Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 33 - 33. Tiba Di Liang Zhou

Chapter 33 - 33. Tiba Di Liang Zhou

Sepanjang dua bulan perjalanan dari ibu kota ke Liang Zhou merupakan sebuah cabaran yang sangat besar kepada mereka semua. Semasa He Yan melihat pantulan dirinya di tasik sewaktu mengambil bekalan air, dia terkejut kerana melihat wajah putih mulusnya telah berubah menjadi agak gelap kerana terlalu lama tidak di cuci dan sentiasa berpanas di bawah matahari.

Jika He Yan sebenar melihat wajahnya pada ketika ini, tentu dia akan menangis histeria. Memikirkan semua itu membuatkan He Yan tersenyum sendiri.

"Ah He, mengapa awak tersenyum sendiri?", soal Mak yang hairan melihat telatah He Yan.

"Kita akan sampai ke Liang Zhou dalam masa setengah hari lagi, sebaiknya jangan terlalu gembira dahulu kerana kita belum mengetahui lagi nasib yang bakal kita semua hadapi", ucap Hong Shan yang turut berada disitu.

Hubungan mereka telah menjadi rapat selama menempuh perjalanan yang penuh cabaran ini. Tidak semua orang dapat mengharunginya, ramai yang sihat tubuh badan pada awalnya telah jatuh sakit dan ada pula yang terkorban sebelum sempat menerima sebarang latihan sebagai seorang anggota tentera di Liang Zhou. Terdapat juga segelintir dari mereka yang mula menyesal dan ingin berhenti lalu kembali semula ke ibu kota namun tidak dapat berbuat demikian kerana peraturan tentera yang ketat, jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh berhenti sesuka hati tanpa alasan yang munasabah.

Akhirnya pada waktu petang pada hari tersebut, pasukan mereka telah selamat tiba di bandar Liang Zhou yang terlatak di kawasan barat laut kerajaan. He Yan tidak menyangka bahawa bandar ini merupakan sebuah bandar kecil yang lengkap dengan kemudahan seperti ibu kota.

Sepanjang perjalanan dia mengira bahawa pasukan mereka akan berpangkalan di sebuah bandar kecil yang kurang dengan kelengkapan seperti pengalamannya di kehidupan yang lalu. General Fei Hong memulakan latihannya di bandar Mo Xian yang serba daif dan kekurangan, malah bekalan makanan terpaksa dicatu demi kelansungan hidup.

Sebaik sahaja tiba di Liang Zhou, pasukan mereka ditempatkan di kaki pergunungan Bai Yue untuk menerima laihan sekaligus menjaganya. Sepuluh buah khemah tentera yang besar akan menjadi kediaman kesemua mereka sepanjang bergelar tentera.

Setiap khemah akan menempatkan beberapa orang didalamnya dan He Yan bernasib baik kerana mendapat peluang untuk berkongsi khemah dengan sahabat barunya iaitu Hong Shan, Mak dan Shi serta beberapa orang yang lain lagi.

"Tadi saya melihat ada sungai di belakang, ramai orang yang mandi disana. Mari bersihkann diri kita yang sudah teralu lama tidak dibasuh ni", ucap Mak dengan teruja.

Kesemua mereka tidak menolak cadangan tersebut keculi He Yan yang masih santai membuatkan Mak merasa hairan.

"Dia takut air", jawab Hong Shan kerana sebelum ini dia juga pernah mengajak He Yan untuk mandi bersama namun He Yan menolaknya dengan alasan bahawa dia trauma dengan sungai disebabkan pernah lemas sewaktu kanak kanak.

Setelah mereka semua pergi, He Yan berbaring di katil untuk merehatkan dirinya yang keletihan. Mungkin sudah terbiasa tidur diatas katil beralaskan tilam membuatkan dahinya berkerut ketika merasakan katil barunya ini. Serta merta fikirannya melayang mengingati Xiao Jue, dia merasa cemburu kepada pemuda itu kerana tentu ketika ini dia sedang berbaring di khemah persendirian yang besar dan tidur beralaskan tilam yang empuk.

Pertama kali menerima makanan setelah sampai di kem tentera ini membuatkan para tentera baru merasakan nikmat sebuah hidangan walapun ia sekadar hanya sebiji pau sahaja.Itu lebih baik daripada harus menerima air mentah dan makan makanan keras sewaktu masih dalam perjalanan.

"Indahnya dapat menikmati makanan yang panas!"

"Jika boleh saya dan abang saya ingin pergi memburu di pergunungan Bai Yue. Mungkin nanti kita boleh menikmati arnab atau khinzir panggang, tentu lebih enak", ucap Mak dengan begitu semangat.

"Kata kata awak membuatkan saya bertambah lapar dan tidak sabar untuk turut serta pergi memburu. Tapi tidak tahu, bila baru kita boleh pergi kesana!" balas Hong Shan yang agak sedikit terkilan.

Setelah itu, mereka semua diberi peluang untuk berehat pada hari tersebut.

He Yan mengambil tempat tidur di kawasan yang paling hujung berhadaepan dinding khemah serta bersebelahan dengan Mak.

"Sepanjang menyertai tentera, hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat saya", ucap Hong Shan dengan puas hati.

"Mungkin kita akan gembira berada disini, kita boleh keluar memburu dan mempunyai ramai teman", balas Mak pula.

He Yan langsung tidak menyangka pemikiran Mak sepolos ini. Mereka diberikan peluang untuk berehat setelah melalui perjalanan yang sangat meletihkan, tentu selepas ini kehidupan mereka akan berubah menjadi sangat keras serta mencabar di bawa bimbingan Xiao Jue.

Sambil tersenyum He Yan menutup matanya dan bersedia untuk tidur.

Pada keesokkan harinya, He Yan merupakan orang pertama yang bangun. Mak yang tersedar tidak lama kemudian hairan melihat He Yan, "Ah He, kenapa awak bangun terlalu awal, hari masih gelap lagi".

Sambil tersenyum He Yan menjawab, "kalau kamu tidak mahu dihukum, lebih baik awak bangun juga sekarang juga".