"FAHMI!" Aliff menegur Tengku Fahmi sambil menepuk bahu kawan baiknya itu. "Kau okey tak?" soal Aliff apabila melihat Tengku Fahmi tersentak apabila dipanggil.
Dengan pantas, Tengku Fahmi memberi jelingan maut pada kawan baiknya itu. Ketika itu, mereka berdua berjumpa di warung mamak.
"Kau pahal dokk? Termenung jauh nampak? Fikirkan buah hati ke?" usik Aliff sambil tersengih-sengih.
Tengku Fahmi hanya mampu mengeluh sahaja. "Haihh.. Aku tak tahu dah nak buat apa dengan dia. Macam-macam aku dah buat. Tapi still tak gerak. Sampai satu tahap, aku rasa macam dah give up.." luah lelaki itu kepada Aliff.
Wajah Aliff berubah menjadi serius setelah mendengar luahan Tengku Fahmi. "Pulak? Takkan kau nak give up macam tu aje. Tu namanya kau tak serius dalam hal ni. Macam mana Aisy nak suka kau kalau kau dah terang-terangan dah give up.. Come on lah, Fahmi..."
"... Lagipun, sekarang ni.. Aisy single lagi tau! Dah lah bodyguard, cantik, cun, cute. Dekat tempat dia kerja sekarang ni kebanyakan lelaki yang handsome plus sado tau! Kau tak takut ke kalau diorang ngorat Aisy?" provok Aliff sengaja. Kemudian, dia mencapai air kopi yang berada di atas meja itu.
Terbuntang anak mata Tengku Fahmi menikam wajah Aliff. "Seriously? Are you kidding me?" soal Tengku Fahmi tergesa-gesa.
"No.. I'm not kidding.." Aliff menggeleng kepalanya mengatakan bahawa itu bukan gurauan semata-mata. Siapa aje yang tak nak kat Aisy tu? Cantik apa?
Tengku Fahmi meraup wajahnya berkali-kali. Nak give up? Ataupun teruskan? Kalau aku give up, aku takkan dapat memiliki hati dia.. Kalau aku teruskan, mungkin hati aku yang tersakiti..
"Okay! Fahmi.. Kau ingat tak lelaki yang mengaku cousin Aisy tu? Yang pernah warning kat kau lepas Aisy gila-gila marah kat kau tu.. Ingat tak?" Aliff meminta kepastian daripada bossnya itu.
Tengku Fahmi sekadar mengangguk sahaja. "Kenapa?" soal Tengku Fahmi pelik.
Aliff menepuk dahinya sekejap. "Kau boleh tanya kenapa? Kau ni kan, kalau soal kerja.. Aku tak boleh nafikan yang kau ni memang perfect! Tapi, kalau dalam soal cinta? Fuhhh,, jangan tanyalah.. Terang lagi bersuluh! Memang kau ni slow! Wey, Fahmi! Kau tak ingat ke dia pernah cakap dengan kau yang dia sukakan Aisy! Kau tak takut ke nanti dia rampas Aisy daripada kau?" Jelas Aliff panjang lebar.
Terkaku Tengku Fahmi sebentar. Haah.. Aku baru ingat pasal tu.. "I don't know.."
"Kau call Aisy sekarang!" arah Aliff tiba-tiba.
Tengku Fahmi pun terpinga-pinga akan arahan itu. Siapa yang boss sebenarnya ni?? Aku ke dia? "Call Aisy? Untuk apa?" soal lelaki itu, hairan.
"Sebelum kau call dia, aku nak kau pejam mata kau dan kau tanya hati kau betul-betul. Betul ke kau nak mengalah macam tu je? Dah hilang ke rasa cinta kau untuk Aisy? Gadis yang selalu kau inginkan hatinya? Are you sure about that?" tanya Aliff serius.
"A.. Aku tak pasti.. Aku takut kalau dia tolak aku.." luah Tengku Fahmi teragak-agak.
"Mana kau tau dia akan tolak kau? Kau dah luahkan ke? Dah tanya dia? Tak, kan?" Aliff menjungkitkan kening sebelah kanan.
Tengku Fahmi menggeleng kepalanya dengan perlahan. Dia melihat skrin wallpapernya dan merenung lama gambar itu.
Aliff pun melirikkan bebola matanya ke arah yang direnung oleh Tengku Fahmi. Terangguk-angguk dia dibuatnya. Kini, dia tahu perasaan sebenar kawan baiknya itu.
"See.. Aku tau kau sebenarnya tak nak mengalah lagi kan? So, kau call Aisy sekarang and ajak dia tengok wayang. Pastikan cerita korea genre romantis tau! Amacam? Okay tak idea aku?" soal Aliff tersengih.
Pantas, Tengku Fahmi mengetuk kepalanya kawannya itu dengan kuat. "Kepala otak kau cerita korea! Genre romantis pulak tu?! Gila kau?! Kau nak suruh aku cium dia ke apa?!" Bertalu-talu serangan perkataan yang diberikan oleh Tengku Fahmi.
Kini, giliran Aliff pula mengetuk kepala Tengku Fahmi dengan geram. "Kenapa kau ketuk kepala aku monyet?! Oi! Kau fikir semua cerita korea yang bergenre romantis ni semuanya pasal cium lah? Bengong! Asal korea aje, cium! Asal korea aje, cium! Kan ada benda lain selain daripada cium? Kau fikir aku takde otak ke nak cakap pasal cium? Aku cakap pasal sweet dalam pawagam!"
"For example, kalau dia sedih kau sapu lah air mata dia. Misalnya, kalau cerita tu bergenre horror romantis. Kau peluklah dia kalau dia takut.." jelas Aliff panjang lebar. Dengan geram, dia menjeling Tengku Fahmi.
"Ouh, yeke?" Tengku Fahmi menggaru kepalanya sedikit. "Tapikan, kau yakin ke aku takkan kena kick dengan dia?" soal Tengku Fahmi meminta kepastian.
"Erkk.. Itu aku tak jamin ahh bro. Kalau dia nak kick kau, dia kick ahh. Bab tu, aku tak boleh nak komen lebih-lebih."
"Ceh, tadi beria sangat bagi idea. Sekarang ni kau yang terkulat-kulat sendiri." Hentam Tengku Fahmi setepek.
Aliff hanya buat-buat tak tahu sahaja akan perlian bossnya itu. Dasar boss! Orang dah bagi idea ni kira bersyukur lah!
"Haa,, mengumpat aku dalam hati ahh tu! Tengok muka kau yang macam tepung gandum pun aku dah tau!" bidas Tengku Fahmi.
Membulat mata Aliff seketika. "Wahh.. Muka aku yang terlebih handsome ni, kau kata macam tepung gandum? Habis muka kau tu macam apa? Tempoyak basi?" balas Aliff dengan memgetapkan giginya.
"Ish, bukan tempoyak basi lah. Muka aku kan macam pelakon indonesia yang terkenal tu. Tapi aku tak ingat pulak nama dia." Tengku Fahmi tersenyum lebar di hadapan kawan baiknya itu.
"Ek eleh.. Ada hati nak samakan muka kau dengan pelakon. Pigidah!" ujar Aliff tidak puas hati.
Tengku Fahmi sekadar mengangkat bahunya sahaja. Dia pun bangun dari kerusi dan ingin berlalu dari situ. "Yang pasal idea kau tu.. Tengok keadaanlah dulu.. Apa-apa hal, aku bagitau kau." Dia pun menepuk bahu Aliff dan meninggalkannya sendirian.
PINTU pagar segera dibuka dengan menggunakan remote control. Tengku Fahmi pun memarkirkan keretanya di garaj. Tanpa menunggu lama, dia pun membuka pintu utama.
Sebaik sahaja pintu itu terbuka. Keadaan dalam rumah yang selalunya terang benderang menjadi gelap gelita. Kerutan di dahi lelaki itu mula kelihatan saat melihat rumahnya begitu gelap sekali.
Melihat situasi itu, dia segera membuka suis lampu rumahnya. Seketika, ruang tamu menjadi terang dalam sekejap. Terbeliak matanya seketika. Terus dia mematungkan diri kerana terkejut yang amat.
"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Rizal.. Happy birthday to you.. Yeyy!!"
Pop! Pop! Pop! Dalam sekejap, letupan itu bergema memenuhi ruang tamu itu. Kelihatan, Tengku Fahmi masih dalam keadaan kaku.
Tengku Fauziah pun menuju ke arah anak bujangnya yang satu itu sambil tersenyum. Dia menepuk bahu anaknya lalu memeluk dengan erat sekali. "Dah tua anak bujang mama ni.." Tengku Fauziah sempat lagi mengebom anaknya itu.
"Mama!! Mana ada tua! Baru aje 26 tahun! Belum tua lagi lah!" sangkal Tengku Fahmi geram. "Ma..." panggil Tengku Fahmi.
"Yup?"
"Hari ni hari jadi Riz ke?" soal Tengku Fahmi yang masih dalam keadaan blur.
Tengku Fauziah segera mencucuk pinggang anak lelakinya itu. "Birthday sendiri boleh lupa? Ni mesti Aliff banyak sangat bagi kerja ni.." ujar Tengku Fauziah dengan selamba.
"Aikk? Mana ada auntie! Terbalik itu auntie.. Sepatutnya Fahmi yang bagi banyak kerja kat saya sebab dia kan boss besar! Auntie ni.. Tak baik tuduh saya macam tu.." ucap Aliff berpura-pura meminta simpati.
"Hmm,, yelaa.." jawab Tengku Fauziah.
Tengku Fahmi menatap tajam ke arah Aliff yang sedang menjamu selera. "Kau! Asal kau tak bagitau aku??" sergah Tengku Fahmi tiba-tiba.
Tersedak Aliff dibuatnya. Dia melirikkan matanya ke arah kawan baiknya itu. "Aku pun baru tau.." jawab Aliff.
"Bila kau tau?" soal Tengku Fahmi serius.
"Hurm, masa kita lepak dekat warung?"
"Apahal kau tak bagitau aku ngek..?" soal Tengku Fahmi lagi. Tajam anak matanya menikam anak mata Aliff. Perasaan geram sudah menguasai diri.
Aliff tidak tahu mahu memberi alasan apa. Tiba-tiba, idea terlintas di fikirannya itu. "Eh! Aisy mana? Tadi tak silap aku dia dengan Auntie Ziah.."
"What??!!" Terjerit Tengku Fahmi sedikit. Terus dia menghalakan matanya di sekeliling ruang tamu itu. Kelibat Aisy tidak kelihatan di situ.
"Mi! Uncle panggil kau tu!" ujar Aliff sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Tengku Arika.
Tengku Fahmi pun berpaling dan terus menuju ke arah Tengku Arika. "Pa.."
Tengku Arika pun melakukan perkara yang sama kepada anak lelakinya sama seperti isterinya. "Dah besar anak papa ni.." ucap Tengku Arika.
"Thanks pa.. Emmm, Aisy mana ekk? Riz tak nampak dia pun lagi tadi.." ujar Tengku Fahmi sedikit cemas.
Tengku Arika tersenyum-senyum melihat wajah cuak Tengku Fahmi. Teringat akan masa lalunya. Dimana dia pun merasakan benda yang sama terjadi pada anak lelakinya itu. Terlebih gugup dia dibuat dek ibunya sendiri. Padahal Tengku Fauziah cool aje. Dia yang terlebih cuak.
Tengku Arika menepuk bahu anaknya sambil berkata, "Relaks Riz. Jangan buat muka cuak Riz kat sini. Aisy pun cool aje papa tengok."
"Seram, pa. Riz takut mama berharap sangat dengan Riz." Jawab Tengku Fahmi.
"Berharap? Maksud Riz?" soal Tengku Arika pelik.
"Iyalah! Aisy tak sukakan Riz lah pa!"
"Kenapa pulak tak suka? Habis, kenapa dia cakap dengan papa dan mama yang dia girlfriend Riz?" soal Tengku Arika musykil.
"Girl.. girlfriend???!!!" Terjerit Tengku Fahmi kuat. Sehinggakan ruang tamu yang sedikit bising terus senyap sunyi.
"Yang Riz terperanjat sangat ni dah kenapa?"
Terkaku Tengku Fahmi lama. Aisy mengaku yang dia girlfriend aku? Seriously? Mesti ni mimpi... Dalam sekejap, dia menampar dirinya sendiri. Apa yang dia rasakan adalah... Sakit?!
"Aisy mana Aisy?" tanya lelaki itu kepada diri sendiri. Terus dia meninggalkan Tengku Arika yang terpinga-pinga akan kelakuannya.
Dah tak betul agaknya anak aku ni.. Terangguk-angguk Tengku Arika berkali-kali.
Matanya masih lagi mencari kelibat Aisy di taman bunga yang berada di belakang banglo itu. Pandangan matanya terus jatuh di sisi Aisy yang kelihatan sedang termenung sambil melihat bunga mawar putih yang tertanam di situ. Terus dia membuka langkahnya menuju ke arah gadis itu dan berdiri dihadapannya.
Terkejut Aisy seketika apabila tidak semena-mena Tengku Fahmi berada dihadapannya secara tiba-tiba untuk kali yang keberapa entah. Kemudian, dia mengurut dadanya dengan perlahan.
Matanya memberi isyarat kepada lelaki yang berada dihadapannya itu. Kenapa?
"My father cakap, awak mengaku yang awak ni girlfriend saya?" soal Tengku Fahmi.
Aisy sekadar mengangguk sahaja dengan wajah selambanya itu.
"Why? Kenapa awak mengaku?"
Gadis itu memandang ke arah Tengku Fahmi lama. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah bunga mawar putih semula. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Please lah Aisy. Jawab saya punya soalan dengan kata-kata bukannya isyarat macam ni.." ujar Tengku Fahmi tidak puas hati. Cemberut wajahnya saat itu.
Aisy memandang lelaki itu sekali lagi. "Iye.. Saya mengaku saya girlfriend awak.. Kenapa? Awak tak suka? Kalau macam tu, saya bagitau parents awak yang saya sebenarnya bodyguard awak."
"Yes! Saya sebenarnya nak bagitau dengan my parents yang awak ni bodyguard saya! Tapi tadi awak mengaku yang awak ni girlfriend saya! Seolah-olah, awak nak bagi fake hope to me and my parents! I don't like it! Pleaselah, Aisy! Jangan bagi harapan palsu dekat my family. Terutamanya saya!" luah Tengku Fahmi seperti seseorang yang sudah putus asa.
Mata Tengku Fahmi yang penuh dengan kekecewaan itu ditatap dengan begitu lama sekali. Kemudian, Aisy menarik nafasnya lalu hembus dengan perlahan. "Kalau saya cakap, saya suka awak macam mana?"
"Ye, saya tahu awak suka saya.. Tapi janganlah sampai...." Terdiam Tengku Fahmi seketika setelah mendengar pertanyaan Aisy tadi. Tiba-tiba, degupan jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Macam nak terkeluar pun ada.
"Ehh..?! Awak.. Awak suka saya???" soal Tengku Fahmi terkejut.
Aisy hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Kemudian, dia terus memberikan senyuman buat pertama kali kepada lelaki itu.
Tengku Fahmi ternganga dan dalam sekejap gemuruhnya terus naik mendadak lalu jatuh ke bawah menyembam bumi.
"Fahmi!" Terkejut melihat Tengku Fahmi yang sudah jatuh pengsan di hadapannya.
Semua orang yang berada di dalam rumah sedang menjamu selera, keluar dengan laju apabila mendengar jeritan Aisy yang memanggil Tengku Fahmi.
"Kenapa Aisy??" tanya Tengku Fauziah cemas.
Aisy memalingkan wajahnya ke arah mereka dan terus berkata. "Fahmi pengsan!!"
"Bertuah punya budak! Ada ke pengsan depan perempuan? Abang! Aliff! Pergi angkat Riz masuk dalam rumah! Siap dia nanti bila dah sedar! Pengsan depan perempuan? Uishh, geram! Geram! Abang! Kalau abang pengsan macam ni.. Ziah tinggalkan abang kat tempat abang pengsan tu jugak! Huh!" bebel Tengku Fauziah panjang. Dia pun terus masuk ke rumah meninggalkan mereka semua di luar.
Tercengang Tengku Arika dibuatnya. "Aik? Riz yang pengsan aku yang kena sekali?" ujar Tengku Arika tidak puas hati.
Melihat Tengku Arika bersuara dengan tidak puas hati, Aliff terus menuju ke arah lelaki berusia 50 tahun itu lalu mengusap belakang badannya. "Biasalah uncle... Dah nama pun perempuan.. Complicated sikit.." komen Aliff perlahan. Takut Tengku Fauziah memasang telinga. Kang aku yang kena jugak.
Tengku Arika mengiyakan komen Aliff tentang sikap perempuan yang satu ini. Aisy, Mak Siti dan Tengku Aurra hanya diam tak terkata.
"KAK AISY sukakan Abang Riz?" Tengku Aurra terus bersuara kepada Aisy yang sedang duduk di ruang tamu.
Tengku Fahmi sudah diangkat dan dibaringkan di dalam bilik lelaki itu. Dia mahu masuk tetapi memandangkan keluarga lelaki itu masih berada di sini. Wajiblah dia menjaga air muka sendiri. Tak nak lah dikatakan gadis yang tidak bermaruah walaupun keluarga lelaki itu layannya dengan baik.
Aisy memandang wajah Tengku Aurra lalu mengangguk perlahan. Kemudian, dia pun menundukkan kepalanya kembali. Malu punya pasal. 'Kenapalah Tengku Fahmi boleh pengsan masa aku cakap yang aku memang sukakan dia? Apa.. Dia ingat dia sorang boleh suka aku? Aku pun boleh suka dia lah!' kata Aisy dalam hati.
Tengku Aurra yang mendengar pun terus tergelak sedikit kuat. Merah wajahnya saat itu.
Terpinga-pinga Aisy seketika akan kelakuan adiknya Tengku Fahmi itu yang gelak secara tiba-tiba. Kening sebelahnya teranggak sedikit tanda pelik akan situasi itu. Aku ada buat lawak ke?
"Laa? Yeke Abang Riz pengsan masa Kak Aisy cakap yang Kak Aisy suka dia? Kelakarlah Abang Riz ni! Haha!" Komen Tengku Aurra sambil menekan perutnya.
Makin berkerut dahinya dibuat oleh Tengku Aurra. Aisy merenung tajam ke arah Tengku Aurra. "Aurra boleh baca isi hati orang ke?" soal Aisy serius.
Tengku Aurra terdiam sesaat setelah mendengar soalan Aisy yang kedengaran serius. Kemudian, dia memalingkan wajahnya daripada ditatap oleh Aisy. "Kak Aisy percaya ke kalau Aurra cakap yang Aurra boleh baca isi hati orang?" soal Tengku Aurra balik tanpa menjawab persoalan Aisy. Mesti Kak Aisy takut dengan aku...
"Percaya.. Kak Aisy percaya.." jawab Aisy sambil tersenyum.
Bersinar-sinar anak matanya apabila mendengar jawapan daripada Aisy. "Kak Aisy percaya?"
Aisy mengangguk mengiyakannya. "Setiap orang mesti ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Persoalannya.. Kita boleh tak gunakan kelebihan dan keburukan pada seseorang? Jawapannya, boleh. Sebab semua manusia tak sempurna. Contohnya, jangan menyombongkan diri dengan kelebihan yang ada. Dan jangan merendahkan diri sendiri dengan keburukan yang ada pada diri kita..."
"... So, to be the best .. be grateful for what you have .. even though, it hurts a lot. That all." Aisy menyudahkan jawapannya dengan senyuman.
Tengku Aurra terpaku seketika. Matanya terasa pedih yang amat. Dia mahu menangis. Dalam sekejap, air matanya sudah bertakung di anak matanya. "Kak Aisy.. Nak peluk boleh?" tanya Tengku Aurra perlahan. Melihat anggukan Aisy, dia pun terus memeluk Aisy dengan erat sekali.
Aisy pun membalas pelukan gadis remaja itu. Lama sekali. Sehingga satu suara garau menegur dari belakang. "Jangan peluk Aisy!!"
Terkebil-kebil Aisy sesaat akan teguran itu. "Eh? Dah sedar?" soalnya sambil menatap wajah Tengku Fahmi yang sedang cemberut itu. Dah kenapa ni?
"Aurra jangan peluk Aisy! Abang Riz tak suka!" ujar Tengku Fahmi tidak puas hati.
Tengku Aurra mengelap air matanya lalu tersenyum sinis kepada abangnya itu. "Kenapa? Abang Riz cemburu ke tengok Aurra peluk Kak Aisy? Sebab Aurra boleh peluk Kak Aisy sedangkan Abang Riz tak boleh? Tak gitu, bang?" Provok Tengku Aurra sinis. Sengaja mahu melihat reaksi Tengku Fahmi.
Kalau ikutkan dalam cerita anime sekarang ni. Mesti telinga Tengku Fahmi berasap. Tanda yang dia sedang marah. Tengku Aurra ketawa dan terus melarikan diri sebelum Tengku Fahmi meledak.
Aisy hanya ketawa kecil melihat situasi itu.
"Aisy.. Betul ke... awak sukakan saya?" soal Tengku Fahmi yang masih ragu-ragu.
"Yup!"
"Kenapa? Bukan ke awak benci saya? Sebab dulu..."
"Ada saya cakap yang saya benci awak ke?" pintas Aisy dengan cepat.
Tengku Fahmi menggelengkan kepalanya. Matanya dilirikkan ke arah Aisy dan tersenyum. "So, boleh saya panggil sayang?" usik lelaki itu.
"Sa.. sa.. sayang??!!" Tergagap-gagap Aisy dibuatnya. "Tak.. tak.. tak boleh! Malulah!" Larang Aisy dalam gagapnya.
"Kalau sayang malu macam ni, lagi abang suka!" usik Tengku Fahmi dengan lebih giat lagi.
"Arghhh! Geli siut!! Awak jangan lah macam ni! Saya gelilah. Lepas tu boleh pulak bahasakan diri sendiri abang! Tak geli ke?!" bantah Aisy.
Tengku Fahmi sudah tergelak kuat. Habis bergema ruang tamu itu dibuatnya. Aisy mengetap bibirnya sambil memandang tajam ke arah lelaki itu. Nasib sayang! Kalau tak, dah lunyai dah aku kerjakan!