Chereads / M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 16 - ELEMENTAL 14 : SATU EMPAT DUA

Chapter 16 - ELEMENTAL 14 : SATU EMPAT DUA

" Waaaaa- " Mata Izzat terbeliak, mulutnya ternganga habis setelah dia merentas dimensi melalui portal yang dibuka oleh Wasil.

Bangunan- bangunan tersusun tinggi kemas terbentang di hadapan matanya. Suasana yang sungguh nyaman, bukan sahaja teknologi meliputi kawasan akademi itu. Keindahan flora turut diaplikasikan di seluruh pelusuk kawasan mega itu.

Hari yang cerah, sinaran mentari menjadikan Akademi kebanggaan Magix itu semakin menyerlah. Di sisi kiri dan kanan jambatan gergasi tersebut, ada sungai besar yang mengalir. Berbeza di Malaysia, sungai itu sungguh jernih serta berwarna kebiruan berkelip-kelip.

Akademi itu rupanya juga tidak tumpah seperti istana. Di tengah-tengahnya terdapat satu menara tinggi mengatasi bangunan lain. Pada puncak menara itu terdapat pula simbol bulan dan matahari yang bersinar.

Usai merentas portal itu, Izzat dan Wasil kedua-dua mereka kini berdiri betul-betul di atas jambatan yang menjadi pintu gerbang akademi tersohor itu. Di samping mereka, jelas kelihatan tidak terkira bilangan portal turut terbuka pada pagi itu.

Pelajar-pelajar dari seluruh 14 kerajaan dimensi itu tiba di gerbang bersempena majlis pembukaan Akademi Magix. Masing-masing penuh membawa barang-barang peribadi seperti beg bagasi dan beg sekolah memandangkan mereka semua bakal ditempatkan di kolej kediaman akademi tersebut.

Lebih menakjubkan, masing-masing membawa barang- barang mereka secara unik. Ada yang barang-barangnya terapung mengekori tuannya. Ada yang bersahaja, tiada barang apa-apa dipikulnya.

Izzat? Dia seorang sahaja yang menarik beg bagasinya yang beroda.

"Tutup mulut tu nanti lalat masuk."

Suara wasil terus membuatkan Izzat sedar dari lamunan akibat terpesona dengan keindahan dimensi lain itu.

"Izzat, kau dari dimensi lain kan jadi nak daftar nanti kat dalam akademi. Kau kena pergi kat meja pendaftaran yang berlabel Fantaxia." sambung Wasil.

"Ouh okey." Izzat membalas sepatah sambil tersenyum, dia rasa sungguh teruja.

Mereka berdua pun terus mengorak langkah menuju pintu gerbang akademi berkenaan.

---

Setibanya di dalam, mereka kini berada di dewan yang sungguh luas. Kelihatan berbelas meja pendaftaran bersusun bersebelahan dari hujung ke hujung. Setiap meja tersebut jelas terpampang label setiap 14 kerajaan.

Elektro

Techno

Flama

Zephyr

Magma

Glacier

Molten

Berlia

Terbius

Fantaxia

Saharra

Atlanta

Lux

Utopia

Kelihatan para pelajar sedang beratur mengikut tempat tinggal masing. Pendaftaran ini bertujuan untuk menanda kehadiran dan memberi nombor bilik untuk menetap.

" Ramainya orang... " Izzat bersuara tapi perlahan.

" Aku pergi daftar dulu tau zat " Wasil terus bergerak menuju ke meja pendaftaran yang berlabel 'Elektro' memandangkan dia berasal dari kerajaan itu.

"Okey -" belum habis membalas, kelibat rakannya itu hilang. Izzat hanya mampu menggeleng kecil kepalanya sambil terukir senyuman.

" Jadi, kat mana meja pendaftaran Fantaxia? " Izzat bersuara dari dalam hatinya sambil matanya melihat ke kiri dan ke kanan.

" Eh jap- " Mata Izzat membesar setelah dia dapat tahu di mana meja pendaftaran Fantaxia.

" RAMAI GILA ORANG?!? " Dia menjerit di dalam hatinya.

Memang betul, jikalau hendak dibandingkan dengan meja-meja lain. Meja pendaftaran Fantaxia merupakan meja yang paling padat dan pelajar membuat barisan panjang hingga ke belakang. Hal ini kerana, Fantaxia merupakan satu-satunya kerajaan yang mengamalkan sistem republik dan bukan sistem beraja seperti kerajaan-kerajaan lain. Fantaxia juga merupakan satu-satunya kerajaan yang tidak mempunyai elemental khusus.

Seperti kerajaan Elektro, petir merupakan elemental khusus yang melambangkan kerajaan tersebut. Keturunan diraja di kerajaan itu masing-masing memiliki unsur semulajadi petir. Rakyat-rakyat yang tinggal di dalam empayar itu turut memiliki 'signature elemental'. Disebabkan keunikan fantaxia, majoriti rakyat dimensi MAGIX rata-rata menetap di wilayah itu terus menjadikan kerajaan itu kerajaan yang paling padat dengan populasi penduduk.

" Berapa lama lagi nak kena beratur ni..." Izzat mengeluh sendirian setelah dia bergerak untuk beratur di barisan yang panjang itu.

Selang beberapa minit kemudian,

Izzat masih lagi beratur.

" Aku dah siap daftar. " Wasil menyapa Izzat.

" Aik, nape cepat sangat?? " Wajah Izzat mengerut.

" Entahlah, tadi waktu aku nak daftar ada dua orang kembar je yang tengah daftar kat meja tu " Wasil menerang ringkas.

" Laaa, patutla cepat semacam. " Izzat bersuara.

" Aku nak bagitahu ni yang kita maybe tak sama kediaman tau, so.... " belum sempat Wasil menghabiskan kata-katanya, Izzat memotong.

" Alah takpe, kita still boleh jumpa kan."

" Yupp." Wasil mengangguk tanda setuju.

" Okaylah, kau sambung lah beratur tu. Aku gerak dulu tau bye-bye " sambung putera Elektro itu lagi.

" Haa sila-sila. " Izzat membalas tetapi dalam hatinya dia mengeluh.

✨✨✨

Pagi yang cerah di langit yang biru ditemani awan-awan yang indah, kelihatan kenderaan diraja sedang bergerak. Enam ekor kuda putih, masing-masing memiliki sepasang sayap besar sedang terbang. Terdapat tali-tali terikat pada tubuh makhluk yang merupakan mitos di bumi.

Kuda-kuda itu menarik sebuah kenderaan beroda seperti kereta kuda, namun kenderaan ini lebih mewah dan nampak lebih royal asbab warna putih bersalut emas yang melambangkan warna diraja dimensi fantasi itu. Kelihatan seorang 'pilot' lelaki memakai uniform putih lengkap menjadi pemandu untuk kenderaan diraja berkenaan.

Di dalam kenderaan itu, Permaisuri Aelia bersama adiknya Putera Kale sedang berangkat dari Istana Magix. Istana tersebut terletak di sebuah pulau kecil berseberang dengan Republik Fantaxia, manakala Akademi tersohor Magix itu pula terletak jauh di pelusuk hutan tetapi dalam wilayah yang sama.

Kedua kerabat diraja itu sedang dalam perjalanan ke Akademi Magix untuk merasmikan majlis pembukaan akademi tersebut yang dijadualkan berlangsung pagi itu. Sedang permaisuri agung itu duduk sambil melihat ke luar jendela kenderaan itu. Dalam asyik menikmati angin dan suasana pagi yang sejuk.

Tiba-tiba, matanya membesar. Terkejut.

Kedua-dua beradik itu memandang satu sama lain serentak.

" Aura ni... " Aelia mula bersuara.

Kale yang turut terkejut, segera mengangguk tanda dia faham akan bicara kakaknya. Mereka merasakan satu aura yang 'familiar'.

" Kakak, aura ni datang dari jambatan yang menjadi gerbang Akademi Magix." Kale menerangkan.

" Pemandu, mohon tingkatkan kelajuan untuk tiba di Akademi dengan lebih pantas " titah Permaisuri itu.

" Baiklah tuanku. " Lelaki yang menjadi tukang pandu itu terus mengibas tali untuk mengawal kelajuan kenderaan berkuda itu. Kuda-kuda putih yang bersayap tersebut terus memecut deras menuju ke destinasi.

" Nampaknya, masih ada harapan... " Permaisuri Aelia bersuara perlahan, senyuman kecil terukir di bibirnya.

✨✨✨

" Izzat Farhan? saya dah cek, memang nama awak takde dalam senarai ni" Seorang wanita yang merupakan penjaga kaunter pendaftaran untuk Republik Fantaxia bersuara.

Setelah hampir satu jam Izzat beratur di kaunter berkenaan, akhirnya tiba gilirannya.

Namun,

" Awak dari Fantaxia ke? atau awak tersalah beratur? " bertalu-talu wanita yang kelihatan berusia 30-an itu menyoal Izzat.

" Aaa- emmm- sa-saya " Tergagap Izzat dibuatnya memandangkan dia memang seorang yang introvert.

" Apa aku nak jawab ni ??? " Izzat menjerit gelabah di dalam hatinya.

" Grace, tolonglah aku"

" Ngantuk nak tido, bubyee " Bersahaja suara grace kedengaran dalam mindanya.

" Alaaa" Izzat mengeluh namun di luar dia masih menjaga penampilannya. Lagak 'cool'.

" Takpe, macam ni. Awak daftar je dulu, saya akan tulis nama awak dan bagi nombor bilik " Penjaga kaunter itu akhirnya membuat keputusan.

" Oo- Okayy " Terketar suara Izzat membalas. Dalam hatinya dia berasa lega.

Di atas meja pendaftaran itu, selain terdapat label dan senarai nama pelajar. Terdapat juga sebuah kristal lutsinar berbentuk sfera sebesar bola sepak.

"Okay Izzat, awak boleh sentuh bola kristal ni dengan tangan kanan awak untuk kita tahu bilik awak." kata staf wanita itu.

Tujuan bola kristal itu diadakan adalah untuk membahagi setiap pelajar ke kediaman masing-masing secara adil. Sfera berkenaan mampu menganalisis data serta skill seseorang pelajar. Data dan skill pelajar yang terkumpul akan dihitung untuk menyeimbangkan kelemahan dan kelebihan antara para pelajar.

" Baiklah. " Izzat menurut sahaja arahan staf akademi itu.

Seluruh telapak tangan kanannya kini menyentuh permukaan sfera kristal berkenaan. Tidak lama kemudian, sfera itu mula bersinar dengan sinaran yang menghijau.

" Hijau? " staf wanita itu sedikit terkejut namun tidak ditunjukkan.

Beberapa pelajar yang sedang beratur di belakang Izzat turut terkesima dengan kejadian tersebut.

Tidak lama kemudian, muncul satu demi satu beberapa nombor terapung-apung di atas bebola kristal itu.

"satu ?! " staf itu terkejut lagi.

" empat "

" dua "

"Kenapa cik? " Izzat tertanya-tanya setelah melihat reaksi penjaga wanita itu.

Di akademi Magix, para pelajar terbahagi kepada tiga golongan iaitu,

'Golongan Kerabat'

'Golongan Bangsawan'

'Golongan Marhaen'

Setiap golongan-golongan ini, mereka tidak tinggal sekali di kolej kediaman akademi. Sebaliknya mereka akan ditetapkan mengikut keputusan sfera kristal. Nombor yang pertama muncul adalah penentu pelajar itu dari golongan yang mana.

1 - Kerabat

2 - Bangsawan

3 - Marhaen

Tapi di situasi sekarang yang membuatkan staf wanita itu terkejut kerana Republik Fantaxia tiada sistem beraja, hal ini sekaligus menjadikan golongan Kerabat sepatutnya tiada.

" Eheh, cuba awak sentuh kristal ni sekali lagi.." Staf itu mahukan kepastian. Dia masih tidak percaya.

Izzat hanya menurut arahan, sedang konfius apa yang sedang berlaku.

" 142 "

" Sekali lagi "

" 142 "

" Lagi "

" 142 "

" Last2 "

" 142 "

" Haih... " Wanita itu mengeluh.

" Betul ke awak dari Fantaxia? " soalnya lagi.

" Err, betul-betul " Izzat membalas. Akhirnya penjaga wanita itu mengalah.

" Baiklah, Izzat awak boleh bawak barang-barang awak ke kediaman. Unik betul beg bagasi awak ye " Sempat lagi staf itu kagum.

" Okay, terima kasih cik. " Tanpa melengahkan masa Izzat segera membawa barang-barangnya dan terus bergerak dari meja pendaftaran itu.

" Kenape ek tadi? ape jadi senanye? " Kejadian tadi masih bermain-main di fikirannya sambil dia mencari-cari kediaman bernombor 142 itu.

Setelah hampir 10 minit mencari, akhirnya Izzat tiba di hadapan pintu kediaman yang berlabel 142. Bangunan kolej kediaman itu saling tidak tumpah seperti hotel-hotel mewah yang berada di Malaysia. Kaki lima kolej tersebut sungguh luas, kemas, dan penuh dengan aura-aura positif.

Belum sempat tangan Izzat mencapai tombol pintu kediaman tersebut,

Tiba-tiba,

Pintu kediaman itu dibuka secara mengejut. Kelihatan satu susuk tubuh muncul dari sebalik pintu dan dia kelihatan seperti terburu-buru. Izzat tidak sempat mengelak, matanya membesar.

Tubuh dia dan tubuh pelajar seorang lagi itu bakal berlanggar.

" Eh? " Izzat sempat bersuara.

✨✨✨

Bilik di kolej kediaman akademi itu sangat luas dan memenuhi cita rasa pelajar. Setiap kediaman mempunyai ruang tamu, dapur, balkoni, lima buah bilik tidur dan satu setor. Setiap bilik tidur mempunyai bilik air tersendiri. Ibarat seperti rumah kondominium di Malaysia, kediaman di sini turut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama malah jauh lebih baik.

Di suatu bilik di blok Kerabat, kelihatan keempat-empat putera daripada empat kerajaan utama Magix iaitu, Elektro, Techno, Flama, dan Zephyr sedang duduk di sofa ruang tamu kediaman mereka. Ditakdirkan keempat-empat mereka seusia dilahirkan 15 tahun dahulu semasa dimensi Magix dilanda sejarah hitam.

" Yupp, kita semua sebilik. " Putera Elektro, Wasil membuka bicara.

" Tula tu penat dah aku hadap muka kau ni" Putera Flama, Azyad terus bersuara sambil memandang Wasil yang duduk tidak jauh darinya.

" Samelah, hmph " Wasil membalas.

" Aduh, korang ni. Jumpa-jumpa, bising " Giliran Hadi, Putera Tekno yang sedang duduk bersebelahan Azyad pula bersuara.

Putera Zephyr yang sedang duduk di situ turut memberi reaksi seperti sudah biasa. Mana tidaknya mereka berempat memang dari kecil lagi selalu berjumpa, mengambil pelajaran aras rendah di institut yang sama. Dan sekarang ditakdirkan untuk tinggal di kediaman yang sama.

" Kediaman ni cukup untuk lima orang, sebab ada lima bilik.Tapi memang kita berempat je ke? " Hadi pelik, kerana mereka berempat sudah lama tiba di kediaman itu kira-kira satu jam yang lalu.

" Mungkin kita berempat je kot, dah nak sejam dah ni. Pukul 10 nanti kita semua kena berkumpul kat dewan utama akademi untuk majlis perasmian. " Azyad menjawab.

Wasil hanya mendengar perbualan mereka berdua.

" Haaa, masa tu aku ada terserempak kau kat tanah Melayu. " Wasil tiba-tiba teringat semula bahawa dia telah berjumpa dengan putera Zephyr.

" Daripada kau tanya aku, baik aku yang tanya kau. Ape yang kau buat kat sana? " Dia membalas semula pertanyaan Wasil dengan pertanyaan.

" Err, se- sesat? " Wasil cuba menyembunyikan peristiwa-peristiwa yang berlaku di bumi tempoh hari kerana dia kenal personaliti putera Zephyr yang jenis strict, nerd , dan patuh peraturan. Jadi perlulah dia mengelak supaya dia tidak susah kemudian.

" Sesat? " Putera itu bersuara dengan nada hairan.

Azyad dan Hadi yang berada berdekatan hanya mampu mengunci suara. Mereka berdua juga turut terlibat dan tahu situasi yang berlaku.

Jam di tengah dinding ruang tamu kediaman itu, menunjukkan pukul 9.50 .

" Eh, Fudhail! Sekarang dah pukul 9.50 do, kau selaku ketua kediaman kan kena pergi lapor dekat dewan utama kediaman kat bawah??" Hadi berjaya mengubah topik untuk menyelamatkan Wasil daripada disoal siasat.

" EHH YE DO! " Fudhail yang tadi duduk tenang di atas sofa terus berdiri. Bukan apa, dia dikenali dengan sikap menepati masa.

Fudhail terus bergegas lari ke arah pintu kediaman mereka. Tombol pintu itu dibuka mengejut dan tubuhnya terus keluar demi untuk mengejar masa bagi melapor.

Matanya membesar setelah dia baru sedar yang betul-betul di hadapan pintu masuk kediaman itu ada satu susuk tubuh lain.

" Alamak, tak semp- " jerit Fudhail dalam hatinya.

-Bersambung-