BERKALI-KALI lonceng rumah banglo yang berada di hadapannya itu ditekan. Sesekali Aisy merungut tidak puas hati. Ish! Semalam suruh datang awal! Aku dah terpacak macam orang-orang pun tak dibukanya jugak! Kang aje aku serbu rumah dia ni kang! Rungut Aisy dalam hati.
Sedang leka Aisy menekan lonceng, satu suara menegurnya dari belakang. "Adik cari siapa?" soal wanita tua dalam lingkungan umur 50-an itu. Mata tuanya memandang seluruh wajah gadis cantik itu. Orang cina ke? Detik hati tuanya bertanya.
Aisy terus memandang ke arah suara itu. Kus semangat! Nasib tak kena heart attack! "Erk, sa.. sa.. saya cari tuan rumah punya banglo ni!" ujar Aisy gagap. Ha, kau! Tergagap pulak! Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ouh, Fahmi Rizal? Dia takde kat sini sebab dia tidur dekat rumah keluarganya semalam. Ada apa-apa yang boleh mak cik bantu?" jelas Mak Siti dengan terus mengemukakan soalan. Dia tertatap ke arah beg pakaian di sebelah gadis itu.
"Tengku Fahmi suruh saya datang sini mak cik. Sebenarnya saya bodyguard kepada Tengku Fahmi. Tu yang saya datang.." jawab Aisy tenang.
"Bodyguard? Yang jaga orang tu ke?" Mak Siti mengerutkan dahinya tanda tidak percaya. Bukan tak percaya, ye lah.. Perempuan kan? Siapa aje nak percaya kalau perempuan jadi bodyguard? Zaman sekarang ni, susah nak nampak perempuan jadi bodyguard!
"Yup! Dah betul dah tu mak cik!" jawab Aisy lagi. Dia tersenyum.
"Ouhhh... Eh, masuklah Cik Aisy! Kita tunggu Fahmi kat dalam sajalah!" ajak Mak Siti.
"Aisy. Panggil Aisy saja, mak cik! Tak payah panggil cik! Saya bukannya boss mak cik sampaikan mak cik nak kena panggil saya, cik. Hurm, nama mak cik apa ye?" ujar Aisy dan terus menyoal. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Hai, Aisy.. Sejak bila kau banyak cakap ni? Selalunya sepatah-sepatah kau cakap.. Ni dah macam bertih jagung dah!
"Panggil aje Mak Siti. Mari masuk. Ni beg Aisy, kan? Sini mak cik bawakan!" ucap Mak Siti sambil mengangkat beg itu.
Bulat matanya apabila melihat perbuatan Mak Siti yang mengangkat begnya. Tanpa basa basi, Aisy menahannya daripada mengangkat. "Ya Allah, mak cik. Ni beg saya. Mak cik jangan susahkan diri angkat beg saya ni. Lagipun saya boleh angkat sendiri.. saya kan kuat.." seloroh Aisy sedikit. Dia tersengih sahaja dan perlahan dia mencapai beg itu daripada tangan Mak Siti.
"Haha.. ada-ada aje kamu ni Aisy. Mari masuk dalam. Sementara tunggu si Fahmi tu." Ajak Mak Siti lagi. Dia terus masuk ke dalam rumah banglo itu dan diikuti Aisy di belakang.
TENGKU FAHMI menekan punat remote control pagar rumah banglonya. Dia terus parking keretanya di garaj kereta. Dia mematikan enjin kereta lalu keluar dari perut kereta. Seketika dia memerhati sekelilingnya. "Takkan tak sampai lagi?" soal Tengku Fahmi sendiri.
"Rizal." tegur Mak Siti dari belakang.
"Mak ni! Terkejut Riz! Nasib baik Allah tak tarik nyawa Riz langsung. Kalau tak, tak dapatlah Riz nak kahwin nanti.." ujar Tengku Fahmi tersengih. Dia sememangnya sudah biasa membahasakan dirinya Riz dan memanggil Mak Siti dengan gelaran Mak. Dia pernah memberitahu Mak Siti nama Rizal ni hanya untuk kaum keluarganya sahaja. Kalau dengan kawan-kawan, diorang akan panggil Fahmi. Iyalah, nama panjang-panjang tapi tak nak gunakan! Kan dah rugi tu..
"Ish, kesitu pulak kamu ni!" Mak Siti menepuk bahu anak muda yang berusia 25 tahun itu. "Ni.. Makwe kamu dah lama tunggu kat dalam tu.. Kesian dia tunggu kamu lagi tadi.." usik Mak Siti sengaja.
"Eh, Aisy dah ada? Kenapa Mak tak call Riz? Dah lama ke dia sampai?" soal Tengku Fahmi.
"Boleh tahan lama jugak. Pukul 7:30 pagi tadi sampai lah ni. Sekarang pukul 9:30 ni. Dalam 2 jam jugak dia tunggu kamu." Tanpa rasa bersalah, Mak Siti menjawab dengan nada perli. Dia terus melulu masuk ke dalam rumah banglo itu. Dibiarkan Tengku Fahmi seorang diri.
Aduh, mampus gue! Gimana dong! Gue takut sama cewek bodyguard itu! Hopefully, dia gak marah sama gue! Ha, kau. Dah terkeluar bahasa Indonesia aku! Tengku Fahmi mengatur langkah ke arah pintu rumahnya. Dia meninjau ke dalam rumah banglo miliknya itu. Matanya tertuju ke ruang tamu yang diduduki oleh seorang gadis. Sudah tentu itu Aisy. Dia terkedu apabila matanya bertembung dengan mata Aisy.
"Asal lambat?" soal Aisy menggerakkan bibirnya tanpa mengeluarkan suara. Tajam matanya memandang Tengku Fahmi. Dah lah semalam kena bebel dengan Abang Man sebab pindah sini. Rumah lelaki tau bukannya perempuan. Banyak alasan dia guna untuk pindah rumah banglo Tengku Fahmi itu. Salah satu alasannya, nak jaga keselamatan boss. Dah nama pun bodyguard.. Kerja apa lagi selain daripada menjaga dan memantau sekeliling boss. Dia teringat lagi bebelan abang sulungnya itu.
"Aisy buat apa nak pindah kat rumah lelaki tu? Kan bahaya duduk sana! Lagi-lagi dia lelaki dan Aisy perempuan! Janganlah cari pasal adikku oiii!!! Aisy tau tak bahaya kalau lelaki dengan perempuan duduk satu rumah? Macam-macam nanti dia buat kat Aisy! Nafsu lelaki ni tak boleh buat main-main.. Abang Man tak nak sesuatu berlaku kat Aisy.. Zaman sekarang ni, lelaki tak boleh dipercayai sangat.. Apalagi nanti dia pujuk kita, rayu kita, nak itu, nak ini... Bukan boleh percaya. Abang takut tau tak? Aisy tak takut ke? Aisy janganlah degil! Please lah, dengar cakap Abang Man!" bebel Aiman panjang. Wajahnya yang berkerut itu menunjukkan dia tersangatlah risau akan keselamatan Aisy. Arif dan Amir yang berada di situ hanya memerhati sahaja.
"Abang Man. Dah nama pun bodyguard, kan? Dah tentu-tentu lah Aisy kena jaga orang yang upah Aisy untuk jaga keselamatan dia. Abang Man. Pasal lelaki dengan perempuan duduk serumah tu, abang fikir Aisy nak duduk serumah dengan dia berdua ke? Of course not! Dekat rumah boss Aisy tu, ada Mak Siti. Pembantu rumah boss Aisy. Abang don't worry lah. Aisy pandai jaga diri Aisy sendiri. Lagipun, apa gunanya seni bela diri tapi tak digunakan? Nanti kalau dia apa-apa kan Aisy, Aisy sekeh kepala dia bagi dia pengsan. Dia pengsan, Aisy pun selamat.." balas Aisy panjang lebar. Tenang wajahnya saat itu. Kemudian dia bangun dari sofa dan terus menuju ke biliknya. Sebelum itu, dia sempat berkata. "Abang Man. Abang jangan risaukan Aisy. Aisy tau macam mana nak jaga diri Aisy sendiri. Sejak ibu dengan ayah tak ada, semua benda Aisy buat sendiri tau. Aisy tak nak manjakan diri sendiri macam orang lain kat luar sana. Aisy nak berdikari. Aisy tak nak susahkan Abang Man, Abang Rif dan juga Am. So, buat sementara waktu. Selagi perkhidmatan Aisy digunakan, Aisy akan teruskan juga." Dia pun terus berlalu.
"Sorry, Aisy..." Hanya itu yang mampu Tengku Fahmi ucapkan. Seperti pesalah yang akan dihukum kena rotan. Matanya dilirikkan ke arah Aisy.
"Saya tanya asal lambat? Yang awak minta maaf ni kenapa? Awak ada buat salah ke?" tanya Aisy, perli.
"Okay-okay. Saya salah sebab saya lambat. Jangan marah kat saya. Awak tak sayang saya ke...?" Tengku Fahmi berkata tanpa berfikir panjang. Perlahan sahaja suaranya.
Terbeliak mata Aisy setelah mendengar perkataan 'sayang' itu. Dia ni biar betul? Mabuk ke apa mamat ni? Ke aku yang salah dengar?
Tersedar akan keterlanjurannya, dia pantas memperbaikinya. "Mak.. mak.. maksud saya, a.. a..awak dah makan ke belum?" Tergagap-gagap Tengku Fahmi dibuatnya. Apahal sekarang ni kau nak gagap pulak Fahmi?! Dia mengaru kepalanya yang langsung tidak gatal itu.
"Erk, dah.. Tadi Mak Siti masak mi goreng mamak. Saya pun jamah lah sikit." Acah aje kau jamah sikit! Dua pinggan kau telan tadi tau! Usik satu suara. 'Diamlah!' Ucap suara hati Aisy, geram.
"Hmm, kalau macam tu.. Jom, saya tunjukkan bilik awak." Ucap Tengku Fahmi dan menaiki tangga. Dan tanpa banyak soal, Aisy mengekori langkah Tengku Fahmi dari belakang. Sehinggalah mereka tiba di depan pintu bilik. Tengku Fahmi pun membukanya.
Tersergam indah di bilik itu. Dengan berlatar belakangkan bintang di langit membuatkan Aisy kagum akan hasil dekorasi bilik itu. 'Bilik aku pun tak lah secantik bilik ni. Bukan tak cantik bilik aku tu, cuma malas nak dekorasi aje.'
"Puas?" soal Tengku Fahmi tersenyum.
Aisy hanya mengangguk perlahan sahaja. Lama dia menatap bilik yang akan jadi miliknya itu. Selepas itu, dia tersenyum lebar.
Terpana Tengku Fahmi akan senyuman Aisy yang jarang dilihatnya. Lama dia menatap wajah gadis itu. Tanpa dia sedari, ringan sahaja tangannya menyentuh wajah gadis tersebut. Tertelan air liurnya. Ya Allah, cantiknya ciptaanmu yang satu ini... Ya Allah..
Aisy terkejut akan perbuatan lelaki itu. Dia terkaku serta merta. Tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang sehingga dia sukar hendak bernafas. Ahh, sudah! Dah kenapa jantung aku laju semacam ni? Dia mahu bergerak tetapi kakinya tersekat seolah-olah ada yang menahannya. Seni bela dirinya ketika itu tidak dikeluarkan. Bukan tak nak, tetapi lupa dek kerana perbuatan lelaki itu secara tiba-tiba.
Tersedar akan perbuatannya, dia terus menjauh. "Sa.. saya turun bawah dulu." Ujar Tengku Fahmi. Tanpa menunggu jawapan Aisy, dia terus turun meninggalkan gadis itu seorang diri dan menuju ke dapur.
AISY menghempaskan tubuhnya di atas katil yang empuk itu. Sekejap berguling ke kanan, sekejap berguling ke kiri. Akhirnya, dia terlentang. Dia memegang pipi yang terasa panas itu. Tiba-tiba, dia teringat perbuatan Tengku Fahmi kepadanya. Seketika, dia menggeleng. Satu sahaja perkataan yang keluar daripada mulutnya. "Gila!" Selebihnya di dalam hati. Dah kenapa aku ni? Apahal pipi aku panas? Jantung aku lagilah! Laju semacam aje! Ish, gila.. gila..
"Aduh, dah kenapa aku fikir pasal tu? Baik aku pergi tanya dia hari ni dia kerja tak?" Aisy berdeham beberapa kali. Mengurangkan rasa gemuruhnya itu. Dia pergi ke arah meja solek. Dia memandang wajahnya di cermin itu. Nafasnya ditarik perlahan, lalu dihembus. Dia pun terus keluar dan menuruni anak tangga.
"Boss!" panggil Aisy kuat sebaik sahaja dia melihat Tengku Fahmi yang sedang minum air sejuk.
Tersedak Tengku Fahmi disebabkan teguran itu secara tiba-tiba. Pantas dia menoleh dan ternyata Aisy yang menegurnya. Kemudian, dia mengurut dadanya dan terus menjeling sekilas ke arah Aisy. Buat sakit jantung aje, minah ni!
Sesaat kemudian, Aisy hanya mampu tersengih. "Sorry boss!" ucap Aisy. Dia terus berdiri di sisi Tengku Fahmi lalu mendongak. Makaihh, tinggi benenor mamat ni! Dia merenung wajah lelaki itu. Lama sekali.
Dup dap dup dap... Again??! Janganlah macam ni jantung.. Kau sayang aku kan? Kau nak aku hidup lagi kan? Kalau hari-hari kau macam ni.. boleh masuk kubur terus tau tak?! Renungan Aisy ketika itu membuatkannya tidak keruan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Nak apa?" Tengku Fahmi bersuara.
"Saya nak tanya boss kalau boss kerja tak hari ni?" soal Aisy sambil melihat lelaki itu. Kenapalah aku tak perasan selama ni dia handsome? Dah buta gamaknya hati aku ni..
"No .. Today I'm off. Why?" Pelik Tengku Fahmi akan soalan Aisy.
"Nothing.."
"Ouh, lupa.. hari ni teman saya pergi shopping mall. Saya nak beli barang sikit." Setelah lama menyepi, Tengku Fahmi bersuara.
Gadis itu sekadar mengangguk sahaja. Dengan segera, langkah kakinya diatur menuju ke bilik yang sudah menjadi miliknya untuk menyiapkan diri. Sampai di bilik, dia terus mengeluarkan baju t-shirt besar warna putih dan dipadankan dengan seluar jeans yang ketat warna hitam. Pistol Glock yang berada di celah begnya itu diselitkan di tepi beg gantung yang disediakan untuk meletakkan senjata itu. Senjata itu digunakan dalam keadaan darurat sahaja. Selagi dia mampu menyelesaikan kes itu tanpa menggunakan senjata itu, dia akan bertahan. Selepas itu, beberapa alat kecil seperti dawai disangkutkan di bahagian yang sukar orang nampak. Dan sentuhan terakhir, dia mengambil cap hitamnya dan memakainya. Rambutnya dibiar lepas.
Setelah siap, dia terus keluar dan turun ke bawah. Dia melihat lelaki itu duduk di sofa sambil menunggunya. "Sorry, boss.. I'm late.. Tapi takpe kan boss sebab saya tunggu boss lagi lama daripada ni." Perli Aisy, sengaja. Dia tersenyum sinis.
Tengku Fahmi yang mahu menjawab terus mendengus kecil. Ceh, sengaja nak kenakan aku lah tu! "It's okay.. jom gerak.."
"Eh-eh, kunci?"
"Kunci? Kunci apa pulak ni?" tanya Tengku Fahmi, hairan.
"Kunci kereta lah. Takkan kunci bas pulak." Jawab Aisy mendatar.
"Nak buat apa dengan kunci kereta ni?" soal lelaki itu sambil menghulurkan kunci keretanya.
Dengan laju, Aisy mencapai. Dia pun berkata. "Mulai sekarang, saya yang akan drive kereta Tengku. So, dipersilakan Tengku Fahmi duduk di seat belakang. Dan perhatikan saya drive kereta Tengku ni." Dia pun membuka pintu kereta belakang dan membiarkan Tengku Fahmi masuk.
Tanpa banyak soal, Tengku Fahmi melayankan sahaja karenah Aisy. Sebelum itu, dia menguatkan suaranya lalu berkata. "Mak Siti! Riz keluar jap tau! Dengan Aisy!!"
"Ye-ye.. Tapi, jangan dating lama-lama sangat tau!" Usik Mak Siti sengaja sebaik sahaja memunculkan diri di sebalik pintu utama.
Terlopong mereka berdua akan usikan Mak Siti. "Mana ada dating?!!!" Ujar mereka berdua serentak.
Kemudian, mereka memandang antara satu sama lain. Selepas itu, Aisy memasukkan gear dan drive kereta Mercedes Benz milik bossnya itu. Masing-masing mendiamkan diri setelah mendengar usikan Mak Siti sebentar tadi sehinggalah mereka tiba di destinasi yang ingin mereka tuju.
Tengku Fahmi pun terus mencari barang yang ingin dibelinya. Dan diikuti Aisy.
Aisy memerhati sekelilingnya dengan tenang. Dia hanya ingin memastikan bossnya itu dalam keadaan yang selamat. Matanya tekun memerhati gelagat orang disekelilingnya. Macam-macam hal ada. Sehinggalah, dia terlihat sesuatu yang mencurigakan. Seorang lelaki yang bertopeng hitam dan berbadan sedikit sado sedang merenung tajam ke arah mereka. Melihat kejanggalan itu, dia sengaja buat-buat tak perasan dan mengikuti langkah Tengku Fahmi.
"Boss!" Aisy memanggil lelaki itu dengan wajah yang tenang tanpa menunjukkan yang dia takut akan situasi ini. Baru hari yang ketiga, dah ada yang mengikutnya. Nampak sangat yang orang tu terdesak nak gunakan duit sampai nyawa orang lain pun diorang tak kisah. Gila!
"Yup?"
"Ada orang follow kita.. Tapi jangan toleh. Nanti dia perasan." Arah Aisy tenang.
Tengku Fahmi hanya mengangguk sahaja apabila mendapat arahan itu. Dia meneruskan perbuatannya yang terhenti seketika dan terus pergi ke kaunter bayaran. Selepas siap membayar, mereka terus keluar dari bangunan itu dan menuju ke kereta.
Aisy terhenti sekerat jalan apabila langkahnya disekat oleh seseorang. Belakang badannya terasa ditekan sesuatu yang keras. Satu suara menerjah ke telinganya. "Kalau kau nak perempuan ni selamat. Kau ikut aku!" ujar lelaki bertopeng itu kepada Tengku Fahmi.
Aisy segera memainkan anak matanya memberi isyarat supaya bertenang dan jangan panik.
Tengku Fahmi segera mengangguk. "Aku akan ikut kau! Tapi kau lepaskan dia dulu! Kita settle benda ni tanpa melibatkan dia!" kata Tengku Fahmi berani.
"Ahh! Aku tak kira! Baik kau ikut aku sebelum perempuan ni mati!" ujar lelaki itu, kuat.
Melihat lelaki bertopeng itu leka, Aisy terus memainkan peranannya sebagai bodyguard. Dia terus menyiku perut lelaki itu dan terus berpusing. Dengan cepat, dia menyepak pistol yang berada di tangan lelaki itu dengan kuat. Tanpa membuang masa, dia terus menendang perut musuhnya lalu tanpa ragu-ragu wajah musuhnya itu ditendang dengan kuat sekali sehingga pengsan. Lunyai lelaki itu dikerjakan oleh Aisy. "Lemah.." ujar Aisy setelah itu. Dia membersihkan bajunya yang sedikit kotor.
Ternganga Tengku Fahmi dibuatnya. "Hebatnya girlfriend saya ni.." kata Tengku Fahmi selamba.
"Ha? Girlfriend?" Hairan akan kata-kata yang keluar daripada mulut bossnya itu.
"Eh, maksud saya.. girlfriend fake! Hehe.." Tengku Fahmi menggaru pipinya. Perasaan malu menerjah pada dirinya. Haih, aku cakap sendiri.. aku yang malu sendiri.. Nasiblah labu.. labi..
Aisy mengerutkan dahinya dan menggeleng kepala. "Dah jom balik. Mamat ni kita biar aje kat sini." Aisy terus pergi dimana pistol tadi disepak jauh daripada musuh. Dia mengambil lalu berpatah balik ke arah Tengku Fahmi. Dia mahu membuka pintu tetapi dihalang. Dia terus memandang lelaki itu, hairan. "Asal?"
"Saya nak duduk depan. And lagi satu.. Awak tak payah lah bukakan pintu untuk saya. Saya tak suka." Ujar Tengku Fahmi.
"Baik, boss!" Tabik Aisy selamba. Mereka pun pulang ke rumah dengan hati yang tenang.