Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 29 - 29. Menyertai Tentera

Chapter 29 - 29. Menyertai Tentera

"Apa yang harus kita lakukan jika tuan muda meninggal dunia?" soal salah seorang pengawal Fan Cheng kepada ketua mereka.

Namun kesemua mereka yang berada disitu hanya mampu terdiam dan berharap agar dapat menangkap pembunuh tersebut dengan secepat yang mungkin.

"Siapalah yang berani membunuh tuan muda?"

"Selama ini, tuan muda telah melakukan pelbagai kejahatan. Tentu ramai orang yang berdendam dengannya. Kita akan mengetahui siapakah orang itu sebaik sahaja dia ditangkap nanti".

"Bagaimana pula dengan nasib Cik He?"

"Tentu dia telah mati".

Anak anak buah Fan Cheng yakin bahawa He Yan pasti telah meninggal dunia kerana terjatuh kedalam tasik yang sejuk pada waktu malam. Lagi pula, menurut mereka lebih baik He Yan terkorban daripada terselamat dalam kejadian ini, kerana jika tidak, tentu nanti dia akan menjadi target buli keluarga Fan.

Semestinya keluarga bangsawan itu tidak akan membiarkan He Yan hidup sedangkan anak mereka pula terkorban.

******

Seorang anak muda berbaju hijau yang basah lencun sedang berjalan menuju ke sebuah tokong terbiar yang selalu dihuni oleh para pengemis dan gelandangan yang tidak memiliki rumah. Pemuda itu ialah He Yan yang menyamar menjadi lelaki, wajah putih mulus miliknya telah bertukar menjadi gelap kerana He Yan menyapu tanah diwajahnya sebagai langkah penyamaran.

Walaupun dirinya tidak lagi kelihatan cantik, penampilan He Yan kini berubah menjadi seorang pemuda yang tampan. Semua itu harus dilakukan agar anak anak buah Fan Cheng tidak mengenalinya. Menurut jangkaan He Yan keluarga Fan akan melakukan pencarian selama sebulan atau pun dua bulan.

Oleh itu, dalam jangka waktu ini dia mesti bersembunyi agar tidak ditangkap oleh mereka. Perkara ini menyebabkan He Yan sakit kepala!

Namun tiba tiba dia bersemangat semula kerana mengingati pengambilan tentera yang sedang terbuka pada waktu ini. Sekarang adalah peluang terbaik untuk He Yan menyertainya tanpa perlu mencari alasan buat ayah dan Yunsheng.

Pengambilan tentera yang berpangkalan di Liang Zhou sedang diadakan di kawasan barat, luar ibu kota. Pada waktu ini, kerajaan sedang memerlukan tenaga tentera, membuatkan He Yan yakin bahawa peluangnya untuk menyertai tentera mungkin tidak akan mengalami sebarang masalah.

Jika dia masih tetap tinggal di ibu kota, lambat laun dia pasti akan dapat di tangkap oleh keluarga Fan dan akhirnya akan menyusahkan keluarga He, pasti masa depan Yunsheng akan menjadi kelam. Dia tidak mahu mereka menerima nasib yang buruk kerana dirinya.

Menyertai tentera merupakan jalan keluar yang terbaik buat dirinya pada waktu ini. Kebetulan pula, esok merupakan hari terakhir sebelum pengambilan terbuka itu tertutup.

Setelah menemui jalan keluar untuk masalahnya, tanpa membuang masa He Yan segera menuju kearah barat di luar ibu kota.

******

"Encik, adakah pengambilan ini telah berakhir", soal He Yan kepada pengawal yang menjaga pintu masuk.

"Belum".

"Kalau begitu, saya mahu menyertainya".

"Kamu mahu menyertai tentera? berapa umur awak?" soal lelaki tersebut sambil memandang rendah kepada He Yan.

"Enam belas tahun".

"Tubuh kamu terlalu kecil, tidak seperti seorang pemuda yang berumur enam belas tahun. Menyertai tentera bukanlah sebuah perkara yang mudah kerana ia melibatkan latihan yang keras. Saya rasa, awak tidak layak untuk menyertainya, lebih baik kamu pulang dan jangan buang masa saya disini".

"Encik, saya benar benar ingin menyertai tentera, lagi pula saya sudah tidak mempunyai keluarga. Lebih baik saya terkorban di medan perang daripada mati sia sia disini tanpa ada keluarga disisi", ucap He Yan dalam nada yang sedih untuk meraih simpati daripada pengawal tersebut.

"Baiklah, jika kamu ingin menyertai tentera dan bersiap sedia untuk mati. Saya tidak akan menghalangnya. Tapi awak harus mengisi borang data peribadi ini terlebih dahulu".

Akhirnya impian He Yan untuk menyertai tentera tercapai. Kali ini penyertaannya sebagai anggota tentera menggunakan namanya sendiri tanpa menggunakan nama orang lain seperti di kehidupannya yang lampau.