Flash-forward
Dahi Tiara berpeluh. Sudah keempat kali Tiara ke tandas dan memuntah segala isi perutnya. "Hello... sayang... tolong I... bawa I pergi klinik..."Tiara berkata dengan sedikit manja. " Ok... Sayang tunggu dekat luar..." Balas Irfan pula. Sweet? Irfan terlalu prihatin dengan Tiara. Sudah enam bulan Tiara dan Irfan bertunang, tidak lama lagi mereka akan berkahwin. Tiara mengatur tudung di kepalanya. Hari ini Tiara hanya mengenakan baju kurung kain kapas berwarna hijau muda dan di pandankan dengan tudung berwarna putih bercorak bunga berwarna hijau. Cantik dan sedap mata memandang. Tiara dan Irfan sudah habis belajar cuma tunggu majlis convocation. Sebaik sahaja habis belajar Irfan terus belajar mengurus Raudiah Holding, Tiara juga telah masuk berkerja di syarikat tersebut. Sejak berkerja di tempat yang sama Irfan dan Tiara kerap keluar berjumpa Klient bersama, dan juga out-station bersama. Tidak lama Irfan sudah masuk bilik Tiara. Semua yang berkerja di Raudiah Holdings sudah sedia maklum yang Puteri Tiara Elfieza adalah tunang kepada Irfan. " Sayang... Jom lah.... " Irfan berkata sebaik saja melihat Tiara baring di kerusi sambil memicit kepalanya "Sayang.... Saya nak muntah lagi lah...." Puteri Tiara berkata sebaik sahaja berdiri lagi. Irfan sudah mula panik melihat wajah tunangnya yang agak pucat. " Sayang... I think better kita check di hospital.... Pergi lah tandas dulu... Nanti lepas pergi hospital.... I hantar you balik... Okey..." Walaupun menahan rasa mual, hati Tiara tetap berbunga dengan sikap caring Irfan.
Haaa.... Mesti korang boleh teka kenapa dgn Tiara.... Tak best lah capter ni...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Tapi tak apa kena juga bagi tahu kann.....
Wajah Irfan dan Puteri Tiara semakin pucat. ' Aaisyah!!;' Tidak sangka Aaisyah praktikal dekat hospital ini. Aaisyah cuma buat-buat tidak kenal. Aaisyah membuat latihan praktikal dibawah Doktor Kelvin. " Amanda.. Did the lab send back the results?" Tanya Doktor Kelvin. Aaisyah menghulurkan kertas kepada Doktor Kelvin sambil senyum mengejek memandang Tiara dan Irfan. Doktor Kelvin membaca keputusan dari makmal. " Congratulations Tiara you are pregnant five weeks... You will get through your morning sickness in no time." Kening Aaisyah terangkat, Aaisyah sudah menahan ketawa melihat wajah terkejut Irfan dan Tiara. Doktor Kelvin terus membuar appointment untuk Tiara membuat medical check-up. " Amanda please send Miss Tiara to the woman and Children's clinic..." Arah Doktor Kelvin, sebelum menyerahkan beberapa kertas kepada Aaisyah.
" Marilah... Saya hantar..." Aaisyah berkata kepada Tiara. Tiara rasa sangat malu ketika ini, kerana dirinya terkantoi hamil anak luar nikah. Nampaknya semua kata-kata kesat Tiara selama ini yang dilempar kepada Aaisyah kembali kepada dirinya. Irfan juga rasa sangat malu, kerana pernah mempersoalkan keturunan Aaisyah dan juga memutuskan hubungan mereka atas alasan yang Aaisyah bukan seorang yang alim tetapi sedangkan diri Irfan sendiri tidak sealim bak Malaikat. " So you boleh masuk dalam... And bagi borang ni kat situ.... One more thing... Baby tu... Tak bersalah... Baby tu... Tak pernah minta jadi anak luar nikah... What ever you plan to do after this... Remember a child is a gift... not a curse...So Tiara do the right thing before that baby senasib macam saya..." Aaisyah memandang tepat kearah Tiara dan Irfan. Tiara dan Irfan diam, kerana terasa dengan apa yang Aaisyah katakan. " I pergi dulu..." Aaisyah melangkah pergi meninggalkan mereka berdua di pintu masuk klinik ibu dan kanak-kanak.
Selesai membuat pemeriksaan Irfan menghantar Tiara pulang ke rumah. " Anak Papa balik awal?" Sapa Encik Taufik. Tiara menganguk dan cepat-cepat masuk ke dalam bilik. Irfan pula terpaksa balik ke pejabat. Masing-masing tidak berani membuat pengakuan terhadap keluarga mereka. Bayangkan majlis akad nikah dan bersanding mereka tinggal lima bulan lagi, dan sudah tentu masa itu perut Tiara akan memboyot. Semuanya sudah siap ditempah awal, cuma tinggal untuk memilih set menu, edar kad jemputan, Pre-wedding photoshoot dan membuat keputusan muktamad tentang baju-baju yang akan dipakai ketika bersanding. Tiara sungguh tertekan, bimbang bagaimana hendak menghadap Encik Taufik.
" Maa....Paa..." Irfan menyapa Ibu dan ayahnya yang sedang khusyuk minum petang di taman belakang rumah mereka. " Yes..my son... Anything...." Ayah Irfan berkata. Anaknya nampak penat. " Irfan... Nak cuti ke? Boleh saja.... Lagipun dekat syarikat tu ada manager-manager boleh tolong uruskan...." Irfan menggeleng. " Irfan nak minta untuk nikah dengan Tiara hujung minggu ni... " Kuih keria di tangan ibu Irfan jatuh. " Irfan... Tak kan lah tak boleh sabar... Kan dah nak tinggal lima bulan lagi... Semua dah siap dah tempah awal... Sebab ramai tau VVIP mama dan papa jemput datang..." Irfan menelan air liurnya. " Kalau macam tu... Apa kata... Akad nikah buat hujung minggu ni... Dan tarikh sanding... Lima bulan kemudian..." Ibu dan ayah Irfan memandang sesama sendiri.
" Kenapa sampai tak dapat bersabar ni...lima bulan lagi kot...." Irfan menelan air liurnya. Susah mahu menjawab soalan abahnya pula. " Apa Irfan dah buat? Tiara mengandung kan? Ibu dah agak dah... Tiap kali pergi Kuantan dan Peneng kamu dua sebilik ke?" Irfan menundukkan wajahnya. Malu akan kilafnya sendiri. " Maafkan Irfan... Ibu... Irfan tak sengaja.... Irfan dah cuba.... Tapi...." Kata-kata Irfan terhenti disitu. " Tapi apa Irfan! Kenapa lah Irfan tak boleh fikir panjang! Sekarang apa nak jawap dengan Taufik. Berapa bulan dah Tiara mengandung?" Irfan meraup wajahnya. " Lima minggu..." Mata Ibu Irfan terbeliak. " Lusa budak-budak tu kena kahwin juga... " Tambah Ayah Irfan. Irfan menundukkan wajahnya lagi. Malu. Ibu bapanya sudah tahu, sekarang Encik Taufik dan Puan Elena perlu tahu, tapi Irfan agak gerun dengan apa yang akan dilakukan Encik Taufik.
" Irfan!!! Tiara!!! Abah dah percayakan Irfan dan Tiara selama ini!!! Kenapa sampai malukan abah!!! Apa yang kurang semua dah Abah bagi Tiara! Kalau dah gersang sangat kenapa tak bagitahu awal boleh nak kahwinkan terus! Ini masa nak kahwinkan terus cakap nak kenal hati budi masing-masing dulu sekarang bukan setakat hati budi masing-masing ni siap body masing-masing dah kenal!" Encik Taufik sudah terlalu marah. Puteri Tiara hanya menunduk begitu juga dengan Irfan. " Ini menyesal Abah suruh berhijrah!" Tudung yang menutup kepala Tiara ditarik dengan kuat. " Taufik!!!" Marah Elena. " Dah Elena... Tak payah nak backing anak Elena yang seorang ni... " Elena terus diam mematungkan diri. " Esok kita pergi pejabat agama, kamu dua nikah dekat sana, Tiara kau boleh balik ikut laki kau..." Dingin saja suara Encik Taufik.
******************
" Aku terima Nikahnya Puteri Tiara Elfieza dengan mas kahwin sebanyak dua ratus ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, Tiara sudah menjadi isteri kepada Irfan secara sah. Banyak pula nasihat Ustaz kepada Irfan dan Tiara. Irfan dan Tiara diam sahaja, mendengar semua nasihat dan ceramah ustaz tersebut. Tiara semakin terasa apabila Ustaz menyentuh tentang anak luar nikah. Sekarang Tiara sedar dan menyesal kerana sebelum ini Tiara selalu menganggu hidup Aaisyah. Tiara tidak sanggup kalau anak dalam kandungannya menerima nasib yang sama seperti Aaisyah.
Dalam perjalanan kembali ke rumah Tiara banyak berdiam diri. " Sayang... Kenapa sedih-sedih ni... At least kita dah nikah kan..." Pujuk Irfan. " Is this Karma Irfan?" Irfan menelan air liurnya. Irfan tahu sangat apa yang Tiara maksudkan. " Sayang... Dah lah... Tak perlu fikir semua tu lagi... We are married now... Anak dalam perut tu boleh di-binkan atau di-bintikan dengan nama Irfan... Ini semua sudah Suratan takdir..." Pujuk Irfan lagi. Tiara membatukan diri. Nampaknya apa yang Ustaz nasihatkan tadi sedikit sebanyak telah gerakan hati Tiara. " Tak lama lagi... Ramai yang tahu kita kahwin senyap-senyap sebab nak tapuk khilaf kita... Sepatutnya akad nikah lima bulan lagi... Tiara tak tahu nak cakap apa dengan kawan-kawan Tiara..." Irfan mengeluh. " Sayang... Biarlah orang nak kata apa... Kita cakap je... Kita nikah dah lama.... Tiga bulan lepas... Sebab tak elok tunang lama-lama... Bukan orang tahu pun.... Lagipun banyak kan... Dalam drama-drama yang sayang layan tu... Kahwin senyap-senyap... Orang tak tahu lepas tu... Surprise we are married... Senang cerita... Jangan lah fikir banyak lagi..." Untuk kesekian kali Irfan cuba menenangkan Tiara dari segala masalah yang membebani Tiara.