Chereads / M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 13 - ELEMENTAL 11 : PLAN BARU

Chapter 13 - ELEMENTAL 11 : PLAN BARU

"SSHSHSHSHSHSH" bunyi desiran angin melantun-lantun di dalam ruangan Istana purba. Suatu susuk muncul disebalik cahaya yang semakin menghilang dengan keadaan berlumuran darah. Cecair merah likat itu terus mengalir , menitik memenuhi lantai batu berdebu tersebut.

Dengan keadaan lemah, raksasa tersebut masih tercungap-cungap selepas melarikan diri daripada pertarungan. Tiba-tiba suasana sekelilingnya menjadi tertekan, aura-aura kelam menyelubungi padat ruangan istana menyebabkan berlaku gegaran. Mata raksasa itu membesar apabila mendengar bunyi tapak kaki sedang berjalan dihadapannya.

"TUP.....TUP... TUP....."

Semakin kuat kedengaran bunyi tapak kaki tersebut semakin meningkat mampatan aura yang menekan-nekan sang raksasa.

" Kau dah balik? Bukan aku dah cakap ke masa tu , jangan balik .... selagi ...." Icey bersuara tenang. Disebalik ketenangan tersebut, berkumpul segala aura maha dahsyat mengelilingi tubuh penyihir wanita itu.

"KAU TAK DAPAT CINCIN TU !! " Keadaan sekeliling terus menggila ! Icey melepaskan segala amarahnya, aura biru kehitaman tersembur-sembur keluar daripada susuk tubuhnya.

"Ma- maafkan sa- "

SSSAAAA!

Sang raksasa tergagap ingin bersuara, namun tidak sempat menghabiskan bicaranya . Kata-katanya tergantung apabila satu libasan ais tepat menetak leher milik minotaur tersebut sehingga memisahkan kepala dan tubuh raksasa tersebut. Badan raksasa itu terus terdiam kaku lalu jatuh menyembah bumi.. darah2 hitam deras memancut-mancut keluar mencemari lantai.

" MAAF, MAAF, TAKDE PERKATAAN LAIN KE !? " Mata Icey menjegil tajam.

Berdekatannya, dua orang yang juga merupakan penyihir ilmu hitam hanya tersenyum melihat amarah kakak sulung mereka. Mereka sudah terbiasa dengan perangai kakak mereka bak kata pepatah Melayu "Alah bisa tegal biasa".

Mereka bertiga digelar "Tiga beradik pemusnah". Disebabkan mereka, kerajaan Magix hampir runtuh 15 tahun yang lalu. Oleh kerana mereka gagal melaksanakan misi , mereka menghilangkan diri dan bersembunyi di dimensi kegelapan yang digelar Oblivion. Dimensi tersebut terkenal dengan habitat semulajadi makhluk dan juga raksasa jahat.

Mereka menetap di situ kerana ingin mengumpul semula kuasa-kuasa dan ingin mencari cara untuk memecahkan sumpahan lalu menghidupkan kembali ahli-ahli kumpulan mereka yang sekian lama tidur.

Ya, bukan mereka bertiga sahaja.

Mereka merupakan yang terlemah di dalam kumpulan penyihir tersebut.

"Icey, lepas kau dah bunuh dia... kau nak buat ape pulak?"

Suara seorang lelaki yang merupakan adik Icey. Namanya Raid, pengguna unsur elektrik. Unsur elektrik selalunya terkenal dengan kilat yang bercahaya kuning atau biru namun elektrik milik Raid berwarna ungu diselimuti kegelapan yang mengkelam.

" Alah, Icey macam biasa la... lepas dah bunuh orang suruhan , cari orang suruhan yang baru " giliran adik bongsu kepada tiga beradik itu bersuara. Namanya Darcey, pengguna unsur ilusi.

Icey hanya mendiamkan diri saat adik-adiknya berkata-kata, dia hanya menjeling tajam.

" Aku rasa kali ni kita kena come up with a new plan " Icey memberi cadangan.

" Plan untuk ape pulak ni " Hampir serentak Raid dan Darcey membalas.

" Kalau minotaur lemah tu tak mampu nak handle budak2 mentahan, biar aku sendiri yang pergi " Icey bersuara.

" Kau? nak pergi bumi? Kita masih lemah la Icey, walaupun 15 tahun berlalu lepas perang Magix tu, kuasa kita sekarang jauh cukup lemah kalau nak dibandingkan dengan dulu. " panjang lebar Raid membebel, menyekolahkan kakak sulungnya itu.

" Ahh, kisah ape! kita perlukan cincin Elektro tu! kita kena gunakannya untuk batalkan sumpahan yang masih kekal mengikat 'tuan' kita. " Icey membalas dengan selamba.

" Jangan terburu-buru sangat Icey. Biar lambat asal selamat. Aku dengar seminggu lagi akan ada majlis pembukaan akademi magix. Apa kata kita kacau waktu tu, hehe" giliran Darcey pula berkata-kata sambil menyelit peribahasa Melayu dalam ucapan serta mencadangkan satu plan jahat.

Riak wajah Icey berubah, dia memandang kedua-dua adiknya.

Icey tersenyum sinis.

✨✨✨

Pagi, 2 Januari

Di kediaman Izzat dan Rania,

Izzat, Wasil, Azyad, Hadi dan Rania masing-masing sedang menikmati sarapan pagi di meja makan. Nasi goreng dengan telur mata menjadi hidangan pagi. Sambil-sambil sedang bersarapan mereka bercerita , Izzat dan Rania hanya mendengar dan cuba menelan kebenaran tentang peristiwa yang berlaku semalam.

Ya, segala yang berlaku di halaman rumah mereka itu bukan mimpi. Bukan khayalan, bukan imaginasi, tetapi ianya sebuah realiti. Buktinya masih terdapat kesan-kesan pertempuran jelas terpampang di halaman berumput tersebut.

" Terima kasih ye selamatkan akak, semalam. " Ringkas Rania bersuara.

"Eh, takde pape la kak Rania-" Tidak sempat Wasil menghabiskan bicaranya, Azyad terus memotong.

"Takde pape konon. Kau dah nyawa-nyawa ikan, alamakk."

Azyad sememangnya agak tidak gemar dengan perangai Wasil. Memang dari dulu begitu.

" Azyad ngan Hadi... macam mana korang bedua boleh tibe-tibe muncul kat sini ?" Akhirnya Izzat bersuara setelah persoalan itu beberapa kali bermain di fikirannya semalam.

Giliran Hadi pula bersuara,

" Ouh, semalam kitorang tengah - "

Tiba-tiba memori-memori di dalam minda Hadi seperti tenganggu..

"Argh.. " Hadi dan Azyad masing-masing mengerang kesakitan sambil memegang kepala.

" Hadi , Azyad! korang okay tak " Wasil terkejut. Rania dan Izzat turut terkejut melihat keadaan dua orang sahabat itu.

" Ke- kenapa aku tak boleh nak ingat apa yang berlaku sebelum teleport ke sini.. Argh " tergagap-gagap Hadi bersuara.

Tidak lama kemudian , Putera Flama dan Tekno itu kembali normal.

" Kitorang tak ingat lah ape yg berlaku... aduh " Azyad mengeluh sambil mengurut-urut dahinya.

" Okey takpe-takpe... mungkin korang perlukan rehat lebih" Izzat hanya bersangka baik.

" Tadi korang ade cerita pasal satu sekolah , Akademi ape? "

"Akademi Magix " Wasil mengingatkan Rania.

"Haa, Wasil awak cakap yang Izzat layak masuk akademi tu? maksud awak, Izzat pun ada kuasa jugak ke?" Rania menyoal.

" Yup, Izzat pun ade kuasa. " Wasil menegaskan. Izzat hanya tersengih mendengar sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Macam mana nak daftar? " Tanpa segan silu, Rania terus bertanya.

" Ouhh yang tu.. akak tak perlu risau biar saya yang uruskan " Wasil bersuara sambil mendabik-dabik dadanya.

" Eii, bapak tak matang ." Azyad berbisik sendirian sambil memandang tajam ke arah Wasil.

" Kau tak payah sibuk boleh tak? " Wasil perasan akan tindak-tanduk Azyad. Ei menyampah siak dalam hatinya bersuara.

" Pendaftaran Akademi Magix Ahad depan, ade masa lebih kurang seminggu " Hadi memberitahu. Wasil dan Azyad mengangguk serentak.

"Kau tak payah tiru aku la" serentak kedua-dua mereka bersuara.

"Hehe" Izzat tertawa kecil melihat gelagat kedua-dua rakan yang baru dikenalinya itu.

Di dalam hatinya, dia rasa gembira kerana selama ini dia tidak mempunyai kawan, kalau di sekolah dia hanya mempunyai seorang sahaja kawan yang dia betul-betul rapat.

Fudhail.

Nama kawan rapatnya itu.

Dan esok persekolahannya akan bermula.

-Bersambung-