Chereads / Oh My Crush / Chapter 15 - Chapter 15 : Tiga Jam

Chapter 15 - Chapter 15 : Tiga Jam

Tiga jam.

Ianya hanya mengambil masa three bloody hour untuk jejak dia dimana keberadaannya. Baru je dia nak fikir yang dia sudah bebas, tapi tak!Entah apa nak buat, dia sendiri tak sure.. Siapa yang patut dia tampar sekarang. Dirinya sendiri atau lelaki tu.

Apapun halnya, Seth sudahpun menemui dirinya dan lelaki ini begitu berang mengenai kejadian tu!

"So...kalau awak tak kisah, why in the world you just up and left for Canada?Tanpa memaklumkannya terlebih dahulu dari saya?" tanya Seth, dengan nada tenang semacamnya. Nada yang mana sesiapa mahu berdoa untuk kelangsungan hidup.

You know....calm before storm?

Ibarat macam itu lah!

Naera mengetap bibir erat-erat. Macam mana la dia nak jawab kalau kedudukan mereka sekarang begini. Rapat, di samping antara satu sama lain. Dia cuba anjak hendak jauhkan diri dari Seth, tapi lelaki itu malahan mencengkam pergelangan tangan dia dan paksa duduk bersebelahan dengannya juga.

"Well?"tanya Seth bila Naera diam tidak berespon. Dia palingkan kepala ke sisi memandang tepi muka Naera dengan kening terangkat sebelah.

Mata Naera gerak mengerling ke cermin tingkap pintu kenderaan yang dinaikinya saat ini. Tidak tahu hendak kata apa lagi. Lelaki ini semakin lama semakin mencabar titik kesabarannya betul la! "Well..saya kisah. jadi tanya soalan lain." balasnya tanpa sedar yang mana menyesal sesaat kemudian! Haish!Mulut ni pun kan!Dia tepuk mulutnya dengan kesal!Kenapa la boleh terlepas jawab ni!

Seth mencengkam pergelangan tangan Naera sebelum merentapnya dengan mengejut yang mana mengakibatkan Naera menjerit kecil kerana terkejut dan jatuh bersandar ke dada bidang itu.

Bila Naera angkat matanya, dia bertentang mata dengan renungan marah dari Seth.

"Jangan uji kesabaran saya Naera. Sabar saya dah sampai tahapnya. So do both of us a favor dan jawab soalan tu atau saya akan buat awak jawabnya untuk saya.."ketap Seth betul-betul di depan muka Naera. "Dan awak pasti tidak mahu saya lakukan hal tu..."katanya lagi tanpa melepaskan cengkaman pada pergelangan tangan Naera. Malah dieratkan lagi tu!

Susah payah Naera menelan Udara yang berkumpul dalam kerongkongnya ketika itu. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Mengempam darah hingga buatkan rasa bahang mula menjalar dari tengah dada naik ke leher lalu ke telinga sebelum berhenti di wajahnya. Tidak semena perasaan mahu kiss Seth membuak di dadanya.

"Isy!Boleh pulak aku turn on time macam ni!"getus Naera yang cepat-cepat menepis fikiran itu jauh dari kotak fikirannya. "Sa-saya pergi sebab awak kata-awak kata saya tak boleh berhenti kerja dari syarikat tu..."jawabnya tergagap-gagap. Bukan sebab takut, tapi kerana rasa gemuruh dan jarak mereka berdua yang menggugat hati perempuannya.

"Awak nak tahu kenapa saya kata awak tak boleh berhenti?"tanya Seth dengan lembut, nafasnya menyapa wajah Naera.

Mata Naera berkedip satu kali kerananya. "Kenapa?"tanya dia walaupun dia sedia maklum apa alasannya.

"Awak tahu apa saya mahukan...adakah awak mahu saya nyatakan dengan jelas di sini?"tanya Seth sambil menurunkan pandangan ke bibir Naera. Menarik Naera supaya rapat ke dadanya lebih lagi.

Naera tenung mata Seth dengan perasaan berbuku sedih dan marahnya. "Saya tak tahu apa yang awak mahukan dari saya.."nafinya. Manalah dia sanggup beritahu pada Seth bahawa ayah Seth la yang telah menyebabkan keluarganya berantakan. Ayahnya mati bunuh diri, ibunya jadi gila. Dia terkontang kanting sendirian hendak menegakkan keadilan buat ayahnya. Ditambahkan lagi perasaan Sukanya terhadap Seth tidak pernah berkurangan.

Seth melepaskan hela nafas panjang kerana letih. Susah sangat ke Naera?Kenapa susah sangat nak beritahu? Nak dia apakan lagi?Tak Nampak ke dia terdesak nak tahu alasannya sekarang ni? "Kenapa awak pergi pada malam tu?"tanya dia akhirnya. Sudah letih main kejar-kejar dengan Naera begini.

Air muka marah Naera berubah sebaik mendengar soalan itu.

"Apa?"

Seth lepaskan tangan naera. Dia tolak Naera jauh darinya dengan muka kesal. See!Akhirnya dia jugak yang kalah dengan Naera. Boleh Nampak dekat sini, Naera saja sudah cukup untuk runtuhkan ego dia! "Saya pergi ke panggung wayang tu..tunggu awak..tapi awak tak datang."ngakunya.

Bagai mahu jatuh jantung dari tangkai, Naera pandang tepi muka Seth yang sedang tunduk membetulkan kot di badan ketika itu. "Awak tunggu?"tanya Naera,

Seth mengetap gigi erat-erat. Tak pasal-pasal betul la!Dia tidak membalas. Kepalanya di paling ke arah tingkap di sebelahnya. Keningnya berkerut marah.

Naera mengedipkan mata beberapa kali. Cuba memproses semula apa yang baru saja di dengarinya. Sekejap!Takkan la Seth ni...Isy!Tak mungkin la! Jadi Seth memang pergi hendak menemui dia?Adakah itu bermakna Seth mahu balas perasaannya?

"Benda dah lepas pun...saya cuma nak tahu alasannya. Sebab itu la.."Seth bersuara.

"Kalau saya beritahu, adakah awak akan lepaskan saya?"duga Naera pula. Kalau Seth sukakan dia, ianya tidak akan bawa sebarang perubahan. Sekalipun dia mahu Bersama dengan lelaki ini, semua itu tidak akan terjadi!Lelaki ini adalah anak kepada pembunuh!

Kepala Seth berpaling ke Naera semula. Dia tenung wajah bersih Naera dengan renungan tidak suka, Memang tak la dia akan lepaskan Naera semula. Tak kisah la apa sekalipun alasannya dia tidak akan biarkan Naera pergi begitu saja.

"Ya..."tipu Seth.

Bersama renungan serius, Naera balas renungan mata Seth. Berbolak balik samaada mahu memberitahu hal sebenar atau tidak!

Kalau lelaki ini tahu hal sebenar apa gunanya?Dia takkan dapat apa-apa faedah. Kalau dia tidak beritahu dan gunakan lelaki ini untuk balas dendam di atas kematian ayahnya dan nasibnya?Kan lebih baik begitu?

Baru la untung!

Ya tak!?