"Saya pernah belajar menunggang kuda, jawab He Yan sambil tersenyum.
"Yan Yan, apa yang awak merepek ni?" soal He Sui pula. Namun He Yan tidak mempedulikan ucapan ayahnya itu sebaliknya terus mencabar Tuan Muda Zhao untuk berlumba kuda dengannya.
"Cik tak tahu bahawa kuda ini sangat liar dan sukar untuk dikawal. Jika awak tercedera kerananya, saya pasti akan merasa sedih", balas Tuan Muda Zhao pula.
Namun He Yan tidak mengendahkan amaran Tuan Muda Zhao itu sebaliknya terus naik dan duduk diatas badan kuda tersebut, dia kelihatan sangat mahir serta tenang walaupun kuda itu cuba untuk menolak kehadiran He Yan diatasnya.
Situasi tersebut membuatkan He Sui menjadi cemas akan keselamatan anak gadisnya. "Yan Yan, jangan main lagi. Cepatlah turun!" rayu He Sui.
He Yan memegang tali pengikat kuda itu dengan kuat untuk menentukan arah kedudukan serta menunjukkan bahawa dia yang lebih berkuasa diantara mereka berdua, seketika kemudian He Yan membisikkan sesuatu ke telinga kuda tersebut membuatkannya menjadi patuh kepada He Yan.
Semua yang berada disitu terkejut apabila melihat situasi tersebut kerana tidak menyangka He Yan mampu mengawalnya walau bagaimanapun He Sui tetap berkeras agar He Yan turun dari kuda itu.
"Tak sangka seorang gadis seperti awak mahir mengawal kuda. Kita tidak perlu membuang masa lagi, mari kita berlawan!" ucap Tuan Muda Zhao sambil ketawa kesenangan
Tidak lama kemudian, perlawanan diantara He Yan dan Tuan Muda Zhao itu pun bermula. He Sui tidak menyangka bahawa anak gadisnya mempunyai kemahiran menunggang kuda, "jangan pandang saya, kerana saya pun tidak tahu dari mana dia belajar!" ucap He Yunsheng mempertahankan diri apabila He Sui inginkan jawapan darinya.
Kuda tunggangan He Yan semakin menjauh kehadapan meninggalkan kuda yang ditunggang oleh Tuan Muda Zhao membuatkan Tuan Muda tersebut merasa jengkel manakala He Sui pula masih lagi merasa tidak percaya dengan kehebatan He Yan menjinakkan seekor kuda yang liar. Didalam hatinya mula bertanya, sejak bila anak gadisnya yang lemah lembut bertukar menjadi seperti seorang yang tidak dikenalinya walau bagaimanapun dia tetap yakin He Yan adalah anak kesayangannya.
Tuan Muda Zhao merasa semakin terdesak kerana walau telah mencuba dengan sekuat mungkin, dia masih lagi tidak dapat memintas He Yan. Dia tidak mahu kalah ditangan seorang gadis!
Lantas dia mula menyebat kuda tunggangannya menggunakan cambuk dengan sekuat tenaga agar kudanya dapat berlari laju sekaligus mengalahkan He Yan.
Akhirnya Tuan Muda Zhao berjaya mengalahkan He Yan, perasaan bangga mula menyelubungi dirinya. Semenjak berumur tujuh tahun lagi dia sudah belajar menunggang kuda, mana mungkin dia boleh dikalahkan oleh seorang gadis!
Sambil ketawa kuat, Tuan Muda Zhao berkata, "Cik, awak perlu berlatih dengan lebih tekun lagi jika mahu mengalahkan saya, hahaha!"
Walau bagaimanapun, kedudukan He Yan tidak terlalu jauh ditinggalkan. Dalam diam, He Yan melontarkan bebola besi yang diambilnya dari rak sebentar tadi kearah kuda tunggangan Tuan Muda Zhao. Jarak mereka yang dekat membuatkan tiada siapa yang perasan akan perbuatannya.
Akibat daripada tindakan He Yan itu membuatkan kuda Tuan Muda Zhao hilang kawalan. 'Berhenti..berhenti..haaaaaa!'
"Tuan Muda Zhao, kenapa dengan awak?" soal He Yan yang mula memintasnya.
"Tolong, tolong saya..kuda ni sudah gila.."
Dari kejauhan He Yunsheng terkejut apabila mendengar suara jeritan Tuan Muda Zhao. "Apa yang berlaku?"
Tidak lama kemudian, kelihatan He Yan dan Tuan Muda Zhao menghampiri mereka secara bersamaan namun kali ini keadaan Tuan Muda itu tidak segagah tadi malah dia terlihat ketakutan sambil memeluk erat kuda tungganganya.
He Yan ketawa didalam hati melihat keadaan Tuan Muda Zhao yang ketakutan, kalau bukan kerana dia yang mententeramkan kuda tersebut, tentu bukan sahaja menangis pasti dia akan terbuang air kecil didalam seluarnya sekali!