Chereads / Oh My Crush / Chapter 16 - Chapter 16 : I'm Donovan right?

Chapter 16 - Chapter 16 : I'm Donovan right?

Naera pandang tepi muka Seth dengan renungan dalam mahu menangis. Kalau kenyataan ini dapat jauhkan Seth dari dia, maka dia tidak akan menyesal memberitahu hal sebenar kepada crushnya ini sebab sejak awal lagi dia sudah patah hati.

"Di Clove adalah syarikat milik ayah saya. Tapi ianya dirosakkan oleh ayah awak yang telah menjadi punca ayah saya bunuh diri dan ibu saya jadi gila. Malam pada hari pertemuan kita itu adalah malam dimana ayah saya didapati mati selepas terjun bangunan membunuh diri ekoran aniaya yang disebarkan oleh Triad Covenant terhadap nama dia.."lafaz Naera bersama air mata bertakung di mata.

Seth pandang kejung ke Naera. Dia menahan nafas tanpa sedar semasa mulutnya terbuka sedikit hilang kata-kata akibat mendengar kenyataan yang diberikan oleh Naera sebentar tadi.

"Dan sekarang awak dah tahu alasan kenapa saya tidak mahu meminta maaf atau jelaskan alasan kenapa saya tinggalkan awak tanpa khabar berita...semua itu kerana ayah awak Seth...Renold Donovan yang telah rosakkan hidup saya dan awak adalah anak lelaki dia. Dengan itu secara rasmi saya bencikan awak!"kata Naera lagi bersama senyuman sedih tetapi penuh sinis.

Rahang Seth berketik. Keningnya terus mencerun marah. Reaksi terkejutnya berubah menjadi berang sesaat kemudian. Dan deru nafasnya perlahan-lahan naik turun menahan sabar. "Again?"soalnya dengan tenang.

"Huh?"Naera buat muka. Dia pandang tidak mengerti akan reaksi Seth. Apa yang dimaksudkan Seth tadi? "Apa maksud awak?"

Lalu Seth ketawa, dia kuak rambutnya ke belakang lalu sandar ke belakang. Pergh!Betapa bengangnya dia lepas dengar. Ayah dia tu kan! Entah berapa banyak kali dia perlu bersabar untuk semua ni! Pandangannya di talakan ke hadapan kenderaan. "Kelakar betul."ujarnya.

Semakin bingung Naera dibuat ketawa Seth. Matanya naik turun meneliti lelaki di sebelahnya dengan aneh. Dah apahal pulak?Apa yang kelakarnya. Suka dengar nasib malang dia ke? "Apa yang kelakarnya?Awak fikir semua ni gurauan ke?"marahnya terus. "Ayah awak dah porak perandakan keluarga saya...dan awak apa?Ketawa?"

Seth berpaling kemudiannya. Dia bawa tangannya ke belakang bahu Naera. Senyuman meleret ke kanan terukir di hujung bibir itu. Tak pasal-pasal betul! "Naera sayang...untuk pengetahuan awak, awak bukan mangsa pertama ayah saya...ramai orang di luar sana yang menghadapi situasi yang sama...dan saya ketawa sebab rasa macam tak percaya betul." tangan Seth gerak memegang tengkuk Naera.

Naera cuba jauhkan dirinya dari di sentuh, tetapi tangan lelaki itu erat mencengkam belakang lehernya. Buatkan dia kaku serta merta di situ memandang takut. Hey!Apa pulak!Patutnya dia yang marah bukan Seth!Lelaki ni bersalah terhadap dia!Kenapa dia yang perlu takut pada Seth!Mana adil macam ni!

Seth tenung mata Naera tepat ke anak mata itu lalu berkata. "Kenapa ya...saya tertanya-tanya. Kenapa ayah saya suka sakiti orang yang saya sayang?Ramai-ramai orang dalam dunia ni...mereka yang dekat dengan saya dan penting buat saya juga yang disakitinya.."jelas dia.

"Hah?"nganga Naera kerana tidak faham. Tangan Seth di belakang leher cuba di turunkan. "Apa yang awak merepekkan sejak tadi ni?Lepaskan saya!Awak dah janji!Kalau saya beritahu hal sebenar awak akan lepaskan saya!Sekarang lepaskan saya!"bebelnya sambil tu.

"Not so fast hun."sebut Seth bersama renungan gelapnya.

Naera tercengang.Dia pandang dengan kening terangkat tinggi."Awak tipu saya?"tanya dia.

"Well...I'm Donovan right.."sengih Seth dengan jahat. "Memandangkan ayah saya bersalah terhadap awak. Nampaknya saya perlu bertanggungjawab di atas kesalahan dia..." selorohnya bersama reaksi tidak bersalah di wajah. Renungan muslihat diberikan kepada Naera.

What the heck?!Berasa rimas dengan kedudukan mereka Naera tolak dada Seth dan anjak ke tepi pintu kederaan itu. "Jauhkan diri awak dari saya. Saya tak perlukan simpati awak. Masalah saya. Saya akan uruskannya sendiri!"deramnya sambil tu. Agaknya Seth ni dengar dia cakap Bahasa apa sampai tak faham-faham sejak tadi. Malah merepek lagi tu! "Bahagian mana yang awak tak faham? Huh?Saya cakap ayah awak bunuh ayah saya dan buat ibu saya gila. Itu bermakna saya bencikan dia dan jugak awak!Jadi tinggalkan saya sendirian dan jangan ganggu saya LAGI!!"tegasnya.