Chereads / Oh My Crush / Chapter 17 - Chapter 17 : Bertanggungjawab

Chapter 17 - Chapter 17 : Bertanggungjawab

Seth tercabar mendengar kata-kata Naera. Ingat dia akan lepaskan Naera begitu saja?Lepas dia tahu, lagi la dia tidak akan lepaskan Naera. "No." jawabnya.

"Apa?"

"Saya cakap tidak. Memandangkan ayah saya bersalah dalam hal ni, saya tak dapat biarkan awak macam tu je saya akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas awak."

Naera pandang Seth dengan renungan 'buang tebiat apa' bila dengar perkataan 'bertanggungjawab' itu. Aik!Lain macam betul bunyinya. "Hah?Are you crazy?Awak dengar tak apa yang awak tengah katakan sekarang ni Seth?"

"Apa yang salahnya dengan kata-kata saya?"

Memang sah Seth dah sewel!Naera tersengih lalu ketawa kerana berasa begitu dumbfounded sangat.

"Ahahaha...awak dah gila agaknya.."katanya dari balik ketawa. "Banyak salahnya."

Seth pandang Naera dengan kening berkerut terasa akan komen itu.

"Mana mungkin la saya nak terima bantuan dari anak lelaki yang telah hancurkan kehidupan keluarga saya macam tu je. Awak sanggup ke nak sakiti ayah sendiri demi perempuan recehan seperti saya ni?"soal Naera.

Seth buat muka bersahaja tidak kisahnya lalu menjungkit bahu. "Why not...dan awak bukan perempuan recehan. Berhenti berkata begitu."beritahunya. "Soal syarikat ayah awak dan nama baik ayah awak tu serahkan kepada saya. Sekarang keluar. Ambil bagasi awak. Kita akan balik ke tanah air sekarang."

Hell no! "Saya tak perlukan bantuan awak!Saya akan uruskan sendiri!"tegas Naera. Suka hati je nak buat keputusan sendiri. Ini hidup dia. Urusan dia. lantak la situ. nak menyibuk kenapa!

"Naera..."panggil Seth penuh amaran walaupun reaksi di wajahnya tenang.

Naera pandang tak terkata, dia berdengus tak percaya sebelum palingkan kepala ke luar tingkap kereta. Perasan yang kenderaan itu sudahpun tidak bergerak lagi. Malah sudah berhenti di hadapan rumah maksunya. terbeliak sekejap mata lepas sedar yang dia sudahpun tiba di situ.

Dasyat betul Seth ni!Sampai ketahap macam ni sekali lelaki ni sanggup buat. Kesan dan jejak dia hingga boleh tahu dimana dia menginap dan berada?

"Seriously?"soal Naera semasa palingkan kepala ke sisinya. "Are you gonna keep doing this till I'm agree to stay with you?"ketika itu Seth sedang tunduk memandang skrin telefon. Mungkin scroll sesuatu memeriksa notifikasi penting.

"Nampaknya macam tu la...awak lari saya kejar, awak sembunyi saya cari...buat la selama yang awak mahu. Saya tak kisah.."angguk Seth tanpa memandang Naera.

"Tapi kenapa?Kenapa awak buat semua ni? Selama 8 tahun ni tak pula awak cari saya? Kenapa sekarang?Kenapa awak tak boleh biarkan saja keadaan seperti sedia kala?Awak ikut jalan awak saya ikut jalan saya?"tanya Naera bersama kerutan kecewa di kening.

Jari Seth yang sibuk memeriksa mesej dari nannya Roslinda mengenai anaknya berhenti dari menaip sebaik mendengar pertanyaan Naera. Dia terdiam memandang skrin dimana video Sylas sedang membuat aktiviti mewarna di bilik tidur dengan lama. Bukan dia tak nak cari. Tapi dia sendiri pun ada kesulitan yang perlu di tangani.

"Just go Naera...please."minta Seth dengan perlahan semasa gerak memandang gadis itu. "Flight kita setengah jam dari sekarang. Ambil barang awak sendiri atau saya yang akan lakukannya untuk awak."

Bawah bibirnya di gigit geram. Ikutkan hati mahu saja dia mencarut. Tapi tak sampai hati nak sakitkan hati Seth. Sebenci mana sekalipun dia terhadap ayah Seth, lelaki ini tidak bersalah. Sayang punya pasal terpaksa la dia pendamkan saja kata-kata carutnya. Haih!Leceh betul. Kenapa la dia masih suka dan sayangkan Seth! Patutnya dia bencikan lelaki ni!

"Ugh!"ngerang Naera dengan jengkel semasa membuka pintu kenderaan itu dan melompat turun dari situ dan gerak masuk ke dalam rumah. Mahu tak mahu dia terpaksa turutkan. Kalau dia melawan sekalipun bukannya Seth nak mengalah. Buat sakit hati je menghadap!

Apabila Naera sudah masuk ke dalam rumah. Seth lepaskan keluhan panjang kerana letih mengawal emosinya.Dia bersandar di situ sambil memejam mata. Dia benar-benar bersedih mendengar khabar mengenai kematian ayah Naera yang maut kerana tindakan ayahnya sendiri. Sekali lagi, dia dikecewakan oleh keputusan tamak ayahnya.

"Tuan.."tidak semena suara dari pemandu kereta di seat depan kedengaran.

Seth membuka matanya perlahan-lahan. "Ada apa?" balasnya dengan dinging dan mendatar.

"Puan Teressa dalam panggilan. Nak saya jawabkan ke?"tanya lelaki di depan stereng kereta.

Seth melepaskan keluhan panjang. Dia picit batang hidungnya. Alahai!Ni satu lagi bahana mendatang!Tidak ayahnya!Tidak ibu kepada Sylas ni! Nak apa lagi perempuan ni dari dia. "Biarkan dia..."kata Seth.

"Baik tuan."angguk pemandu itu dengan patuh.

Tidak lama kemudian, Naera keluar bersama bagasi dan beg tangan. Muncung di bibir apabila dia naik semula ke kenderaan itu. Sama sekali tidak mengerling ke Seth sepanjang perjalanan mereka ke lapangan terbang. Sebab Naera tahu lepas ni bukan setakat Seth saja yang dia kena hadapkan!