Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 16 - 16. Hadiahkan Seekor Kuda

Chapter 16 - 16. Hadiahkan Seekor Kuda

Angin yang bertiup lembut membuatkan niqab yang menutupi wajahnya sesekali terangkat membuatkan He Yan semakin menundukkan kepalanya, dia takut jika Komander Xiao mengenalinya!

"Ketua Komander Xiao, apa yang awak lakukan disini?" soal Tuan Muda Xiao dengan lembut berlainan sekali dengan dirinya sebentar tadi sebelum kedatangan Xiao Huai Jin. Namun pertanyaan itu langsung tidak dihiraukan oleh Komander tersebut.

"Berapa harga kuda ini?" soal pemuda berbaju kuning cair.

"Ah? harganya ialah tiga tael duit perak".

Sebaik sahaja mendengar harga kuda tersebut, Komander Xiao segera melemparkan dua jongkong perak kepada Tuan Muda Zhao. "Saya beli kuda awak!"

Walaupun berat hati namun Tuan Muda Zhao tidak berani ingkar dengan arahan yang keluar dari mulut Xiao Huai Jin. Dia merasakan harga dirinya yang telah tercalar sebentar tadi tidak akan mampu ditebus olehnya lagi. "Jika Komander Xiao inginkan kuda ini, saya akan berikannya kepada awak secara percuma!"

He Yan akhirnya dapat menarik nafas lega kerana kuda tersebut dapat diselamatkan. Tentu sebagai seorang general yang berpengalaman, mustahil Xiao Jue hanya diam dan langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelamatkan nyawa kuda itu.

"Terima kasih Komander Xiao kerana menyelamatkan kuda ini, saya percaya kebaikan awak menyelamatkan nyawanya lebih berharga daripada membina pagoda setinggi tujuh tingkat", ucap He Yunsheng tiba tiba sambil memandang Xiao Jue dengan pandangan penuh kekaguman.

He Yan terkejut dengan tindakan He Yunsheng kerana tidak menyangka bahawa adiknya itu boleh memuji seseorang secara berlebihan. Tentu ketika mendengar kata kata tersebut Xiao Jue akan memandang rendah terhadap He Yunsheng kerana menganggap pujian itu menginginkan agar kehadiran dirinya disedari.

"Awak suka kuda ini?" soal Xiao Jue kepada He Yunsheng.

"Ya, saya sangat sukakannya".

"Kalau begitu, saya hadiahkannya buat awak", jawab Xiao Jue ringkas.

"Haa...?" He Yunsheng tidak menyangka bahawa kuda tersebut kini menjadi miliknya, belum sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Komander Xiao, dia dan rakannya telah berlalu pergi dari situ.

"Hoi, sudahlah jangan bermimpi lagi adik kesayanganku", ucap He Yan apabila melihat He Yunsheng yang terus terpaku memandang kearah Xiao Jue yang telah jauh meninggalkan mereka.

"Mana Tuan Muda Zhao?"

"Dia sudah pergi semasa awak sibuk memuji Komander Xiao tadi".

"Saya akan menjaga kuda ini dengan baik kerana ia merupakan pemberian General Feng Yun kepasa saya, lagi pula saya memang sukakannya!"

"Apa kata awak buat satu plak sempena memperingati momen ini?" sindir He Yan.

"Awak tahu tak, jika Komander Xiao tiada tadi tentu kuda ini telah mati dengan sia sia. General Feng Yun merupakan seorang yang suka menegakkan keadilan!"

"Sudahlah..buat apa kita bercakap mengenai orang yang tidak mempunyai kaitan dengan kita", ucap He Yan dengan jengkel. He Yunsheng masih mentah dan langsung tidak mengenali perangai sebenar Xiao Jue iaitu merupakan seorang general yang kejam!

"Yan Yan kenapa awak memakai niqab dan bagaimana kamu tahu menunggang kuda? Lain kali tolong jangan lakukan perkara yang berbahaya seperti ini lagi. Bagaimana jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada awak? nanti macam mana ayah mahu jelaskan kepada ibu awak yang berada di syurga?"

"Ayah, saya memakai niqab seperti ini kerana mengikuti perkembangan fesyen terkini dikalangan gadis, adakah saya kelihatan cantik?" soal He Yan dengan suara yang manja.

"Tentulah cantik, apa sahaja yang dipakai oleh He Yan semuanya kelihatan cantik!"

He Yunsheng menggelengkan kepalanya kerana tidak menyangka ayahnya percaya dengan apa sahaja yang diucapkan oleh He Yan. Tentu ayahnya langsung tidak menyangka bahawa anak gadis kesayangannya itu telah pergi ke rumah perjudian Le Tong untuk bertaruh dan memperolehi kemenangan disana.

"Manakala menunggang kuda pula, seorang sahabat telah mengajar saya selama ini tapi saya belum lagi terlalu mahir, mengalahkan Tuan Muda Zhao hanyalah satu kebetulan sahaja".

******

Sementara itu, Xiao Jue dan pemuda berbaju kuning cair sedang menuju keluar dari lapangan tersebut.

"Ia merupakan satu pengalaman yang menarik. Pakcik, adakah awak melihat gadis muda itu telah melempar sesuatu kearah kuda tersebut. Nampaknya Tuan Muda Zhao telah tertipu olehnya".

Helah kecil seperti itu semestinya tidak akan terlepas dari pandangan Xiao Jue. Apa yang pasti, sekiranya dia tidak membantu tadi tentu gadis tersebut akan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kuda itu.

"Malangnya gadis tersebut memakai niqab dan menundukkan kepalanya membuatkan kita tidak dapat melihat wajahnya. Apa kata, kita balik semula kesana untuk mencari tahu berkenaan gadis tersebut sambil melihat wajahnya".

"Awak pergilah sendiri".

"Mana boleh saya pergi sendiri kerana selepas melihat pakcik, gadis itu terus menundukkan wajahnya, mungkin dia merasa malu. Nampaknya gadis bandar Jing Cheng semakin hari semakin hebat, beberapa hari yang lalu kita melihat seorang gadis memukul sekumpulan lelaki dan hari ini, muncul pula gadis hebat menunggang kuda. Terlalu banyak wanita yang hebat tapi mengapa tiada seorang pun yang mahukan saya!" ucap pemuda berbaju kuning cair itu lagi sambil mengeluh panjang.

"Cheng Li Shu jika kamu masih tidak diam, saya akan hantar awak semula ke Kediaman Cheng!"

Semasa mereka melalui rak penyimpanan senjata, mereka berdua disapa oleh seorang pemuda berbaju biru. Mungkin telah lama dia berada disitu dan turut menyaksikan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

"Bukankah ini saudara Zilan, mengapa awak berada disini?" ucap Cheng Li Shu sambil tersenyum.

Pemuda tersebut merupakan anak keempat Tuan Shi Jin yang bernama Chu Zhao

"Saya kebetulan berada disini tidak sangka akan bertemu dengan Komander Xiao dan juga Tuan Muda Cheng".

"Kami berdua datang kesini untuk berjalan jalan sekaligus menikmati musim bunga, rugi jika hanya terperap didalam kediaman tanpa melakukan apa apa", balas Cheng Li Shu lagi.

Walaupun Komander Xiao langsung tidak berkata sepatah ayat sekalipun, Chu Zhao tetap tersenyum dan langsung tidak menunjukkan sebarang rasa tersinggung.

Setelah itu, Xiao Jue dan Cheng Li Shu segera berlalu pergi dari situ meninggalkan Chu Zhao bersendirian.

"General Feng Yun seorang yang sombong!" ucap pembantu wanita yang sentiasa berada disisi Chu Zhao dengan nada yang tidak puas hati.

"Sebab itu, dia digelar sebagai Xiao Huai Jin", balas Chu Zhao ringkas sambil tersenyum namun pandangannya tidak terlepas dari melihat kearah tengah lapangan.