Flashback.....
"Tuan Renold...ini semua salah.."
"Salah tak salah kamu kerja untuk saya. jadi buat apa yang saya suruh.."
"Tapi apa salah syarikat Di Clove sampaikan saya perlu palsukan semua dokumen dan pencukaian mereka ini?Kalau jabatan percukaian tahu tak ke Di Clove dalam bahaya?"soalnya dengan susah hati. mana tidaknya selepas dia diarahkan untuk rosakkan nama baik empunya syarikat, tuan dia arahkan dia untuk rosakkan imej syarikat pula.
"Fine..kalau begitu kamu sanggup letakkan nyawa ibu kamu yang sedang sakit di hospital itu dalam bahaya juga ke?"
Terdiam dia dibuat kata-kata ugutan tu.
"Kalau kamu hendak saya bayar kos rawatan sakit ibu kamu yang tenat itu dan tunaikan permintaan adik perempuan kamu untuk menjadi menantu keluarga saya, baik kamu lakukan apa yang saya arahkan. Kalau kita tak hapuskan Di Clove, mereka akan lebih membangun dari syarikat kita...dan itu perlu di elakkan"
End of flashback....
Kade termenung mengacau di dalam cangkir kopi sewaktu duduk sendirian di meja kafe hipster berdekatan dengan syarikatnya. Keluhan demi keluhan lepas dari bibirnya sejak tadi. Tidak kira sekuat mana dia cuba tepis semua memori itu, hatinya tidak pernah berkurangan dari rasa serba salah. Sumpah!Semua ini benar-benar memakan dirinya sendiri.
Flashback....
"Apa?Mati?"
"Ya Ketua Pengurus."
"Nadeem Alec sudah meninggal?Kenapa?"
"Dia terjun dari bangunan di syarikatnya sendiri lewat petang semalam ketua."
Terduduk terus dia dibuat berita mengejutkan itu. Jantungnya ibarat terhenti buat beberapa saat kerana begitu terpempan sebaik menyedari tindakan dia telah meragut nyawa orang tidak bersalah.
"Anak perempuannya, Naera Aleena buat tuntutan di atas kematian dan menuduh Triad menipu...apa patut kita lakukan?"
"Anak?Nadeem ada anak?"tanya dia lagi yang memandang kejung ke setiausahanya. Tidak mungkin!Semua ni tak mungkin terjadi!Apa yang dia dah buat!
"Ya...seorang anak gadis"
End of flashback...
Knock!Knock!
Ketukan pada permukaan meja itu menyentak lamunan Kade tidak lama kemudian. Bingung-bingung dia pun angkat kepala sebelum terpandang akan wanita jelita bergincu pekat merah di bibir sedang ambil tempat di kerusi bertentangan dengannya.
"Hey...jauh termenung. Fikirkan apa?"
Kade hanya berdengus kecil. Dia sandar ke kerusi itu lalu silangkan kaki sewaktu pandang adik perempuannya yang dulu seperti Budak hingusan dan sekarang sudah menjadi eksekutif di syarikat Triad.
"Apa kau buat dekat sini Teressa?"soal Kade dengan keluhan letih.
Teressa tersengih meleret. Dia selak rambut panjang beralunnya ke belakang bahu.Hanya melihatkan reaksi susah hati abang sudah cukup beritahu dia, abangnya pasti teringat akan kisah lalu. "Cari kau la apa lagi"
"Mana kau tahu aku dekat sini?"
"Setiausaha kau beritahu aku"
Kade hanya menjuling mata menyampah sebaik mendengarnya. Buat mood dia yang sudah rosak semakin rosak saja la!
"Kau still belum move on lagi ke?"tanya Teressa sebelum angkat tangan memberi isyarat kepada waiter untuk ambil pesanannya.
Kade menarik nafas lalu di hembus panjang nafasnya itu sambil silangkan tangan ke dada dan palingkan kepala ke kiri. Memandang pemandangan jalan raya yang sibuk lalu Lalang di tepi premis itu. "Kalau kau datang hanya nak memeningkan kepala aku, better kau balik ke lawat anak lelaki kau tu ke...lagi berfaedah.."
Bibir Teressa terketap lurus. Dia pandang kesal ke Kade sambil membuat muka. Susah betul la nak ajak abang dia ni berborak. Grumpy sepanjang masa. "Ni...aku datang nak tanya..kau tahu kena Seth pergi?Aku try call dia...tapi sekali pun dia tak angkat.Aku try reach assistance dia pun sama...ada hal penting yang aku nak bincangkan kepada dia ni.."ajunya akan niat sebenar.
Pada masa itu la seorang waiter muncul di tepi meja itu. Teressa sambut waiter itu dengan memberi pesanan akan minuman yang diinginkan. Apabila setelah selesai, waiter itu kemudiannya beredar. Dan baru la Kade bersuara.
"Mana la aku tahu...aku bukan babysitter dia lagi"getus Kade. Darah dia menyirap bila teringat yang lelaki itu sudahpun menemui Naera semula. Kalau begini habis la semuanya. Dari identity dan rancangannya sekira Seth tahu dia Bersama dengan Naera selama ini!Sekiranya ketahuan, apa agaknya reaksi Naera nanti.
Teressa mencebik bibir. Dia menyampah dan jengkel dengan sikap acuh tak acuh yang di berikan oleh abangnya. "Amboi kau...berlagak kan...kalau pasal si Naera tu bukan main lagi kau beria..Bukan main lagi kau lembut...kalau part aku...menyentap memanjang."
Satu jelingan tajam terarah pada Teressa apabila Kade berasa geram akan komen itu. Adiknya ini tahu cakap main lepas je!Ada otak tak reti nak guna!Harap saja muka cantik tapi intelek tak ada! "Sebab siapa aku jadi macam ni?"soalnya dengan keras tetapi bernada rendah.
Air muka marah Teressa terus berubah menjadi takut. Dia pandang serba salah ke Kade.
"Ingat sikit!Kalau bukan sebab aku, kau takkan jadi menantu keluarga Donovan...kalau bukan sebab aku hidup kau tak sesenang seperti ini dan kau tahu apa yang aku perlu lakukan untuk tu?"Kade turunkan kaki yang disilangkan ke lantai untuk duduk tegak memandang Teressa. "Aku terpaksa buatkan orang lain mati demi kebahagian keluarga aku!Dan sekarang kau apa?Persoalkan layanan aku terhadap kau?Tak cukup lagi ke?"ketapnya.
Mata Teressa terus tunduk ke bawah, dia ketap bibirnya kerana malu sendiri dengan luahan perasaan Kade. Alah!Itu pun nak marah ke!Dia cuma tanya je kan!
"Sorry la.."muncung Teressa dengan kerutan di kening.
Kade buat muka kerimasan.
"Dah la berhambus dari pandangan mata aku. Jangan tunjuk muka kau depan aku. Selain alasan sakit dan mati. Kau jangan bercakap dengan aku lagi."halau Kade yang bangun dari situ meninggalkan Teressan sendirian di situ.
Bila Kade pergi, Teressa laju-laju palingkan kepala. Mahu memanggil abangnya semula. Tetapi terlambat. Abangnya sudahpun loloskan diri dari pintu kaca kafe itu. Kesal dengan apa yang berlaku, Teressa bersandar pada kerusi di situ memandang ke sekeliling tidak tentu hala. Lain yang dia mahu, lain pula yang terjadi.