diri. Ini? Boleh tercongok kat situ. Kalau kena jadi mangsa seterusnya siapa susah? Diri sendiri yang susah jugak.

"Kau siapa?!" Tengku Fahmi memberanikan diri dengan menyoal lelaki bersenjata api itu. Matanya dihalakan sekeliling mencari girlfriend nya itu. Mana lah Aisy ni?

"Siapa aku, kau tak perlu tahu! Yang pasti, aku nak kau ikut aku! Kalau kau tak ikut aku?! Aku akan bunuh dia!!" Lelaki itu bersuara garang.

"Damn! Kalau kau nak aku ikut kau sekalipun. Kenapa mesti libatkan dia? Dia perempuan! Pengecut sangat ke kau ni sampai nak libatkan perempuan? Kita settle cara lelaki lah! Orang pengecut aje libatkan perempuan!" Tengku Fahmi sengaja mengapi-apikan lelaki itu selepas mendapat isyarat daripada Aisy yang berada di belakang lelaki itu.

"Nia gigit dia!" Jerit Aisy kuat.

Tanpa basa-basi, Nia terus menggigit tangan lelaki itu dengan sekuat hatinya. Lelaki itu menjerit kesakitan dan membuatkan Nia terlepas daripadanya. Dia terus berlari ke arah Aliff.

Dengan pantas, Aisy menendang lelaki itu dari belakang sehingga lelaki itu jatuh tersungkur. Tetapi, lelaki itu pantas berdiri semula dengan menggenggam pistol dan diarahkan kepada Aisy.

Aisy yang melihatnya pun terdiam seketika. Situasi di saat itu amat mendebarkan. Mahu sahaja dia mengeluarkan pistol miliknya tetapi ramai pengunjung di situ. Dia tidak mahu salah seorang terkorban akibat tebakan itu. Jadi, dia menyabarkan dirinya lalu berfikir dengan teliti.

"Jadi, kau lah Aisy?" soal lelaki itu sambil tertawa.

Aisy mengerutkan dahinya apabila lelaki itu mengetahui namanya. "How do you know my name?" Soalan dibalas soalan. Persoalan lelaki itu tidak dijawab. Serius sahaja wajahnya saat itu.

Lelaki itu tertawa lagi. "Jadi betullah kau Aisy? Tak sangka aku yang kawan aku kena belasah dengan kau? Tak padan dengan badan kecil, kuat mengalah singa."

Aisy tergelak sinis. "Kau pernah lawan dengan singa ke?" Sindirnya sambil tersenyum sinis.

Terus mati gelak tawa lelaki itu. "Kita tengok siapa yang hebat!" Baru sahaja lelaki itu mahu menghalakan pistol nya ke arah gadis yang bernama Aisy itu tapi satu suara menyapa di pendengarannya.

"Kalau kau hebat sangat, kita lawan tanpa menggunakan senjata? Amacam? Berani? Ke kau ni jenis pengecut?" Aisy sengaja mengapi-apikan lelaki itu.

Wajah lelaki itu merah padam apabila dikatakan begitu. Dengan perasaan marah, dia terus menyerang Aisy.

Aisy tersenyum sinis. Dan tanpa teragak-agak, dia terus menepis serangan itu lalu menendang wajah lelaki itu. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Tiga kali, dia memberi tendangan buat lelaki di hadapannya itu.

Pistol yang berada di tangan lelaki itu dipijak kuat. Dengan pantas, dia mengambil pistol itu. Lelaki itu sudah terbaring lemah dengan tendangannya yang sangat kuat itu.

"Lain kali sebelum bertindak, siasat dulu siapa aku. Kau tak kenal aku lagi siapa. So, terimalah padahnya. By the way, cakap dengan boss kau yang aku tak takut dan takkan pernah takut dengan dia. Ouh.. One more thing," Aisy mengambil masa untuk meneruskan ayatnya yang terhenti seketika.

"Don't judge book by it's cover!" Sambungnya dalam bahasa english. Dia tersenyum lalu segera didinginkan wajahnya semula.

"Dah jom!" ajak Aisy sambil menarik tangan Tengku Fahmi. Nia dan juga Aliff mengikutinya tanpa banyak soal. Pengunjung di situ diam tak terkata dengan tindakan Aisy yang sangat berani.

BEBERAPA kali tepukan dihadiahkan buat Aisy. Nia kagum akan tendangan Aisy sebentar tadi. Terlopong mulutnya apabila melihat tindakan sepupunya itu.

"Memang the best lah kau!!" puji Nia yang masih lagi kagum.

"Patutlah kau paling top antara semua bodyguard yang ada dekat tempat kerja kau! Bangga aku ada sepupu macam kau!" Sambungnya lagi. Terangguk-angguk dia sambil tersenyum.

"Dah tak takut ke kau ni?" soal Aisy. Pujian Nia dibuat-buat tak dengar.

Terdiam Nia apabila disoal begitu. Tiba-tiba, bulu romanya meremang. Ketakutan mula menguasai dirinya. Langkahnya yang semangat tadi kini lemah tak bermaya. Tubuhnya sempat disambut oleh Aliff sebelum terhumban di muka bumi.

"Jom! Aku hantar kau balik!" Aisy mempelawa dirinya untuk menghantar sepupunya pulang ke rumah. Sudah dia duga akan berlakunya begini. Menyesal pulak mengingatkan Nia pada kejadian tadi.

Nia hanya menurut sahaja kata Aisy. "Aku tolong kau!" ujar Aliff dalam nada risau. Dia terus memapah Nia yang lemah itu.

"Nak ikut jugak!" ujar Tengku Fahmi.

"Tak boleh..."

"Asal pulak tak boleh?" soal Tengku Fahmi. Wajahnya sengaja dimasamkan.

"Boleh..."

"Boleh ke tak ni?" soal lelaki itu lagi. Menginginkan kepastian.

"Tak boleh..." Sengaja Aisy bermain kata. Dia mahu tersenyum tetapi ditahan terlebih dahulu.

"Awak jawablah betul-betul!" Marahnya.

"Betul, betul, betul!" Aisy meniru gaya percakapan Upin Ipin. Seketika dia tergelak kecil.

Tengku Fahmi mengecilkan matanya. Kini dia tahu bahawa dia dipermainkan oleh Aisy. Terus dicubitnya pipi Aisy dengan kuat dan terus melarikan diri mengikuti langkah Aliff dan Nia.

Aisy menggosok pipi berkali-kali. Dijelingnya Tengku Fahmi dengan geram. Sakit! Takpe.. Takpe.. Tunggu pembalasan daripada Putri Aisy ini!! Chit! Ucapnya dalam hati. Dia tersenyum dengan agendanya sendiri.