Suasana bilik sederhana besar itu begitu hening. Hanya kedengaran ketukan jari jemari Naera di keyboard. Sesekali disulami dengan bunyi kertas di selak sehelai demi sehelai. Lama selepas itu keyboard kembali di ketuk. Sedang menyiapkan kertas kerja yang perlu di serahkan kepada bosnya awal pagi esok.
Jam bentuk watak marvel superman tergeletak tepi monitor meja kerja tunjuk masa sudah masuk 9 malam. Kipas kecil yang diletakkan atas CPU terarah pada Naera yang bersanggul tinggi dan bercermin mata bulat. Angin dari kipas itu meniup wajah bersih tanpa solekannya. Anak rambut pula acap kali menyapa mata kiri kerap di selak ke belakang telinga olehnya tanpa sedar.
"Naera."
Kepala pantas di palingkan ke pintu bilik yang tidak di tutup. Di tepi pintu itu bersandarnya Kade dengan tangan bersikang di dada. Lelaki itu memandang ke arah Naera dengan senyuman di bibir.
"Busy ke?"tanya Kade.
Mata Naera gerak ke skrin lalu ke Kade semula. "Tak ada. Ada apa?"tanya dia sambil naikkan cermin mata ke batang hidung supaya lebih selesa.
Kade mengetap bibir buat seketika sewaktu mengerling bilik tidur Naera yang simple dan kemas itu. Cuba menyusun atur kata dan cari keyakinan untuk berkata.
Apabila Naera melihat Kade yang kelihatan teragak-agak. Dia buat muka funny sambil senyum tak faham. "Sesuatu terjadi ke?Atau awak perlukan bantuan saya?Cakap saja la..."ujarnya untuk yakinkan Kade agar tidak was-was untuk bersuara.
"Macam mana kerja awak di Di Clove?Bos baru awak tu?"soal Kade sebagai pemula.
"It's okay..."angguk Naera. "Isu saya dengan Seth dah pun selesai. Cuma saya still tak berapa sangat dengan dia. Kenapa awak tanya?"
Kade gerak mendekati meja kerja Naera setelah itu. Cuba hendak dapatkan jarak yang sesuai untuk menyampaikan niatnya ke situ.
Mata Naera naik turun meneliti Kade kehairanan. Semakin di perhatikan semakin pelik saja la lelaki di depannya ini. Apa mahunya Kade ini?
"Apa kata awak bekerja Bersama saya saja kalau begitu.."tawar Kade akhirnya.
"Hah?"kening Naera berkerut.
"Tak ada lah...awak sendiri ada isu dengan Seth kan...dari awak terus makan hati dengan dia dan tahan perasaan benci awak pada dia, kan lebih baik awak bekerja Bersama saya...saya ada jawatan sesuai untuk tugas awak juga nanti.."tambah Kade setelah hilang rasa gugupnya.
Kepala Naera dongak memandang Kade apabila mendengar tawaran kerja itu. Bagus juga idea Kade ni. Libatkan diri dengan Seth lama-lama bukannya bagi manfaat kepada dia. Malah buat dia terseksa lagi ada la. Yalah. Nak kawal perasaan untuk tidak terus jatuh cinta pada Seth bukannya senang. Hari-hari dia tatap wajah tu. Hari-hari dengar suara tu. Siapa je yang tak angau!
"Jangan rushing...awak fikirkannya dulu. Nanti bila awak sudi. Beritahu saja saya."Kade senyum beri kepastian kepada Naera. Lega kerana dapat luahkan niatnya yang terkumpul sejak beberapa hari selepas dapat tahu Seth ada di sini. Di syarikat Di Clove. Sebelum apa-apa hal, better dia buat move dulu. Lagi cepat dia jauhkan Naera dari Seth, lagi selamat identity dia nanti.
Naera mengangguk kepala. Dia pandang berterima kasih kepada Kade. Sejak awal perkenalannya dengan Kade, lelaki ini sentiasa utamakan dia. Bukan saja baik, malah menghormati dirinya. Layanan lelaki ini juga baik. Sikit pun tidak pernah mengeluh sekiranya dia perlukan bantuan atau minta bantuan dari lelaki tu.
"Terima kasih Kadesebab risaukan saya."ucapnya.
"Tak ada hal...sambung la kerja awak. Saya masuk bilik dulu. Good night Naera."Bersama perasaan berbunga senang, Kade berpaling dari situ.
Selepas Kade keluar, Naera duduk sandar pada kerusi kerjanya lalu bawa kaki naik bersila di atasnya. Dia melepaskan keluhan Panjang sebelum palingkan kepala ke tepi dimana bingkai-bingkai gambar lama berada. Dia ternampak bingkai gambar milik Seth sewaktu lelaki itu menang pertandingan chess semasa sekolah menengah tinggi lama dulu. Lelaki itu pegang piala sementara dia berdiri dekat sisi. Dia ambil gambar tu sebagai peminat lelaki tu. Dan sejak itu dia tidak pernah berhenti dari sukakan Seth.
"Kalau la awak ni dari keluarga biasa, mesti semua ni takkan terjadi.."bisik Naera dengan perlahan Bersama perasaan terkilan.
Brit!
Brit!
Tidak semena telefon bimbitnya berdering. Naera pun tersentak dari lamunannya. Dia kerling ke telefon di atas katilnya dengan lekas. Melihat ia bercahaya ada panggilan masuk, dengan hela nafas malasnya dia bangun dari situ lalu gerak ke katil. Telefonnya di capai sebelum skrin itu di pandang.
'Mr. Pain In The Ass'.
"Pfft!"Naera berdecit menyampah."Macam tahu-tahu je aku tengah fikirkan dia!"getuysnya sebelum sentuh butang hijau lalu di bawa ke telinga tiada mood. Tanpa berkata apa-apa, dia pun duduk di atas katil menghadap pintu slidding door balkoni.
Buat beberapa saat panggilan itu senyap,
"Isy!Senyap pulak?"detik hati Naera bila tiada sebarang bunyi dari balik panggilan tu. Dia pun gerak hendak tengok skrin telefon. Salah tekan ke?Sekali bila dia tengok-"Lah.bateri kong ke?"sebut Naera sendiri. "Hmmph.."Sibuk punya pasal, sampai lupa dia nak caj phone. Malas nak pedulikan panggilan tadi, dia caj phone lalu sambung kerjanya semula sehingga selesai tanpa cuba untuk on phone atau hubungi si pemanggil semula.