Flashforward
Walaupun seminggu lalu Puan Sri Faridah meninggal, Aaisyah tetap pergi kelas macam biasa. Aaisyah seperti Zombie yang tidak bermaya, jasad saja berfungsi tetapi roh entah kemana. Sebaik sahaja sampai dipintu pagar Aaisyah pelik kerana gate Automatik tersebut tidak buka. Aaisyah keluar dari keretanya apabila nampak Nora dan Tan Sri Hamdi berdiri diluar gate. Ada beberapa beg roda sudah disediakan. Jantung Aaisyah berdegup kencang. " Hey! Anak haram! Ambik semua ni dan berambus!" hati Aaisyah bagai di tusuk pisau yang tajam. " Mama... Apa ni... Kalau ya pun mama benci Aaisyah...." belum sempat Aaisyah habiskan ayatnya Nora menampar kuat pipi Aaisyah. Aaisyah tersungkur di jalan raya. Tan Sri Hamdi pula menyepak perut Aaisyah. Sudah lama Tan Sri Hamdi menyimpan dendam kesumatnya. " Rumah ni... saya punya. Jadi keputusan dalam tangan saya untuk menentukan siapa yang layak duduk dirumah saya. Tak ada maknanya nak bela anak haram dalam rumah saya. Saya sudah ada tiga orang cucu yang akan menjadi pewaris kepada semua harta dan buisness saya." Aaisyah dengan sedaya upaya cuba angkat tubuhnya. Kulitnya sedikit melecur kerana haba pada tar jalan raya. " Semua barang dalam bilik kau. Dah dikemas. Barang tu... Semua yang Puan Sri beli untuk kau. Ambiklah. Dengan kereta sekali. Ambik saja semua." Aaisyah memandang Tan Sri Hamdi. Dia berdiri. "Baiklah Tan Sri... Aaisyah akan pergi. Tan Sri... Nora... Ampunkan semua salah Aaisyah dan halalkan makan minum anak haram ini." Nora tersenyum mengejek. " Satu lagi. Saya dah bekukan semua syer Puan Sri Faridah yang diwariskan kepada Aaisyah. Saya yang beri syer tu kepada Puan Sri... Jadi Saya ada hak untuk ambik balik." Aaisyah memandang Tan Sri Hamdi dengan pandangan tajam. " Aaisyah pergi dulu. Ambillah. Bawa semua harta Tan Sri ke kubur!" Aaisyah betul-betul marah dengan Tan Sri Hamdi dan Nora Husna. Tan Sri menampar pipi Aaisyah sekali lagi. Tetapi kali ini Aaisyah tidak tersungkur. Aaisyah mengambil semua beg roda besar tersebut, dan perlahan-lahan meletak semua kedalam keretanya. Tan Sri Hamdi dan Nora terus meninggalkan Aaisyah disitu.
Lima beg roda besar dan dua beg roda kecil sudah diletak kedalam kereta Aaisyah. Berat kereta Aaisyah. Aaisyah memandu keretanya perlahan tanpa sebarang hala tuju. Tidak lama selepas itu, Aaisyah memberhentikan keretanya ditepi jalan. Dengan menggunakan telefon bimbitnya, Aaisyah mencari bilik hotel yang murah untuk beberapa hari sementara Aaisyah mahu mencari bilik sewa. Setelah membuat tempahan bilik di laman web agoda, Aaisyah terus memandu perlahan ke hotel tiga bintang. Selepas cek in, Aaisyah membersihkan diri dahulu. Selepas membersihkan diri Aaisyah menukar ke pakaian yang selesa dab terus tidur. Report yang perlu dihantar esok langsung tidak disentuh. Sejak Puan Sri Faridah meninggal Aaisyah langsung tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajarannya. Berat untuk Aaisyah terima dugaan ini. Tetapi Aaisyah perlu meneruskan hidupnya walaupun penuh dengan berliku cubaan.
Aaisyah membuka matanya. Pelik. Kabus putih memenuhi tempat itu. Tiba-tiba mata Aaisyah jadi silau. Disebalik cahaya yang terang itu, satu susuk tubuh yang amat dikenali Aaisyah datang menunju kearahnya. Aaisyah menangia dan memeluk tubih itu, Puan Sri Faridah orang yang sangat dirindui Aaisyah. " Nenek.... Tolong bawa Aaisyah sekali... Aaisyah nak ikut nenek..." Puan Sri Faridah menggeleng. Wajah Puan Sri Faridah berseri, cantik sekali. " I know you are strong... It's not your time yet... Good bye my dear..." Aaisyah menggeleng. Puan Sri Faridah mengelap air mata Aaisyah dan mencium dahi, dan kedua-dua belah pipi Aaisyah. Selepas itu Puan Sri Faridah melepaskan pelukan Aaisyah dan perlahan-lahan susuk tubuh Puan Sri Faridah hilang disebalik kabus tebal itu. " Bye... Nenek... Aaisyah janji Aaisyah akan kuat...." Aaisyah berkata sebaik sahaja Puan Sri Faridah menghilang. Bunyi telefon Aaisyah mengejutkan Aaisyah dari tidur yang lena. Jantung Aaisyah berdegup kencang. Semua mimpi itu seperti nyata. Aaisyah menghela nafas panjang. Pipinya basah seperti baru sahaja lepas nangis. Aaisyah bangun dan membasuh mukanya di singki dalam bilik air hotel tersebut.
Tiara: Hi, Aaisyah you perlu tempat tinggal?
Tiara: Reban ayam Tia dekat kampung kosong... You boleh la... Stay sana...
Tiara: Nak tak?
Tiara: Kalau tak you stay je tepi jalan. Sebab you layak merempat macam anak haram yang lain.
Hati Aaisyah mendidih membaca sindiran 'Hantu' yang tidak sedar diri itu. Aaisyah pasti ibunya Nora seronok bergosip dengan Tiara kononnya anak angkat Nora Husna, anak yang sempurna dan bukan anak haram seperti dirinya. Aaisyah malas hendak membalas whatsapp dari Puteri Tiara. Tiada faedah hendak bertekak dengan Tiara. Aaisyah terus 'block' nombor Tiara kerana tidak mahu menerima sebarang panggilan atau pesanan ringkas dari Tiara. Aaisyah membuka komputer ribanya dan menyiapkan report yang perlu dihantar pada hari esok. Aaisyah tekad dia harus meneruskan pelajarannya. Fokus. Selain itu, Aaisyaj kena cari juga kerja untuk menampung hidupnya buat sementara dia masih belajar dan juga yuran tuition yang perlu dibayar setiap semester. Puan Sri Faridah tidak akan kembali, tetapi Puan Sri Faridah akan sentiasa ada, dalam hati Aaisyah. Aaiayah tahu, Puan Sri Faridah tertekan. Sehingga Puan Sri Faridah meninggal. Nora Husna langsung tidak menghormatinya. Tan Sri Hamdi semakin jarang meluangkan masa dengan Puan Sri Faridah, malah selalu menyalahkan Puan Sri Faridah kerana memelihara Aaisyah sehingga menconteng arang kepada anak kesayangan Tan Sri Hamdi iaitu Nora Husna.
Aaisyah: Ivana... Sorry ganggu you...
Ivana: Itz okey x busy pun.
Ivana: Dh siap report?
Aaisyah: Nearly. Nak tanya you masih menyewa dengan Poppie and Brailey?
Ivana: Masih. Why?
Aaisyah: Full house?
Ivana: Hurm... Ya... Sorry... But you can still come and crash in. πππ
Ivana: Eh... Tiara yg dr Buisness faculty... Did you see what she tagged on ur FB...
Aaisyah: No not yet.
Ivana: Syah... I am sorry what ur mom did.
Aaisyah: It's okey.
Ivana: Hey... I know a place... Budget lah... Where u can rent... You contact no. Ni....
Yiew Wee Leng
016-xxxxxxx
Aaisyah: Thanks Iva!! Ur da best!!
Ivana: I sewa sana dulu. But now I share with Poppie and Brai.
Ivana: But jujur we always bring our bf over. Takut you x selesa.
Aaisyah: Nahh... X kisah pun...
Aaisyah: Thanks sbb suggest a place for me to sewa.
Ivana: No worries.
**********************************
Aaisyah: Evening Mr. Yiew, I am Aaisyah. I got your number from Ivana my friend. Do you still offer rooms for rent?
Yiew: Good Evening too. Yes I do. Would you like 1 whole appart or just a room?
Aaisyah: 1 room with attach bath.
Yiew: Ok. Rm550/per month + RM250 Deposit. It's fully furnished. If you can, boleh terus bayar for the first 3 months?
Aaisyah: No problem.
Yiew: Yiew sent a location
Yiew: I will meet you at property tomorrow.
Aaisyah: I boleh bank in skrg.
Yiew: CIMB
**************
Aaisyah rasa sedikit lega. Aaisyah membuka akaun bank melalui aplikasi online untuk transfer duit ke akaun Encik Yiew. Aaisyah mempunyai 3 akaun bank dan 2 tabung investment. Aaisyah tahu duit itu tidak akan bertahan lama, dengan yuran pengajian, belanja seharian, pengangkutan dan barang keperluan. Akaun pertama dan kedua tidak lama lagi tidak akan berfungsi kerana segala syer lagi akan masuk ke dalam akaun tersebut. Tan Sri Hamdi memang kejam, kerana menarik balik apa yang Puan Sri Faridah wariskan kepada Aaisyah. Aaisyah memindah sebanyak Rm1900 ke akaun Mr. Yiew . Settle satu masalah. Perut Aaisyah terasa sangat lapar.Sudah seminggu makan minum Aaisyah tidak teratur. Aaisyah mengambil tas tangannya dan keluar untuk mencari makan.
Setelah lama berjalan mencari restoran yang dekat dengan hotel yang Aaisyah tinggal. Aaisyah berhenti disebuah restoran exclusive. Di restoran tersebut, terdapat iklan yang restoran tersebut mencari pekerja. Aaisyah mengambil gambar iklan tersebut. Aaisyah terfikir sejenak, walaupun dihalau keluar dari rumah agam Tan Sri Hamdi, Aaisyah tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencari tempat tinggal, malah tiba-tiba hari ini seperti membuka jalan kepada kehidupan baharu. Aaisyah terus masuk restoran tersebut dan meminta untuk berjumpa dengan manager restoran. Sekali lagi, Aaisyah bertuah kerana mendapat kerja, walaupun Aaisyah hanya akan buat shift sebelah petang atau malam, menurut manager Aaisyah dijanjikan bayaran sebanyak RM30 sehari. Aaisyah terus makan malam di restoran tersebut sebelum balik ke hotel untuk tidur.
Aaisyah termenung sendiri, memikirkan apa yang bakal terjadi terhadap dirinya. Kalah hendak mengharapkan duit gaji hasil kerjanya setiap malam belum tentu boleh menampung hidupnya yang sebatang kara. Hendak mencari Kelvin Johnson, yang kemungkinan besar ayahnya belum tentu Kelvin Johnson mahu menerima dirinya. Aaisyah sudah biasa tidak diterima oleh sesetengah orang. Aaisyah mengeluarkan barang-barangnya dari beg besar. Masih banyak pakaiannya, sedangkan barang kemas juga semua di campak ke dalam beg tersebut. " No!!! Aaisyah janji... Aaisyah tidak akan jual barang kemas ini... Ini semua kenangan dari Nenek...." Sedang Aaisyah khusyuk mengemas barang-barangnya. Mata Aaisyah terpandang sebuah kotak kecil. Aaisyah kenal sangat kotak itu. Kotak musik antik milik Puan Sri Faridah. Aaisyah pasti bagi Nora Husna benda itu tidak ada nilai, tetapi Aaisyah tahu sangat nilai kotak musik miliknya Puan Sri Faridah.
Flashback
" Aaisyah... Jagalah kotak musik ini baik-baik... Awalnya Nenek sepatutnya bagi kotak ini kepada Nora...dan Nora sepatutnya akan memberikan kotak musik ini kepada Aaisyah...tetapi Nora tak berminat dengan kotak musik ini... Nora tak mahu tahu pun cerita disebalik kotak musik ini..." Aaisyah memeluk Puan Sri Faridah. "I will promise to take care of it... But I would love to know... Kenapa music box ini very special..." Aaisyah bertanya sambil melentokkan kepalanya di bahu Puan Sri Faridah. Puan Sri Faridah membuka kotak musik tersebut. Sepasang kekasih menari. Musik yang dimainkan juga sangat romantik. Air mata bahagia menitis keluar dari mata Puan Sri Faridah. " My grandfather loved his wife dearly... His wife which is my grandmother gave up everything to be with him. My grandmother's family did except my grandfather even he was from a poor family. My grandmother gave up everything because my grandfather wanted to prove that he can make her life better. He couldn't afford to buy a wedding ring. So instead he made this music box for her. Once it was done he gave it to her. As a symbol of his love. This was my grandfather's first music box. By the time he gave it my Dad was already two years old and his younger sister was just a baby. My grandmother could not bear, living a hard life. The day my grandfather gave this music box, she left him to return to her wealthy family."
Aaisyah sebak mendengar cerita sedih dari Puan Sri Faridah. " Then why did your grandfather want to keep this music box... If your Grandma left him..." Aaisyah bertanya kepada Puan Sri Faridah. " When my Grandma, left... He wanted to give up. He wanted to throw away this box. But he couldn't. He still loved my Grandma even after what she did. My Grand father got an idea on how he could make a living. In the day he was a farmer. At night he started to make music boxes. Different designs. That's how he supported my dad and my Aunt Jessica. Their life slowly got better. My grandmother regretted everything. But when she returned it was too late. My grandfather had already remarried. My dad's stepmother was a nice lady who really took care of my dad and my Aunt Jess. My Dad and Aunt Jess still maintained a good relationship with my grandmother. She never remarried again. My grandfather still gave her this music box. He sti wanted her to keep it as a present for giving him two most beautiful gift in the world. My grandmother gave it to my Aunt Jess. And when I was born it was given to me. My grandmother wanted this story to pass down with this music box. My Aunt Jess never had kids. And I was my dad's only child. My grandmother always said, wealth is not everything. Wealth can never buy any happiness. Wealth can never compete with pure love. Wealth can never be as great as pute kindness. Not all love story will have a happy ending. Not all love will get a second chance." Aaisyah mengelap air matanya. Disebalik sebuah kotak musik, Aaisyah boleh tahu serba sedikit latar belakang Puan Sri Faridah. Seorang wanita filipina kacukan belanda. Berhijrah ke Malaysia bila berkahwin dengan Tan Sri Hamdi Khan.
End of Flashback
Aaisyah memeluk kotak musik tersebut. " Nek... Aaisyah... Rindu sangat dengan nenek...." Aaisyah bermonolog sendiri. Sedih. Itu sahaja yang mampu Aaisyab rasakan. Aaisyah lebih rapat lagi dengan Puan Sri Faridah berbanding dengan Nora Husna. Nora yang dilimpahi dengan kemewahan hanya ingin mengejar harta dunia tetapi melupakan erti kasih sayang. Nora Husna adalah segalanya bagi Tan Sri Hamdi. Nora Husna terlalu sempurna di mata Tan Sri Hamdi, dan Aaisyah adalah manusia paling sial yang pernah hadir dalam hidup Nora Husna. Aaisyah memandang kotak musik itu sekali lagi. Harta inilah yang membuat ingatan Aaisyah lebih dekat dan kuat terhadap Puan Sri Faridah. Aaisyah menyimpan kotak musik tersebut ditepi katilnya. Aaisyah mengemas apa yang patut sebelum masuk tidur. Sebelum melelapkan mata, Aaisyah mainkan kotak musik itu, dengan mendengar musik itu, Aaisyah dapat rasa yang Puan Sri Faridah ada bersamanya.
P/s: Flashforward ni teaser/Spoiler kpd apa yg berlaku kpd Aaisyah in the future. This novel, banyak Flashforward, so it is like a puzzle, a puzzle the readers need to put together.βΊοΈπ₯°βοΈβοΈ