Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 25 - Bab 15

Chapter 25 - Bab 15

Rumah agam itu sangat sunyi, semua orang sedih. Lagi-lagi Aaisyah. Semua pesan Puan Sri Faridah terpahat dalam hati Aaisyah. Aaisyah memeluk bingkai Puan Sri Faridah. ' It's time for me to let you go... Nek....' bisik hati Aaisyah. Tan Sri Hamdi banyak meluangkan masanya berkurung dalam bilik. Banglo tersebut akan riuh sementara dengan bunyi Bryan, Carson dan juga tangisan Maya. Aaisyah teringin sangat berbual dengan adik-adiknya tetapi Nora tidak membenarkan Aaisyah dekat dengan budak-budak itu. Aaisyah terlalu sunyi. Sedangkan Irfan pula semakin jauh dari Aaisyah. Apabila Aaisyah WhatsApp Irfan, Irfan cuma membalas secara ringkas, kalau tidak WhatsApp akan dibaca tetapi tidak dibalas. Aaisyah juga sangat sibuk kerana banyak assignment yang perlu dibuat. Walaupun baru beberapa hari kehilangan Puan Sri Faridah, Aaisyah tiada pilihan Aaisyah kena juga kuat, kerana Aaisyah sudah fikirkan yang dia akan keluar dari teratak mewah ini kerana teratak ini bagaikan neraka untuk Aaisyah. ' Sebaik saja Ecah kerja... Ecah akan beli apartment.... Ecah tak sanggup tinggal sini lagi....' bisik hati Aaisyah.

" Irfan... Tolonglah... Pilih perempuan untuk dijadikan  suri hidup seharusnya tengok latar belakang dia... Aaisyah tu... Anak luar nikah... Entah siapa bapa budak tu sudah merosakkan Nora... Pilih perempuan harus ambil kira keturunan dia.. Iman dia... " Irfan  diam. Susah hendak melawan kehendak ibunya. Memang Aaisyah agak liar sedikit, dulu ada juga dengar cerita Aaisyah selalu keluar dengan Marwaddah dan Shawafinaz, ke mana lagi kalaj bukan ke La Maurice untuk minum dan bersuka-suka. " Irfan akan cuba bimbing Aaisyah ibu...." Ibu Irfan menggeleng. " Irfan... Susah nak di bimbing budak tu..  Percayalah..." Irfan malas lagi mahu berdebat. " Ibu sudah ada pilihan... Irfan jumpa saja dulu... Kalau Irfan tak berkenan... Tak apa... Tapi Irfan... Ibu harap Irfan jagalah maruah ibu dan abah Irfan..." Irfan diam seribu bahasa. Sejak hari Puan Sri Faridah meninggal sehingga kini, itu sahaja nasihat yang diberikan Ibu dan ayah Irfan.

" Malam ini.... Ikut Mak dengan Ayah ke restoran.... Nak bawa Irfan jumpa dengan Uncle Taufik dan Aunty Elena kamu. Kenalkan Tiara... Satu kolej dengan Irfan." Irfan sudah mengagak mesti mereka mahu padankan dirinya dengan Tiara. Tetapi setahu Irfan, Tiara sudah ada Hafeez. Mingkin Encik Taufik tidak restu hubungan Tiara dan Hafeez sebab itu mereka mungkin bakal dijodohkan. Itupun Irfan dengar gossip daripada course-matenya. Di kolej Tiara memang bergaya habis. Dari luaran Tiara tidak seperti mempunyai kekasih. Tetapi ada juga gossip mengatakan yang Tiara banyak berskandal dengan Tan Sri dan Dato. Bukan sugar baby, tetapi berskandal untuk seronok sahaja. Aaisyah memang tidak sebulu dengan Tiara, itu yang pasti. Menurut Aaisyah, Tiara suka membulinya, siap selalu melapor aktiviti Aaisyah dengan Nora Husna. Banyak kali Aaisyah mengadu, dia dimarahi Tan Sri Hamdi dan Nora Husna sebab Tiara memfitnah dirinya.

Tiara Pov

" Maa... I don't know what to wear tonight..." Phteri Tiara berkata sambil memeluk lengan Elena. Tiara adalah anak yang terlalu manja. Elena membelai pipi anak gadisnya yang cantik itu. " Tia... Do you like Irfan?" Tanya Elena. Tiara tersenyum senget. " Maa.... Irfan handsome... He will have a good job... Stable carrier... Apa lagi Tiara nak lagi kan.... Tia happy sangat sebab Papa nak Tia dengan Irfan... Tapi... Irfan sebenarnya dengan Aaisyah.... Macam susah pula masuk jarum... Tia risau... Kalau Tia... Dengan Irfan... Mesti Irfan akan benci dengan Tia..." Elena memeluk Tiara. Risau pula apa riaksi Irfan terhadap Tiara. " Well... Tonight... We are having dinner with him and his parents... Play your cards well sayang....  Jangan gedik-gedik... But make him confident that you will be good for him..." Tiara mengigit bibirnya sambil berfikir. Tiara mendapat idea yang sangat bernas. Untuk memiliki Irfan, Tiara kena berubah. Bukan seorang gadis yang manja, gedik, kaki club dan kaki shopping.

Tiara mengambil sebuah blouse longgar berlengan separuh panjang berwarna putih yang dihiasi bunga kecil berwarna kuning untuk dipadankan dengan skirt labuh dan panjang berwarna coklet. Tiara membuka drawer dan mencari shawl yang sesuai. Shawl berwarna kuning lembut diletak atas katil Tiara. Jam di dinding menunjukkan pukul lima setengah petang. Tiara mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi. ' Irfan... This is Tiara.... Aaisyah... Tiara akan buat Irfan yakin yang Tiara ni pilihan yang tepat untuk Irfan...' Tiara tersenyum sendiri. Selepas setengah jam mandi Tiara keluar untuk bersiap. Tidak di nafikan Tiara memang cantik. Sebelum mengenakan shawl di kepalanya Tiara membuka You-tube dan mencari tutorial 'style' tudung. Setelah berusaha selama lima belas minit akhirnya Tiara berjaya 'style'kan shawl dengan cantik. Tiara tersenyum sendiri, seronok melihat penampilannya di cermin.

Elena dan Taufik sudah menanti Tiara di tingkat paling bawah. " Cantiknya...  Cucu Nenda...." Datin Maryam menegur Tiara. Semua tekejut dengan penampilan baru Tiara. Lama Taufik memandang anaknya. " Syukur Allahamdulilah...." Taufik berkata sambil menarik Tiara kedalam pelukan. " Papa harap .. Tia teruskan penampilan Tia macam ini..." Tiara tersenyum manis. "Tia... Pun harap macam itu... Tia mahu Irfan yakin yang Tia adalah pilihan terbaik untuk Irfan...." Tiara berkata sambil memandang Taufik. "Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk Tia... dan Papa tahu... Irfan adalah yang terbaik untuk Tia...." Tiara membalas pelukan Taufik erat lagi. Elena masih terkejut dengan penampilan Tiara. Tiara tetap nampak cantik dengan penampilannya. Tiara nampak jauh lebih ayu dan sejuk mata memandang.

Mata Irfan terpaku memandang Tiara. Cantik. Tetapi kenapa tiba-tiba hari ini Tiara  berpenampilan lebih sopan dari sebelum ini. Mata Irfan sudah beberapa kali memandang Tiara. Sejuk sahaja untuk dipandang.  Ibu bapa Irfan lagi gembira melihat penampilan baru Tiara. " Cantiknya awak Tia... Bila Tia start berhijab?." Tanya ibu kepada Irfan. Tiara tersenyum malu-malu, Elena dan Taufik tersenyum bangga. " Tia... dah lama ada niat... kebetulan hari ini Tia mula pakai... Aunty doakan Tia terus beristiqamah...." Tiara berkata cuba mengambil hati Datin Roziana. " Jadi... Mesti Irfan dan Tia boleh agak kenapa kita perlu berjumpa disini...." Tiara mengetap bibir dan memandang Irfan, menanti riaksi daripada Irfan. Sekali lagi Irfan memandang Tiara. ' cubalah Aaisyah berpenampilan macam ini .. tapi... Susah pula mahu didik Aaisyah... Dari kecil sudah di biarkan untuk hidup bebas...' bisik hati Irfan. Hari ini Irfan rasa Tiara ada tarikan magnet yang cukup kuat. ' Ahh... Biar lah... Hafeez kisah silam Tia... Kalau Tia asa niat untuk berubah mungkin Tia adalah yang terbaik untuk Irfan.... Tia pun cantik.... Tetapi.... Aaisyah.... lagi cantik.... Tapi Mak kata pilih perempuan kerana iman dan harta mereka...' lama Irfan bermonolog sendiri.

Selesai makan malam, Tiara dan Irfan disuruh untuk menukar nombor telefon masing-masing supaya lebih senang untuk mereka berhubung. " Kami tunggu di kereta.... Tia dan Irfan boleh lah bercerita sekejap..." Cadang Datuk Halik ayah kepada Irfan. Irfan dan Tiara hanya tersenyum dan menganguk sahaja. " Tia dan Hafeez macam mana...?" Tanya Irfan spontan. Tiara mengetap bibir. " Tia dan Feez dah putus dah... Dia ada perempuan lain belakang Tia.. selama ni... Dia cuma nak duit Tia je..." Irfan sedikit terkejut dengan penjelasan Tiara. " Sebab itu... Tia nak berubah ke arah yang lebih baik... dan lupakan semua masa silam Tia..." Irfan tersenyum. " Jangan risau Tia... Selagi berkesempatan... Pintu taubat masih dibuka... " Tiara tersenyum kecil. ' Ahh... Tak sangka hebat lakonan Tia ni...' bisik hati Tiara. " Apa-apa Tia boleh WhatsApp Irfan... Insyaallah Irfan boleh tolong..." Tiara tersenyum lagi sambil menganguk.

" Hebat tak... Lakonan Tia Mama.... " Elena memeluk anak kesayangannya. " Mestilah hebat... Makin tipis lah peluang Aaisyah nak dapat Irfan....  Tapi lepas ni... Tia kena tinggalkan semua yang menyeronokkan Tia... Tia dah sedia..." Tanya Elena separuh berbisik. Takut Taufik mendengar perbualan mereka. " Tia... Dah sedia...." Yakin Tiara menjawap Elena. Elena juga berharap Tiara dan Irfan akan bersama, kerana dengan Irfan masa depan Tiara terjamin. Elena ada juga dengar gossip tentang Tiara dengan seorang lelaki. Hafeez. Budak kampung yang tiada kelas. Sudah berapa kali Tiara dan lelaki itu check in hotel. Elena tidak mahu mengorek dari Tiara, asal saja Tiara tidak kantoi dengan ayahnya Taufik, Elena faham darah muda yang dilalui Tiara. Elena tahu kalau ditegah secara kasar tentang hubungan Tiara dan Hafeez, Tiara akan memberontak tetapi kalau buat secara perlahan dan alihkan perhatian Tiara mesti akan berjaya juga rancangannya.

Whatsapp

Irfan: Tia...

Tiara: Ya Irfan...

Irfan: Bgi Irfan fikir dulu...

Irfan: Tia tahu kan... Irfan masih dgn Ecah...

Irfan: Irfan tak nak buat keputusan terburu-buru

Irfan: Irfan masih sygkn Ecah...

Tiara: Tak apa... Tia faham... Kalau kita ada jodoh tetap tak kemana...

Tiara: Kalau kita tak ada jodoh...

Tiara: Itu bermakna sudah ada yang lain tertulis untuk Tia....

Tiara: Tapi kalau Irfan adalah jodoh Tia... Tia janji... Tia akan cuba sedaya upaya... Berubah... Tia mahu jadi isteri terbaik utk bakal suami Tia...

Irfan: Sejuk hati Irfan dgr Tia kata mcm tu... Bgi Irfan sikit masa... Utk bincang dgn Ecah...

Irfan: Irfan tidur dulu... Selamat Malam Tia... Assalamualaikum....

Tiara: Wsslm..

Tiara mencampak telefonnya ke atas katil. ' Argghhhh..... Sakitnya hati Tia.... Kenapa susah sangat nak bersaing dengan Aaisyah.... ' Sakit hati Tiara dengan WhatsApp Irfan tetapi Tiara mahu pastikan Irfan jatuh ke dalam tangan Tiara, jadi Tiara terpaksa berbalas WhatsApp dengan baik. " I have to do something.... Stress nya.... " Tiara menghempas dirinya ke atas katil. Telefon bimbitnya dicapai. " Ira... Jom kita lepak malam ni..." Zahirah terkejut dengan panggilan telefon daripada Tiara. " Babe... I dekat tempat biasa ni... " Tiara mengeluh. " Ok... Jumpa di sana...." Tiara membuka drawer. Dress singkat disimpan dalam sebuah beg. " Tia... Nak buang juga stress malam ni..." Tiara berkata. Mujur ketika Tiara keluar semua sudah masuk bilik. Tiara cepat-cepat turun.

Whatsapp

Tiara: Papa... Tia keluar kejap... Nak jumpa Zahirah... Sbb Ira pun nak belajar sikit ttg berhijrah... Tia harap sgt... Dpt tgok Ira berubah....

Tiara: mungkin Tia akn tidur rmh Ira...

Taufik: Ok... I trust you Tia... Don't do anything stupid..

Sampai sahaja di kelab malam Tiara mencari parking. Shawl dikepala dibuka, dan juga blouse Tiara memakai dress dan akhir sekali membuka skirt labuhnya. Rambut Tiara kemaskan dan Tiara mengenakan make up tebal pada wajahnya. Setelah puas hati dengan penampilannya, Tiara keluar membawa clutch sahaja. " Tia... Sini Tia...." Panggil Zahirah.  " Luke and Fahmi... Kenalkan my friend Tia...." Malam itu Tiara melepaskan segala kekusutan di kepalanya. Hari ini Fahmi menjadi pasangannya. ' Biarlah... One night stand can't harm' itu sahaja bermain dalam fikiran Tiara. Apabila jam menunjukkan pukul 1 pagi, kepala Tiara sudah pening, Fahmi dan Tiara keluar dan check-in di hotel yang berdekatan. Zahirah pula sudah ikut Luke balik ke apartmentnya.

Pukul 8 pagi Tiara bangun. Kepalanya masih berat. Pening. Tangan Fahmi melingkari tubuh Tiara. " Dah bangun... Sayang... I had so much fun last night...." Fahmi berkata sambil mencium bahu Tiara. " urmmm...  What time is it... I am so fucking drunk..." Tiara berkata sambil memegang kepalanya.  " It's eight... " Fahmi berkata sambil bangun dan mencium leher Tiara. Tiara ketawa kerana rasa seronok dengan belaian Fahmi. Nasib baik Fahmi bukan dari kolej yang sama, takut pula kalau terkantoi dengan Irfan atau rakan sekolej yang mereka ada 'hook up' malam tadi. " Urmm... I nak tidur dulu... Pening..." Tiara berkata lagi. " Ok .. babe... I might see you again... Some other night .. thanks for last night..." Fahmi berkata sambil menepuk buntut Tiara yang terdedah. Fahmi bangun dan mencari pakaiannya untuk dipakaikan semula. Selepas itu Fahmi keluar.

Dua jam kemudian Tiara pula sudah mandi dan mahu check out. Ketika Tiara mahu keluar, gadis di counter memanggil Tiara. " Cik... Cik... Bilik tadi belum bayar lagi.... Encik Fahmi kata it's on You Miss Tia..." Hati Tiara mendidih ketika ini. ' Dasar lelaki bodoh... Pandai tempah bilik... Pandai bersedap dengan Tia.. blah macam itu dan suruh Tia bayar bilik' Tiara mengeluarkan beberapa keping seratuh ringgit. Dalam hati Tiara menyumpah seranah lelaki bernama Fahmi. Sebaik sahaja membayar Tiara mencari telefon bimbitnya. " Ira... You kat mana?" Tiara merengus kasar dan menceritakan tentang Fahmi kepada Zahirah. " Alaa... Sorry lah... Babe... Ira tak tahu pun yang Fahmi macam tu..." Tiara masuk ke Starbuck untuk order Double Americano Coffee. " Ok lah... Ira... Lepas ni Tia nak pergi cari baju ni... Tia kena tukar penampilan Tia balik macam semalam....karang Papa Tia tahu... Habis Tia..." " Okey babe... Bye..." "Bye..." Selepas minum coffee Tiara pergi Mall untuk mencari beberapa helai baju kurung dan juga tudung dan terus pakai sebelum pulang ke rumah. ' Tia tak nak lah... Pergi club dah... Dah serik... Serik lagi jumpa lelaki yang tak senonoh..' bisik hati Tiara. Sempat juga Tiara menelan morning after pills takut pula kalau apa yang dia dan Fahmi lakukan semalam tiba-tiba pula berhasil, nahas pula Tiara dibuang keluarga.