Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 18 - 18. Pertemuan Pertama

Chapter 18 - 18. Pertemuan Pertama

Dikatakan bahawa dua orang general terkenal kerajaan mereka iaitu General Fei Hong dan General Feng Yun adalah musuh seteru yang sering bersaing diantara satu sama lain. Namun bagi He Yan sebenarnya semua itu hanyalah cerita yang direka dan ditambah dengan sesuka hati sahaja.

Mereka berdua menyertai tentera ketika masih muda dan saling berusaha meningkatkan nama masing masing, membuatkan orang lain sering membandingkan keduanya. General Fei Hong yang asli sebenarnya merupakan seorang gadis polos dan langsung tidak mempunyai sebarang rasa tidak puas hati terhadap General Feng Yun.

Kerajaan mereka menitik beratkan sistem pembelajaran, anak gadis akan diajar dikediaman masing masing oleh tenaga pengajar yang dijemput ke rumah manakala bagi anak lelaki pula akan dihantar belajar ke sekolah apabila mencapai umur yang ditetapkan dan He Yan sebagai He Rufei harus melangkah ke alam persekolahan.

Semasa berumur empat belas tahun, He Yan dihantar ke Dewan Xiang Cheng untuk belajar. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang paling terkenal, diasaskan oleh mantan Putera Mahkota serta diketuai oleh menteri khas yang telah dilantik oleh Raja.

Jika diikutkan sebenarnya He Yan tidak layak untuk menyertai Dewan Xiang Cheng walaupun dia juga berasal dari keluarga bangsawan. Hal ini disebabkan setiap pelajar sekolah tersebut harus memiliki keluarga yang bertugas sebagai barisan menteri didalam kerajaan. Namun He Yuan Liang, ayah kandungnya bernasib baik kerana telah menyelamatkan salah seorang guru ketika terlibat didalam sebuah pergaduhan semasa berada disebuah restoran. Sebagai rasa terima kasih, guru itu telah menawarkan sebuah tempat untuk He Yan melanjutkan pelajaran di Dewan Xiang Cheng.

Semasa He Yan mendengar bahawa dia akan dihantar belajar disana, dia merasa sangat teruja namun dalam masa yang sama risau jika penyamarannya sebagai He Rufei akan diketahui oleh orang lain. Walaupun menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tetapi He Yan harus mematuhi setiap peraturan seperti seorang gadis biasa. Oleh kerana dia lebih menumpukan pembelajaran seni mempertahankan diri, He Yan telah jauh tertinggal untuk mempelajari empat kesenian yang harus diketahui oleh wanita iaitu bermain guqin, catur, kaligrafi dan lukisan.

Diterima sebagai salah seorang pelajar di Dewan Xiang Cheng membuatkan He Yan merasa bersyukur kerana telah menjalani kehidupan sebagai He Rufei. Ini kerana dia berpeluang untuk keluar dari kediaman keluarga He serta mendapat kawan baru memandangkan selama ini dia hidup terpencil dan terasing dari orang lain.

Isteri He Yuansheng iaitu ibu kandung kepada He Rufei yang sebenar telah menempah sebuah topeng wajah khas untuknya. Topeng tersebut hanya boleh ditanggalkan oleh He Yan dan harus dipakai sepanjang masa walaupun sedang mandi atau tidur.

"Ingat jangan buka topeng ini, kamu harus sentiasa memakainya. Jika orang lain tahu bahawa kamu bukannya Rufei dan hanyalah seorang gadis, keluarga kita akan menerima hukuman yang sangat berat!" kata kata itulah yang sering kali diungkapkan oleh wanita tersebut buatnya.

Ketika hari pemergiannya untuk masuk ke sekolah, Puan He menemani dan memegang tangannya dengan erat dengan wajah yang risau. Bagi pandangan orang luar perbuatan tersebut merupakan rasa kasih dari seorang ibu untuk anaknya tetapi sebenarnya wajah keruhnya adalah disebabkan rasa tidak percaya dari Puan He untuk dirinya, ia bimbang jika He Yan membongkar rahsia mereka.

Pendaftaran masuk He Yan ke Dewan Xiang Cheng agak lewat daripada pelajar yang lain. Semasa dia tiba disana, murid lain sudah pun memulakan pembelajaran.

Oleh itu, dia mengambil peluang untuk bersiar siar disekitar kawasan taman sekolah sambil menghirup udara awal pagi musim bunga. Kawasan taman tersebut sangat indah dengan hiasan pohon rendang, tasik buatan serta pelbagai jenis bunga dan yang paling menarik di tengah taman tersebut terdapat sebuah buaian.

He Yan merasa teruja untuk duduk diatas buaian itu namun melupakan hasrat tersebut kerana risau akan ditertawakan oleh pelajar lain sekiranya mereka melihat telatahnya nanti. Semangat He Yan yang telah terpadam membara semula apabila melihat sebuah pokok buah loquat yang tidak jauh dari situ.

Pokok tersebut dipenuhi dengan buah loquat kuning yang masak, ia telah menarik perhatian He Yan untuk mengambilnya. Dia mengamati kawasan persekitaran untuk mencari galah namun hampa. Oleh itu, He Yan mengambil keputusan untuk memanjat sahaja pokok itu.

Dia memanjat dengan perlahan dan duduk didahan yang paling rendah sambil berusaha untuk memetik buah yang berhampiran, tetapi memandangkan tangannya yang pendek membuatkan He Yan tidak berjaya untuk mengambil buah tersebut walaupun telah beberapa kali mencubanya.

Namun tiba tiba He Yan mendengar suara orang sedang ketawa dari arah atas. Semasa dia beralih melihat kearah punca suara tersebut, kelihatan seorang pemuda sebaya dengannya memakai baju berwarna putih sedang memandang kearahnya dengan pandangan yang agak sombong, tersenyum sinis kearahnya.

He Yan merasa malu kerana yakin semua perbuatannya tadi telah dilihat oleh pemuda itu. Tiba tiba pemuda berbaju putih itu memberikan He Yan buah loquat yang ingin dipetiknya tadi. Dia ingin mengucapkan terima kasih tetapi belum sempat dia mengatakannya, pemuda tersebut telah hilang dari pandangan He Yan.

Setelah itu, He Yan mengambil keputusan untuk masuk ke kelas apabila tidak mendengar suara pembelajaran lagi. Semasa berada diluar kelas dia mendengar seorang pelajar yang berada didalam sedang membicarakan tentang dirinya, "saya dengar anak lelaki dari keluarga He akan masuk ke sekolah pada hari ini, Huai Jin adakah awak sudah bertemu dengannya?"

"Saya tidak bertemu dengan anak lelaki dari keluarga He tetapi saya telah berjumpa seorang budak lelaki yang pendek dan bodoh!"

Sebaik sahaja Xiao Jue mengucapkan kata kata tersebut, kesemua pelajar didalam kelas ketawa mendengarnya. Pendek dan bodoh adalah pandangan pertama General Feng Yun buat dirinya!