Chereads / M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 17 - ELEMENTAL 15 : AURA DAHSYAT

Chapter 17 - ELEMENTAL 15 : AURA DAHSYAT

DUSHH !!

" Fudhail? kau okay ak? " Kedengaran suara Wasil melaung daripada ruang tamu kediaman bernombor 142 itu.

"Aduh-duh" Kelihatan Izzat sedang terduduk sambil sebelah tangannya memegang dahinya di hadapan pintu setelah dia tidak sempat mengelak kelibat yang tiba-tiba muncul dari balik pintu masuk itu.

" Maafkan aku, kau okay tak- eh?" Fudhail menghulur sebelah tangannya tanda minta maaf. Tiba-tiba kata-katanya terhenti.

Izzat yang masih terduduk, terkejut mendengar suara yang sangat familiar datang dari susuk yang berlanggar dengannya, yang hairannya Izzat yang jatuh , orang yang langgarnya masih berdiri. Tidak hairan lah kerana di bumi, manusia menggelarkan fenomena ini sebagai momentum. Ia berlaku apabila terjadi perlanggaran antara zarah-zarah di mana daya dari suatu zarah dipindahkan ke zarah yang lain.

"IZZAT!?"

"FUDHAIL?!?"

Mereka berdua menjerit terkejut serentak memandang sesama sendiri.

Wasil,Hadi dan Azyad baru tiba di tempat kejadian.

"Eh, hai Izzat ape kau buat dekat sini? " Wasil tanpa segan silu bertanya. Hadi dan Azyad yang berdiri bersebelahan turut melambai tangan sambil tersenyum melihat kelibat Izzat yang masih terduduk.

Izzat terus menyambut huluran Fudhail dan berdiri semula.

" Korang ke- kenal Izzat ?" Fudhail masih dalam keadaan terkejut,sehingga bicaranya menjadi gagap sedikit.

" Mestilah, dia kan sama sekolah dengan kau dekat tanah Melayu hari tu." Wasil membalas bersahaja.

"Aik, ehh? "Fudhail menjadi semakin keliru, dalam masa yang sama dia juga berasa gembira dapat berjumpa semula dengan kawan yang paling rapat ketika di tanah Melayu tempoh hari.

" Kau pun ada kuasa !? " Izzat mengajukan soalan itu kepada Fudhail. Dia sangat terkejut dapat bertemu semula satu-satunya kawan sekolahnya dulu.

" Okay, macam ni apa kata lepas majlis pembukaan ni habis baru kita sambung bincang pasal ni. Aku pun nak kena cepat ni turun bawah nak buat laporan." Fudhail memberi cadangan.

" Haa, aku setuju. Izzat kau pergi dulu letak barang-barang kau kat kediaman kau." Wasil bersetuju dengan cadangan Fudhail. Azyad dan Hadi yang membisu daripada tadi turut mengangguk setuju.

"Tapi, ni la kediaman aku. Kediaman nombor 142 kan?? " Izzat membalas.

" HAAAAAA !??!? " Keempat-empat putera kerajaan utama Magix itu terkejut. Suara mereka bergema seluruh kaki lima blok golongan Kerabat itu.

" Ke- kenapa ni?? " soal Izzat yang masih terpinga-pinga sambil sebelah tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

โšกโšกโšก

Suasana di dewan utama Akademi Magix sungguh ceria, dinding dewan dipenuhi hiasan-hiasan, tiang-tiang turut di saluti riben berwarna emas dan hitam. Dua warna tersebut menjadi warna rasmi akademi tersohor itu. Pentas dewan itu turut kelihatan sangat megah dan indah.

Kelihatan ribuan pelajar sedang berdiri di bahagian hadapan pentas itu. Pelajar lelaki dan perempuan berdiri berasingan di bahagian kiri dan kanan dewan. Dewan gah itu turut mempunyai tingkat kedua yang dibina di sisi kiri dan kanan dewan di mana pelajar-pelajar senior akademi yang berjawatan turut menghadiri majlis tahunan itu.

Majlis tersebut diadakan khas untuk para pelajar tahun satu untuk meraikan kedatangan mereka yang akan menyambung pelajaran di akademi tersebut. Selain akademi ini, banyak lagi institut-institut yang sama taraf wujud di seluruh dimensi itu cuma memang menjadi impian ramai untuk melanjutkan pengajian di akademi yang diasaskan sendiri oleh Permaisuri Aelia, pemerintah tersohor yang disanjungi seluruh warga Magix.

Di atas pentas itu, permaisuri dan adiknya sedang duduk di atas kerusi yang disediakan khas sebagai tetamu kehormat. Turut duduk bersebelahan, seorang lelaki berusia berkaca mata, memakai pakaian yang kemas merupakan pengetua akademi itu.

" Haa, itulah permaisuri Aelia, pemerintah agung di dimensi kitorang" Wasil membisik kepada Izzat.

" Fuiyo " Izzat membalas bisikan,matanya terpesona melihat keanggunan permaisuri itu.

Wasil, Izzat, Hadi, dan Azyad, masing-masing berdiri berdekatan disebabkan mereka berempat bergerak sekali ketika sampai di dewan berkenaan manakala Fudhail berada jauh sedikit daripada mereka disebabkan dia tiba lewat sedikit atas urusan sebentar tadi.

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

sebagai tanda pembuka bicara;

" Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar tahun satu ke Akademi Magix. " Seorang wanita berpakaian seperti guru membuka majlis tersebut dengan 4 rangkap pantun, dia sedang berdiri di podium yang terletak di sebelah kanan pentas.

Pantun merupakan salah satu warisan budaya bangsa Melayu, yang menjadikan pantun ini unik kerana ia mempunyai irama tersendiri. Terdapat pelbagai jenis pantun, pantun 4 kerat yang digunakan oleh pengacara majlis sebentar tadi.

" Wah, sama macam kat Malaysia... kat sini pun ada pantun jugaklah.. " Izzat bersuara dalam hatinya, dia rasa sungguh teruja.

Bukan lebah sebarang lebah,

Lebah bersarang di rumpun buluh,

Bukan sembah sebarang sembah,

Sembah adat pusaka Melayu;

" Dengan segala hormatnya, majlis menjemput tuanku Permaisuri Aelia mengurniakan amanat baginda, terus menyempurnakan majlis pembukaan Akademi Magix yang ke-605. Ampun tuanku." Wanita yang menjadi pengacara majlis itu terus menyatukan kedua belah tangannya sambil menunduk menghadap sang permaisuri setelah usai bersuara.

Berbeza dengan bumi, di sini tiada pembesar suara mahupun mikrofon. Sebaliknya mereka bergantung pada kebolehan dalam mengawal unsur. Untuk situasi di majlis ini, ada staf akademi yang memiliki unsur bunyi di mana dia mampu memanipulasi suara atau bunyi, makna kata lain kebolehan itu mampu menguat atau mengurang gelombang bunyi.

Permaisuri Aelia berdiri kemudian terus melangkah ke podium pentas itu. Sewaktu ini semua pelajar yang berada di dalam dewan itu turut membuat gaya seperti pengacara majlis, tanda penghormatan kepada pemerintah terulung itu. Izzat juga turut melakukan setelah melihat rakan-rakannya berbuat demikian.

" Selamat pagi diucapkan kepada para pelajar." Suara sang permaisuri memenuhi ruang dewan, sungguh jelas, nada yang digunakan sesuai dengan karakter yang berpangkat tinggi. Seluruh dewan sunyi, fokus kepada apa yang hendak disampaikan.

Tiba-tiba dewan itu bergegar dengan gegaran yang maha dahsyat. Kelihatan aura-aura yang padat tersembur-sembur keluar daripada susuk tubuh permaisuri di atas pentas itu. Aura yang sangat padat itu mengakibatkan suasana dalam dewan menjadi sungguh tertekan. Semua terutamanya pelajar tahun satu , masing-masing mula menjadi tidak tentu arah. Para pelajar senior, yang berada di tingkat kedua dewan, masing-masing tersenyum.

"Ergh, ku- kuatnya aura n-ni.. " Wasil bersuara namun tergagap dalam cuba menahan kekuatan aura itu.

Hadi dan Azyad turut berada dalam keadaan demikian. Titisan peluh mula kelihatan muncul di wajah masing-masing. Jika ketiga-tiga putera daripada golongan kerabat turut sukar menghadapi tekanan dahsyat itu, apatah lagi pelajar-pelajar dari golongan marhaen dan bangsawan.

" Apa tengah jadi ni? " Izzat tertanya-tanya setelah melihat rakan-rakannya serta para pelajar lain seperti sedang bertarung dengan sesuatu yang dia tidak dapat merasakan.

" Iz- Izzat?? Ka- kau tak ra- rasa ke? " Mata wasil membesar namun, sebelah matanya tertutup akibat tekanan yang sangat kuat itu.

Sememangnya menjadi acara tahunan, apabila pelajar-pelajar baru disambut. Permaisuri Aelia akan mempamerkan satu per lima daripada kuasanya kepada semua pelajar semasa majlis pembukaan Akademi itu. Selama beberapa minit permaisuri itu mengeluarkan auranya, dia tersenyum setelah matanya menangkap beberapa susuk pelajar yang sedikit pun tidak terkesan dengan tekanan auranya itu.

" Menarik..." Permaisuri Aelia berdesis sendirian, tidak lama kemudian aura yang sangat menekan tadi hilang sekelip mata, seakan-akan tidak pernah berlaku.

Kelihatan sebilangan pelajar yang sudah terduduk, ada juga yang sudah tidak sedarkan diri kesan daripada tekanan aura sebentar tadi. Jantung masing-masing berdegup kencang seolah-seolah mereka sedang bertarung bermati-matian.

Wasil, Hadi, dan Azyad masing-masing tercungap-cungap mengambil nafas, tubuh mereka seperti sedang bermandi peluh namun mereka masih lagi mampu berdiri. Sekiranya aura tadi berlangsung lebih lama, mereka bertiga sudah lama tumbang.

" Aduu.. ape jadi ni? tak faham laa " Izzat merungut sendirian. Keadaan Izzat seperti normal, tiada kesan sedikit pun.

" Siapa kau sebenarnya ni? " Fudhail berbisik kepada diri sendiri sambil matanya tepat memandang Izzat yang tidak jauh daripadanya. Dia tersengih sendirian. Seperti Izzat, Fudhail juga tidak terkesan sedikit pun dengan aura yang maha dahsyat itu tadi.

Suasana dewan itu menjadi riuh seketika kerana terdapat sejumlah pelajar senior datang untuk membawa pelajar junior yang rebah ke klinik akademi.

Tidak lama selepas itu, Permaisuri itu kembali bersuara dan baki para pelajar yang tinggal kembali fokus, suasana kembali tenang.

" Para pelajar tahun satu yang dikasihi, untuk pengetahuan anda sekalian. Kamu semua bakal menjalani minggu orientasi yang bakal diadakan selama 5 hari bermula esok. Lima hari bermaksud lima ujian yang bakal kamu semua tempuhi."

Semua pelajar tekun mendengar pengumuman itu.

" Kelima-lima ujian itu terdiri daripada ujian bertulis, asas magis, duel berkumpulan, simulasi realiti, dan yang terakhir kamu bakal tahu kemudian. Ujian pertama dan kedua adalah secara individu manakala ketiga, keempat dan kelima adalah secara berkumpulan yang akan dibahagikan kemudian. " sambung permaisuri itu.

" Kamu semua akan memakai uniform rasmi akademi sepanjang minggu orientasi ini. " Permaisuri itu terus memetik jarinya.

Tiba-tiba, pakaian pada semua pelajar berubah menjadi pakaian rasmi akademi serba baru. Pelajar lelaki memakai baju kemeja lengan panjang berwarna kelabu dengan tie hitam, memiliki jalur kuning keemasan di kolar baju dan pergelangan tangan lengkap dengan seluar slack dan kasut berwarna hitam.

Manakala pelajar perempuan, juga memakai kemeja kelabu lengan panjang sama seperti pelajar lelaki namun lebih longgar, mempunyai riben hitam pada leher. Skirt labuh bawah lutut berwarna kelabu bergaris corak kuning keemasan. Stokin hitam yang menutupi kemas bahagian betis juga kasut hitam.

" Wah... "

" Cantiknyaa! "

" Fuiyooo "

Kedengaran pelbagai reaksi gembira dan teruja datang dari para pelajar di dewan itu. Suasana dewan dipenuhi dengan senyuman dan keterujaan pelajar setelah menerima uniform rasmi akademi itu.

"Beta dengan harapan segunung tinggi berhajat agar pelajar sekalian terus giat berusaha dan belajar bersungguh-sungguh dalam terus menambahbaik skill masing-masing terus menjadi aset yang penting bagi mengekalkan kedamaian dan keharmonian Magix sejagat. " Permaisuri itu memberi nasihat dan kata semangat.

" Dengan ini beta merasmi dan menyempurna majlis pembukaan Akademi Magix yang ke-605. " Usai berbicara, seluruh dewan riuh dengan tepukan gemuruh daripada seluruh isi dewan. Partikel-partikel kecil bersinar dan berkilat menghiasi belakang pentas.

Manakala di luar dewan, berpuluh-puluh bunga api dapat disaksikan walaupun di siang hari. Permaisuri itu kemudian melangkah kembali ke tempat duduknya.

Rata-rata pelajar ibarat mendapat semangat baru setelah mendengar habis ucapan daripada pemerintah agung itu.

Jentayu si burung jentayu,

Hinggap seekor ditepi pengkalan,

Bunga yang kembang pastikan layu,

Budi tuanku tetap berkekalan;

" Menjunjung Kasih, Tuanku atas amanat yang dianugerahkan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput tuan pengetua akademi Magix untuk menyampaikan amanat beliau"

Bagi Izzat, majlis pembukaan ini saling tidak tumpah seperti perhimpunan sekolah setiap hari isnin dimana, pengetua dan para guru akan menyampaikan ucapan masing-masing. Tidak lupa juga bahawa di tempat dia membesar, negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dimana rakyat mempunyai kuasa dalam memilih pemimpin-pemimpin negara.

Manakala di dimensi Magix, sistem monarki masih digunapakai. Kerabat diraja dipandang tinggi juga sangat disanjungi oleh rakyat jelata. Berbeza pula dengan situasi di negara asalnya dimana pada dasarnya juga pemerintahan beraja kemudian diubah menjadi demokrasi angkara sang penjajah, kini masih mempunyai raja, namun ibarat hujan jatuh ke pasir.

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

" Ouhh, jadi macam tu la ceritanya... " Fudhail mengangguk tanda faham akan situasi yang sedang berlaku.

Izzat menghela nafas lega setelah panjang lebar dia bercerita bagaimana semua ini boleh terjadi. Wasil, Hadi, dan Azyad masing-masing turut berada di situ.

Mereka berlima kini sedang duduk berehat di ruang tamu kediaman mereka sejurus selepas majlis pembukaan itu tamat.

" Jadi, selama ni memang kau ade kuasa la? " giliran Izzat mengajukan soalan kepada Fudhail.

" Dan rambut kau, asalnya warna macam sekarang? " Belum sempat Fudhail memberikan jawapannya, Izzat menambah lagi persoalan untuknya.

" Yupp, aku memang berasal daripada dimensi Magix, putera tunggal kerajaan awangan, Zephyr. Rambut aku memang warna asal macam ni. Warna hitam masa tu just guna sikit kuasa untuk hitamkan, kang tak pasal-pasal heboh satu tanah Melayu kalau tengok rambut aku macam ni. " Fudhail membalas sambil tersengih.

" Izzat, kalau kau perasan.. rata-rata pelajar semua mempunyai warna rambut yang pelbagai. Tak jadi satu keganjilan pun, sebab kami manusia dimensi Magix, sel kami telah bermutasi dengan unsur masing-masing." Hadi menambah.

Wasil dan Azyad mengangguk serentak.

" Kau tak payahlah tiru aku nak angguk-angguk kepala pulak.. " Wasil bersuara kepada Azyad sambil membuat muka tidak puas hati.

"Eh, kau yang tiruu aku! " Azyad geram.

" Aduh, korang ni... " Hadi sekali lagi pasrah dengan perangai mereka berdua.

" Ooo, fahamm. Tapi wa- wait what? Fudhail kau pun putera jugak kee?" Izzat menginginkan kepastian.

" Haah. " sepatah Fudhail membalas.

" Kenapa aku tinggal satu kediaman dengan empat orang PUTERA ?! " Izzat mengeluh, suaranya jelas kedengaran.

" HAA YANG TU LAH KITORANG PELIK PAGI TADI ! " Keempat-empat putera itu membalas hampir serentak.

" Macam mana... kau boleh daftar dan dapat nombor kediaman ni? Lagi satu, blok ni sepatutnya hanya untuk golongan kerabat. " Wasil mengutarakan persoalan yang bermain di mindanya.

" Bukan kau je yang pelik Wasil. Aku lagi pelik macam mana kau boleh melawan tekanan aura daripada tuanku permaisuri time dekat dewan tadi?? " Azyad pula bertanya.

" Err, mana aku tahuu... "wajah Izzat terus berkerut, dia juga keliru apa yang sebenarnya berlaku.

Sedang mereka asyik berbual,

"TUK.... TUK... TUK...."

Satu bunyi ketukan pintu yang perlahan namun jelas didengari datang dari pintu masuk kediaman mereka berlima.

" Siapa pulak tu?" Fudhail pelik. Mereka berlima yang sedang duduk-duduk di sofa ruang tamu, masing-masing memandang ke arah pintu itu.

-BERSAMBUNG-