Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 23 - 23. Hutang Percintaan

Chapter 23 - 23. Hutang Percintaan

Setelah menyiasat selama beberapa hari, akhirnya Tang Ying tidak dapat mengawal kemarahan dirinya lagi, "Fan Cheng kurang ajar! ketika rancangan pernikahan kami masih dibincangkan dia pula sedang bermadu kasih dengan wanita lain. Sebelum ini, abang saya telah berpesan bahawa Fan Cheng bukanlah lelaki yang baik dan sekarang semuanya telah terbukti benar".

"Puan Muda harus bertenang, sekurang kurangnya Tuan Muda belum menjadikan wanita itu sebagai gundik lagi. Kita masih mempunyai pelbagai jalan untuk menghalangnya", usul pembantu setia Tang Ying.

"Fan Cheng merupakan seorang lelaki yang tidak cukup dengan hanya memiliki seorang wanita. Katakan kepada saya tindakan apa yang boleh saya ambil untuk menghentikannya?"

"Jika kita tidak boleh menghentikan Tuan Muda, kita harus menghentikan wanita yang tidak tahu malu itu. Lagi pula, dia hanyalah merupakan seorang anak pegawai rendahan".

"Benar, kita harus menghentikan wanita yang tidak tahu malu itu. Dia hanya anak seorang pegawai rendahan tapi bermimpi terlalu tinggi sehingga tidak sedar akan taraf diri sendiri. Baiklah, saya akan bertemu dengannya nanti".

Sementara itu, He Yan langsung tidak mengetahui akan konflik yang berlaku di kediaman keluarga Fan. Beberapa hari ini, fikirannya hanya tertumpu kepada notis pengambilan tentera baru, He Yan teringin untuk menyertainya sekaligus dapat berlatih di Liang Zhou.

Dia menjadi buntu untuk mencari alasan yang tepat agar dapat diberikan kepada He Sui dan He Yunsheng kerana keduanya pasti tidak akan bersetuju jika He Yan menyatakan hasratnya untuk menyertai tentera. Akibat daripada masalah ini membuatkan He Yan tidak dapat tidur dengan lena memandangkan tarikh tutup pengambilan tentera tersebut hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

"Cik, kenapa awak kelihatan muram sejak beberapa hari ni. Dari pagi lagi awak baring diatas katil namun tidak juga tidur. Jika Cik kurang sihat, nanti saya akan panggilkan doktor untuk periksa keadaan awak", ujar Qingmei yang risau melihat He Yan.

"Tidak perlu panggil doktor, saya bukannya tidak sihat tapi saya hanya merasa bosan sahaja".

Semenjak He Yunsheng bersekolah He Yan telah kehilangan teman untuk bercerita dan bergaduh membuatkannya menjadi bosan. Dahulu semasa menjadi isteri Xu Zhi Heng dia selalu bersendiri tanpa ditemani oleh sesiapa tapi kini setelah hidup selama beberapa bulan bersama He Sui dan He Yunsheng dia mula merasa sepi tanpa kehadiran mereka terutama sekali adiknya itu.

"Qingmei, saya merasa sangat bosan, saya ingin keluar sebentar".

"Cik mahu kemana? biar saya temankan awak".

"Awak tidak perlu ikut, kerana saya mahu pergi ke kedai jahitan untuk mengambil baju Yunsheng, lagi pula telah dua puluh hari berlalu tentu baju baju tersebut telah pun siap".

Setelah itu, He Yan segera keluar dari rumahnya sambil membawa notis pengambilan untuk menyertai pasukan tentera yang berpangkalan di Liang Zhou.

Sebaik sahaja tiba di kedai kain dan jahitan tersebut, dia disambut mesra oleh pemiliknya, "akhirnya Cik telah datang, adik awak tidak ikut datang kesini?"

"Dia tidak dapat datang kerana pada waktu ini dia sedang berada di sekolah", ucap He Yan sambil tersenyum lalu menyerahkan baki pembayaran baju tersebut setelah berpuas hati dengan kualitinya, He Yan sempat memuji kekemasan jahitan baju itu.

He Yan sangat berpuas hati dan merasa tidak sabar untuk melihat He Yunsheng memakai baju tersebut, tentu adiknya itu akan kelihatan semakin tampan nanti. Tanpa membuang masa, He Yan segera ingin pulang semula kerumahnya kerana tidak lama lagi He Yunsheng akan balik.

Namun ketika berada diluar kedai, tiba tiba dia disapa oleh seorang wanita yang tidak dikenali, "adakah awak ialah Cik He Yan?"

"Ya, awak siapa?"

Sambil tersenyum wanita itu menjawab, "Puan Muda saya ingin bertemu dengan awak kerana mahu membincangkan sesuatu".

Oleh kerana He Yan langsung tidak mengenali wanita itu dan juga Puan Muda yang dimaksudkannya, dia mengambil keputusan untuk menolak pelawaannya.

"Maafkan saya Cik He tapi Puan Muda saya teringin sangat untuk bertemu dengan awak dan sekarang dia sedang menunggu disana".

"Baiklah, saya akan ikut awak bertemu dengan Puan Muda kamu tapi pertemuan itu tidak boleh berlangsung terlalu lama kerana saya mempunyai hal lain lagi selepas ini", putus He Yan.

Wanita itu membawa He Yan ke suatu tempat yang sunyi dan terpencil. Menurut pengamatan He Yan pasti wanita ini merupakan seorang pembantu yang bertugas di kediaman keluarga bangsawan yang kaya dan berpengaruh, ianya disebabkan dia memakai baju yang diperbuat dari kain yang mahal serta menggunakan perhiasan yang cantik dan tidak mungkin mampu dibeli oleh orang seperti He Yan.

"Puan Muda awak berada disini?"

"Ohh..Puan Muda saya mempunyai kediaman persinggahan dikawasan yang berhampiran, lagi pula tidak jauh dari sini terdapat sebuah restoran yang akan membuat jamuan kecil, ia telah ditempah khas oleh Puan Muda saya".

Akhirnya mereka berdua berhenti dihadapan sebuah rumah lama dan hanya terdapat seorang pembantu yang menjaga pintu masuknya, "kita telah sampai".

Sebaik sahaja masuk kedalam kediaman itu, wajah pembantu tadi yang sentiasa tersenyum telah berubah menjadi dingin, "Puan Muda, saya telah telah membawanya kesini".

"Awak ialah He Yan?" ujar seorang wanita muda dengan wajah yang garang.

"Awak siapa", soal He Yan kembali.

"Saya ialah anak gadis sulung Cheng Wu Lang dan merupakan isteri kepada Fan Cheng!"

Sebaik sahaja mendengar jawapan wanita itu He Yan hanya mampu mengeluh kerana mengenang akan nasib dirinya.