Chereads / M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 12 - ELEMENTAL 10 : KERAJAAN MAGIX

Chapter 12 - ELEMENTAL 10 : KERAJAAN MAGIX

" HELAH APE YANG KAU CUBA LAKONKAN NI , HAHAHAHAHA " Suara nyaring ketawa sang raksasa merah menggegar hutan sekitar.

" Unsursemulajadi : Rapier Api Bentuk Kedua " Azyad berbisik sendirian. Pedang Rapier miliknya mula bercahaya berubah bentuk dan saiz.

Pedang yang tadinya bersaiz panjang berubah menjadi pendek, bilah senjata itu kelihatan beralur-alur hingga ke hujung. Bentuknya seakan pisau kecil. Senjata itu diselimuti bara-bara api yang bersinar.

" Itukan- ke-keris ?! " Izzat bersuara dalam hatinya melihat senjata yang digunakan Azyad. Dia terkejut melihat senjata yang menjadi kebanggaan bangsanya. Senjata yang digunakan demi memperjuangkan kemerdekaan tanah air sekitar seabad yang lalu.

Jikalau tadi pedang rapier itu dipegang kemas olehnya. Kini, keris berapi itu terapung melawan graviti betul-betul di hadapan Azyad.

" Sekarang! Hadi! " Putera Flama itu memberi signal kepada sahabatnya itu.

" Unsursemulajadi : Gandaan Teknologi " Dengan wajah bersahaja, Hadi bersuara lembut sambil menghalakan sebelah tangan kanannya ke arah keris milik Azyad.

Usai mengungkapkan kalimat mantera, keris tersebut bercahaya ungu lalu berpecah kepada 5 bilah keris.

" Cukup ke? " Hadi bersuara.

Lalu, setiap satu keris itu berpecah lagi kepada 5 bilah keris.

25 bilah keris berapi bergerak perlahan mengelilingi tubuh Azyad yang sedang terapung di udara itu. Sebelah tangan Azyad menghala ke arah Minotour tersebut. Sebilah keris segera meluru laju.

Namun, raksasa tersebut dengan mudah menepis serangan tersebut dengan hanya mengayun sebelah tangan gergasinya.

"ADUH-ADUH, APE NI TAK RASA PUN!!" Teriak sang raksasa dengan nada sombong.

Shik! Shik! Shik! Shik!

"APE-" mata sang raksasa terbeliak luas.

Bunyi tusukan bertalu-talu kedengaran berlangsung selama 10 saat tanpa henti. Tubuh raksasa merah tersebut kaku tidak bergerak. Seluruh tubuhnya telah ditusuk oleh 24 bilah keris membuatkan dia tidak mampu bergerak.

"TA-TAK SANG-KA A-AKU KALAH DE-DENGAN BU- DAK -"

*Darah tersembur keluar daripada mulut sang raksasa.

"K-KAU BERNAS- SIB BA-BAIK -"

Sekelip mata tubuh raksasa yang besar itu lesap daripada pandangan. Keris-keris yang tertusuk tadi, kesemuanya jatuh berterabur di atas tanah. Sebaik ia menyentuh tanah, keris-keris tadi bersatu semula. Azyad segera mengambil semula senjatanya itu.

"Macam tu je dia lari? Ceh! " Azyad bersuara tanda tidak berpuas hati.

"Alah, takpela. Yang penting kita selamat buat masa sekarang. " Hadi pula bersuara lalu berjalan mendekati sahabatnya, Azyad.

Mereka berdua serentak berpaling memandang ke arah Wasil yang masih terbaring.

" Wasil, boleh explain ape jadi? " Azyad dan Hadi bersuara hampir serentak.

Wasil tersengih kambing sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Izzat masih terpinga-pinga seperti biasa.

✨✨✨

" Akak " Suatu suara budak lelaki kedengaran. Dia kelihatan seperti dalam linkungan belasan tahun. Dia memiliki sepasang mata berwarna kelabu terang, bersinar seakan pantulan pada permukaan bulan. Rambutnya berwarna putih, bukanlah uban tetapi memang secara semulajadi rambutnya begitu.

" Kale, setelah hampir 61 tahun dunia kita tidak berinteraksi dengan alam manusia, malam ni sejarah baru mula terukir " Giliran kakaknya bersuara. Permaisuri alam magis, Aelia nama diberi.

Permaisuri Aelia bersama adik lelakinya, Putera Kale merupakan pemerintah dimensi magis yang dinamakan M.A.G.I.X. Terdapat 15 kerajaan yang bernaung di bawah pemerintahan M.A.G.I.X. Setiap kerajaan juga mempunyai pemerintah tersendiri. Cuma, Permaisuri Aelia merupakan pemerintah agung yang mempunyai kuasa tertinggi dalam carta organisasi alam magis itu.

Kale baru sahaja hendak melaporkan situasi tersebut namun kakaknya lebih awal dapat mengatahui akan perselisihan antara dua dimensi yang sedang berlaku. Bukan apa, sudah undang-undang kerajaan M.A.G.I.X telah menetapkan bahawa tiada hubungan antara dimensi boleh dijalinkan. Hubungan ini telah diharamkan atas beberapa faktor.

" Mungkin sejarah-sejarah akan berulang. Sejarah dalam kerajaan kita iaitu 15 tahun dahulu, juga sejarah bangsa kita kira-kira 60 tahun yang lalu" Permaisuri itu lembut bersuara. Selendang emas yang diperbuat daripada kain sutera dipakai kemas olehnya.

Putera Kale hanya mampu mengangguk. Memori-memori 15 tahun lepas mula bermain di fikirannya. Perang Magix diberi nama. Walaupun Aelia dan Kale memiliki rupa paras yang menarik, namun usia mereka melangkaui usia normal seorang manusia. Kebolehan mereka dalam mengawal magix menjadikan diri mereka tidak dimamah usia. Itu merupakan kelebihan mereka yang mempunyai keistimewaan ini.

Sekitar 75 juta rakyat kerajaan magix, masing-masing sentiasa kelihatan muda. Tiada yang mati disebabkan usia, kebanyakan yang mati disebabkan oleh sakit, dibunuh mahupun kemalangan. Mereka bukanlah tuhan akan tetapi mereka hanya manusia biasa yang memiliki sedikit kelebihan. Kadar kelahiran di dimensi magis ini lebih tinggi 3 kali ganda dari alam manusia.

Tanah melayu yang dikenali sekarang sebagai Malaysia bermula dengan jumlah penduduk seramai 6 juta orang betambah menjadi kira-kira 31 juta penduduk pada tahun 2018 manakala dimensi magix yang bermula dengan hanya 3 juta rakyat melonjak menjadi 75 juta rakyat.

Sambil berdiri di balkoni, mata permaisuri magix itu memandang jauh. Memori-memori hitam yang berlaku sekitar 15 tahun yang lalu asyik bermain di fikirannya. Tampuk pemerintahan yang dipimpinnya hampir runtuh apabila sekumpulan pemberontak yang terdiri daripada pengamal ilmu sihir hitam telah mengisytiharkan perang kepada kerajaan M.A.G.I.X

✨✨✨

Mengimbau kembali...

15 tahun yang lalu..

" Kerajaan Alam tumpas?! " Mata Permaisuri Aelia mebesar, riak wajahnya berubah.

" Benar, tuanku. Pasukan peninjau telah melaporkan bahawa seluruh binaan kerajaan Alam telah hilang tanpa jejak. Hanya tinggal hutan belantara yang tebal. " Pengawal istana melaporkan situasi semasa.

Aelia bertambah terkejut, matanya tidak berkelip sukar menerima kenyataan. Setahunya, kerajaan Alam merupakan kerajaan yang paling ampuh daripada segi ketenteraan dan pertahanan. Sekiranya kerajaan yang kuat sebegitu tumpas, seluruh kerajaan di dalam pemerintahan M.A.G.I.X benar-benar dalam keadaan bahaya.

" Ba-bagaimana dengan Wira-wira M.A.G.I.X ? " Permaisuri itu hampir terketar bersuara. Wira M.A.G.I.X merupakan sekumpulan manusia daripada 5 kerajaan utama iaitu kerajaan Elektro, Techno, Flama, Zephyr dan kerajaan Alam. 5 orang wira ini terdiri daripada mereka yang paling mahir dalam mengawal unsur dan seni bertarung.

" Mereka semua dilaporkan hilang, jasad mereka tidak ditemui setakat ini. " lapor sang pengawal dengan jelas kepada pemerintah M.A.G.I.X itu.

" Pemberontak-pemberontak yakni musuh kita turut hilang tanpa dapat dijejak, Tuanku. " tambah pengawal itu. Wajah Aelia yang runsing bertambah runsing mendengar laporan pengawalnya itu.

" Apa yang berlaku sebenarnya ni? " Aelia bersuara di dalam hatinya.

" Terima kasih atas laporan, Laksamana sila laporkan situasi ini kepada pemimpin setiap kerajaan. Bendahara dan Temenggung , perkukuhkan pertahanan dan bersiap siaga atas segala kemungkinan. " titah Permaisuri Aelia.

"Baik tuanku, titah Tuanku akan kami junjung " ketiga-tiga pengawal tinggi itu hampir serentak bersuara.

Yang menyampaikan laporan itu merupakan Laksamana di mana tugasannya adalah untuk mengetuai utusan. Bendahara merupakan menteri utama juga seorang ketua turus angkatan perang. Temenggung selaku ketua polis juga protokol istana dan penguasa bandar.

-BERSAMBUNG-