"Awak boleh membaca dan menulis?"
"Ya, tapi tidak terlalu mahir", jawab He Yan.
"Kamu hanya perlu menulis nama sahaja dan bawa kertas ini menuju ke khemah yang terletak di belakang. Disana keadaan kesihatan fizikal awak akan diperiksa. Setelah itu, kamu akan diiktiraf sebagai salah seorang ahli tentera untuk pasukan ini".
Kemudian He Yan segera berlalu dari sana dan mengucapkan terima kasih kepada pengawal tersebut.
Sebaik sahaja tiba dikhemah pemeriksaan yang dimaksudkan oleh pengawal itu tadi, He Yan melihat beberapa orang pemuda yang tidak memakai baju namun dia abaikan sahaja.
Selang beberepa waktu, pemuda pemuda itu pun keluar, sekarang tiba pula giliran He Yan. "Ha...takkan seorang pemuda yang kurus kering dan belum mencapai tahap umur yang sesuai, boleh menyertai tentera", ucap pemeriksa itu.
"Kenapa tercegat sahaja disitu, cepat buka pakaian awak. Jangan buang masa saya, masih ramai lagi orang yang mahu saya periksa nanti".
Walau bagaimanapun He Yan langsung tidak memberikan sebarang tindak balas dengan arahan pemeriksa tersebut.
Walaupun rahsianya hampir terbongkar, He Yan tetap bersikap tenang. Perlahan lahan dia memegang tangan pemeriksa itu sambil memberikannya beberapa keping duit perak.
"Apa maksud awak ni?"
"Saya tidak mahu menyembunyikan perkara ini dari awak, semenjak kecil lagi saya telah menghidap penyakit kelemahan seoarang lelaki iaitu saya tidak boleh memberikan keturunan buat ayah dan ibu saya. Disebabkan itulah saya mahu menyertai tentera, sekiranya suatu hari nanti saya terkorban di medan perang, saya pasti akan mengenang jasa awak untuk selamanya".
Serta merta pemeriksa kesihatan itu merasa simpati apabila mendengar cerita He Yan. Dia tidak menyangka soarang pemuda yang berwajah tampan harus menghidap penyakit seperti ini.
"Baiklah, jika begitu saya akan luluskan awak memandangkan kamu mempunyai tubuh badan yang sihat. Namun awak harus menyimpan rahsia ini dengan baik dan jangan biarkan orang lain mengetahuinya, jika tidak, saya tidak dapat membantu awak nanti", ucap pemeriksa itu setelah menyimpan duit pemberian He Yan.
Setelah itu, He Yan keluar dari khemah pemeriksaan tersebut dengan perasaan yang tenang.
Tiba tiba dia disapa oleh seseorang, "adakah kamu tentera yang baru?"
He Yan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum, serta merta perutnya berbunyi kerana kelaparan.
Pemuda yang menyapanya itu tersenyum lalu memberkan He Yan sebiji kuih bijan yang terdapat di tangannya, "awak makanlah kuih ni, lagi pula saya sudah kenyang".
"Awak terlalu kurus, adik saya yang berusia sepuluh tahun kelihatan jauh lebih besar dari kamu".
"Walaupun berbadan kecil tapi saya sudah berumur enam belas tahun".
"Kenapa memilih untuk menyertai tentera , sedangkan awak kelihatan seperti seseorang yang berasal dari keluarga berpelajaran?"
"Keluarga saya telah jatuh miskin, saya tidak mempunyai pilihan lain selain memasuki tentera untuk kelangsungan hidup".
"Nama saya Hong Shan, lepas ni awak boleh panggil saya abang Shan sahaja".
"Baiklah, dan nama saya pula adalah He Yan".
"Dimasa hadapan saya akan memanggil kamu dengan nama Ah He sahaja", putus Hong Shan.
******
Semalam satu kejadian besar berlaku di bandar Jing Cheng. Anak tunggal lelaki dari keluarga Fan telah mati dibunuh dan pembunuhnya masih lagi tidak dapat dijejaki, ia hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan. Selain itu, anak gadis kepada seorang pegawai rendahan yang turut berada didalam kapal tersebut juga telah terkorban dan sehingga kini mayatnya belum lagi ditemui setelah terjatuh kedalam sungai.
Kejadian ini, menyebabkan ramai orang yang bersusah hati kerana bimbang akan menjadi mangsa seterusnya. Walau bagaimanapun, terdapat juga yang berpuas hati dengan kejadian ini kerana Fan Cheng merupakan seorang pemuda yang kerap merosakkan kehormatan anak anak gadis yang berasal dari keluarga miskin.
Selam ini, Fan Cheng menggunakan pengaruh keluarganya sebagai pelindung untuk menutupi semua kejahatan yang dilakukan olehnya. Setiap kali keluarga mangsa membuat aduan, pasti akan dipandang sepi, dan sekarang Fan Cheng yang sombong itu akhirnya menerima padah akibat dari perbuatan jahatnya.
Semenjak kejadian itu, keluarga He sangat terkesan dengan apa yaang berlaku. He Sui menangis tanpa henti dan berharap agar anaknya selamat dalam kejadian itu, begitu juga dengan Qing Mei pembantu kepada He Yan.
He Yunsheng pula sengaja menyibukkan dirinya mengurus Xiang Xiang iaitu kuda miliknya, dia berusaha untuk melupakan kejadian itu seperti yang diarahkan oleh kakaknya sebelum mereka berpisah.
Doanya tetap tidak berubah, semoga He Yan selamat tanpa menghadapi sebarang kecederaan!