Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 43 - Bab 31

Chapter 43 - Bab 31

Memandangkan Ryan terpaksa menghadiri meeting dan entertain client pada malam tersebut, apabila Aaisyah balik, Aaisyah mengulang-kaji sehingga dia tertidur. Tepat pukul 12 malam Ryan sampai di rumah, dan bila Ryan buka pintu bilik Aaisyah, buku Aaisyah bertaburan diatas katil. Ryan mengemas buku-buku Aaisyah dan simpan buku-buku tersebut diatas meja belajar. Ryan tidak lupa untuk membetulkan posisi tidur Aaisyah dan meletak selimut sehingga ke paras leher Aaisyah. Selepas itu, Ryan masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri dan menghilangkan bau alkohol. Semasa entertain client, Ryan  minum segelas beer semasa melayan client. Selepas membersihkan diri Ryan terus tidur, kerana terlalu letih. Awal pagi tersebut, Aaisyah memang keluar awal sebelum Ryan bangun kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke kolejnya. Apabila Ryan turun, seperti biasa Aaisyah sudah keluar, tetapi kali ini sebelum Ryan keluar terdapat mee goreng dan kopi panas dibawah tidung saji. Ryan senyum sendiri kerana mee goreng dibawa tudung saji adalah mee goreng yang Aaisyah belajar dari You-Tube.

Sebelum masuk makmal, Aaisyah sibuk membalas beberapa WhatsApp yang diterimanya pagi itu. Aaisyah senyum sendiri sambil bersandar pada lockernya. " Babe... Jom lah... Dah lambat lah... Nanti Prof Irdina marah nanti..." Ivana memanggil Aaisyah supaya cepat sikit dan masuk makmal. " Kejap bae... Nak balas WhatsApp bakal mak mertua..." Salina menggeleng kepala. " Amboi... Siap ada bakal mak mertua dah sekarang... Makin lawa kawan kita yang seorang ni Iva... " Sampuk Salina pula. Aaisyah hanya ketawa kecil dan menyimpan telefon bimbit ke dalam locker sebelum mengejar langkah Salina dan Ivana.

Ryan: Morning Sweetheart 😘

Ryan: Thanks for the Lovely breakfast.

Aaisyah: Welcome hope you enjoy it.

Ryan: Sedap

Ryan: Ryan sent an Image

Ryan: Finished it.

Aaisyah: 😂😂😂

Aaisyah: Mee Goreng You-Tube.

Ryan: As long as it's done by you, It will always be appetizing.😉

Aaisyah: ☺️☺️☺️

Aaisyah: GTG...TTl

Ryan: ???

Ryan: Ouh... Ok.

Ryan: Love you... TC😘😘😘

**************

Dianne: Morning Sweety

Aaisyah: Morning Mdm Dianne

Dianne: Mummy... Call me mum...

Aaisyah: Sorry... Mum...

Dianne: Let's go out for Tea... When ever you are free

Aaisyah: I finish class at 2pm later...

Dianne: Perfect... I will meet you at my favourite cafe

Dianne:

Aaisyah: See you later mum...

Aaisyah pelik kenapa Puan Dianne mengajak Aaisyah berjumpa. Ada juga rasa berdebar dihati Aaisyah, takut kalau Puan Dianne sebenarnya tidak bersetuju dengan hubungan Aaisyah dan Ryan. Kelas hari ini berlalu dengan begitu pantas. Tidak lama lagi, Aaisyah dan kawan-kawan akan lapor diri untuk Praktikal mereka selepas beberapa kelas lagi. Aaisyah sudah memohon untuk Praktikal dekat Gleneagles Hospital. Namun Gleaneagles Hospital jauh dari rumah Ryan sekarang. Aaisyah memang berharap untuk diterima sebagai student Praktikal di hospital yang menjadi pilihan utamanya.

Tepat pukul dua Aaisyah habis kelas, Aaisyah terus pergi ke tempat parking kereta. Cafe yang dikatakan Puan Dianne hanya 20 minit dari kolej Aaisyah.

Nasib baik jalan tidak Jammed, jadi Aaisyah sudah sampai dalam dua puluh minut kemudian. " Aaisyah....." Panggil Rosemary. Ternyata bukan Puan Dianne seorang sahaja yang berada disini tetapi Racheal, Zalika, Jolene dan Rosemary juga turut berada di Cafe tersebut. Aaisyah berjalan kearah meja mereka perlahan. " Take a seat Aaisyah..." Puan Dianne berkata sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Aaisyah. Aaisyah mengambil tempat duduk kosong disebelah Rosemary. " Rose... Is going back to London in a few days and Racheal is leaving tomorrow... So this is the only day we can have a girls day out..." Puan Dianne berkata sambil memandang tepat ke arah Aaisyah. Aaisyah senyum manis dan memandang mereka satu per satu. Cuma Zalika sahaja yang tidak membalas senyuman Aaisyah. Aaisyah sendiri tidak tahu apa salahnya dengan Zalika sampaikan Zalika tidak mahu berbalas senyuman dengan dirinya. " Thank you for asking me to join...mom..." Lembut saja suara Aaisyah menjawap Puan Dianne. " Pleasure is mine Aaisyah anyway you are part of the family now..." Puan Dianne berkata lagi.

Aaisyah tidak sangka yang Puan Dianne tahu banyak tentang bidang kedoktoran. Puan Dianne pernah mengambil med-school untuk setahun setengah tetapi akhirnya berhenti apabila hamil anak pertamanya Randall, jadual kelas yang terlalu padat dan ditambah dengan morning sickness yang teruk, akhirnya Puan Dianne mengambil keputusan untuk menunda pengajiannya dan selepas Racheal lahir, Puan Dianne mengambil keputusan untuk berhenti terus dari kolejnya kerana mahu fokus menjaga Randall dan Racheal. Setelah semua anak-anaknya besar dan bersekolah Puan Dianne semakin berminat dalam bidang peniagaan, dan membantu suaminya mengurus agensi pelancongannya. Kalau hendak dibandingkan dengan Tan Sri Hamdi, keluarga Ryan memang jauh lagi kaya namun itu bukan sebab untuk Aaisyah mengambil kesempatan. Aaisyah semakin selesa dengan Puan Dianne, Racheal, Jolene dan Rosemary, cuma Zalika sahaja yang enggan bercakap dengan Aaisyah. Selepas mereka minum petang bersama, Rosemary mengajak Aaisyah untuk ikutnya Shopping. Puan Dianne dan Zalika meminta diri untuk pulang jadi hanya mereka berempat sahaja yang tinggal.

Rosemary sibuk membeli blouse dan skrit labuh kerana susah sikit mahu cari pakaian seperti itu di London tambah-tambah lagi sekarang musim panas semua pakaian adalah jenis yang sendat dan summer wear, bukan Rosemary tidak mahu pakai tetapi kalau masuk kolej Rosemary lebih selesa untuk berpakaian sopan, tambah lagi kalau hendak dibandingkan dengan harga, pakaian di Malaysia jauh lagi murah berbanding di London. Aaisyah juga terjebak membeli beberapa helai blouse, skirt labuh , skirt paras paha dan seluar panjang. Racheal dan Jolene hanya menemani Rosemary dan Aaisyah. Selesai membeli baju mereka masuk kedai aksesori, Racheal dan Jolene memilih beberapa anting, gelang tangan dan rantai begitu juga dengan Aaisyah dan Rosemary. Aaisyah telah membeli set anting yang cantik untuk Puan Dianne, Mei Ying dan Zalika.

" Rach... I realized Kak Ika seems to not like Aaisyah? Why?" Tanya Jolene. Racheal mengeluh. Zalika memang seorang yang susah untuk diambil hati. " I am not sure what her problem is... But Aaisyah.. don't worry we all love you dearly...." Aaisyah ketawa sahaja mendengar apa yang Racheal katakan. " I hope she starts being nice after getting this lovely present from Aaisyah. Aaisyah senyum sahaja apabila Jolene menyampuk. " Actually before I married Ronald, Kak Ika was the same... Until three months after the wedding then she started to be nice... " Tambah Jolene lagi. " Thanks for the advice..." Aaisyah berkata lagi. Apabila mereka limpas sebuah kedai tali leher, Aaisyah meminta diri untuk masuk, kerana Aaisyah mahu membeli tali leher untuk Ryan dan Encik Fernandez.  Racheal dan Jolene juga membeli untuk suami masing-masing.

Ryan: Baby... Dinner at my parents tonight.

Aaisyah: Alright out with Rose, Rach and Joe..

Ryan: See you at my parents.

Aaisyah: Okey...

Selepas puas membeli-belah mereka semua terus pulang ke Teratak Fernandez. Rosemary menumpang kereta untuk pulang ke Teratak Fernandez, Aaisyah Sempat pula menunjukkan Teratak Tan Sri Hamdi yang tidak jauh dari Teratak Fernandez. " Omg... So that means only your Grandfather and Mom lives in that huge mansion and they kicked you out?" Rosemary tanya dengan penuh rasa terkejut. Aaisyah menjongket bahu. Rosemary geleng kepala kerana tidak percaya dengan sikap angkuh segelintir manusia, rezeki melimpah ruah tapi sanggup membuang darah daging sendiri bukan sebab tidak mampu pelihara tetapi disebabkan sifat keji.

" Mommy...." Manja saja suara Bryan dan Carter. Nora sudah menangis, rindu dengan anak-anaknya. " Mommy.... I miss you... When are you going to come here and stay with us... You don't love us anymore?" Tanya Bryan. Hati Nora semakin sayu, rindu dengan anak-anak yang pernah menjadi penyeri hidupnya. Telefon dialihkan sehingga Nora dapat lihat baby Maya dalam pangkuan bekas ibu mertuanya. " Maa...yaa...." Nora tidak dapat meneruskan bicaranya kerana suaranya sudah tersekat di kerongkong. Maya merengek sedikit. Air mata Nora semakin laju jatuh ke pipi. Wajah Maya tidak jauh beza dengan muka Aaisyah semasa Aaisyah masih kecil. " Okey... Carter... Bryan... Say bye-bye to mommy.... We are going out to the park..." Nora kenal sangat suara itu. Mark. Nora tidak tahu sama ada dia patut rindu lelaki yang sanggup merampas hak penjagaan anak-anaknya dan membawa anak-anaknya lari ke UK. " Bye-bye mommy.... " Bryan dan Carter berkata. Nampak sangat riak wajah mereka sangat kecewa. Talian dipadamkan. Nora meraup wajahnya. Teratak Tan Sri Hamdi amat sunyi, gelap dan bukan seperti dahulu. Nora selalu sendirian dirumah, tambah lagi Tan Sri Hamdi selalu  Outstation, yang setia menemani hari-hari sunyi Nora adalah Elena dan Sarah.

WhatsApp

Nora: Mark... I miss you and the kids.

Mark: We miss you too. But we can't go back there. Not in a million years.

Nora: Why do you have to make this hard on me?

Mark: And why do you want to make this worse?

Nora: Mark. You are making this worse. The kids need me.

Mark: And Aaisyah needs you and Tan Sri.

Nora: Mark for god sakes, I have been torched enough having to see that girl raised infront of my eyes.

Mark: So do you really think you are capable of raring out three other child?

Nora tidak membalas. Nora dan Mark masih berbalah tentang benda yang sama. Nora masih terlalu ego, dendam Nora terhadap Aaisyah sehingga kini tidak pernah terpadam. Walaupun Mark berada di UK, Mark masih menghubungi Aaisyah. Kali terakhir Mark dapat tahu Aaisyah tinggal serumah dengan teman lelakinya. Ryan Daniel. Mark tidak pernah kenal Ryan sebelum ini, dan menasihati Aaisyah supaya berhati-hati. Namun bila Mark mendengar cara keluarga Ryan layan Aaisyah, Mark tidak terlalu risau dan tahu anak tirinya dalam keadaan yang baik. Untuj menghantar Wang kepada Aaisyah, Mark belum mampu kerana kos kehidupan di UK agak tinggi, Mark telah tinggalkan segala kemewahan yang dia dapat melalui Tan Sri Hamdi untuk menikmati kebebasan, dan menyara anaknya dengan cara yang Mark hendak.

Teratak Fernandez terlalu riuh dengan bunyi kanak-kanak, bayangkan sebelas kanak-kanak dan semua mereka lelaki. Ruang tamu yang besar menjadi ruang mainan mereka. Aaisyah dan yang lain hanya mampu ketawa melihat gelagat mereka. " We really need to have some girls... " Mei Ying tiba-tiba berkata sambil ketawa kecil. " I know... It would be good to see the girls playing will the dolls and having a tea party..." Tambah Puan Dianne. " So... Aaisyah and Ryan... Both of you are next... I hope you can give us little girls..." Aaisyah pula tersedak kerana semasa Aaisyah sedang meneguk air sejuk, Encik Fernandez tiba-tiba menyakat Aaisyah dan Ryan.  Ryan hanya mampu menyembunyikan senyuman melihat gelagat Aaisyah. " We just hope that either Mei Ying or Jolene can give us more girls..." Racheal menyampuk pula. Jolene terus angkat kedua-dua tangannya. " Wow... I am done having kids for now.... Maybe in another couple of years..." Mereka semua sama-sama ketawa.

Aaisyah tiba-tiba jadi kekok, bukan sebab dirinya dipinggirkan, tetapi kerana Aaisyah rasa terlalu janggal untuk hadir dalam keluarga sebahagia ini. Seumur hidup Aaisyah, Aaisyah tidak pernah bahagia tinggal di Teratak Tan Sri Hamdi, begitu juga dengan penghuni Teratak Tan Sri Hamdi, terutama sekali Tan Sri Hamdi dan Nora, yang merasakan Aaisyah hanya bala yang membawa nasib malang kepada keluarga mereka. Berbeza dengan keluarga Ryan, keluarga ini sangat meriah, open-minded dan yang paling penting penuh dengan kasih sayang. Walaupun Aaisyah orang luar, Encik Fernandez, Puan Dianne dan seluruh keluarga mereka menerima Aaisyah dengan hati terbuka. Aaisyah meminta diri untuk mengambil angin dekat luar. Dari riak wajah Aaisyah, Ryan tahu ada sesuatu yang menggangu perasaan gadis pujaan hatinya.

" Sayang... What's wrong..." Aaisyah terkejut dengan suara Ryan yang menyapanya. Aaisyah sedang duduk di buaian yang berdekatan dengan kolam renang. Taman dibelakang Teratak Fernandez kelihatan indah apabila disinari cahaya suram bulan penuh yang mengambang. Cahaya yang suram itu, membolehkan Ryan lihat air mata Aaisyah. " Sayang...." Panggil Ryan lagi. " Ryan... Do you think what we are doing is right? I mean I do love you... But... I am not sure..." Ryan mendekat Aaisyah dan duduk disebelah Aaisyah diatas buaian tersebut. " Aaisyah... You know how I feel about you too... And I just hope you are happy..." Aaisyah menelan air liurnya. " It feels so awkward to walk into a very happy family... I wish I had a happy family like you have... I wish that my mom and grandfather could accept me... Love me..." Ryan merangkul pinggang Aaisyah. " Aaisyah... I think there is a reason we found each other... Maybe how we started was wrong... But I promise you I will make it right... You came from a broken family before but don't worry now you have a better one... We will always love... And I love you...." Ryan menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Aaisyah sebelum memeluk Aaisyah dengan erat. Aaisyah juga membalas pelukan Ryan. " Come... Lets go back inside... We will go back in another ten minutes..." Aaisyah menurut saja, Ryan mengemgam tangan Aaisyah erat sambil mereka berjalan seiring masuk ke dalam rumah.