Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 39 - Bab 27

Chapter 39 - Bab 27

" This is my sister... Rosemary Dianne..." Ryan memperkenalkan adik bongsunya. " She is also studying to become a Doctor... But she is studying in Dublin..." Tambah Ryan lagi. Rosemary menyalam tangan Aaisyah. " Amanda... Just call me Amanda...." Manis sahaja senyum Rosemary. " Nice to meet you..." Rosemary berkata dengan ramah. Aaisyah melepaskan nafas lega. " So...your Ryan's girlfriend he told me... Anyway... Ryan.. take care of her... You are very pretty..." Sempat  Rosemary memuji kecantikan Aaisyah. Aaisyah tersenyum malu. " I think both of you future Doctors will get on well..." Ryan berkata sambil menguhulurkan air orange kepada Rosemary dan Aaisyah. Rosemary dan Aaisyah sama-sama ketawa. " Hey... Next Saturday dinner at Mom and Dad... Don't forget to bring your beautiful girlfriend..."  Rosemary berkata sambil tersenyum memandang Aaisyah. Aaisyah tertunduk kerana rasa malu bila Rosemary asyik memuji dirinya. " Anyway... I have to get going..." Rosemary kata lagi. Rosemary sememangnya mahu melawat sekejap sahaja, tetapi niat sebenar mahu lihat siapa girlfriend Ryan. Dasar Penyibuk😂. Rosemary memeluk Aaisyah. " Thank you... Amanda... Take care of my brother..." Sempat Rosemary berbisik sebelum meninggalkan mereka.

Flashback

" Dad... I am kinda of interested to a girl that's working at Tiffany's." Keluarga Ryan memang bersikap terbuka, jadi Ryan memang senang sahaja mahu meluahkan apa yang terbuku dihatinya kepada Ibu bapanya. " And....??" Tanya Fernandez sambil mengankat keningnya. " Her family abandoned her... Because she is the child that wasn't supposed to be born... I have been watching her for a while... She is studying to become a Doctor. I hate to see her struggling on her own... I know it's a bit early... I am going to bring her to stay with me... " Fernandez terkejut dengan keputusan Ryan dan berfikir sejenak. " Well Ryan... If you think your making the right decision... Why not... If you like her... And she is a nice girl... Give it a try... Because I don't want you to get back with that model." Ryan ketawa. Fernandez benci sangat dengan Thalia.  

Ryan sudah duduk dihadapan television melayan movie. Hari ini adalah hari terakhir Ryan cuti dan hari esok dan seterusnya Ryan akan sibuk dengan pelbagai urusan. Ryan juga akan ke Sabah selama dua malam, untuk menghadiri MATTA fair. " Er.... Ryan... Aaisyah masuk bilik dulu... Sebab Aaisyah penat...." Ryan menganguk sahaja. Ryan senyum sendiri, tetapi dalam masa yang sama ada banyak pekara yang Ryan takut. Pertama, takut untuk kehilangan gadis itu, kedua takut kali ini pengakhiran buat mereka berdua adalah perpisahan seperti hubungannya dengan Thalia. Sebab itu, Ryan belum bersedia untuk berkahwin semula, walaupun Aaisyah sudah mencuri hatinya sedikit demi sedikit.

***********************

Tepat pukul 2 pagi baru Ubaid pulang ke rumah. Marwaddah susah mahu melelapkan mata kerana risau dengan keselamatan Ubaid. Ubaid mengambil tuala dan masuk bilik mandi. Air mata mengalir dipipi Marwaddah tanpa tertahan lagi. Sebaik sahaja Ubaid keluar dan baring disebelah Marwaddah, Mawar memusingkan badannya memandang Ubaid. " Abang.... Mawar minta maaf... Mawar tahu Mawar salah... Mawar minta ampun abang...." Lembut suara Mawar. Ubaid nampak mata Mawar yang sembab dan kembang. Kemungkinan menangis sejak petang tadi. Ubaid bangun dan menuju ke pintu. " Saya tidur bilik sebelah. Lagipun I don't want to force you untuk layan nafsu saya... Mawar... Saya jauh lagi mampu nak cari yang lain untuk layan saya dengan baik." Hati Mawar semakin hancur mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Ubaid.

Keesokkan hari, Mawar rasa badannya kurang sihat. Awal pagi selepas solat, entah berapa kali muntah air ditandas. Perut Marwaddah kosong sejak hari semalam. Kali ini Mawar mahu angkat ke dapur, untuk masak makanan tengahari kedua-dua kaki Mawar cramp. Suhu badan Mawar juga agak panas. Tanpa menunggu lagi, Mawar mendail nombor Ubaid menggunakan telefon rumah yang terletak ditepi katil. Setelah mencuba sebanyak enam kali, telefon Ubaid berdering tetapi panggilan tersebut sengaja dipadamkan. Mawar sudah tidak tahu mahu minta tolong dengan siapa, mahu tak mahu Mawar terpaksa menelefon ambulance.

Marwaddah mendapat berita gembira bahawa dia mengandung, dan Doktor peribadi keluarga Ubaid telah memberi Ubat-ubat untuk menguatkan rahim Mawar. Doktor peribadi itu juga memberotahu Mawar perlu ditahan selama satu ataupun dua malam kerana keadaan Mawar agak lemah, tambah pula Mawar perlu dipantau sehingga benar-benar pulih. Cramp yang dialami Mawar adalah pekara biasa bagi perempuan yang hamil sebulan, namun jarang sekali berlaku dalam kalangan wanita hamil melainkan demam dan muntah-muntah. Disebabkan Mawar kurang tidur dari semalam, Mawar sudah terlelap, biarpun tangannya sakit akibat dicucuk jarum yang tajam, untuk membiarkan drip ubat dan air masuk ke dalam sistem badannya. Minor bleeding Mawar tadi kerana agak tertekan. Nasib baik Mawar sempat ke hospital, sebelum keadaan menjadi parah sehingga boleh menyebabkan Mawar hampir keguguran.

Ubaid pulang ke rumah dan Mawar tiada dirumah. Ubaid malas mahu fikir Mawar pergi ke mana kerana masih marah dengan apa yang dibaca pada hari semalam. Ubaid masuk ke dapur namun semuanya kosong. Mawar tidak masak lansung sepanjang hari. Ubaid masuk ke dalam bilik dan keadaan katil masih berselerak sedikit. Biasanya Mawar akan kemas semuanya. Hati Ubaid mula tidak sedap. Menyesal pula apabila sengaja tidak mengankat panggilan isterinya. Baru sahaja Ubaid mahu kemas katil, terkejut ada kesan darah atas cadar katil tersebut. Ubaid panik. Kalau mahu hubungi Mawar, Mawar bukannya ada telefon bimbit kerana semalam Ubaid sudah rosakkan telefon Mawar. Ubaid meraup wajahnya dengan penuh rasa kesal.

*******************

Aaisyah masuk ke dalam bilik untuk mengulang kaji pelajarannya. Sudah lama Aaisyah tidak dapat focus dengan pelajarannya seperti sekarang, dulu semasa berkerja di restaurant Tiffany, masa Aaisyah untuk belajar singkat sahaja, tambah lagi dengan tidur yang tidak mencukupi. Aaisyah rasa amat penat sekali. Aaisyah senyum lega. ' Ryan... Thank you for being my hero... And kenapa sweet sangat.... Cair Aaisyah tau... With your sweetness... Dah lah muka handsome lagi....' bisik hati Aaisyah. Highligher yang dipegang Aaisyah sudah terconteng bahagian yang lain. Jauh Aaisyah mengelamun sehingga tidak sedar yang buku yang dibacanya terconteng. Mata  Aaisyah semakin layu dan Aaisyah melabuhkan tubuhnya diatas tilam empuk. Aaisyah tidak sangka Ryan akan sediakan semua ini untuk dirinya. Aaisyah tidak dapat fikir lebih panjang, kerana Aaisyah agak penat dan terlelap dengan penuh rasa keletihan.

Ryan menuju ke bilik Aaisyah untuk memastikan Aaisyah selesa dan tidak memerlukan apa-apa. Ryan jatuh kasian melihat wajah Aaisyah. ' Sleep well Aaisyah... Ryan janji... Ryan akan selalu ada untuk Aaisyah... Selagi Aaisyah perlukan Ryan... Dan selagi Ryan masih hidup....' bisik hati Ryan. Ryan turun ke dapur untuk mengambil dua botol air sejuk. Selepas itu naik semula ke tingkat atas. Satu botol air, Ryan simpan dalam bilik Aaisyah diatas meja kecil sebelah katil Aaisyah, selimut Aaisyah diatur dengan betul sebelum Ryan menutup pintu bilik gadis itu. Ryan masuk ke dalam bilik tidurnya.  Ryan senyum sendiri apabila teringat Aaisyah yang tidur dengan nyenyak. Wajah gadis itu sangat cantik dan comel, susah Ryan hendak melelapkan bayangan Aaisyah. Ryan sudah siap menyuruh Mak Sue untuk mencari seorang lagi pembantu rumah untuk rumah ini kerana Ryan tidak mahu Aaisyah kesunyian dan menjadi kuli dalam rumah ini.

*******************

Elora mengenakan pakaian sedat pada tubuhnya dan make-up yang agak tebal. Kalau ikutkan hati Elora sudah bosan hidup melayan nafsu lelaki diluar tetapi Elora perlu membina hidupnya sendiri. Elora ada tiga orang adik yang masih sekolah, ibu bapa hilang entah kemana. Duit yang Elora dapat daripada berkerja di Restaurant Tiffany, di gunakan untuk makan minum dirinya dan juga adik-adiknya. Duit yang dihasilkan daripada kerja haramnya Elora simpan kerana bertekad untuk membeli sebuah rumah untuk dirinya ada adik-adiknya. Buat masa sekarang Elora hanya menabung untuk membeli rumah, kereta pula dihadiahkan oleh salah seorang sugar daddy Elora beberapa tahun yang lalu.

Malam ini Elora akan menemani seorang yang agak terkenal dalam empayar peniagaan. Tan Sri Hamdi. Tan Sri Hamdi telah booking perkhidmatan Elora untuk lima malam dan Tan Sri Hamdi akan membawa Elora bercuti bersamanya. Malam ini Elora akan terbang ke Bali. Bagasi pakaian sudah disiapkan Elora. Elora keluar dari bilik sewanya dan menunggu di luar. Sejak Aaisyah berpindah, Elora sangat sunyi, kerana Aaisyah sahaja yang memahami sebab Elora membuat semua kerja ini. Adik - adik Elora semua tinggal di kampung bersama datuknya. Hati Elora menjadi sayu mengingatkan datuknya di kampung. Kalau datuknya tahu kerja sambilan Elora, tentu datuknya akan kecewa. Tetapi Elora menggalas tanggungjawab yang besar untuk menyara mereka sekeluarga.

" Hi... Beautiful..." Sapa Tan Sri Hamdi. Elora senyum manis tetapi dalam hati Elora sebenarnya menyampah dengan lelaki tua itu. " Hi... Tan Sri..." Jawap Elora. " Just call me.... Sayang... And when your with me... Call me Sayang...." Elora mengangguk faham. Elora mengambil tempat duduk disebelah Tan Sri Hamdi, dan driver Tan Sri Hamdi mengambil beg pakaian Elora dan disimpan dekat ruang belakang. Tan Sri Hamdi sudah meraba paha Elora. Elora membiarkan sahaja lelaki itu membelai dirinya. " I can't wait to get to Bali..." Bisik hati Tan Sri Hamdi kepada  Elora. Buat pertama kali Elora akan naik kapal terbang, dan yang paling seronok terbang dengan buisness class. Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tan Sri Hamdi asyik memeluk gadis itu. " You are so hot... Like my ex wife..." Puji Tan Sri Hamdi. Elora hanya senyum malu-malu. " Ingat dekat Bali... I nak layanan first class... You adalah perempuan pertama yang menjadi escort I... Kalau service you bagus... I akan guna you lagi.... Kalau boleh you boleh jadi bini I..." Bisik Tan sri Hamdi lagi. Elora hanya menganguk sahaja.

********************

Awal pagi itu Aaisyah bangun dan turun ke dapur untuk membuat sarapan. Setelah berkerja dengan Tiffany, banyak yang dipelajari Aaisyah. Barang dalam peti sejuk dan dapur sudah lengkap. Aaisyah senyum sendiri dan memuji Ryan kerana tahu apa yang diperlukan dalam dapur. Aaisyah membuat kopi hitam pekat dan full set english breakfast untuk dirinya dan Ryan. Tidak lama Ryan turun dan mengejutkan Aaisyah di dapur yang baru sahaja habis masak. " Aaisyah... I wanted to take you out for breakfast..." Aaisyah senyum. " It's okey Ryan... I can cook... See... You favorite..." Ryan senyum melihat makanan yang tersedia atas meja. Kalau ikutkan hati Ryan, Ryan mahu memeluk dan mencium Aaisyah kerana rasa sangat terharu. Tetapi Ryan tidak mahu terlalu gelojoh kerana Ryan mahu Aaisyah betul-betul bersedia sebelum Ryan berbuat apa-apa terhadap gadis itu. Nathalia tidak pernah masak untuk Ryan dahulu. Sambil makan dengan penuh berselera, Ryan memandang Aaisyah.

" Aaisyah... I am going to Sabah for two days... Kunci semua dalam drawer dekat dengan pintu masuk sana... Kunci semua pintu bila Aaisyah tidur. Password untuk security lock is 56xxxx... I dah whatsapp you the code too...." Aaisyah mengangguk kepalanya sebagai tanda dia faham dengan arahan Ryan. " Are you going to class today?" Tanya Ryan. Aaisyah menggeleng. " Class starts in two days... Today... Aaisyah cuma register untuk semester baru." Aaisyah jawap. Ryan mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. Sebuah kad kredit diserahkan kepada Aaisyah. " For you semester fees...." Aaisyah mengetap bibir. " But...." Belum sempat Aaisyah menghabiskan ayatnya Ryan memotong lagi. " Aaisyah... Remember my promise to you... Please... Juat take it..." Aaisyah diam sahaja. Selepas itu Ryan mengeluarkan beberapa not seratu ringgit dan ditinggalkan atas meja. " Aaisyah... Ryan tak ada dekat sini tau... Dua hari... Ini wang saku untuk Aaisyah beli apa yang Aaisyah perlu... Makan... Anything... Kalau tak cukup Whatsapp... Nanti Ryan bank in... Okey.... Rosemary will check in on you tomorrow...." Tambah Ryan lagi. Aaisyah sangat terharu dengan sikap prihatin Ryan. " Thank you so much Ryan...." Aaisyah berkata sambil menahan air matanya.  Ryan berdiri dan menuju kearah Aaisyah dan memeluk gadis itu. " Remember... I am always here for you..." Bisik Ryan dan mencium dahi Aaisyah sebelum Ryan pergi. Flight Ryan ke Sabah adalah tengahari nanti.