Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 31 - Bab 20

Chapter 31 - Bab 20

" My mom .. is anak Tan Sri Hamdi Khan..." Aaisyah memulakan bicara. Tiffany terkejut. " Nora Husna?" Aaisyah terkejut seketika. " How do you know Nora..." Tiffany mengetap bibir. " Well actually I know Mark..." Aaisyah menepuk dahi. Dunia ini terlalu kecil. " Aaisyah... It's okey .. you can trust me...." Tiffany berkata sambil memeluk bahu Aaisyah. " Nora had me when she was  eighteen... She said she was raped. I was the baby that wasn't supposed to be born." Aaisyah menundukkan wajahnya. " My grandmother... Took me as her own... Raised me up...  Just over a week she passed away.... I was thrown out of Teratak Tan Sri Hamdi..." Air mata Aaisyah tidak tertahan lagi. Air mata Aaisyah merembes keluar. Tiffany memeluk bahu Aaisyah. Tiffany turut sedih dengan masalah Aaisyah. Patut selama ini Aaisyah seperti terbeban, University yang Aaisyah belajar bukan calang-calang University, tentu mahal bayaran yuran setiap semester. "One day... Nora and Tan Sri will regret dumping you,.. " Itu sahaja mampu Tiffany katakan.

Aaisyah memundar-mandir dalam biliknya. Minggu ini adalah minggu peperiksaan, selepas itu mereka akan bercuti. Aaisyah bingun kerana perlu cari duit sebanyak RM10K untuk deposit semester hadapan. Baru deposit belum lagi yuran penuh. Dengan sewa bilik lagi tidak lama lagi perlu di bayar Aaisyah makin bingung. Aaisyah menghempas dirinya ke atas katil air matanya mula mengalir. ' mana nak cari 10k...' bisik hati Aaisyah. Aaisyah akhirnya terlelap sendiri. Malam itu Aaisyah langsung tidak mengulang kaji, penat itu yang dirasakan Aaisyah. Penat dengan hidupnya yang semakin gelap. Tan Sri Hamdi dan Nora betul-betul bertekad untuk menghancurkan hidup Aaisyah. ' Bryan... Carter dan Dania.... All of you are so lucky... I love you all no matter what....' itu sahaja yang Aaisyah fikirkan sebelum terlelap tadi. Bryan Brandon Muiz bin Mark Abdullah, Carter Carson Naim bin Mark Abdullah, apabila Nora dan Tan Sri Hamdi tidak ada di rumah mereka adalah insan yang menceriakan hari-harinya. Tetapi bila Nora dapat tahu mereka rapat dengan Aaisyah,  Nora akan halang sebaik mungkin.

" Nora... I think you are too hard on Aaisyah..." Mark bersuara  sebaik sahaja duduk dihujung katil. Lama-lama Mark jatuh kasian dengan Aaisyah yang sudah hilang entah kemana. Nora yang sibuk menyapu losyen ke atas seluruh badannya memandang Mark dengan tajam. " Mark why are you mentioning her name! I don't want that girl in my life. She ruined my life!" Marah Nora. Selama ini Mark bagai lembu dicucuk hidung dengan keluarga Nora. " Nora... She is your own flesh. It's not her fault it's the guy who raped you is to blame... Can't you even at least care for her until she graduates or get a job... Pay for her expenses.... Don't be too cruel Nora..." Mark cuba lagi memujuk isterinya. Nora mencampak botol losyen kearah Mark  Mark mengaduh kesakitan. " Nora. We are moving to the UK. I got a better job over there... I want my kids to grow up there." Nora merengus kasar. " No. Mark! I want to stay here. Fine. We will just get a divorce." Mark tersenyum sinis. " I am taking the kids." Mark berkata tanpa memandang Nora. " How could you do this Mark. I will get a lawyer and drag you to court." Nora cuba mempertahankan kehendaknya. " Well.... Go ahead... I am not scared to face that." Cabar Mark. Mark sudah mengatur rancangan.

Whatsapp

Mark: Aaisyah... First of all I am so sorry the way I treated you before... I will be moving to the UK. I tried to talk to your mom about taking you back here. I am sorry Aaisyah. Nora is Nora. I will meet you at your kolej tomorrow after your exams.

Aaisyah bingung. Sama ada mahu membalas atau membiarkan whatsapp tersebut. Aaisyah mengeluh kecil. Mark bukan seorang yang jahat, cuma Mark terpengaruh dengan Tan Sri Hamdi dan Nora Husna. Tetapi Aaisyah musykil kenapa Mark mahu jumpanya, sebelum ke UK. Aaisyah harap sangat yang Mark bawa Bryan, Carter dan Maya. Aaisyah sebenarnya rindu dengan adik-adiknya. Biarlah mereka tidak boleh rapat, tapi Aaisyah mahu adik-adiknya kenal Aaisyah, mungkin suatu hari nanti bila adik-adiknya sudah besar, mereka sendiri akan cari Aaisyah.

Aaisyah: Ok. If you don't mind can I see Bryan, Carter and Maya.

Mark: Alright, I will try to snoop them out with me. So what time are you available tomorrow?

Aaisyah:  After 2pm tomorrow.

Mark: Great I meet you for an afternoon tea at ***********

Aaisyah: Ok ...

" Mark .. about last night to you really want to divorce me... Don't you still love me..." Nora bersuara pagi itu. Nora rindu dengan Mark, Mark tidak pernah tidak bertegur dengan Nora. " I just want all of us to move to the UK..." Mata Nora berair. " But... How about my dad... I don't want to leave him alone here." Mark mengeluh. " Nora... Have that is the problem. I don't want my life to be all about thinking how your dad feels. I am giving you a choice. Move with me to the UK, and also please forgive and accept Aaisyah." Hati Nora berat, untuk pergi ke UK. Entah kenapa Mark begitu tekad mahu pindah. " I can't Mark. No matter what I am staying here." Nora tidak mahu beralah. " About the kids... We will just go to court." Tambah Nora lagi. " Are you going to accept Aaisyah?" Tanya Mark lagi. Nora menjeling. " That will be the last thing I will do,..." Mark mengeluh. " I am spending time with the kids today, I am meeting up with my Aunt Jenifer." Nora tidak menunjukkan apa-apa riaksi. " What ever. I am going out with Elena and Sarah to Pavillion."

Sejak badan Nora semakin kurus seperti dahulu, Nora sering kali keluar dari rumah, untuk Shopping bersama kawan-kawannya. Mark kadang-kala terkilan kerana Mark mahu Nora meluangkan masa bersama anak-anak mereka, bukannya pengasuh yang jaga anak-anak mereka tiap masa. Tan Sri Hamdi pula selalu menyerlahkan Nora, bila Mark menegur Nora. Mark rasa sedih kerana susah mahu menjadi ketua keluarga terutama sekali bila Tan Sri Hamdi selalu masuk campur. Di tempat kerja juga Tan Sri Hamdi menekankan perasaan Mark. Mark mahu bina hidup keluarganya atas usaha dia sendiri, bukan dengan kemewahan yang diberi oleh Tan Sri Hamdi. Nora sudah keluar, begitu juga dengan Tan Sri Hamdi. Mark pula mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya. " Iris... Juita... Can you get the kids ready... i am taking them out.... Mia... Don't prepare anything for lunch .."

Mark menolak stroller budak yang boleh muat dua orang. Maya dan Carter disimpan dalam stroller mana kala  Bryan berjalan memegang stroller. Mark memilih untuk membawa mereka ke Mc Donald's. Sudah lama mereka mahu makan di Mc Donald's. Mark memberi susu kepada Maya dan akhirnya Maya terlena. Bryan dan Carter seronok menikmati burger, french fries dan ayam goreng mereka. Mereka makin seronok dengan mainan baharu mereka. Mark melayan sahaja cerita imaginasi Bryan dan Carter. Mark teringin pula Nora berada bersama mereka, tetapi Nora tidak suka untuk bawa budak-budak keluar ke tempat seperti ini. Rimas. Kalau Nora keluar, sudah tentu Juita dan Iris kena keluar sekali.

WhatsApp

Aaisyah: i am out a bit early...

Mark: Meet me at ******,

Aaisyah: Ok. Be there in 15 minutes.

" Korang... Nora panas sangat ni... Mark suruh Nora migrate to UK with him...." Mata Sarah dan Elena terbutang bulat dengan apa yang dikatakan Nora. " Wei....  This can't happen babe... " Nora menjongket bahu. " I know... The worse part is... He ask me to accept Aaisyah... Euwww... Like no way..." Tambah Nora lagi. " What!!!!!"  Elena dan Sarah berkata sama-sama kerana sangat terkejut. " Babe...  I don't know what to do...  Tak pernah tau .. Mark buat permintaan macam ini.... I tak sanggup hilang Mark...." Nora berkata, wajah Nora sudah masam. " Babe.... When you go back... Bagi dia layanan tip top... And then maybe he might change his decision...." Nora mengeluh. " Perlu ke Nora mengalah sampai macam tu.... " Nora merengek. " Perlu!!! If you want to save your marriage... " Marah Elena. Nora mengeluh lagi. Nampaknya Nora kena buat sesuatu secepat mungkin sebelum Mark betul-betul pindah ke UK.

Aaisyah memeluk Bryan dan Carter sekuat yang mungkin. Rindu. Air mata gembira menitis keluar dari mata Aaisyah. Selepas melepaskan pelukan mata Aaisyah tertumpu kepada Maya yang baru sahaja bangun dalam stroller. Aaisyah mengambil Maya dan mencium Maya bertalu-talu. Inilah pertama kali Aaisyah dapat sentuh Maya. Sekali lagi Aaisyah menangis terharu. Mark juga turut rasa sedih, kerana melihat kasih sayang Aaisyah terhadap adik-adiknya. " Aaisyah.... I am very sorry what Nora did to you... I can't forgive myself for just following what she all along... " Mark menyentuh bahu Aaisyah. " I tried to convince her to accept you... But she still won't...." Aaisyah tersenyum kelat. " Mark... It's okey... It's not your fault... So when are you moving to the UK?" Tanya Aaisyah lagi. " Very soon Aaisyah. But this time it might be only me... Or me and the kids... But not Nora..." Aaisyah mengetap bibir. 'Nora dan Mark berpisah?' Aaisyah bermonolog sendiri.

" I will be staying at my parents house in Liverpool. You can come and stay with us anytime... I should have treated you as my own... When I knew Nora...." Mark meluahkan segala rasa kesal dihatinya. " Mark... It's okey... I know it's not your fault..." Aaisyah berkata sambil menepuk bahu Mark. Lama Aaisyah bermain bersama adik-adiknya. Apabila Bryan dan Carter sudah penat Mark terpaksa bersedia untuk pulang. Mark mengeluarkan sesuatu dari begnya. Mark menyerahkan sebuah sampul surat. " Aaisyah... This is for you... It might not be much... But this is from my savings back in the UK. I know you really need it now." Aaisyah serba salah. " Mark... What is this... I can't take this...." Aaisyah berkata dengan penuh rasa bersalah. Mark memeluk Aaisyah. " Please... Take it... I want you to have it.... My daughter..." Aaisyah terharu. Selama ini Aaisyah menginginkan seorang ayah, dan Mark sudi menjadi seorang ayah kepadanya. Aaisyah membalas pelukan Mark. Aaisyah memeluk adik-adiknya sebelum mereka pulang.