Sudah seminggu berlalu sejak Nora dan Mark bercerai. Mark berjaya mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya kerana Lawyer mengunkit tentang Nora membuang Aaisyah dari hidupnya. Jadi juri memutuskan yang Nora tidak mampu dan tidak layak untuk mendapat hak penjagaan, kerana risau benda yang sama akan berlaku kepada Bryan, Carter dan Maya. Lusa, Mark bersama-sama anak-anaknya akan terbang ke London. Juita dan Iris juga dibayar untuk menghantar dan menjaga Bryan, Carter dan Maya sehingga mereka sampai di Liverpool, Tan Sri Hamdi terpaksa balik dari Singapura, terkejut dengan apa yang jadi antara Nora dan Mark. Nora hanya dibenarkan melawat anak-anaknya. " You are so cruel.... Mark .. How could you... I thought you loved me..." Marah Nora diluar mahkamah. " I loved you Nora... But you don't even love our family... I am doing what's right..." Nora memeluk anak-anaknya sebelum berpisah. Bryan dan Carter sudah menangis sesih, Maya tidak faham apa yang berlaku. " When you accept Aaisyah and your willing to move to move to Liverpool I will be waiting for you." Juita dan Iris terpaksa membawa Bryan dan Carter ke dalam kereta Mark.
Tan Sri Hamdi memeluk Nora dengan erat. Tidak sangka yang Mark sanggup merampas hak penjagaan anak-anak untuk dirinya seorang. Sekarang Nora hanya dibenarkan untuk melawat sahaja. Lusa Mark akan bertolak ke London. Disana Mark akan menguruskan untuk anak-anaknya menjadi warganegara UK. " Nora... Let's go home..." Tan Sri Hamdi berkata sambil memaut bahu anak kesayangannya. Nora hanya menurut. Encik Ryzal pemandu peribadi Tan Sri Hamdi membuka pintu kereta untuk Tan Sri Hamdi dan Nora. Dalam kereta Nora diam seribu bahasa sambil memandang keluar tingkap. ' Mark... Why are you doing this Mark...' rintih hati Nora. Terlalu cepat hubungan mereka berubah dingin. Adakah Mark banyak terasa dengan Tan Sri Hamdi?
Aaisyah terpegang sebuah sampul surat dalam tas tangannya. " Eh... Dari mana pula datang surat ni eh?" Aaisyah tanya penuh dengan rasa hairan. Aaisyah menepuk dahi. Kenapa dia boleh lupa. Mark yang bagi. Dengan penuh berhati-hati Aaisyah membuka sampul surat itu. Tangan Aaisyah bergeletar melihat check yang tertera sebanyak RM125 000. Air mata Aaisyah merembes keluar. Terharu dengan kebaikan Mark, memang pada awalnya Mark kurang mesra dengannya, tetapi setelah Aaisyah dihalau keluar, Mark menyesal, tambah pula Mark mahu Aaisyah menjadi anaknya.
Mark: Aaisyah... Do you have any exam tomorrow?
Aaisyah: No...
Mark: Come to Hotel ***** the kids miss their sister.... We are leaving to London the day after tomorrow...
Aaisyah: Ok see you tomorrow... I miss them too...
Aaisyah: Mark... I just opened the envelope... I can't accept it... It's too much...
Mark: Please... Take it... Remember I am your dad... Not by flesh... But by heart....
Aaisyah; Mark... Do you know who is my father?
Mark: I am sorry Aaisyah... I don't know...
Lama Mark duduk mengelamun. " Should I tell her the truth?" Mark cakap sendiri. Mark memandang Maya yang sedang lena diulit mimpi. Wajah Maya sedikit sebanyak sama dengan wajah Nora Husna, Ibunya. Mark tiba-tiba rindu dengan bekas isterinya. Mark tidak berniat untuk meruntuhkan masjid sendiri. Sudah lama Mark bersabar dengan karenah Nora. Mark cuba membentuk Nora menjadi lebih baik, tetapi wanita itu terlalu degil, segala keputusan tentang perihal anak mereka hanya berada dalam gemgaman Nora ataupun Tan Sri Hamdi, Mark lansung tidak dapat memberi apa-apa pendapat atau keputusan. Sedangkan anak-anak mereka tidak juga rapat sangat dengan Nora, kerana Nora selalu mengarah pengasuh untuk ' babysit' mereka sementara Nora pula keluar bersama kawan-kawannya. Sampai ada beberapa kali keluar sehingga lewat malam, dan pulang dalam pukul dua belas atau pukul satu malam. Bila ditegur Mark, Nora hanya akan melenting.
Aaisyah baring diatas katil sambil memandang ke arah siling. ' Kenapa Mark baik dengan ecah tiba-tiba? Is he my father? Tapi belum bersedia hendak mengaku?" Aaisyah melepaskan keluhan kecil. Aaisyah buka komputer ribanya, untuk mengulang kaji. Tiba-tiba Aaisyah dengar bunyi ketukan di pintu bilik. Dengan rasa yang malas Aaisyah menuju ke pintu. " Hi... " Sapa seorang gadis. Aaisyah membalas senyuman gadis itu. " Hi... Too..." Jawap Aaisyah. " Maaflah gangu... Nama saya Wafeen... Baru pindah petang tadi...." Hati Aaisyah menjadi pilu, nama itu mengingatkannya kepada salah seorang yang amat disayangi Aaisyah. " Hello... Awak okey tak?" Wafeen berkata sambil melambai-lambai kearah wajah Aaisyah. Aaisyah tersedar dari lamunannya. " Owh... I am sorry... Saya Aaisyah. So ada apa ketuk pintu saya malam-malam macam ni?" Tanya Aaisyah. " Err.... Sebenarnya... Nak kenal dengan housemate baru... And Wafeen nampak ada kereta dekat depan tu... Kereta Aaisyah ke?" Tanya Wafeen tanpa rasa segan.
" Ya... Kereta Aaisyah..." Wafeen mengangguk kepala. " Owh.... Wafeen nak minta tolong sikit lah Aaisyah.... Boleh tak hantar Wafeen pergi 7/11 sebab nak beli barang sikit... Boleh tak?" Aaisyah berfikir sejenak. " Ok .. kejap ya... Aaisyah nak ambil kunci. " Ok..." Wafeen berkata sambil masuk bilik semula untuk menukar pakaian. " Camtiknya kereta Aaisyah... Beli ke sewa..." Wafeen bertanya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Aaisyah mengeluh. " Beli..." Aaisyah keluar dari kereta untuk buka gate. " Aduhai minah ni... Kalau gate tutup... Macam mana kereta nak keluar...'' Aaisyah meleter sendiri. Sebaik sahaja Aaisyah masuk kembali ke dalam kereta Aaisyah terkejut kerana gadis itu menyelongkar laci dalam kereta Aaisyah. " Wah... Mesti Aaisyah ni... Orang beradakan.... Tengok semua resit Aaisyah ni..." Aaisyah mengetap bibir, geram pula dengan minah yang bernama Wafeen yang agak busy body. " Aaisyah kerja ke?" Tanya Wafeen lagi. " Ya... Part-time" " Dekat mana?" Aaisyah sudah menjerit dalam hati. " Tiffany's Restaurant..." " Kalau macam tu... Wafeen pun nak cuba minta kerja dekat sana.... Sebab Wafeen datang sini pun nak cari kerja.... Boleh lah... Tumpang Aaisyah balik rumah..." Aaisyah hanya tersenyum kelat.
Selepas membeli barang di 7/11 Wafeen mengajak Aaisyah ke kedai Mamak. " Nasi goreng, telur mata kerbau ,roti canai dan milo ais...." Wafeen berkata kepada pelayan. Pelayan itu memandang Aaisyah. " Teh kosong..." Dahi Wafeen berkerut. " Eh tak kan lah teh kosong je?" Aaisyah tersenyum kelat lagi. " Aaisyah tak lapar... " Wafeen mengangguk saja. " Eh... Aaisyah... Esok .. boleh tak... Hantar saya ke restaurant Tiffany. Nak tanya ada kerja kosong tak..." Dalam hati Aaisyah, Aaisyah geram sangat. " Esok Aaisyah ada hal... So esok Aaisyaj tak kerja... " Wafeen mengembungkan pipinya. " Alaaa... Aaisyah ni... Tak best lah... Hal Aaisyah boleh lah settle lain kali.... Boleh lah.... Aaisyah hantar Wafeen... Lepas tu rekomen Wafeen dekat tauke tu..." Aaisyah mengeluh lagi. ' kenapa time macam ini, ada orang yang sangat annoying boleh muncul dalam hidup Aaisyah...' Aaisyah bermonolog sendiri. Selepas Wafeen makan, Wafeen memanggil pelayan. " Aaisyah.... Wafeen tak cukup duit lah... Nak bayar... Boleh lah kan... Aaisyah belanja... Yalah sebagai menyambut house-mate baru..." Dengan hati yang sebal Aaisyah menghulurkan note RM50 kepada pelayan kedai mamak tersebut. Dalam hati Aaisyah menyumpah seranah budak bernama Wafeen, sudahlah Aaisyah terpaksa jadi driver tak berbayar kepada Wafeen, dan Aaisyah terpaksa pula bayar makanan budak itu, kalau order sikit tak apa juga, ini order banyak tapi tak mahu bayar.
Awal pagi pada keesokkan hari Aaisyah sudah siap dengan pakaian sukan. " Eh... Aaisyah.... Tak pergi breakfast?" Wafeen berkata sebaik saja dengar Aaisyah keluar. " Aaisyah tak breakfast. Cuma minum susu." Aaisyah berkata sambil mengunci pintu biliknya. " Alaa... Wafeen lapar... Boleh lah Aaisyah teman Wafeen pergi breakfast." Rengek Wafeen dengan gaya sedikit mengada. " Aaisyah nak pergi jog... Tak jauh dari sini ada juga kedai mamak.. kalau jalan 10 minit dah sampai..." Wafeen mencebik . " Aaisyah... Wafeen baru lagi dekat sini... Tolonglah bawa Wafeen keluar kejap." Dengan berat hati Aaisyah terpaksa mengalah. Tidak mahu dikatakan sombong oleh house-mate baharunya. "Aaisyah study lagi ke?" Aaisyah yang khusyuk tenung jalan raya hanya mampu mengeluh dalam hati. "Ya... Study ambil course medical dekat Uni ****." " Wauuu... Untungnya Aaisyah...mesti Aaisyah ni dari keluarga yang berada kan.... Ni mesti macam cerita Aaisyah ni anak orang kaya, tapi nak sewa bilik and kerja part-time acah-acah jadi orang susahkan..." Aaisyah diam sahaja. Malas mahu buka cerita peribadinya kepada budak yang baru dikenali malam tadi. " Aaisyah Amanda binti Abdullah... Kenapa nama Aaisyah binti Abdullah... Aaisyah masuk islam ke...?" ' Aduh banyak tanya pula budak ni.' Aaisyah merampas kad pemandunya dari Wafeen.
' Not like the Wafin I know. This Wafeen is so... So... So... Super... Duper busy... Body and annoying me.' marah Aaisyah dalam hati. " Aaisyah masuk muslim ke?" "Tak." Aaisyah jawap ringkas. " Owh.... Jadi... Aaisyah ni... Kiranya anak luar nikah lah...." Aaisyh diam malas mahu jawap apa-apa lagi. Sebaik saja sampai dekat kedai mamak, Wafeen keluar tetapi Aaisyah masih dalam kereta. " Eh... Tak nak join ke?" Tanya Wafeen. " I ada emergency.... I kene pergi sekarang. Tak apa dah tahu jalan, Wafeen boleh balik sendiri kan..." Aaisyah berkata sambil menukar gear. " Eh... Aaisyah... Tunggu dulu... Nak pinjam RM50... " Hati Aaisyah mendidih. " Eeee... Pasal awak ni hah... Tak habis-habis nak pau aku... Dah lah kau ambik ni... Jangan kacau aku lagi." Marah Aaisyah sambil menghulurkan not RM50. Gara-gara budak senget ini Aaisyah sudah hilang RM100 dalam dua hari, sudahlah diri sendiri tidak tertanggung, budak ini pula datang minta ditanggung. " Eh... Aaisyah... Janganlah marah... Nanti Wafeen bayar lah..." Aaisyah merengus kecil, dan reverse kereta menuju ke jalan raya utama. Aaisyah balik ke bilik untuk menukar pakaian, sebelum keluar semula untuk berjumpa dengan Mark dan adik-adiknya yang sekarang menginap di hotel, esok Aaisyah sudah dimaklumkan Mark dan adik-adik Aaisyah akan terbang ke London.