Chapter 36 - 36. Jalan Mati

Dengan bersusah payah, akhirnya He Yan berjaya juga menghabisi lariannnya tanpa perlu menipu.

Kedatangannya segera disambut oleh Mak yang pantas memberikannya air. Pengajar Liang hanya menggelengkan kepalanya sahaja apabila melihat tingkah laku anak buah barunya itu.

"Bagaimana awak dapat menghabiskan larian tersebut? Ah He, kenapa kamu berdegil dan tidak mahu mengikut saranan saya tadi. Terdapat beberapa orang lain yang juga berlari lambat dan melakukan seperti apa yang saya katakan itu. Jika tiada yang membuka mulut, tiada siapa yang akan tahu perkara ini", bebel Hong Shan yang masih tidak berpuas dengan He Yan.

"Saya tidak mahu menjadi tentera yang bertugas di bahagian perubatan", balas He Yan yang langsung tidak mengendahkan bebelan Hong Shan.

"Apa masalahnya menjadi tentera yang bertugas di bahagian perubatan? walaupun mereka tidak terlibat di medan perang tetapi tugas mereka juga sangat penting", balas Hong Shan pula.

"Saya pula teringin menjadi tentera yang bertanggung jawab menyediakan makanan, dengan kata lain saya mahu menjadi seorang tukang masak yang boleh memasak pelbagai makanan yang lazat", celah Mak tidak mahu ketinggalan.

"Kalau begitu, kenapa kamu menyertai pasukan tentera? bukankah lebih baik awak menjadi tukang masak di ibu kota sahaja".

"Sebenarnya saya tidak mahu menjadi seorang anggota tentera tetapi abang yang telah memaksa saya kesini bersamanya", jawab Mak sambil melirik kearah Shi.

Mendengar jawapan Mak, He Yan hanya mampu mengeluh. "Ah He, hari ni merupakan hari pertama kita menjalani latihan dan awak kelihatan sangat lemah, kalau begitu bagaimana awak mampu bertahan pada hari hari yang seterusnya nanti?" ucap Hong Shan yang masih risau akan keadaan He Yan.

He Yan sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan tersebut namun dia telah berazam untuk tidak patah semangat dan berusaha selagi terdaya.

Pada waktu petangnya, mereka semua diberi peluang untuk merehatkan diri masing masing. Menurut pandangan He Yan pada setengah bulan pertama ini, latihan yang akan mereka semua terima adalah bertujuan untuk menguatkan fizikal seperti berlari dengan membawa pemberat dan berdiri dibawah terik panasnya matahari tanpa perlu melakukan sebarang pergerakan agar dapat memperketatkan disiplin dikalangan mereka semua. Dan selepas itu, barulah latihan penggunaan senjata akan dimulakan.

Di kehidupannya yang lalu, He Yan bertugas dibarisan hadapan dan sekarang dia juga masih tetap mahu berada di barisan hadapan. Namun latihan keras dari Xiao Jue membuatkan impiannya itu menjadi sangat sukar untuk dicapai. Kekuatan fizikalnya yang lemah menjadi batu penghalang buatnya pada waktu ini.

Pada waktu malam, mereka semua dihidangkan dengan bubur nasi berisi sayur liar dan kacang. Walaupun agak hambar, namun mereka semua merasa gembira kerana mempunyai sesuatu yang boleh dimakan untuk mengisi perut.

"Pasti hidangan ini akan bertambah lazat jika ia dipadankan dengan wine. Akhirnya saya faham mengapa orang ramai sering berkata, jika kamu sudah tidak mampu mencari makanan untuk hidup diluar, lebih baik menyertai pasukan tentera, walaupun makanannya tidak seenak diluar sana tapi sekurang kurangnya lebih baik daripada tidak makan langsung", ucap Hong Shan.

"Saya mahu makan arnab pangggang".

"Mungkin kita kena tunggu beberapa hari lagi dan barulah kita dibenarkan untuk pergi memburu", jawab Shi membalas kata kata adiknya Mak.

He Yan terkejut dengan jawapan Shi kerana dia mengetahui bahawa mereka tidak mungkin akan dibenarkan untuk keluar pergi memburu. Jika mereka keluar tanpa kebenaran, ia bererti telah melanggar aturan ketenteraan dan boleh menerima hukuman yang berat.

Setelah selesai menjamu selera, Hong Shan dan yang lain bersiap sedia untuk pergi mandi di sungai dan dia mengajak He Yan menyertai mereka semua, malah dia juga berjanji kepada He Yan untuk menjaganya dengan baik agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini namun seperti biasa He Yan menolak niat baik Hong Shan itu.

"Saya mandi nanti sahaja, tunggu sehingga tidak ramai orang berada disana Saya akan mengaut air dan tidak berendam didalam sungai".

"Baiklah, kalau begitu awak berehatlah dulu".

Sebagai seorang gadis yang menyamar menjadi lelaki, mandi merupakan antara cabaran yang paling sukar buatnya. Semua ini, telah dilalui olehnya di kehidupan yang lalu dan He Yan sama sekali tidak menyangka akan melaluinya sekali lagi dengan bermula dari bawah seperti dahulu.

Tidak lama kemudian, Hong Shan dan yang lain akhirnya kembali semula ke khemah dan tanpa menunggu masa yang lama, mereka segera tertidur pulas mungkin akibat terlalu letih menjalani latihan pada siang hari tadi.

Tanpa membuang masa He Yan segera pergi ke sungai Wulu untuk mandi. Menurut cerita orang orang yang terdahulu, sungai ini mendapatkan namanya setelah salah seorang nelayan yang tinggal berhampiran balik pada waktu malam telah terserempak dengan bidadari yang sedang menaiki seekor rusa bertanduk lima warna sedang melintasi sungai tersebut. Sejak itu, ia dinamakan sebagai sungai Wulu sempena nama bidadari itu.

He Yan segera mencari tempat yang sesuai untuk mandi. Sebaik sahaja menjejakkan kaki kedalam air, dia merasa sangat segar lalu mengambil keputusan untuk berendam seketika bagi merehatkan diri sambil menghayati keindahan bulan pada malam itu yang sedang bersinar terang.

Sambil tersenyum mengingati asal usul nama sungai ini, perlahan lahan dia berkata, "sungai Wulu yang indah di pergunungan Bai Yue.."

"Siapa???" ucap satu suara tiba tiba.

He Yan serta merta terdiam sebaik sahaja mendengar suara tersebut, suara itu kedengaran asing tetapi dalam masa yang sama seolah olah telah bertahun didengari olehnya.

Dia tidak menyangka, waktu selewat ini masih lagi ada orang lain yang datang ke sungai untuk mandi selain dirinya. Walau bagaimanapun, He Yan segera berlindung disebalik batu besar yang ada disitu untuk menyembunyikan diri.

Akhirnya dengan pantulan cahaya bulan yang terang, He Yan dapat mengenal pasti pemilik suara itu.

Dia memakai baju berwarna biru dan kelihatan segak namun berwajah dingin tanpa senyuman, He Yan sangat mengenalinya, dia adalah ketua komander pasukan tentera sayap kanan Xiao Jue.

He Yan hanya mampu mengeluh dengan nasib malangnya yang kini berada di jalan mati!!!