Tan Sri Hamdi menerima panggilan daripada Nora. Telefon Tan Sri Hamdi jatuh ke lantai. Begitu cepat Puan Sri Faridah meninggalkan meninggalkan Tan Sri Hamdi. Dengan tergesa-gesa Tan Sri Hamdi keluar dari pejabatnya. " Tan Sri... Dinner dengan client dari Jepun tu...." Talita belum sempat habiskan ayatnya. Tan Sri Hamdi tergesa-gesa keluar. Talita sedikit panik kerana Tan Sri Hamdi tergesa-gesa keluar sebelum dinner dengan client penting dari jepun. Talita membuka applikasi whatsapp kerana dengar bunyi whatsapp bertubi-tubi masuk. Talita terkedu melihat whatsapp dari kawan-kawannya yang mengucapkan salam Takziah untuk keluarga Tan Sri Hamdi. Walaupun sedih, Talita mengambil semua file yang diperlukan. Nampaknya Talita sendiri perlu take over dan jumpa klient dari Jepun.
. " Hello... Hubby... Lita kena stay lama sikit... Sebab Lita kena cover Tan Sri untuk jumpa klient..." " Okey...." Itu sahaja yang dikatakan suami Talita. Sudah dua tahun hubungan suami isteri itu hambar. Lima tahun berkahwin semuanya manis-manis belaka pada tiga tahun pertama perkahwinan mereka. Lama suaminya mahukan seorang anak tetapi sampai sekarang Talita belum lagi mengandung. " Ok... Bye hubby... Sorry tau... Hubby terpaksa makan di luar pula malam ni..." Talita berkata lagi sambil menyusun beberapa kertas kerja. "Ermmm .." talian terus ditutup. Talita mengeluh perlahan dengan sikap dingin suaminya .
Talita: Tan Sri... My deepest condolences to you and your family. I will help cover your meeting tonight with Yoshisuka.
Tan Sri Hamdi: Thanks Talita.
Tan Sri Hamdi sudah memberi lampu hijau untuk meneruskan meeting bersama klient. Talila menutup komputer ribanya dan mengemas mejanya. File yang penting dibawa bersama. " Talita... Tan Sri keluar... Lita keluar juga ke? " Tegur Wanie. Talita tersenyum kelat. " Lita cover meeting dengan Klient jepun..." " Owh..." Jawap Wanie dan terus menyambung kerjanya. Talita terus menuju kearah lift dan menekan butang untuk turun ke tingkat bawah. Talita selalu ganti Tan Sri Hamdi untuk berjumpa dengan Klient kalau Tan Sri Hamdi tidak dapat hadir meeting tersebut. Sehingga ada yang sanggup menuduh Talita sebagai perempuan simpanan Tan Sri Hamdi. Bagi Talita, dia hanya mahu focus dengan kerjanya sahaja bukan melayan semua gossip negatif tentang dirinya.
*********************************"""
Tubuh Puan Sri Faridah tenang saja. Tan Sri Hamdi menangis semahu-mahunya ditepi jenazah Puan Sri Faridah. " Idah.... Kenapa tinggalkan Hamdi... Hamdi sayang sangat dengan Idah...." Tan Sri Hamdi memeluk isterinya dengan erat. Doktor Lutfi juga turut rasa sedih. Aaisyah sudah masuk biliknya. Tan Sri Hamdi sudah menghalaunya keluar dari bilik tidurnya dan Puan Sri Faridah. Nora juga sedang menangis disebelah Tan Sri Hamdi. Pemergian Puan Sri Faridah sedikit mengejut untuk mereka. " Mom.... Dad... I lost my mom...." Nangis Nora. Nora telah membuang masa yang ada untuk luangkan bersama Puan Sri Faridah. Nora yang tidak berkerja langsung tidak menjaga ibunya ketika ibunya sakit. Sekarang Puan Sri Faridah sudah meninggalkannya untuk selamanya.
Aaisyah memegang dadanya. Sakit. Itu yang Aaisyah rasakan ketika ini. " Nenek.....kenapa tinggalkan Aaisyah secepat ini.... Siapa mahu jaha Aaisyah... Siapa lagi mahu sayang Aaisyah...." Kepala Aaisyah berpinar-pinar. Pening. Aaisyah pitam tanpa sedar. Diatas lantai karpet biliknya Aaisyah baring lemah. Tiada seorang dalam tersebut tahu Aaisyah pengsan. Pemergian Puan Sri Faridab memberi impak yang besar terhadap Aaisyah. Aaisyah masih pengsan. Dalam mimpi Aaisyah Aaisyah melihat Puan Sri Faridah. " Terima Kasih Aaisyah... Sebab jaga nenek.... Nenek tak mahu Aaisyah sedih.... Nenek sayang Aaisyah.... Aaisyah janji... Aaisyah harus berjaya...." Aaisyah memeluk Puan Sri Faridah seerat yang mungkin. Tiba-tiba Puan Sri Faridah hilang, hilang dalam kabus yang tebal. Aaisyah menjerit semahu-mahunya. " Nek... Nek.... Mana nenek pergi... Don't go.... I need you nek...." Aaisyah berkata dihujung tangisannya. Kosong itu sahaja yang Aaisyah rasakan.
Aaisyah tersedar. Kepalanya terasa agak pedih. Tangan Aaisyah menyentuh dahinya. Benjol dan sedikit berdarah. Rambut Aaisyah yang panjang dan keringting sangat serabai. Aaisyah menangis lagi. Bukan kerana dahinya yang sakit tetapi kerana masih tidak percaya yang Puan Sri Faridah meninggal. Ingin sahaja Aaisyah keluar dan turun ruang tamu utama, tempat jenazah Puan Sri Faridah disimpan tetapi Tan Sri Hamdi tidak mahu melihat dirinya diluar. Tanpa berfikir lagi Aaisyah bangun dan membuka tombol pintu. Terdengar beberapa orang bersembahyang di ruang tamu memanjatkan doa Al-Fatihah. Puan Sri Faridah akan dikebumikan pada keesokkan hari. Tubuh Aaisyah lemah, Aaisyah turun ke bawah. Ada beberapa tetamu yang hadir datang memeluk Aaisyah. Irfan juga ada disana. Irfan kasian melihat Aaisyah. Irfan terus menerpa Aaisyah dan menarik gadis itu ke dalam pelukan. Aaisyah menangis semahu-mahunya. Mata ibu Irfan mencerkung kearah Irfan. Hatinya mendidih. " Baby... I am here for you..." Bisik Irfan ke telinga Aaisyah. Aaisyah menangis lagi. " I only have you by my side now Irdan..." Luah Aaisyah. Irfan membelai rambut Aaisyah. " Sayang... Jangan macam ni... Nenek Sayang mesti tak nak tengok sayang macam ini... Jomlah... I send you to your room... Freshen up..." Aaisyah menurut sahaja. Irfan menghantar Aaisyah ke pintu biliknya. " Sayang... Pergi mandi... Tak elok .. macam ni..." Irfan berkata sambil memandang wajah Aaisyah yang sebam.
Air dari shower dibiarkan sahaja membasahi Aaisyah. Dalam shower Aaisyah menangis semahu-mahunya. Susah untuk Aaisyah menerima kenyataan. ' Ecah... Nak ikut nenek....' bisik hati Aaisyah. Pakaian dan rambut Aaisyah sudah basah kuyup. Bunyi ketukan di pintu bilik air tidak dihiraukan Aaisyah. " Sayang.... Buka pintu.... " Irfan berkata. Aaisyah lansung tidak menjawap. Irfan membuka pintu nasib baik tidak berkunci. "Aaisyah... Jangan macam ni... Your grandmother doesn't want to see you like this.... " Pili shower di tutup. " Mia... Tolong tukarkan pakaian dia... Cari kurung hitam... Atau jubah hitam untuk dia..." Mia terus menyelongkar closet pakaian Aaisyah. Irfan mengelap air mata Aaisyah. Aaisyah memeluk Irfan. " Promise me... You will never leave me Irfan...." Irfan jatuh simpati dengan nasib Aaisyah. Hanya Irfan sahaja yang masih ada untuk gadis tersebut, Marwaddah dan Shawafinaz sudah berhijrah, Puan Sri Faridah sudah meninggal, Irfan tidak tahu apa yang bakal terjadi kalau dia tinggalkan gadis itu. " I promise Aaisyah.... I will take care of you.... And I will marry you... Take you out of this hell...." Aaisyah memandang Irfan penuh mengharap. Bagaimana Aaisyah boleh hidup dalam rumah ini kalau ada Nora dan Tan Sri Hamdi, rumah ini sudah hilang syurganya, syurga dalam rumah ini sudah pergi bersama Puan Sri Faridah, yang tinggal hanyalah api dan bahang neraka.
Aaisyah mengenakan jubah berwarna hitam. Irfan dan Aaisyah sama-sama turun tangga ke ruang tamu. Aaisyah sudah lebih tenang berbanding tadi. Mata Aaisyah bengkak kerana menangis keterlaluan. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Ramai tetamu masih berada di rumah Tan Sri Hamdi, kebanyakkan keluarga terdekat berkampung di rumah itu. " Ecah.... Meh sini... Isi sikit perut tu... Jangan biarkan perut tu kosong..." Sapa salah seorang rakan Puan Sri Faridah, Datin Zafira. Datin Zafira memeluk Aaisyah. Datin Zafira tahu Puan Sri Faridah sayang sangat dengan Aaisyah. "Jangan nangis lagi Sayang.... Idah... Sudah berada di tempat yang indah... Aaisyah kena lepaskan Nenek Ecah juga.... Biarlah nenek Ecah bersemadi dengan tenang..." Pujuk Datin Zafira. Nora memandang Aaisyah dengan tajam. " Siapa suruh kau turun... Gara-gara kau lau mak aku mati... Dasar pembawa sial... " Marah Nora tanpa mempedulikan orang sekeliling . Elena dan Sarah menarik Nora jauh dari Aaisyah. " Nora... Jangan macam ni... Ramai tetamu tengok Nora... Nanti saja Nora settle dengan Aaisyah..." Nasihat Sarah. Nora hanya mampu menjeling tajam, Aaisyah pula menundukkan wajahnya. " Irfan....jom balik..." Ibu Irfan memanggil Irfan. Irfan tidak dapat membantah. Irfan menyentuh bahu Aaisyah. " Sayang... Irfan pergi dulu..." Berat hati Irfan mahu tinggalkan Aaisyah tetapi Irfan terpaksa.
**********************************
" Esok masa pengebumian Puan Sri Faridah... Jangan dekat dengan anak haram tu... Mak tak suka Irfan dekat dengan budak tu..." Irfan mengetap bibir. " Mak... Sampai hati Mak...." Belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya Ibu Irfan memotong. "Irfan... Aunty Nora Irfan banyak menghadapi masalah kerana Aaisyah... Mak tak nak malu bila Irfan kahwin dengan Aaisyah... Orang akan tanya... Kenapa menantu Mak berbintikan Abdullah... Mak tak nak malu.... Mak cuma mahu menantu yang dari keturunan baik-baik sahaja... Mak nak pesan sekali lagi... Jangan pernah kahwin dengan anak haram tu... Kalau masih nak panggil Mak... Mak....dengar cakap Mak...." Irfan rasa sanagt sedih. Tidak sanggup untuk melepaskan Aaisyah. Irfan memandang Ibunya pula, tidak sanggup membuang ibunya hanya kerana seorang perempuan sahaja. Irfan tahu syurga seorang anak lelaki terletak di bawak kaki Ibunya, mungkir arahan ibunya Irfan tidak akan mencium bau syurga. Irfan resah dan gelisah antara mahu memyelamatkan Aaisyah atau mendengar kata-kata ibunya. ' Diluah mati mak, ditelan mati bapa' itu yang dirasakan Irfan saat ini. ' Aaisyah.....' bisik hati Irfan.