Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 41 - Bab 29

Chapter 41 - Bab 29

Sampai sahaja di banglo Ryan, Aaisyah cepat-cepat masuk bilik untuk mengambil bukunya. Nasib baik kelas bermula waktu petang jadi Aaisyah boleh bersama keluarga Ryan sepanjang hari. " Sweetheart... I will send you to college..." Laung Ryan dari tingkat bawah. Aaisyah dengar senyum sendiri. Bahagia. Sejak semalam hubungan Aaisyah dan Ryan semakin dekat, malah semasa mereka baru sampai rumah tadi Ryan sempat menarik Aaisyah ke dalam pelukannya dan menghadiahkan sebuah ciaman di bibir Aaisyah. Ryan semakin menunjuk sikap penyayangnya terhadap Aaisyah, dan Aaisyah pula sentiasa mengharap perhatian daripada Ryan. Memandangkan Aaisyah sudah mandi di Teratak Encik Fernandez, Aaisyah cuma menukar pakaiannya kepada pakaian yang sopan kerana peraturan di kolejnya agak  ketat.

Aaisyah mengenakan blouse berwarna biru laut dan dipadankan bersama skirt labuh berwarna putih. Rambut Aaisyah disanggul messy bun. Aaisyah turun ke tingkat bawah dan Ryan sudah menunggu Aaisyah disitu. " You look beautiful Sayang..." Puji Ryan. Aaisyah mendapat idea yang nakal. Aaisyah berjalan menuju ke arah Ryan yang sedang duduk di sofa. Aaisyah duduk diatas paha Ryan dan mendekatkan wajahnya ke muka Ryan. " Kiss me..." Bisik Aaisyah dengan penuh gaya menggoda. Ryan pula sudah seperti dipukau terus meragut bibir Aaisyah. Lama mereka berbalas ciuman sehingga Ryan melepaskan ciuman tersebut. " I think your getting late..." Aaisyah ketawa kecil sahaja kerana Ryan tidak membenarkan Aaisyah ponteng kelas. Mereka berjalan seiringan ke tempat parking kereta.

********************

Ubaid cuba menyuap Mawar, setelah bergaduh minggu lepas sehingga hari ini Mawar tidak mahu menjawap setiap pertanyaannya. Mawar terlalu kecewa dengan Ubaid kerana tidak mengankat panggilannya semasa Mawar mengalami pendarahan dan cramp di kaki. " Addah... Please eat something..." Pujuk Ubaid. Marwaddah bangun. " It's okey. Mawar boleh buat semua sendiri. Kalau Mawar boleh pergi hospital sendiri masa Mawar sakit... Apa saja lah setakat untuk menyuap nasi ke mulut ni." Mawar meninggalkan Ubaid bersendirian. Ubaid mengeluh. Ubaid menyesal kerana kemarahan dan egonya sendiri dia hampir membunuh anak yang sedang dikandung Mawar.

Nasib baik Doktor peribadi keluarga Ubaid menghubunginya dan memberitahu bahawa Mawar sedang di rawat di hospital. Sebaik sahaja Ubaid sampai di hospital, isterinya lena tidur, apabila Marwaddah sedar, Mawar hanya menjawap semua pertanyaan Ubaid dengan ringkas. Morning sickness yang dialami Mawar agak teruk, cuma cramp atau kaki kejang tiada lagi. Selera Marwaddah untuk makan juga hilang kerana morning sickness yang dialami dirinya. Mawar hanya minum Soya multi-grain memandangkan susu juga tidak masuk dengan Mawar. Marwaddah mengusap perutnya perlahan. " Addah... Abang minta maaf... Abang tak sepatutnya buat Mawar macam ni...." Sekali lagi Ubaid cuba untuk memujuk isterinya. " Mawar nak cerai..." Ubaid terkejut dengan permintaan Mawar. " Sayang... Abang janji.... Abang tak akan marah Mawar macam tu lagi..." Marwaddah mengeluh.

" Ubaid... Macam mana Mawar nak teruskan mencintai Ubaid... Ubaid selalu saja marah Mawar tanpa usul periksa... Mawar tengah cuba ni Ubaid... Untuk jadi isteri yang terbaik... Ya... Mawar tahu Mawar salah kerana tidak sengaja bagitahu Wafin tentang apa yang berlaku malam pertama kita... Mawar terkejut masa tu... Mawar rasa Ubaid patut cari isteri yang jauh lebih baik dari Mawar... Sebab Mawar dah tak mampu .." Ubaid menggeleng kepalanya. " Addah... Jangan tinggalkan Abang.. Abang janji... Untuk berubah... Abang sayang sangat dengan Addah... I love you so much.... Abang terlalu bodoh untuk ikut emosi dan keegoan Abang. Marwaddah... Awak cukup sempurna untuk Abang... Terlalu sempurna sehingga Abang rasa... Abang yang tak layak untuk memiliki Addah..." Hati Marwaddah sudah semakin sejuk, Mawar memeluk Ubaid dengan erat. " Mawar pun minta maaf..." Ubaid mengeratkan lagi pelukan mereka berdua. " I love you... Mawar..." Ubaid berkata sambil mencium dahi Mawar. Mawar senyum sahaja mendengar Ubaid menyebut nama Marwaddah 'Mawar'.

************************

" Aaisyah... You look so radiant today..." Ivana sudah menyakat Aaisyah. Poppy dan Ivana sudah ketawa begitu juga dengan Aaisyah. Semua rakan sekelas Aaisyah memang jenis yang open-minded, Aaisyah sudah berpindah dengan Ryan pun Ivana dan Poppy sudah tahu, malah mereka gembira kerana akhirnya Aaisyah boleh move on dengan hidupnya yang penuh dengan masalah sebelum ini, malah mereka berharap yang Ryan benar-benar serius untuk menjaga Aaisyah. " Syah... Boleh tahan lah kau ni... Hendsem your new bf..." Puji Fahmi pula. Aaisyah menggeleng. " Eee... Dah... Lah... Jom duduk... Jap lagi prof nak datang...." Aaisyah cuba menukar topik. " Babe... Morning after pills jangan lupa consume... Jangan malukan kita bakal doctor ni... Ingat... Kita mesti grad sama-sama tau... No defer.. deffer semester..." Ivana sudah memberi amaran. " Hishh... I don't need that... We didn't get to that phase yet..." Aaisyah berkata lagi. " Wuuhhhattt??? Hey... Rugi lah Aaisyah.... Laki hot macam tu... Kalau I lah kan... I will be happy to loose my virginity to a hot guy like that...." Muka Aaisyah sudah merona merah,  malu dengan apa yang Poppy katakan. Belum sempat mereka mengarut lebih lanjut lecturer sudah masuk kelas. Hari ini mereka masuk kelas kerana cuma ada lima belas yang menghadiri kuliah.

Selepas kelas selesai Ivana, Aaisyah, Poppy, Fahmi, dan beberapa student yang lain pergi ke cafeteria untuk mengisi perut. Mereka lepak sambil mengulang kaji dan bebincang tentang subjek yang dipelajari dalam kelas sebentar tadi. Masa ini digunakan untuk bertanya apabila ada beberapa benda yang tidak difahami ketika sesi pembelajaran tadi. Kelas seterusnya akan bermula dalam sejam lagi. Aaisyah cuma membeli susu dutch lady dan bun sausage. Ryan telah memberi duit belanja yang banyak kepada Aaisyah tetapi Aaisyah tidak mahu menggunakan duit yang diberi sembarangan. Dulu, semasa Aaisyah berkawan dengan Marwaddah dan Shawafinaz mereka selalu pergi shopping, tetapi pengalaman telah mengajar Aaisyah. Aaisyah tidak tahu berapa lama Ryan akan menyimpan dirinya, kalau khidmat Aaisyah tidak diperlukan kemungkinan Ryan akan menghalaunya keluar seperti yang dilakukan Tan Sri Hamdi dan Nora Husna. Namun Aaisyah harap sangat pekara tersebut tidak akan terjadi.

WhatsApp

Ryan; What time you finish?

Aaisyah: 7.30p.m

Ryan: Ok... I wait for you where I dropped you off.

Ryan: Dinner will be at Tiffany.

Aaisyah senyum sahaja melihat WhatsApp Ryan. Bahagia. Aaisyah juga tidak sabar untuk berjumpa dengan Tiffany. Rindu pula dengan Tiffany yang sudah dianggap sebagai seorang Kakak. Pekerja di Restaurant Tiffany juga Aaisyah sangat teruja untuk ketemu terutama sekali Elora. Lama juga Elora tidak berbalas WhatsApp dengan Aaisyah. Aaisyah cuma dapat mengagak yang Elora sibuk dengan client baharunya.

Aaisyah: Can't wait

Ryan: 😘😘😘

Selepas rehat Aaisyah dan rakan-rakan yang lain pergi ke Lab, kerana sesi pembelajaran seterusnya kebanyakkan membuat kerja amali dalam makmal. Sebelum masuk Lab, Aaisyah mengambil Lab coat dalam locker handphone dan dompet disimpan dalam locker. Doktor Zira memang strict apabila masuk makmal, handphone memang sama sekali tidak dibenarkan kerana Doktor Zira mahu semua pelajar fokus dalam kelasnya. Setelah memastikan locker berkunci, Aaisyah masuk ke dalam kelas dengan sebuah buku nota dan pen. Botol air ditinggalkan diluar  makmal sebelum masuk. " Eh... Syah... Nanti lepas kelas nak teman kita pergi mall tak?" Tanya Ivana. " Alaa... Maybe esok lusa... Sebab hari ni Ryan datang ambil Syah... Lagipun Ryan ajak dinner dekat Restaurant syah kerja dulu... " Ivana memuncungkan bibirnya. " Okey lah... Esok lah... I nak beli buku yang berkaitan dengan Anaesthesiology..." Ivana berkata lagi. " Hurnm... I pun nak beli... Kita pergi esok lah... Nanti Syah bagitahu Ryan..." Aaisyah berkata lagi. " okeyyy... thanks Syah... I owe you...Nanti i recommend morning after pills for you as well...." Aaisyah menepuk dahi kerana hari ini tidak habis-habis Aaisyah di sakat oleh Ivana dan Poppy.

**********************

Shawafinaz akhirnya dapat jalan-jalan disekitar Laguna beach setelah Khai sekian lama Wafin minta Khai untuk bawa dirinya ke Laguna beach. Awal pagi tersebut mereka hiking sampai peak Top of the World untuk menikmati pemandangan yang indah. " Sayang.... Ambil gambar I dulu... Cantiknya view ni..." Khai ketawa sahaja dengan gelagat Shawafinaz. Wafin membuat beberapa pose dan Khai mengambil gambar isterinya. " Sini baby... Kita selfie dulu...." Khai mengajak Wafin bergambar bersama. Khai memeluk Wafin dari belakang dan Wafin mengambil gambar mereka berdua. " Hi... Would you like me to take a photo of both of you... And you can take one for me and my girlfriend?" Tanya seorang lelaki yang juga hiking ke tempat itu bersama teman wanitanya. " Yes please... Thank you..." Khai berkata sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada lelaki tersebut. Selepas mereka bergambar, Khai pula mengambil gambar pasang kekasih tersebut.

" Orang Malaysia ke?" Tanya teman wanita lelaki tersebut. Shawafinaz dan Khai agak terkejut. " Err... Ya... Orang Malaysia... " Jawap Wafin. " Samalah... I study dekat sini... Asal KL ke?" Tanya gadis itu lagi. " Ye.. orang KL... Husband I kerja sini... Tak sangka kecilnya dunia ni... Jumpa juga orang Malaysia dekat sini..." Shawafinaz berkata dengan gaya agak teruja. Lama mereka berempat sembang kosong, siap bertukar kontact number dan email, sebelum berpecah. Khai membawa Wafin ke Laguna Beach untuk bersantai di pantai sambil menikmati angin dan pemandangan yang indah di pantai. Puas Wafin memaksa Khai ikutnya mandi di laut, akhirnya Khai mengalah juga. " Sayang... Ingatkan... Baby pernah bagitahu dream honeymoon baby dekat mana?" Tanya Wafin sambil bermain dengan air. " Ya... Baby.... Sayang tahu... Nanti kalau sayang boleh cuti panjang sayang bawa baby pergi sana okey? Lagipun boleh juga Sayang cuci mata tambah bini seorang..." Sempat lagi Khai berseloroh. " Hishh... Sayang ni jahat lah..." Marah Wafin sambil berjalan mendahului Khai sebagai tanda protes. " Alaaa... Baby... Janganlah merajuk... Sayang gurau saja okey... " Pujuk Khai. " Haa... Tau takut... Kalau betul nak cari baru baby minta cerai sekarang juga tau..." Ugut  Shawafinaz. Khai mencubit hidung  Shawafinaz sambil ketawa. " Sakit lah you...." Wafin merungut sekali lagi. " Jomlah... Sayang... Kita pergi makan... Baby lapar..." Wafin berkata sambil memegang perutnya. " Jom... Sayang pun lapar .. kita makan kat kedai tu lah baby..." Khai berkata sambil memegang tangan Wafin. Mereka berjalan seiringan ke arah sebuah Restaurant yang berada tepat di tepi pantai tersebut.

*******************

Sebaik kelas selesai Aaisyah cepat-cepat mengambil barang dari locker dan turun ke tempat Ryan menghantarnya tadi. Rakan-rakan yang lain pula sudah berjanji untuk buat study group dekat cafeteria sampai jam sepuluh malam, cuma Aaisyah seorang sahaja tidak dapat menemani mereka. Tidak lama kemudian kereta Ryan sudah sampai, dan Aaisyah cepat-cepat buka pintu penumpang sebelah kerusi pemandu. " Sorry for being abit late..." Ryan minta maaf sebaik sahaja Aaisyah masuk dalam. " It's okey... I just got down anyway... Tomorrow I am going out with my friends... I need to buy some books for this semester..." Aaisyah berkata sambil mengetatkan seat belt.

" Who are your friends?" Tanya Ryan. Aaisyah memandang kearah Ryan dengan menayangkan wajah pelik.  " It's not I want to control you or anything... But I just need to know who your going out with because remember you are my responsibility... I don't mind you go out as long as I know who they are..." Jelas Ryan lagi. Ryan tidak mahu Aaisyah menganggap yang Ryan mengongkong Aaisyah dan Aaisyah tidak dibenarkan keluar lansung dari rumah. " Ivana and Poppy, but I am not sure if the guys are coming too..." Ryan menganguk sambil menumpu perhatian terhadap jalan raya. " It's okey Baby girl as long as I know who your going out with... That's all.... I will be home by six tomorrow anyway..." Aaisyah senyum gembira. " Thank Ryan..."

Aaisyah; Ok set tomorrow class. But I think I balik by six.

Ivana: okey set. Kita habis kelas pukul 2 kan?

Aaisyah: Yeap. See you tomorrow.

Ivana: Ok babe see u besok. Nota we all update dlm group nti okey!

Aaisyah: 👍🏼👍🏻👍🏼

" I missed you so much Aaisyah... Although I saw you at the party yesterday... " Tiffany berkata sambil memeluk Aaisyah. Aaisyah ketawa sahaja. " Have a seat Aaisyah... Ryan... I already got my staff to prepare something special for both of you..." Tiffany berkata lagi. " Hey... Please... Join us... Remember we came because we missed you..." Ryan berkata lagi. Setelah dipujuk Ryan dan juga Aaisyah, akhirnya Tiffany duduk bersama mereka. " Tiff .. is Elora working today?" Tanya Aaisyah kerana perasan Elora tidak ada di Restaurant tersebut. " Err... She actually resigned few days ago... " Aaisyah terkejut mendengar apa yang Tiffany katakan. " Resigned?" Tiffany dan Ryan hanya senyum kelat. Tiffany ada juga dengar cerita Elora menjadi escort Tan Sri Hamdi, tetapi Tiffany tidak mahu Aaisyah tahu tentang pekara itu kerana boleh memusnahkan persahabatan Aaisyah dan Elora.