Memandangkan musim bunga akan berakhir tidak lama lagi, musim panas pula akan menjelang tiba. Oleh itu, He Yan mengarahkan He Yunsheng untuk mengupah orang membaiki bumbung kediaman mereka yang telah bocor menggunakan duit kemenangannya.
Hal ini kerana, didalam rumah tersebut hanya bilik He Yan sahaja yang tidak akan dimasuki oleh air hujan. Dibilik He Sui dan adiknya, masing masing akan meletakkan beberapa buah besen untuk mengelakkan kawasan bilik itu dari dibanjiri oleh air hujan.
Bukan sahaja He Yan membaik pulih segala kerosakan kediaman mereka terapi dia juga menggantikan setiap kain dan cadar lama dengan yang baru untuk keselesaan He Sui, He Yunsheng dan juga Qingmei.
"He Yan mari tengok ni. Semalam saya telah mencatatkan beberapa nama sekolah yang masih menerima kemasukan murid baru. Nanti awak temankan saya untuk melawat sekolah tersebut", ujar He Yunsheng.
"Awak pelawa saya untuk temankan kamu?"
"Sudahlah, kalau kamu tidak mahu temankan, saya boleh pergi sendiri!"
"Janganlah merajuk, baiklah nanti saya akan temankan awak", ucap He Yan sambil tersenyum.
Walaupun He Yunsheng kini mempunyai seekor kuda tetapi mereka tidak menggunakannya kerana lebih memilih untuk berjalan kaki. Lagi pula kuda tersebut merupakan kuda kesayangan adiknya dan dijaga dengan sepenuh kasih sayang, mana mungkin He Yan dapat menunggangnya dengan sesuka hati. Akhirnya, dia hanya boleh memandang sambil merenung kuda tersebut.
"Xiang Xiang seekor kuda yang sangat cantik!" ucap He Yunsheng dengan perasaan penuh bangga.
"Awak panggil dia apa?"
"Memandangkan dia seekor kuda betina, saya menamakannya sebagai Xiang Xiang. Pasti dia sangat menyukainya kerana nama Xiang Xiang merupakan nama yang comel!"
"Suka hati awaklah mahu namakan dia apa, janji awak bahagia", ujar He Yan sambil mengeluh kecil.
Memandangkan lebam dibawah bibirnya telah pulih, He Yan tidak menggunakan niqab di wajahnya lagi dan mereka pergi kesemua sekolah yang telah dicatatkan oleh He Yunsheng sebelum ini, pemilihan sekolah yang dilakukan oleh adiknya lebih menekankan kepada pelajaran seni mempertahankan diri membuatkan He Yan merasa sangat berpuas hati.
Setelah berbincang bersama He Yan akhirnya He Yunsheng mengambil keputusan untuk memilih sekolah yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Ia bukan sahaja mempunyai guru yang berpengalaman malah yuran pengajiannya juga lebih murah dari sekolah yang lain iaitu dua tael duit perak setahun. Melalui duit kemenangan He Yan, ia boleh membayar kos pengajian He Yunsheng untuk beberapa tahun.
Ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka semula, kedua dua beradik itu telah melalui sebuah kedai kain dan jahitan. "Yunsheng sebelum ni saya berjanji untuk membuatkan awak baju yang baru setelah merosakkan baju yang awak pinjamkan tempoh hari. Memandangkan kita telah berada dihadapan kedai kain, apa kata kita tempah baju baru buat awak sekarang juga".
"Tak perlulah, saya boleh pakai baju yang lain. Tidak perlu membazir!" bantah He Yunsheng.
"Awak mesti memakai baju yang baru semasa pergi ke sekolah nanti. Jika tidak, rakan rakan sekelas awak akan memandang rendah terhadap kamu", tegas He Yan pula.
Pemilik kedai itu tersenyum lebar apabila melihat kedatangan mereka, "kamu mahu menempah baju untuk lelaki atau wanita?"
Sambil menuding jarinya kearah He Yunsheng , He Yan berkata, "ia khusus buat adik saya, tolong jahitkan baju untuk musim panas dan musim sejuk dan harus mempunyai lengan yang panjang serta menggunakan warna tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Paling penting, sesuai dengan ketinggian serta ketampanan Yunsheng!"
"He Yan jangan tempah banyak sangat, membazir jika nanti tidak digunakan!"
"Jangan membantah, ikut sahaja arahan saya. Lagi pula selama ini ayah selalu membelikan saya pelbagai jenis baju sehingga penuh satu almari. Sekarang giliran kamu, pamerkan wajah tampan awak bersama dengan baju yang baru!"
"Apa yang awak mengarut ni?"
"Anak muda nampaknya kakak awak sangat sayangkan kamu", ucap pemilik kedai itu.
He Yunsheng tidak pernah menyangka, He Yan yang selama ini sangat pentingkan diri sendiri sanggup membelikannya baju dan tidak menempah baju untuk dirinya sendiri. Hubungan mereka beradik menjadi semakin rapat semenjak kakaknya itu sembuh dari sakit.
Sementara itu, He Yan juga mula membelek beberapa jenis kain yang lain. Dia bercadang untuk menempah dua helai baju lelaki untuk dirinya sendiri memandangkan dia tidak selesa apabila menggunakan baju Cik He yang terlalu panjang serta berfesyen, langsung tidak padan dengan cita rasanya. Namun hasratnya itu terpaksa dipendamkan buat seketika, kerana risau akan dimarahi oleh He Yunsheng.
"He Yan", terdengar suara seseorang sedang memanggilnya membuatkan He Yan terkejut. Lantas kelihatan seorang pemuda yang ditemani oleh beberapa orang pengawal disisinya segera menuju kearahnya sambil cuba untuk memegang tangan He Yan namun dia lebih dahulu mengelak pegangan tangan lelaki tersebut.
He Yan tidak menyangka Cik He yang asli mempunyai banyak peminat. Beberapa hari yang lalu Wang Jiu Gui dan kini seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya pula muncul.
"He Yan, awak masih marah kepada saya?"
"Apa yang awak maksudkan?" soal He Yan terpinga pinga.
Namun perbualan mereka segera terhenti kerana He Yunsheng, "Fan Cheng berani awak datang mengganggu kami!"
Akhirnya He Yan mengetahui identiti pemuda tersebut, dia adalah Tuan Muda Fan mantan kekasih Cik He yang asli.