Chereads / Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu ) / Chapter 12 - 12. Jutawan Dalam Satu Malam

Chapter 12 - 12. Jutawan Dalam Satu Malam

He Yan akhirnya berjaya membawa balik kesemua duit kemenangannya itu tanpa disedari oleh sesiapa. Dia meletakkannya didalam laci, tempat letak barang kemas miliknya sebelum ini.

Mungkin terlalu gembira kerana berjaya meraih duit yang banyak, He Yan telah bermimpi akan kehidupannya yang dahulu, iaitu sewaktu masih berada didalam kem tentera membuatkan tidurnya menjadi terlalu pulas.

"Cik, Cik..bangun hari dah pagi. Tentu semalam Cik telah bermimpi tentang perkara yang indah kerana awak tidur sambil tersenyum", ucap Qingmei yang telah mengejutkannya.

"He Yan, matahari dah naik dengan tinggi, awak masih belum bangun lagi?" soal He Yunsheng yang tiba tiba masuk kedalam bilik He Yan.

Sukar dipercayai, pada mulanya He Yunsheng merupakan orang yang membantah keputusannya untuk pergi memotong kayu tetapi pada hari ini dia pula yang membebel kerana He Yan terlewat bangun untuk pergi kesana.

"Tunggu sekejap".

"Kenapa kamu lembab sangat hari ni?"

Namun tiba tiba mata He Yunsheng memandang He Yan dengan pandangan yang tajam seolah olah ingin memakannya membuatkan He Yan merasa hairan. "Yunsheng, kenapa dengan awak?"

"Kenapa dengan saya? lihat apa yang telah awak lakukan?" ucap He Yunsheng dengan nada yang sangat marah sambil tanggannya menunjuk kearah baju yang kononnya mahu dijahit oleh He Yan semalam.

Baju tersebut terletak diatas kerusi dalam keadaan bergumpal, kotor serta koyak. "Jadi, ini maksud awak yang kononnya mahu menjahitkannya semula untuk saya semalam". He Yunsheng merasa sangat marah dan kesal kerana baju tersebut merupakan baju terbaik miliknya tapi telah dirosakkan oleh He Yan dengan begitu sahaja.

Malah sewaktu He Yan menyatakan hasrat untuk menjahit baju tersebut, dia sempat merasa terharu namun tapi tidak disangka kakaknya itu berniat buruk.

"Yunsheng, ni semua salah faham. Baik awak dengar dulu penjelasan saya".

"Apa yang awak nak jelaskan. Ini adalah baju terbaik yang saya miliki tapi sekarang telah rosak, lepas ni baju apa lagi yang perlu saya gunakan?"

Tanpa He Yan sangka, He Yunsheng telah menangis. Mungkin dia terlalu kecewa, melihat perkara tersebut membuatkan He Yan menjadi panik kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk memujuk adiknya itu.

"Memandangkan baju ni telah rosak, apa kata kita tempah baju baru yang lengkap dengan sulaman dari tukang jahit terkenal di bandar Jing Cheng ini. Yunsheng, janganlah nangis saya tidak sengaja, maafkanlah saya".

"Senang sahaja awak cakap, kita mana ada duit!" ucap He Yunsheng yang cuba menahan kesedihannya.

"Siapa kata kita tiada duit, kita ada duit yang banyak", ujar He Yan dengan penuh bersemangat sambil menunjukkan duit kemenangannya semalam.

"He Yan, dari mana awak dapat duit sebanyak ni? Kenapa dengan muka awak tu?" He Yunsheng terkejut apabila terdapat kesan lebam dibawah bibir kakaknya itu.

"Siapa yang pukul awak, beritahu saya!"

He Yan hanya terdiam sambil memegang wajahnya, dia langsung tidak menjawab soalan He Yunsheng.

"He Yan, apa sebenarnya yang berlaku?"

"Yunsheng, awak jangan fikir yang bukan bukan pula. Duit ini saya dapatkan setelah menang pertaruhan semalam di rumah perjudian Le Tong. Semasa saya pulang, beberapa orang cuba untuk merompak saya menyebabkan baju awak terkoyak dan wajah saya lebam tapi jangan risau mereka semua dah terima padahnya akibat memandang rendah kepada saya!"

Jawapan bersahaja He Yan itu membuatkan He Yunsheng tergamam. Dia merasakan seolah olah jiwa He Yan telah berganti dengan jiwa orang lain. Namun pemikiran mengarut itu dengan segera dipadam olehnya.

"Saya pergi ke Le Tong kerana ingin mencuba nasib memandangkan kehidupan keluarga kita yang serba kekurangan ini, tidak sangka saya seorang yang beruntung. Mungkin tuhan mengasihani kehidupan kita yang serba daif. Kalau awak tak percaya, awak boleh siasat sendiri tapi Yunsheng saya langsung tidak tipu awak tau".

"Tapi.."

"Memandangkan sekarang kita sudah ada banyak duit, awak tak perlu jual kui da'nai lagi", putus He Yan.

"Kalau macam tu, apa yang perlu kita lakukan?"

"Kita akan tetap ke bukit untuk memotong kayu kerana ia merupakan satu keperluan harian. Yunsheng, adakah awak langsung tidak terniat untuk ke sekolah dan sambung belajar seperti pemuda sebaya awak yang lain?"