Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 31 - 31. Tuan Muda Xiao

Chapter 31 - 31. Tuan Muda Xiao

Musim bunga telah berakhir dan kini digantikan pula dengan musim panas.

Sebaik sahaja pengambilan tentera baru berakhir, pasukan itu akan bergerak ke Liang Zhou untuk menerima latihan.

Semenjak menyertai tentera, Hong Shan merupakan sahabat pertama He Yan. Kemudian dia berteman pula dengan pasangan adik beradik iaitu Shi dan Mak, melalui pengamatan He Yan, Mak mungkin sebaya dengan adiknya Yunsheng tetapi dia merupakan seorang pemuda yang periang serta mudah mesra berlainan dengan abangnya Shi.

Tanpa diminta Mak sendiri menjelaskan bahawa mereka berdua berasal dari pergunungan Xiang Huai dan sebelumnya bekerja sebagai pemburu lalu menyertai tentera untuk berkhidmat kepada kerajaan serta mendapat penghidupan yang lebih baik.

"Ibu dan ayah awak, membenarkan kamu berdua sekaligus menyertai tentera?", soal Hong Shan kerana selalunya ibu bapa tidak akan membenarkan kedua dua anak lelaki mereka menyertai tentera dalam satu masa kerana risau jika perkara yang tidak diingini berlaku.

"Ibu dan ayah kami sudah meninggal dunia, selama ini abang lah yang telah membesarkan saya", jawab Mak pula.

"Kalau begitu bukankah kamu seharusnya lebih menghargai kehidupan daripada datang kesini berdepan dengan risiko kematian?", ucap Hong Shan lagi sambil memandang pasangan adik beradik itu dan juga He Yan.

"Adakah kamu juga seperti Ah He, ingin melakukan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga serta kerajaan?".

"Bukankah setiap lelaki harus bercita cita seperti itu. Lagi pula pasukan kita ini akan dipimpin oleh Komander Xiao, kami adik beradik sudah lama mengkaguminya".

Mendengar nama Komander Xiao, air yang diminum oleh He Yan serta merta tersembur keluar.

"Pasukan kita akan dipimpin oleh Komander Xiao?? malah dia sendiri yang akan mengetuai kita ke Liang Zhao?" soal He Yan tidak percaya.

Melihat reaksi He Yan yang agak luar biasa itu, Mak menganggap He Yan tidak mengetahuinya lalu dia cuba menjelaskan dengan nada yang bangga, "Komander Xiao atau juga dikenali sebagai gabenor Xiao merupakan General Feng Yun jika berada di medan perang serta merupakan tuan muda kedua keluarga Xiao".

******

Di kediaman keluarga Xiao di ibu kota.

Dekorasi kediaman keluarga Xiao tidak pernah berubah sejak kematian ibu Xiao Jue, walaupun kediaman tersebut merupakan kediaman seorang ketua tentera tetapi ia dipenuhi dengan hiasan bunga pelbagai jenis yang sangat menarik.

Ketika ini Xiao Jue sedang berehat dilaman miliknya namun dia disapa oleh kedatangan abang dan kakak iparnya.

"Huaijin, ini adalah kasut yang saya jahitkan khas untuk awak untuk kamu pakai semasa perjalanan ke Liang Zhao nanti", ucap Bai Rong Wai iaitu kakak iparnya.

"Terima kasih kak", balas Xiao Jue sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

"Kamu adik beradik berbual dulu, saya ingin ke dapur untuk memeriksa sup".

Sebaik sahaja kakak iparnya beredar dari situ, abangnya segera berkata, "Huaijin, kamu benar benar ingin pergi ke Liang Zhao?".

"Selama ini, Xie Jiefu selalu mencari masalah awak ketika berada di balai penghadapan istana, pasti nanti dia akan.."

Sebelum abangnya berkata dengan lebih panjang lebar lagi Xiao Jue telah memintasnya, "sama ada saya berada di ibu kota atau pun tidak, Xie Jiefu tetap akan mencari kesalahan saya. Saya harus menyiasat punca sebenar kematian ayah, mungkin kali ini saya boleh mendapatkan petunjuk yang baru".

"Baiklah jika kamu sudah memutuskannya. Kamu beritahu sahaja jika perlukan bantuan abang".

"Keadaan abang di Chao Zhong lebih tertekan dari saya, apa yang perlu abang lakukan ialah menjaga diri dengan baik".

"Kamu juga harus menjaga keselamatan diri dengan baik tapi yang lebih penting, sekarang kamu sudah mencapai tahap umur yang sesuai untuk berkhawin, jika ada gadis yang kamu berkenan, awak boleh beritahu kami", ucap Xiao Jing lagi.

Senyuman Xiao Jue segera mati sebaik sahaja mendengar ucapan abangnya itu.

"Tidak perlu, saya langsung tidak berniat untuk mempunyai isteri!"