" Aaisyah... I am attracted to you... I like you so much... But... I am scared to jump into a relationship... I think I still love Thalia.. too.. i am confused... But I want you to be the one to make me completely forget about her.... I don't do marriage... But..." Hati Aaisyah sedikit kecewa. Tetapi Ryan seperti ada agenda lain. " I know you need alot of money... Aaisyah... It's coming to you final years... And I know you have been mixing with Elora... I don't want you to be... Entertaining random guys out there.... So.... I want you to be my escort... " Aaisyah semakin keliru. " How can you say your attracted to me but you still love your ex-wife?" Tembak Aaisyah berani. " It's complicated Aaisyah.... Aaisyah... Give me time to love and trust again... " Aaisyah terdiam. Mungkin ini saja cara untuk selamatkan diri dari terus terjebak dalam lorong kegelapan. " Okey fine. How long will my contact last?" Ryan terkejut mendengar jawapan Aaisyah selepas itu. " There will be no strings attached Aaisyah... But until you are all settled..." Peluang sebaik ini memang Aaisyah tidak mahu lepaskan.
" Tomorrow I will pick you up at your rental house. You can move in to my Condo." Ryan berkata dengan wajah yang tenang. Ryan bukan lelaki yang antagonist dan sombong macam dalam novel-novel atau television. Aaisyah rasa selamat bila berada bersama Ryan. Dua hari lepas Aaisyah mula rapat dengan seorang Housemate baharu Elora dan Elora hidup agak bebas kerana melayan pelanggan luar untuk mencari duit perbelanjaan." Err... I can drive there I have my car...." Aaisyah berkata sambil menyuap spegetti ke dalam mulutnya. Aaisyah ada juga rasa berat hati kerana akan berhenti kerja di Restaurant Tiffany. Aaisyah sudah mula rapat dengan pekerja di restaurant Tiffany dan semua mereka anggap Aaisyah macam keluarga sendiri. Minggu ini adalah minggu terakhir cuti semester, selepas itu Aaisyah akan sibuk dengan pelajarannya.
Ryan bukan tidak mahu berkahwin, tetapi Ryan mahu memastikan keputusan yang fibuat dirinya adalah tepat. Tambah lagi gadis seperti Aaisyah perlu diselamatkan, kalau betul mereka mempunyai jodoh yang kuat sudah tentu keputusan yang dibuat Ryan adalah tepat. Cuma untuk mempercayai perempuan Ryan perlu sedikit masa, masa untuk memastikan pilihannya adalah yang terbaik untuk dirinya. Ryan tidak mahu berkahwin kali kedua, tetapi perkahwinan itu akan hancur berkecai seperti perkahwinanya bersama Thalia. Tambahan pula sejak Thalia kecederaan, entah berapa kali Ryan ditelefon oleh pembantu peribadi Thalia. Kerap kali juga Ryan kena pergi ke Hospital untuk melawat Nathalia. Teman lelaki Nathalia sudah tinggalkan Nathalia, hanya Ryan saja yang boleh menjaga Nathalia saat ini selain Chanela pembantu peribadi Nathalia.
Flashback
" Ryan she is bad news... Please I know you care for her because she is badly injured... But... Remember... What she did to you... She might regret it but for two damn years you were hurt and struggling to move on. Don't be a fool to fall for her again. There are many other girls out there that can make you happy. But Thalia I don't trust her. Thalia is you ex wife... I know it's hard to move on but... I think she has an agenda..." Ryan membisu mendengar leteran ibunya Puan Dianne. Puan Dianne bukan membenci Nathalia a.k.a Thalia Wayze tetapi disebabkan Thalia, Ryan berperang dengan perasaan sendiri. Ketika Thalia ditimpa masalah, Ryan juga dicari, dan baru Thalia mahu menyesal. Ryan pula terlalu mudah untuk jatuh kasihan dengan Thalia mengeruhkan keadaan lagi.
Tiffany menuju kearah meja Ryan dengan wajah cemberut. " I can't go to your restaurant for a while." Luah Ryan. Tiffany mengeluh dan menjeling Ryan dengan tajam. " Ryan I have a staff there that seems to be waiting for you every day... What's up. Don't tell me you went to see Thalia." Marah Tiffany. Ryan diam membisu. Semua yang rapat dengan Ryan sudah memberi nasihat kepada Ryan supaya jangan terlalu melibatkan diri dalam hal Thalia. " Ryan, I don't what you are thinking but she has some agenda. Why now. Because her boyfriend dumped her ?" Ryan mengeluh. Tersedar akan permainan Thalia. " Aaisyah doesn't seem herself lately.... Go and see her..." Tiffany berkata sambil tersenyum mengejek. Ryan senyum simpul. " Tiff... Arghh... I am so confused now..." Tiffany memandang Ryan dengan tajam. " Ryan... If you start seeing Thalia, don't ever call me or come to see me again.... The choice is yours... Choose wisely... Aaisyah is a nice girl... I feel bad for her... I think she is the one for you..." Tiffany berdiri dan meninggalkan Ryan bersendirian. Ryan mengeluh sekali lagi, rasa bersalah kerana terpaksa untuk tidak mengambil tahu tentang Thalia. ' Yes. I need to move on. If I don't I will be stuck like this forever.' bisik hati Ryan.
End of flashback
" I will still go and fetch you, help you with anything.... Packing..." Tanpa sedar pipi Aaisyah berubah warna merah. Malu. Ryan sememangnya seorang lelaki yang sangat caring. Sweet. Aaisyah berharap sangat yang dia dan Ryan akan bersama selamanya dan bukan atas dasar contract. " Okey... Thanks...." Ryan membayar makanan mereka dan mereka sama-sama keluar. Ryan menghantar Aaisyah ke restaurant Tiffany kerana hari ini adalah hari terakhir Aaisyah berkerja disana. Hanya Tiffany saja tahu, dimana Aaisyah akan tinggal selepas ini.
Selepas menghantar Aaisyah, Ryan terus ke kedai perabot untuk membeli beberapa perabot untuk bilik Aaisyah. Ryan mahu Aaisyah selesa tinggal di rumahnya. Ryan membeli sebuah almari pakaian yang bersambung dengan meja solek dan juga meja belajar. Kedai perabot sudah janji untuk membuat penghantaran pada lewat petang hari. Selepas itu, Ryan membeli bantal peluk dan cadar berwarna peach pink untuk katil dalam bilik Aaisyah. Sebelum pulang ke rumah Ryan sempat berhenti di supermarket untuk membeli barang dapur dan barang keperluan rumah. Ryan sudah tidak sabar menanti Aaisyah tinggal di rumahnya. Ryan tidak sanggup melihat gadis itu yang sudah mula mencuri hatinya hidup susah diluar.
" Hello... Chanela..." Ryan berkata sebaik sahaja mengangkat panggilan. " Ryan... Thalia nak stay at your house... While she is not well..." Ryan mengeluh. " Chanela... Please tell her that I can't take her... We have nothing between us... She can hire a nurse to take care of her..." Chanela diam tidak menjawap. Kasian Chanela terpaksa jadi pengantara antara Thalia dan Ryan. " The production should be taking responsibility anyway... " Tambah Ryan. "Err.... Yes... Yes.. Ryan.... I will tell her that...." Ryan mengeluh. "Bye... Chanela..." Ryan berkata. Ryan terus memandu perlahan balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, kereta kedai perabot itu sudah sampai. Segala keperluan Aaisyah juga disusun cantik dalam bilik Aaisyah. Setelah berpuas hati, bilik Ryan juga dikemas. Nasib baik pembantu rumah Ryan Mak Sue banyak membantu. Sumeeda Parvesh atau dipanggil Sue sebagai nama samaran merupakan seorang wanita berbangsa india berumur lewat 40-an. Sekali-sekala Mak Sue akan berkunjung ke rumah Ryan untuk dikemaskan. Biasanya Mak Sue akan berada di rumah Randall abang kepada Ryan sepenuh masa hanya dua kali seminggu Mak Sue akan datang ke rumah Ryan.
" Aaisyah... I baru je happy dapat house-mate dan work mate yang sama-sama masuk air... Tapi... Aaisyah dah plan nak pindah dah...." Elora mencebik bibirnya. Semua yang berkerja di restaurant Tiffany terkejut.mendengar Aaisyah akan berhenti kerja dan hari ini adalah hari terakhir Aaisyah berkerja disini. " Alaa... Janganlah macam tu... Kalau Aaisyah senang... Aaisyah akan datang sini jenguk korang...." Aaisyah berkata dan memeluk Elora. Hanya Aaisyah sahaja yang tahu cerita Elora, dan sebab Elora perlu melayan pelanggan untuk mencari duit lebih. Walaupun kerja Elora pada sebelah malam dipandang serong oleh masyarakat, Elora masih lagi mempunyai kelakuan yang baik dengan semua orang meskipun dipandang serong oleh sesegelintir orang. Hanya Aaisyah saja yang tidak menghakimi Elora. Tidak lama lepas itu Aaisyah meminta diri untuk pulang kerana banyak benda yang perlu dilakukannya sebelum pindah ke rumah Ryan. Aaisyah dan Ryan? Tidak pasti kerana, Ryan sudah kata dia tidak akan berkahwin, cuma dia perlukan Aaisyah untuk melenyapkan segala perasaannya terhadap Thalia. Tetapi apa yang Thalia sudah buat sehingga Ryan membenci dan cuba lupakan wanita itu.
***************
Mia masuk ke dalam bilik Nora Husna, hidup Nora kucar-kacir sebaik sahaja diceraikan Mark dan anak-anak dibawa pergi bersama Mark. Mark terlalu bijak mengatur strategi untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak mereka, sehingga sekarang Nora terpaksa berjauhan dengan anak-anak yang amat disayanginya. " Puan Nora... Mia ada bawa makanan ni..." Nora memandang Mia dengan tajam. " Jangan panggil I puan!!! Panggil Cik!!! Faham!!! Sudah Mia!!! Kau aku pecat!!! I tak nak tengok pembantu rumah yang bodoh macam kau dalam rumah ini!!!" Wajah Mia berubah. Terkejut dengan sikap Nora, yang semakin hari semakin kasar, pemarah dan kuat melayan perasaan. Tanpa menunggu lagi Mia berlari keluar. Sedih kerana dibuang kerja. Tetapi Mia yakin diluar masih banyak lagi rezeki menanti dirinya.
" Gosh... It's four o'clock in the morning Nora..." Marah Mark sebaik sahaja mengangkat panggilan Nora. " I want to talk.to the kids..." Dingin suara Nora. Mark mengeluh. " They are asleep..." Mark menjawap dengan suara yang dingin. " Mark... How could you do this to me... Since you brought the kids, I couldn't sleep... I am not eating well...I can't even go to work.... Why are you doing this to me..." Tanpa membuang masa Nora meluahkan semua yang terbuku dihatinya. " First of all how could you do this to Aaisyah... And second... I didn't take the kids away from you... I asked you to accept Aaisyah and move with me... But you still want to stay with your dad... I am bringing my kids up the way I want them to be brought up... Not the way Tan Sri wants them to be brought up..." Nora sudah teresak-esak dihujung talian. " What happened between me and Aaisyah is not your business... Why did you have to bring it up in court..." Mark mengeluh lagi, susah hendak meyakinkan Nora untuk berbaik dengan Aaisyah. " Nora... If I can accept Aaisyah... So could you..." Nora sudah menggeleng dan menangis semahu-mahunya. "Nora... I have to work later... I am tired and I want to sleep... Bye...Take care..." Talian dimatikan begitu sahaja.
Maya merengek meminta susu. Maya masih terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku. Ibu bapa Mark banyak membantu Mark untuk mengurus anak-anaknya. Brandon dan Carter selalu juga cari ibu mereka, tetapi disebabkan ibu bapa Mark pandai mengalihkan perhatian mereka ketika mencari ibu mereka dan membawa mereka untuk buat pelbagai aktiviti soalan mereka akan mati begitu sahaja. Sudah lama ibu bapa Mark mahu bermanja dengan cucu-cucu mereka tetapi setiap kali pergi ke Malaysia, Tan Sri Hamdi tidak menjemput mereka untuk tinggal di rumahnya, jadi terpaksa mereka tinggal di hotel dan cucu-cucu mereka akan dibawa untuk melawat sahaja. Walaupun Mark membuat tindakan yang tidak adil untuk anak-anaknya, Mark cuma mahu keluarkan anak-anaknya daripada kongkongan dan didikan yang salah.