"Yunsheng??" soal He Yan kehairanan apabila melihat kehadiran adiknya yang tiba tiba itu.
He Yunsheng dengan pantas menolak tubuh Fan Cheng ketepi lantas berdiri dihadapan He Yan sebagai langkah untuk melindunginya.
"Bagaimana awak boleh berada disini?", ucap Fan Cheng tidak percaya.
"Berenang. Saya dapat naik keatas kapal ini dengan berenang!" Kemudian He Yunsheng segera membuka tali yang mengikat kaki He Yan.
"Yunsheng, bagaimana awak tahu saya berada disini?"
"Saya risau, jika tuan muda gila ini akan mengganggu awak. Oleh itu, saya arahkan Shuang Qing untuk mengawasi setiap gerak geri kamu semasa saya berada di sekolah", Shuang Qing merupakan pembantu baru yang disediakan oleh He Yan buat adiknya itu.
"Shuang Qing telah melaporkan segalanya kepada saya. Jika saya terlewat tiba, entah apa orang gila ini akan lakukan kepada awak nanti!"
"Awak ingat dengan kedatangan kamu disini, boleh mengubah apa yang telah saya rancangkan?" balas Fan Cheng dengan nada yang tidak puas hati.
"Cepat atau lambat, kakak awak ni tetap akan menjadi milik saya. Lagi pula, dia yang tergila gilakan saya terlebih dahulu dan sekarang cuba berlagak seperti seorang gadis yang polos", balas Fan Cheng dengan yakin memandangkan anak anak buahnya berada dekat di kawasan itu. Hanya dengan sekali arahan sahaja mereka semua akan melakukan apa yang diperintahkan olehnya tanpa sebarang bantahan.
Jawapan Fan Cheng itu membuatkan He Yunsheng menjadi sangat marah, "awak memang seorang lelaki yang keji!!" ucapnya sambil dia berlari kearah Fan Cheng untuk memukul pemuda itu.
Seketika kemudian He Yunsheng dan Fan Cheng saling berbalas tumbukan, perbuatan mereka itu membuatkan keadaan kapal agak bergoyang.
He Yan segera menjerit kearah adiknya untuk mengelak apabila dia terlihat Fan Cheng mengeluarkan belati dari lengan bajunya.
Mujur dengan mendengar jeritan He Yan membuatkan He Yunsheng dapat mengelak serangan curi tersebut tapi disebabkan hal itu, ianya membuatkan dia bertambah berang dengan Fan Cheng. "Berani awak membuat serangan curi, awak merupakan seorang lelaki yang pengecut!"
"Nyawa orang miskin seperti awak langsung tidak bermakna dimata saya. Selepas awak mati nanti, saya akan jadikan kakak awak sebagai hamba pemuas nafsu saya. Setelah bosan, saya akan menjualnya di rumah pelacuran dengan harga yang rendah".
Mendengar kata kata Fan Cheng tersebut membuatkan He Yan menjadi marah namun dia tidak mahu melakukan sesuatu yang akan menyusahkan keluarganya di masa hadapan. Oleh itu, dia terpaksa menahan rasa marahnya itu untuk sementara waktu.
Akibat terlalu kesal, He Yunsheng telah menendang perut Fan Cheng dengan kuat sehingga menyebabkannya terjatuh diatas lantai kapal. Setelah itu, dia tidak berhenti memukul serta menendang tubuh tuan muda tersebut.
Melihat situasi itu, He Yan memberikan adiknya sehelai kain untuk disumbatkan ke mulut Fan Cheng agar dia tidak mengeluarkan sebarang suara yang boleh didengari oleh anak anak buahnya yang berada dikawasan berhampiran.
Sebaik sahaja melihat Fan Cheng terkulai layu, He Yan menyuruh He Yunsheng untuk berhenti memukulnya kerana risau sekiranya Fan Cheng akan mati.
"Biar saya pukul dia sehingga mati agar dia tidak akan mengganggu awak lagi!", ucap He Yunsheng masih berdegil.
"Tapi jika dia mati, ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar buat keluarga kita. Bangunkan dia terlebih dahulu".
"Hoi..bangunlah, jangan cuba untuk berlakon mati pula", ucap He Yunsheng kepada Fan Cheng walau bagaimanapun setelah beberapa kali cuba dikejutkan, Fan Cheng tetap tidak memberikan sebarang tindak balas.
He Yunsheng menjadi semakin sebal, "takkan awak lemah sangat, dipukul hanya beberapa kali sudah tidak berdaya", dia sekali lagi ingin menendang perut Fan Cheng untuk menyedarkannya namun tendangannya terhenti apabila melihat tumpukan darah yang banyak dikawasan Fan Cheng sedang terbaring.
Serta merta He Yunsheng menggigil ketakutan apabila melihat situasi tersebut.
He Yan segera menekup mulut He Yunsheng apabila adiknya itu mahu menjerit. Dia tidak mahu jeritan He Yunsheng akan menyebabkan anak anak buah Fan Cheng datang ke kapal itu dan melihat apa yang berlaku.
Sebagai seorang mantan general yang terkenal, He Yan tenang menghadapi situasi tersebut sambil cuba mencari punca sebenar kematian Fan Cheng, dia tidak percaya pemuda tersebut akan mati setelah dibelasah oleh He Yunsheng.
Hasil tendangan dan tumbukan adiknya itu tidak akan membawa kepada kematian. Setelah meneliti, He Yan dapati bahawa Fan Cheng mati adalah disebabkan tertusuk belati miliknya sendiri semasa terjatuh akibat bergelut dengan He Yunsheng tadi.
Walau bagaimanapun dia mengakui, tumbukan serta tendangan dari adiknya itu telah menyebabkan belati tersebut tertusuk jauh kedalam tubuh Fan Cheng lalu menyebabkan dia mati dengan serta merta setelah terjatuh ke atas lantai kapal.
"He Yan, adakah dia telah..."
"Ya, dia telah mati", jawab He Yan dengan tenang.
"Jika dia telah mati, apa yang perlu kita lakukan sekarang?" soal He Yunsheng kebingungan.
Ketika ini He Yunsheng merasa sangat takut kerana telah membunuh seseorang, dia menangis dan cuba membangunkan Fan Cheng dengan berharap agar pemuda itu tersedar semula.
Melihat tingkah laku adiknya yang telah kehilangan arah, He Yan tiada pilihan lain selain terpaksa menampar wajahnya agar He Yunsheng tersedar semula dan tidak terlalu melayan perasaannya itu.
"He Yunsheng, Fan Cheng telah pun mati!!' ucap He Yan sambil memandang tajam wajah adiknya itu.