Chereads / M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 15 - ELEMENTAL 13 : ENTITI MISTERI

Chapter 15 - ELEMENTAL 13 : ENTITI MISTERI

DUSH !

Satu tendangan dilepaskan tepat pada rusuk kiri susuk misteri itu. Suasana petang di dalam kelas agak tegang.

" Aduhh! " Satu jeritan kedengaran datang dari entiti yang jatuh tersembam lantai.

Izzat terkejut mendengar suara tersebut " Eh?"

" Asal kau sepak aku tiba-tiba ?? " Wanita misteri itu bersuara sambil membetulkan semula dirinya.

Izzat yang terkejut bertambah terkejut. "Ka- kau boleh bercakap?! "

" Wah! kau dah boleh dengar suara aku eh? " Wanita itu bersuara sambil menggosok-gosok dahinya yang terhantuk tadi.

" Kau siapa? kenapa seharian aku asyik nampak kau je ni ?" Izzat menzahirkan rasa tidak puas hatinya.

" Aku rasa sebab kuasa sakti kau yang baru terbentuk. Kau tahu tak aku sebenarnya dah lama berada dengan kau sejak kau lahir. Aku terikat dengan kau. " Wanita itu membebel. Keadaan wanita itu masih tidak terurus, rambutnya masih panjang dan serabut.

" Eh, biar betul? " Izzat masih teragak-agak untuk mempercayai kata-kata wanita misteri itu.

" Apa nama kau ? "

" Nama aku Grace? dan itu je yang aku ingat lepas aku sedar-sedar aku tersangkut dengan kau. "

" Oooo, err boleh tak kau ubah rupa kau? serabut aku tengok." Izzat bersuara bersahaja sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Haha, okey boleh! "

Sejurus selepas itu, partikel-partikel hijau berkumpul mengelilingi tubuh Grace. Daripada rupa ibarat pontianak berpakaian lusuh, rupanya bertambah baik dengan memakai pakaian serba moden dengan skirt labuh. Rambutnya perang sama seperti Izzat juga memiliki anak mata berwarna hijau.

" Haa, kan bagus macam ni " Izzat terpesona seketika melihat perubahan drastik pada Grace.

" Izzat, aku rasa kau kena balik sekarang. Wasil dah tunggu kat depan pagar dah tu." Grace memberitahu sambil menjengukkan kepalanya ke luar tingkap kelas tersebut.

"Nanti kita boleh sembang lagi, memandangkan kau dah boleh nampak aku sekarang." Sambung Grace.

" Eh, haahlah. Wasil tunggu aku." Izzat baru teringat sambil menepuk dahinya.

Tanpa melengahkan masa, Izzat terus mengambil begnya lalu beredar meninggalkan kelas sambil Grace mengikutnya dari belakang. Rupa Grace seperti manusia biasa namun , dia separa nampak dan dia juga mampu menembus objek seperti dinding, tidak ubah seperti hantu dalam cerita kartun.

" Wasil! " Izzat melaung sambil melambai-lambai tangan kanannnya ke arah Wasil yang sedang berdiri di hadapan pagar sekolah itu.

" Haa, Izzat. Aku tengok budak-budak lain dah keluar awal. Kenapa kau lambat? " Wasil menyoal.

Riak wajah Izzat berubah. " Err, tadi aku ada hal sikit eheh "

Izzat cuba menyembunyikan peristiwa yang berlaku di kelas tadi.

" Haa jom la balik. " Izzat terus mengajak , ingin mengubah topik.

" Okey jom-jom " Wasil terus bersetuju tanpa bertanya apa-apa.

Dalam perjalanan pulang, macam biasa Izzat menunggang basikalnya sambil membonceng Wasil sama seperti hendak ke sekolah pagi tadi.

" Izzat, malam ni aku kena balik M.A.G.I.X semula malam ni. Aku takut keluarga aku risau, dah berapa lama aku menghilangkan diri. " Wasil memberitahu.

" Ouh, okey boleh. Tapi nanti - "

Belum sempat Izzat menghabiskan bicaranya, Wasil memotong.

" Hujung minggu ni aku datang semula ke rumah kau untuk pick-up kau. Memandangkan hari pendaftaran akademi pun pada hujung minggu ni" berkata Wasil kepada Izzat.

Izzat mendengar sambil fokus mengayuh basikal miliknya menuju ke rumahnya.

" Okey. " Sepatah dia membalas.

✨✨✨

Malam itu, Wasil sudah pulang ke kampung halamannya menggunakan teknik yang sama seperti mana Hadi dan Azyad pulang sebelum ini.

Izzat sedang duduk di atas katil biliknya, sedang termenung.

" Kau tengah termenung apa ? " Tiba-tiba satu suara hadir membuatkan Izzat tersedar dari lamunannya.

Suara Grace. Grace memunculkan dirinya berdiri berhampiran Izzat.

" Aku cuma tertanya-tanya, betul ke semua yang berlaku sekarang ni ? "

Izzat seakan-akan tidak boleh terima hakikat apa yang telah berlaku pada dirinya sejak beberapa hari lepas.

Banyak benda telah berlaku, lagi-lagi hampir semua benda yang berlaku mustahil dan jauh dari jangkauan manusia normal. Izzat rasa seperti dia sedang bermimpi. Kuasa sakti? Benarkah wujud dimensi lain?

" Izzat, banyak benda yang kita tak tahu lagi. Macam-macam benda boleh berlaku dekat dunia ni. " Grace meberitahu.

" Kau ingat tak waktu mula-mula kau lawan raksasa lembu tu? " Grace menambah.

"Haa, ingat. Kenapa? "

"Aku yang suruh kau hulurkan tangan waktu raksasa tu guna kuasa dia nak serang kau. "

" Ooo " Izzat baru teringat yang memang dia ada dengar suara misteri mengarahkannya untuk berbuat demikian sewaktu mula-mula terjumpa minotaur itu.

"Tapi -"

"Tapi? " Izzat menyoal apabila Grace tiba-tiba senyap.

" Kau ingat tak waktu kuasa kegelapan tu terkena tapak tangan kau, kuasa hitam tu macam terserap" Grace bersuara.

"Dalam tubuh kau ada satu sel aneh." Grace bersuara dengan nada serius.

" Sel aneh? "

" Ya, sel hitam. Mula-mula aku perasan yang sel tu ade sikit je, lepas kau serap kuasa hitam tu, sel hitam tersebut semakin membesar." Grace menerangkan, memandangkan dia seperti terkunci dengan tubuh Izzat, dia tahu segala yang ada di dalam tubuh remaja tersebut.

" Lagi satu aku nak bagitahu yang, waktu kau guna kuasa kau yang asas magis tu.... sebenarnya tu kuasa aku ." Grace berterus terang.

" Eh, maksudnya aku ni takda kuasa ke? " Izzat terkejut.

Grace membalas. " Kau asalnya takde kuasa. Tapi aku rasa tubuh badan kau sekarang dah mula menghasilkan aura dan tenaga magis. "

" Sebab tu kau boleh berinteraksi dengan aku sekarang ni. " Tambahnya lagi.

Izzat sekadar mengangguk. "Ouh, haah la " bisik hatinya.

" Apa yang aku kena buat sekarang? " Izzat bertanya.

" Teruskan hidup macam biasa, dan tunggu sampai hari pendaftaran akademi la jawabnya " Grace membalas sambil tersenyum.

" Hidup seperti biasa ? " Izzat tersengih sambil menghela nafas memandang Grace.

✨✨✨

Seminggu berlalu,

Ahad , 9 Januari 2017

Pagi itu, kelihatan Izzat sedang sibuk mengemas beg pakaiannya memandangkan dia akan mulakan kehidupan barunya di Akademi Magix. Sementara menunggu ketibaan Wasil yang akan menjemputnya dan sama-sama mendaftar di akademi berkenaan.

"Zzziiiiiippp"

Panjang bunyi zip kedengaran setelah Izzat menutup beg bagasinya.

" Fiuhh, siap pun kemas baju " Izzat mengeluh setelah dia berjaya siap mengemas pakaiannya. Ini mungkin kali pertama dia akan tinggal berjauhan dengan kakaknya. Dia tidak pernah tinggal di asrama dan mungkin ini akan menjadi pengalaman baru di dalam hidupnya.

" Izzat, turun... jom sarapan " Kedengaran Rania melaung perlahan daripada tingkat bawah rumah memandangkan biliknya terletak di tingkat kedua rumah banglo berkenaan.

" Baik, akak! " balas Izzat sambil segera menuruni anak tangga menuju ke meja makan di bahagian dapur.

Izzat dan Rania bersama-sama bersarapan nasi lemak khas buatan Rania.

Nasi Lemak merupakan satu menu istimewa di kalangan kaum Melayu di Malaysia. Masakan tradisional yang terdiri daripada nasi, ikan bilis, timun, telur rebus dan sambal menjadi menu yang pasti dijual di mana-mana kedai seluruh tanah air itu. Daun pisang dijadikan alas kepada nasi untuk meningkatkan aroma menu unik tersebut.

Sambil menjamu selera, Izzat mula bersuara. " Akak? akak tak rasa pelik ke dengan ape yang tengah jadi sekarang? maksud Izzat, dengan wujudnya kuasa sakti dan lepas ni Izzat akan menuntut di akademi merentas dimensi lagi". Panjang lebar Izzat membebel.

"Kenapa nak pelik? " Rania membalas ringkas

"Dalam dunia ni, banyak lagi benda yang kita tak tahu Izzat. Kadang benda yang kita anggap mustahil boleh jadi nyata ... so kenapa nak pelik .. hehe "

Izzat mengangguk mendengar kata-kata kakaknya.

" Zaman dulu-dulu, semua orang tak percaya yang manusia boleh terbang. Waktu dulu sebelum telefon ade, takde sape percaya yang kita boleh berkomunikasi dengan orang yang jauh. Sekarang, benda yang orang anggap mustahil suatu masa dahulu dah jadi kenyataan. Kita dah ade kapal terbang dan telefon pintar yang kita boleh communicate dengan sape-sape je" sambung Rania lagi.

Mendengar penerangan kakaknya itu membuka matanya lebih besar. Betul kata kakaknya, banyak lagi perkara yang manusia belum rungkaikan.

Sedang Izzat menghabiskan sarapannya, tiba-tiba berdekatan meja makan itu suatu cahaya bersinar terang menerangi seluruh ruangan dapur itu.

" Izzat , kau dah siap packing barang belum ? "

Suara Wasil kedengaran hadir dari lohong cahaya itu.

-BERSAMBUNG-