" Khai Ashraf Uzair bin Norman Uzair " Tok Kadi memulakan bicara. "Ya saya" jawab Khai dengan penuh rasa berdebar tetapi mempamerkan wajah bahagia. Sekejap lagi gadis cantik itu akan menjadi milik Khai sepenuhnya. "Aku nikahkan dikau dengan Shawafinaz binti Haji Hussein yang berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM 5000 tunai." Khai menghela nafas panjang dan akhirnya berkata. "Aku terima nikahnya Shawafinaz Binti Haji Hussein dengan mas kawin sebanyak RM5 000 tunai." Shawafinaz tersenyum bahagia sebaik sahaja mendengar perkataan Sah dari semua saksi yang hadir. Khai membuka cincin nikah milik ibunya, dan menyerahkan cincin tersebut kepada Puan Haryati. Cincin di tangan Shawafinaz digantikan dengan cincin yang dibeli mereka di Dubai. Cantik. Cincin emas dengan sebutir mutiara kecil. Selepas itu Khai menghadiahkan ciuman didahi Shawafinaz. Lama. Dan akhirnya Shawafinaz menyalam dan mencium tangan Khai. " Terima kasih... Wafin... Kerana menerima Khai seadanya..." Shawafinaz sudah mengalirkan air mata bahagia. " Khai... Terima kasih kerana sudi mengambil Wafin... Jadi isteri Khai yang sah... " Khai menarik Wafin kedalam pelukan erat. "I love you... My wife..." Semua yang hadir ke majlis akad nikah Shawafinaz dan Khai gembira melihat riaksi sweet antara dua pengantin tersebut.
Selepas selesai akad nikah, Aaisyah dan Irfan tidak lupa untuk mengambil gambar bersama dengan Khai dan ShawafiNaz. " Kak... Wafin... Zaf... Happy sangat Kak Wafin selamat bernikah dengan Khai..." Wafin tersenyum sambil memeluk Zafreena. " Petang ni... Kita terus balik Malaysia kan?" tanya Wafin. Zafreena mengangguk. " Ecah ada kelas esok Wafin... Kelas hari ini Ecah escape... Sanggup nak datang wedding Wafin tau..." Aaisyah berkata dengan bangga. Shawafinaz memeluk Aaisyah dengan erat. " Thanks babe... You are so sweet.... That's why I love you so much..." Shawafinaz berkata sambil sengaja mencium pipi Aaisyah. Aaisyah mengelap bekas gincu di pipinya. " Eee... Wafin... " Shawafinaz ketawa melihat reaksi Aaisyah. Sedikit sebanyak Shawafinaz rindu Marwaddah. Bila mereka tiga bergabung, mereka tidak akan ingat dunia. " I wish she is here Aaisyah..." Shawafinaz tiba-tiba berkata sambil memayangkan wajah sedih. " Mawar ada nombor baru?" Aaisyah bertanya lagi. " Kalau ada... Wafin tak tahu... Sebab nombor lama... Dah tidak boleh dipakai... Si Ubaid tu dah suruh Mawar buang semua kisah silam dia." Aaisyah mengeluh. Nampaknya Aaisyah akan betul-betul hilang contact bersama Marwaddah. " Aaisyah balik dulu ya..." Aaisyah berkata sambil memeluk Shawafinaz erat. Sedih kerana bakal berpisah dengan kawan Baiknya. "I am going to miss you Aaisyah...nanti... Bila Aaisyah dah kahwin dengan Irfan... Jangan lupa... Datang California... I will be waiting for you...Janji..." Aaisyah menangis. " I will come...Ecah janji... Wafin... Kalau Ecah tak mampu pergi... Suruh Khai sponser tiket..." sempat Aaisyah menyelitkan lawak. "Hey!!! Irfan jangan lupa jaga twinnie Wafin ni baik-baik..." Sempat Wafin memberikan amaran keras kepada Irfan. Irfan hanya mengangguk dan selepas itu mengucapkan selamat tinggal kepada Khai dan Wafin.
Akhirnya mereka berpisah. Aaisyah dan Irfan sudah dalam perjalanan ke Lapangan Terbang. Aaisyah menangis sahaja dalam texsi sepanjang perjalanan ke Lapang Terpang. Irfan hanya diam. Faham dengan kesedihan Aaisyah. Sekejap sahaja berjumpa dengan Shawafinaz, selepas itu kena berpisah balik. Irfan mengeluh seketika. Teringat akan ibunya yang tidak merestui hubungannya dengan Aaisyah. Semua Keluarga Irfan menyebelahi Nora Husna. Kasiankan Nora Husna sebab hidup Nora musnah disebabkan Aaisyah. Bila Irfan memandang wajah polos Aaisyah, Irfan jadi lemah. Aaisyah walaupun digelar anak luar nikah tetapi gadis itu sangat camtik. Tan Sri Hamdi ada keturunan Arab, Puan Sri Faridah pula Filipina - Belanda. Ayah kepada Aaisyah pula entah siapa tetapi ramai yang rasakan ayah Aaisyah adalah seseorang yang berdarah kacukan juga. Kalau Aaisyah masuk dalam bidang permodelan, Irfan tidak hairan yang Aaisyah boleh bersaing dengan model-model terkenal. Aaisyah akhirnya terlelap dibahu Irfan.
Sebaik sahaja sampai di Malaysia, Kawan Irfan sudah menghantar kereta Irfan. Selepas itu kawan Irfan meninggalkan Irfan dan Aaisyah untuk memberi privasi kepada mereka berdua. " Aaisyah... Aaisyah... Okey tak... Dari tadi saja diam..." tegur Irfan. Aaisyah memandang Irfan. Wajah polos itu, mampu meruntun hati mana-mana lelaki. " Irfan... Wafin dan Mawar... They are my best friend... Yang paling rapat dengan Aaisyah... Bila mereka tidak ada... Hidup Aaisyah rasa kosong saja.... Mawar... Langsung tidak dapat dijejaki... Aaisyah risau....Sekarang Aaisyah cuma ada Irfan seorang sahaja..." Irfan memeluk Aaisyah. Mujur sahaja hanya mereka berdua dalam kereta. Irfan terus meragut bibir Aaisyah. Sudah lama dia ingin mencium bibir itu tetapi belum pernah ada kesempatan.
" I love you Aaisyah..." Aaisyah diam. Belum pernah Aaisyah dicium. Tidak tahu apa yang terjadi sampai mereka sama-sama lalai. " I like you too Irfan..." Aaisyah memandang Irfan. Irfan tidak tahan dan terus mencium bibir Aaisyah. ' There is a wild side of me that no one ever knew Aaisyah...' bisik hati Irfan. " Aaisyah... Pukul berapa kelas esok..." Irfan bertanya sebaik sahaja melepaskan bibir gadis itu. Aaisyah mengetap bibir, masih kaku. "Pukul Sepuluh..." Aaisyah jawap perlahan. " Aaisyah... Irfan rasa penat nak drive... Kalau kita check in hotel area sini boleh tak..." Aaisyah terus rasa sesuatu yang tidak kena. " Erm... Kalau Irfan penat... Aaisyah boleh drive..." Aaisyah berkata perlahan. Aaisyah belum bersedia untuk bersama Irfan. Aaisyah tidak sampai hati mengecewakan Puan Sri Faridah kalau tiba-tiba Aaisyah mengandung. Sudahlah Aaisyah rasa dirinya sudah kotor disebabkan Aaisyah bukan anak yang diinginkan Nora Husna, ibunya. Irfan mengeluh kecil di dalam hati. Susah pula mahu dapatkan Aaisyah.
"It's ok.. Irfan drive..." Irfan berkata sambil memandu dengan perlahan mengharap Aaisyah menukar fikirannya.