Chapter 13 - 13. Dipermalukan

Mereka berdua memutuskan untuk tidak pergi memotong kayu pada hari tersebut dan berhasrat menemui He Sui yang telah keluar bekerja untuk memberitahu bahawa He Yunsheng akan belajar di sekolah.

He Yunsheng merasakan setelah He Yan pulih dari sakit kerana Tuan Muda Fan berkhawin dengan gadis lain, kakaknya itu telah berubah dan bertukar menjadi wanita dan saudara terbaik buatnya. Segalanya menjadi mudah dengan adanya He Yan.

"Ingat tau, awak dah janji tidak akan beritahu apa apa kepada ayah", ucap He Yan

"Saya tahu tak perlu ingatkan saya berulang kali".

Sama ada di kehidupan sekarang atau pun dahulu, He Yan tidak pernah mengunjungi lapangan ketenteraan untuk pintu timur bandar Jing Cheng. Sebagai seorang general dia lebih menumpukan kepada aktiviti menewaskan pihak musuh, sewaktu 'General Fei Hong' membuat lawatan keatas tempat ini, gelaran tersebut telah diambil oleh He Rufei.

Memandangkan situasi kerajaan sekarang terutama sekali bandar Jing Cheng berada dalam keadaan aman maka lapangan ini selalu digunakan oleh para bangsawan untuk melatih anak mereka menunggang kuda. Kawasan tersebut sangat luas serta kelihatan megah dengan kibaran bendera kerajaan.

Sebaik sahaja mereka sampai disana, He Yan tidak dapat mengalihkan perhatiannya dari memerhati kawasan persekitaran. Dia merindui kehidupan lalunya sewaktu masih berada didalam kem tentera.

Dahulu dia memiliki sebilah pedang jed berwarna putih hijau yang sangat tajam sehingga dapat memotong besi dengan sangat mudah. Pedang itulah yang menemani dirinya menghadapi musuh namun semasa berkhawin dengan Xu Zhi Heng dia tidak membawa pedang tersebut atas nasihat dari He Yuan Sheng dan He Yuan Liang. Menurut mereka membawa pedang ke rumah suami akan membawa nasib yang tidak baik kepada perkhawinannya kelak.

Dengan berat hati, dia terpaksa meninggalkan pedang kesayangannya itu namun semasa dia kembali semula ke kediaman He setelah berkhawin dengan tujuan untuk melawat ibu dan ayahnya, pedang tersebut telah tersisip kemas di pinggang He Rufei.

Dengan selamba He Yuan Sheng menjelaskan sebagai General Fei Hong, He Rufei harus memiliki pedang tersebut supaya tiada siapa yang akan mencurigainya nanti, dan He Yan terpaksa akur walaupun terpaksa.

Kini barulah He Yan memahami tujuan sebenar perkhawinannya bersama dengan Xu Zhi Heng. Dia hanya dipergunakan untuk kepentingan diri mereka sahaja, segala miliknya seperti pedang, pasukan ketenteraan, kejayaan dari hasil usahanya dan pelbagai lagi telah dirampas dengan kejam oleh mereka semua. Penat lelahnya selama sepuluh tahun ini, dimiliki oleh He Rufei dengan mudah.

"He Yan, kenapa awak termenung panjang pula ni?"

"Mana ada, saya cuma mencari ayah kerana langsung tidak melihat dirinya".

"Mungkin ayah berada disana sedang melatih kuda".

Anak anak bangsawan yang tidak pernah hidup susah selalunya akan menjadikan pengawal rendahan seperti He Sui sebagai pasangan berlawan untuk latihan mereka.

"Mari kita kesana", ucap He Yunsheng.

Namun sebelum beredar mencari ayah mereka, He Yan sempat mengambil sebuah bola besi kecil yang berada diatas rak berhampiran.

"Kenapa awak ambil benda tu?"

"Saya terasa nak ambil, itu sahaja".

He Yunsheng hanya mampu menggelengkan kepalanya semasa mendengar jawapan He Yan itu. Tiba tiba dua ekor kuda sedang berlari laju dihadapan mereka, salah seorang dari penunggang tersebut adalah He Sui dan dia berada dalam keadaan yang tidak terlalu baik.

"Nampaknya Tuan Muda yang sedang menunggang kuda merupakan seorang yang sangat berkebolehan, telah tiga pusingan berturut turut dia memenanginya", ucap suara penonton yang berada disitu.

Sebaik sahaja mendengar He Sui telah kalah sebanyak tiga pusingan membuatkan He Yan mengalihkan perhatiannya untuk melihat sendiri latihan menunggang kuda tersebut.

Melalui pengamatan He Yan, kuda yang ditunggang oleh ayahnya merupakan seekor kuda yang masih liar, mungkin baru sahaja ditangkap dan belum biasa ditunggang oleh manusia membuatkan He Sui kelihatan sangat bersusah payah untuk mengimbangi dirinya. Ditambah dengan kelakuan Tuan Muda tersebut yang sengaja menyondol ayahnya dengan menunggang kuda jinak miliknya. Sama ada, ini latihan atau pun perlawanan, nampaknya ia merupakan sebuah situasi yang berat sebelah.

He Sui terpelanting kehadapan setelah gagal mengawal kuda tersebut. Melihat perkara itu, He Yunsheng segera berteriak sambil berlari mendapatkan ayah mereka dalam keadaan yang risau.

Melihat He Sui terjatuh, Tuan Muda itu memberhentikan kudanya, "pengawal He, nampaknya awak masih belum mahir tapi sekurang kurangnya kali ini, awak tidak ditendang oleh kuda setelah terjatuh", ucapnya dengan penuh bangga.

Mendengar kata kata tersebut dan melihat keadaan He Sui membuatkan He Yan menjadi marah, dia simpati dengan nasib ayahnya!

"Tapi saya gembira dengan pencapaian awak", ucap Tuan Muda itu lagi sambil melemparkan beberapa keping duit perak sebagai upah untuk He Sui.

"Terima kasih Tuan Muda Zhao", ucap He Sui sambil mengutip duit yang dibuang ke tanah.

"Kenapa ucapkan terima kasih kepadanya sedangkan dia permainkan ayah!" ucap He Yunsheng secara tiba tiba yang tidak tahan melihat He Sui dibuli.

"Yunsheng, Yan Yan kenapa kamu berada disini?"

"Siapa ni?" soal Tuan Muda Zhao.

"Maafkan kami Tuan Muda, ini adalah anak saya".

"Nampaknya dia tidak bersetuju dengan perlawanan kita sebentar tadi!"

"Dia cuma kurang faham, Yunsheng segera minta maaf dengan Tuan Muda Zhao".

"Saya tidak mahu minta maaf kepadanya, ayah bukanlah pembantu atau hamba keluarga Zhao tapi ayah merupakan pengawal kerajaan walaupun tidak mempunyai sebarang pangkat. Dia tidak boleh mempermalukan ayah seperti ini", ujar He Yunsheng langsung tidak mahu mengalah.

"Baiklah, jika awak tidak puas hati saya akan berlawan menunggang kuda dengan awak pula. Jika kamu menang, duit perak ini akan menjadi milik awak!"

"Jangan, jangan.. Yunsheng langsung tidak pernah menunggang kuda. Biar saya sahaja yang menemankan Tuan Muda", pintas He sui.

Walaupun He Sui selalu mendahulukan He Yan dalam pelbagai perkara tetapi dia merupakan seorang ayah yang sangat sayangkan anak anaknya. Dia tidak mahu Tuan Muda Zhao mencederakan He Yunsheng, biar dia dimalukan asal sahaja kedua dua anaknya berada dalam keadaan selamat.

Perkara begini sudah menjadi perkara biasa dalam hidupnya, yang penting setelah puas hati, para Tuan Muda yang berasal dari keluarga bangsawan ini akan memberikannya duit. Wang tersebut dikumpul olehnya, agar dapat menghantar He Yunsheng ke sekolah suatu hari nanti dan selebihnya sebagai duit persiapan hantaran perkhawinan He Yan kelak. Biar dia dimalukan oleh mereka yang penting masa depan anak anaknya terjamin!

Malangnya, hari ini dia telah dimalukan dihadapan kedua dua permata hatinya.

"Biar saya sahaja Tuan Muda", pujuk He Sui lagi.

"Saya hanya mahukan dia!"

"Apa kata kita berdua berlawan menunggang kuda sebanyak satu pusingan", putus satu suara yang berdiam diri sedari tadi. Suara itu merupakan suara gadis yang memakai baju berwarna putih sambil menggunakan niqab diwajahnya dan hanya menampakkan matanya sahaja.

"Kamu siapa?"

"Saya?..saya adalah seorang yang pernah berlatih menunggang kuda!"