"WHERE is Tengku? I want to see him! Right now!" Angkuh sahaja ucapan gadis seksi itu. Dia mengenakan dress putih mengikut bentuk badannya yang 'wow' itu.
Aliff yang mendengarnya pun buat tak endah akan gadis tak cukup kain itu. Dia menyambung kerjanya yang terhenti seketika tanpa mempedulikan gadis itu.
"Helloo! Jangan palau I boleh tak? I tanya ni, mana Tengku?!" Bengang gadis itu.
"Buat apa nak tahu?" tanya Aliff tanpa memberitahu gadis yang berada di hadapannya itu. 'Tak habis-habis nak ganggu member aku! Orang kalau dah tak sudi, buat apa nak terhegeh-hegeh! Tak tahu malu punya pompuan!' Kutuknya dalam hati.
Dengan angkuhnya gadis itu berkata, "Eh! Ini Tengku Melliana lah! Mestilah I nak kena tahu kat mana my bf berada?!"
"Hahaha...Mel.. Mel.. Bila masa pulak dia jadi bf kau ni? As a friend, dia tak bagitau apa-apa pun about your relationship?! Kau jangan nak buat lawak tak bertauliah kat sini boleh tak?" ucap Aliff selamba. Berair anak mata dibuatnya dekk perkataan 'bf' yang disebut Melliana itu.
Terbeliak anak mata Melliana dibuatnya. "I nak jumpa Fahmi! Mana dia?!" Tanya Melliana dengan marah. "If you tak bagi jumpa Fahmi, I boleh cari dia sendiri lah!" Sambungnya lagi. Dia terus melulu pergi tanpa menunggu jawapan daripada Aliff.
"Mel! Mel!" panggil Aliff kuat. Dia menghela nafas kuat. Lantak kaulah! Malas aku nak kejar minah kerek tu! Ishh,, geram pulak aku dengan pompuan ni! Kang aku cocok dengan batang pen ni kang!
Panggilan Aliff tidak diendahkan. Dia terus masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Matanya terus tertatap ke arah wajah handsome yang dimiliki oleh Tengku Fahmi. Dia tersenyum lebar untuk seketika. Sesaat kemudian, dia perasan akan kehadiran seorang gadis lain berada di sebelah Tengku Fahmi. Wajahnya terus masam melihat wajah gadis itu.
'Cantik pulak aku tengok perempuan ni.. Tapi macam aku pernah tengok pulak perempuan ni? Kat mana ekk?' ujar Melliana dalam hati. Lama dia berdiam diri sehinggalah dia teringat akan sesuatu. Matanya terus terbeliak.
Aisy hanya memerhati gelagat Melliana yang tiba-tiba berdiam diri itu. Dia tersenyum sinis. Mesti dia tengah ingat aku tu.. Tu yang tiba-tiba terdiam.. Melihat Melliana membeliakkan mata membuat dia pasti akan dugaannya itu.
"You buat apa kat sini? Bukannya nak ketuk dulu. Ni main masuk aje!" Ujar Tengku Fahmi menahan geram.
Melliana tidak mendengar perkataan Tengku Fahmi. Sebaliknya dia terus pergi ke arah Aisy yang melihatnya lagi tadi. "Kau! Kau Aisy, kan? Macam mana kau boleh ada kat sini?" soal Melliana. Dulu masa study, Aisy dikenali sebagai gadis pendiam. Dengan cermin matanya yang bulat, baju besar dan seluar pun besar. Tapi dengan gaya Aisy itulah yang diminati pelajar lelaki di kolej itu. Ada ke patut?
'Ek eleh, kau jealous sebab ramai minat dia daripada kau!'
"Yup. Kenapa? Tak boleh ke kalau aku ada kat sini?" soal Aisy sinis.
Melliana mahu menjawab soalan Aisy tetapi dicelah dengan suara garau Tengku Fahmi. "Macam mana you boleh kenal Aisy?"
"Dia buat apa kat bilik you ni?" soal Melliana tanpa menjawab soalan Tengku Fahmi. Malas mahu menjawab pertanyaan Tengku Fahmi.
Pulak! Aku nak jawab apa ni? Takkan aku nak bagitau yang Aisy ni bodyguard aku? Jatuh air muka aku kalau Mel ni tau yang Aisy ni bodyguard aku! Fikir Fahmi.. Fikir.. Tiba-tiba, satu idea terlintas di fikirannya ketika itu. "Dia ada kat sini sebab dia girlfriend I! Takkan itu pun tak boleh?" ujar Tengku Fahmi selamba. Dikerlingnya wajah Aisy ketika itu dan melihat kerutan di dahi gadis itu. Dia memejam matanya sebanyak dua kali ke arah Aisy sebagai isyarat untuk menyelamatkannya.
Melihat Tengku Fahmi memberi isyarat kepadanya, Aisy sekadar mengangkat bahunya saja. Nak saja aku cekik leher mamat ni! Ada saja karenahnya yang nak kena aku layan! Nasib kau lah Mel, kena kelentong dengan mamat ni! Tapikan, apa hubungan antara diorang ni ekk? Hurm... Hishh, yang aku nak sibuk sangat ni pasai pa??
"What? Your girlfriend? Hey you! You jangan nak buat joke dengan I! I tak suka! Baik you cakap betul-betul!" marah Melliana dengan menafikannya.
"I say the truth. Tapi kalau you tak percaya, terserah you." Terang Tengku Fahmi kepada gadis seksi yang berada dihadapannya itu. Harap tak kantoi! Tapi, kalau dia bagitau dengan mama macam mana? Ahh, lantaklah! Entah-entah, mama lagi suka kalau aku ada girlfriend.. tapi girlfriend fake lah! Hehehe..
"I bagitau mama you!" ucap Melliana dengan marah. Dia terus berlalu keluar dengan menghentakkan kakinya tanda protes.
"Mama I lagi suka kalau I ada girlfriend lah!" jerit Tengku Fahmi sengaja. Padan muka! Puas hati aku! Dia lupa akan Aisy merenung ke arahnya dengan tajam ketika itu.
"Ehem!" Tegur Aisy dengan mendehemkan suaranya. Tajam sahaja anak mata Aisy memandang Tengku Fahmi.
Aduh! Gue lupa ada ini cewek! Tengku Fahmi memandang ke arah Aisy. Kemudian, dia tersengih. "Be chill, Aisy. Takkan saya nak bagitau yang bodyguard saya perempuan? Right? If saya bagitau yang awak bodyguard saya, malulah saya!" ujar Tengku Fahmi meminta simpati. Dia mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali. Ingat comel lah tu!
Aisy hanya memerhati gelagat Tengku Fahmi yang comel itu. Comel ke? Dia menggeleng kepalanya. "Kali ni saya lepaskan Tengku. Tapi nanti kalau Mel bagitau dengan mama Tengku macam mana?" Soal Aisy tanpa teragak-agak.
Tengku Fahmi tersengih sahaja. "Biarkan ajelah.." Selamba sahaja dia menjawab soalan Aisy.
"TAK guna punya pompuan! Kau rampas Fahmi daripada aku! Kau memang perempuan yang tak guna! Kau goda Fahmi dengan rupa kau ye! Takpe.. takpe.. Just wait and see.." Melliana tersenyum jahat. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke parking kereta.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang kelihatan berbaju lusuh memasuki kereta Melliana dengan tergesa-gesa. "Jalan!" arah lelaki itu.
"Kau buat apa dalam kereta aku ni?! Get out!! Now!!" jerit Melliana dengan nada yang kuat.
"Jalan ajelah!! Baik kau jalan sebelum diorang tangkap kau jugak! Nahas kau!" ugut lelaki itu.
Sekumpulan yang terdiri daripada tiga lelaki yang berbadan tegap menghampiri kereta Melliana. Mahu tak mahu, dia terpaksa membawa sekali lelaki yang berada di sebelahnya itu dengan perasaan yang menyampah. "Huh!"
Laju sahaja kereta Audi A6 yang dipandu oleh Melliana menyusur ke jalan raya. Perasaan yang geram menguasai dirinya. Dia menekan minyak keretanya dan membawanya dengan laju tanpa mempedulikan lelaki itu ketakutan.
"Woi! Woi! Kau nak bunuh aku ke apa? Gila punya pompuan! Turunkan aku!!" Lelaki itu menyoal Melliana dengan cemas. Dalam hatinya berdoa agar dia tak mati dulu. Belum taubat nasuha lagi!
Berdesing telinga Melliana sebaik sahaja mendengar perkataan 'gila' yang keluar daripada mulut lelaki itu. Apa lagi? Lagi lah dia tekan minyak! "Macam mana kau boleh ada kat sini? Bukan aku dah hantar kau pergi luar negara, kan? Tell me! Macam mana kau boleh ada kat sini?" soal Melliana yang masih membawa kereta mewahnya dengan laju. Nasiblah lengang jalan raya ni! Kalau tak, aku pun takut!
"Okey! Okey! Perlahankan kereta ni dulu! Macam mana aku nak cerita kalau kau bawa macam ni! Boleh fobia aku dibuatnya! Berhenti kat tepi!" ujar lelaki itu separuh lemah. Memang gila ni pompuan! Tak takut mati ke apa?! Dia memegang perutnya. Tekaknya loya. Terasa mahu mengeluarkan apa-apa sahaja yang berada di dalam perutnya itu.
Perlahan Melliana memberhentikan kereta Audi A6. Terus dia memandang ke arah wajah lelaki itu. "Story kat aku! Cepat!" arah Melliana tanpa membuang masa.
"Jap! Bagi aku 5 minit!" pinta lelaki itu.
"Aku takde masa lah nak layan kau! Hurry up!" kata Melliana.
"Okey.. Macam ni ceritanya..." Lelaki itu pun menceritakan tentang di mana dia kena sekat dengan anak buah Along. "Aku hampir-hampir kena tangkap disebabkan aku tak bayar hutang lagi. Ada ke patut, aku pinjam daripada Along RM3000. Tapi lepas pinjam tu, kena bunga. Daripada RM3,000 terus jadi RM30,000. Apa lagi.. aku pun cabut ahh.. Banyak kot RM30,000 tu.." cerita lelaki itu bersungguh-sungguh.
"Hah?" Melliana memicit kepalanya. "Nanti aku bank in duit dalam akaun kau. Kau bayar duit Along yang kau pinjam tu. Kalau ada lebih nanti, kau terus tinggalkan negara ni! Faham?!" ujar Melliana geram. Dia menjeling lelaki yang selalunya dipanggil sebagai Aizad.
Aizad tersengih macam kerang busuk. "Baik boss!!" Aizad terus keluar dan meninggalkan kereta Audi A6 milik Melliana.
"Settle. Next, aku akan cari cara untuk pisahkan Fahmi dengan Aisy. It's okay, sayang. Tak lama lagi.. You will be mine.." Melliana tersenyum dengan penuh hasat dengki. Dia pun meneruskan perjalanannya yang terbantut tadi.