Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 20 - 20. Jangan Bertemu Lagi

Chapter 20 - 20. Jangan Bertemu Lagi

He Yunsheng segera berdiri dihadapan He Yan membuatkan Fan Cheng merasa terkejut kerana selama ini dia mengetahui bahawa hubungan persaudaraan mereka berdua tidak seharmoni seperti ini. Selalunya kedua dua mereka sering bertengkar diantara satu sama lain.

Selain kedekatan hubungan He Yan dan He Yunsheng mengejutkan Fan Cheng, dia juga hairan apabila melihat He Yan yang menyukai dirinya selama ini tidak melihat wajahnya dengan pandangan penuh cinta lagi. Seolah segala galanya telah berubah!

"He Yan saya mendengar awak telah jatuh sakit beberapa hari yang lalu sehingga tubuh awak menjadi kurus. Nanti saya akan belikan awak herba yang mahal untuk memulihkan semula kesihatan kamu", ucap Fan Cheng.

Jika Cik He yang asli mendengar kata kata Fan Cheng tersebut pasti dia akan tergoda namun kini He Yan yang berada dihadapannya adalah orang yang berbeza dan tidak akan terpujuk dengan janji manis.

"Jangan dengar kata katanya itu, jangan lupa siapa yang membuatkan awak jatuh sakit. Fan Cheng adalah seorang lelaki yang hanya memberi janji palsu dan penipu!" pintas He Yunsheng dengan cepat kerana risau kakaknya akan terpikat semula kepada Fan Cheng.

Apa yang diketahui oleh He Yan apabila Cik He yang asli mengetahui bahawa kekasih hatinya akan berkhawin dengan gadis pilihan keluarganya, dia telah pergi ke kediaman keluarga Fan untuk meminta penjelasan dari Fan Cheng namun dia telah dihalau sebaik sahaja tiba dipintu hadapan rumah mereka.

"He Yan awak tahu kan, perkhawinan saya adalah disebabkan oleh pilihan keluarga. Didalam hati saya ini, awak tetap yang paling utama, tolong jangan dengar kata kata dari orang luar!"

"Siapa orang luar yang awak maksudkan? saya ialah adiknya awaklah yang merupakan orang luar. Jangan pernah bermimpi untuk berhubung lagi dengan kakak saya dan jangan ambil kesempatan keatasnya!" tambah He Yunsheng lagi dengan nada yang marah.

He Yan memegang bahu He Yunsheng untuk meredakan kemarahannya, "terima kasih Tuan Muda Fan kerana ambil berat akan kesihatan saya tapi sekarang saya sudah sihat dan tidak memerlukan sebarang herba kesihatan, lagi pula tempoh hari saya jatuh adalah disebabkan demam biasa sahaja".

"Sekarang awak sudah pun berkhawin, tidak elok seorang wanita rapat dengan lelaki yang telah berpunya nanti hanya akan membuatkan isteri awak merasa sedih, lebih baik kita jangan berjumpa lagi!" putus He Yan dengan yakin.

He Yunsheng merasa sangat berpuas hati mendengar penjelasan He Yan. Manakala Fan Cheng pula seolah olah tidak percaya apabila mendengar ucapan tersebut, selama ini gadis itu diibaratkannya sebagai seorang gadis yang cantik tetapi tidak bijak tapi sekarang kenapa semuanya berubah?

Fan Cheng menyukai wajah cantik He Yan dan mahu menjadikannya sebagai gundik tetapi He Yan merupakan seorang gadis yang tamak kerana menginginkan posisi isteri utama tanpa memikirkan status keluarganya, mana mungkin dia mahu berkhawin dengan anak seorang pegawai rendahan!

Sebaik sahaja He Yan mengetahui bahawa dia akan berkhawin dengan anak gadis sulung Cheng Lang, dia telah naik gila sehingga sanggup datang ke kediamannya untuk meminta penjelasan. Sebenarnya Fan Cheng sendiri, yang telah memberikan arahan kepada para pembantunya untuk menghalau He Yan kerana tidak mahu gadis itu mengganggu kelancaran majlis perkhawinannya yang akan berlaku beberapa hari lagi pada waktu tersebut.

Malah ketika dia mendengar bahawa He Yan telah jatuh sakit dan ingin membunuh diri kerana dirinya, Fan Cheng langsung tidak ambil peduli kerana apa yang penting dia harus berkhawin dengan anak gadis sulung Cheng Lang itu, soal He Yan biar difikirkan kemudian.

Namun selepas berkhawin, dia mula rindukan He Yan kerana isterinya bukan sahaja tidak dapat mengalahkan kecantikan He Yan, dia juga seorang yang suka mengawal pergerakan Fan Cheng dan sangat garang membuatkannya merasa bosan serta muak.

Fan Cheng merindukan He Yan yang manja dan mudah dipujuk. Hanya melalui pemberian hadiah berupa barangan kemas atau perhiasan wajah, He Yan wakan berpuas hati. Beberapa hari ini, dia mengarahkan anak buahnya untuk mengambil tahu tentang kehidupan He Yan dan tidak menyangka gadis itu menyertai adiknya untuk menjual kuih da'nai di pasar!

Setelah bertemu semula, Fan Cheng merasakan He Yan telah berubah namun dia tidak mengetahui dimanakah perubahan tersebut. Selepas merenung wajah He Yan seketika Fan Cheng mendapati bahawa senyuman He Yan menjadi semakin menawan kerana keasliannya wajahnya semakin terserlah tanpa sebarang riasan.

"He Yan, awak masih marahkan saya?" Bagi Fan Cheng segala kemarahan He Yan buat dirinya akan hilang sekiranya dia terus memujuk dengan kata kata yang manis.

Namun He Yan memilih untuk tidak melayan Fan Cheng lagi kerana dia merasakan hanya akan membuang masa sahaja. "Tuan, adakah awak telah siap mengambil ukuran tubuh adik saya?"

Pemilik kedai itu menganggukkan kepalanya apabila mendengar soalan He Yan.

"Ini adalah duit deposit, saya akan bayar bakinya setelah baju itu siap".

"Baju untuk musim panas dan musim bunga akan siap dua puluh hari lagi manakala baju untuk musim sejuk akan mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan".

"Baiklah, kalau begitu dua puluh hari lagi kami akan datang semula. Tolong buat baju adik saya dengan cantik kerana dia sukakan kecantikan!"

"Siapa yang sukakan kecantikan?" ujar He Yunsheng tidak berpuas hati.

Pemilik kedai itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat telatah mereka berdua.

Kemudian mereka berdua keluar dari kedai tersebut tanpa mempedulikan Fan Cheng lagi.

"Tuan Muda, nampaknya kali ini Cik He dia.."

"Jangan risau, dia hanya marah sahaja dan akan reda setelah dipujuk nanti", ucap Fan Cheng yakin sambil tersenyum. Mana mungkin dia melepaskan gadis yang dimahukannya. Apatah lagi terlalu banyak wang yang telah dikeluarkan olehnya buat gadis itu.