Eve kembali ke sekolah beberapa hari kemudian. Dia hanya diberikan ubat dan vitamin tambahan. Beberapa hari itu, Eve banyak berfikir tentang masalah yang menimpa dirinya dan Evni Eviana.
Tubuh Alex terkujur kaku di hadapan katil di wad kecemasan itu, pelik kenapa tidak dipindahkan sahaja Alex ke wad lain. Eve melihat wajah Alex yang terbaring itu dengan perasaan marah tapi sesuatu yang pelik. Seolah-olah dia mengenali lelaki yang pernah merosakkan hidup adiknya.
Di sekolah.
Afikah:`Eve, akhirnya kau kembali juga ke sekolah!"
Eve:`Ya, fika."(tersenyum lemah)
Afikah:`Kau kenapa ni?"
Eve:`Aku tak tahu."(duduk)
Afikah:`kau penat kali. Rehatlah dulu kio."
Eve:`Ok, ponsikou/terimakasih".
Kelihatan seseorang lelaki berlari ke arah kelas Eve Nur Afrina dan dalam keadaan yang nafas yang tercungap-cungap, masuk dan berkata bahawa `Senpai!". Bagai nak gugur jantung Eve mendengarnya. Tapi dia kuatkan semangatnya.
Adrian:`Senpai dah ok?"
Eve:`Ya, terima kasih."
Adrian:`Baguslah senpai, maaf tak pergi lawat. Dorang Renno kata senpai tak mahu diganggu."
Eve:`ya, betul tu. Boleh tak , berhenti panggil aku senpai?"
Adrian:`tapi saya dah biasa panggil sen.."(terpotong)
Eve:`Stop! I`m not her, my name is Eve Noah and I`m not Eve Nur Afrina anymore, Okay?"(marah)
Adryan:`Ok,Eve."(terkejut)
Semua orang terkejut,terutama Adrian. Adrian sedar Eve tidak sama seperti dulu.
Adryan:`maaf Eve sebab saya biarkan kau macam tu, dulu."(tunduk)
Eve;`Ianya tak penting lagi Rian. Saya akan tuntut hak sebenar saya mulai sekarang!"
Adryan:`Baiklah, saya faham."
Eve:`Ya, hak sebenar aku sebagai Eve Noah. Sejak lahir aku dan adik dibiarkan lelaki tu. Sudah tiba masanya aku mengambil hak aku!."
Adryan:`jap, apa maksud Eve?"
Eve:`kau patut tahu Rian. Kenapa nama ayah aku Noah tapi nama ayah yang menjaga aku adalah Hariz. Tu kerana aku hanyalah anak angkat.Kau boleh minta tolong Fazrin untuk panggil Albert."
Adrian:`Baik. Kejab aku bawa dia ke sini."
Eve;`Dia di sekolah kita?"
Adryan:`Ya."
Eve:`tu lagi bagus."
Eve duduk semula dan Afikah hanya memandang Eve dengan perasaan simpati. Dia tahu betapa terseksanya Eve selepas tahu adiknya meninggal dunia.
Afikah:`kau dah sedia berdepan kenyataan?"
Eve:`Ya, aku dah sedia. Antara mimpi dan realiti, aku pilih realiti."
Albert, Fazrin, Renno, Adrian dan Faizul masuk ke kelas. Kebetulan cikgu tidak masuk kelas kerana ada mesyuarat. Mereka dapat berbincang dengan aman.
Eve:`Albert, kau dan aku tahu kenapa kita putuskan perhubungan kita. Aku memang tak nak berjumpa lelaki itu tapi setelah apa yang berlaku. Aku harus menuntut hak aku, Albert."
Albert:`Aku tahu. Maafkan aku , Eve."
Eve:`Maafkan aku, Al."
Albert:`Tidak apa bah."
Eve:`Albert adalah adik sepupu aku sebelah ayah kandung aku."
Fazrin:`Bukankah itu bermaksud kamu berdua tak boleh berkahwin?"
Eve:`Ya." ( sedih )
Eve Nur Afrina memandang Albert dan cuba memegang tangan Albert tapi Albert menepisnya dan memeluk dirinya sendiri. Eve sedar, Albert sangat sakit mendengarnya, mendengar kembali sebab kenapa mereka tidak bersama lagi.
Albert:`Ya, aku sepupu dia. Nama aku Albert Nieyl Kayes. Anak kedua daripada 4 adik-beradik. Ayah saya Nieyl Kayes, adik kepada ayah Eve, iaitu Noah Kayes."
Renno:`Macam mana kamu tahu kamu adalah sepupu?"
Eve:`Itu tak penting bagaimana kami dapat tahu. Sekarang yang penting adalah saya ingin ambil hak saya sebagai anak pertama daripada isteri pertama."
Renno`Kau nak balas dendam?"(nada marah)
Eve:`Oh, saya tak layak ambil hak saya? Dia ayah saya tapi tidak pernah pedulikan saya kerana perempuan perampas itu dan anak-anaknya. Balas dendam ? bila-bila masa sahaja boleh buat tapi kali ni saya cuma nak ambil hak yang telah dirampas mereka. Bukannya membalas dendam! Kalau mahu balas dendam, kenapa saya tak buat pada kau,Renno?"
Renno:`Err,,, maaf."(tunduk malu.)
Eve:`terpulang pada kalian. Saya cuma nak ambil hak saya, bukannya membalas dendam pun. Salahkah?"
Fazrin:`tak salah, lagipun Eve memang ada hak ."`
Afikah:`Ya, tak salah Eve mahu jumpa bapak dia ba."
Faizul:`saya pun setuju."
Adrian:`saya pun."
Renno:`ok, saya setuju."
Eve:`Albert?"
Albert:`Ya, saya setuju. Lagipun, memang patut pun dari dulu,Eve."
Eve:`Ya.. baguslah tu."
Eve Nur Afrina memandang wajah Albert dengan sayu. Dia tahu, dia tak akan dapat berundur setelah dia mengambil keputusan sedemikian rupa. Dia akan kehilangan Albert.`sakit, sakit,sakit.." suara itu keluar lagi dan menyakitkan kepala Eve.
Eve:`Kamu dengarkah ?ada orang yang kesakitan."
Fazrin:`Tiada..cuma khayalan kau saja tu." mereka terkejut namun cuba untuk bertenang. Fazrin tahu, Eve mengalami sindrom yang sama dengan Evni dahulu.
Eve:`Sakitttttttttttttttttttt...!"Eve menjerit kesakitan dan Fazrin terus memeluk Eve dan cuba untuk menenangkannya.
Fazrin:`Bertenang dan tidurlah." membelai kepala Eve.
Lama-kelamaan Eve bertenang dan tertidur. Cikgu Marsha pun datang dan mengarahkan Eve dibawa ke bilik kesihatan.
Renno mengangkat Eve dan Fazrin membantu untuk mengangkat barang Eve. Cikgu Azli datang dan melihat keadaan Eve Nur Afrina yang menyedihkan itu.
Air mata cikgu Azli bercucuran dan jatuh di pipi. Yang paling terkesan adalah Cikgu Azli , beliau sangat merindui telatah nakal Eve yang menghiburkan itu. Cikgu-cikgu yang lain turut merasai kekosongan apabila Eve Nur Afrina tiada. Pelajar-pelajar lain turut merasa sedih dengan keadaan Eve itu.
Tiba di bilik kesihatan, Eve dibaringkan dengan berhati-hati. Renno menangis manakala Fazrin kelihatan ketakutan melihat perubahan Eve Nur Afrina. Ya,Fazrin takut kehilangan Eve sepertimana dia kehilangan Evni Eviana. Pertemuan mereka adalah takdir, Evni tidak pernah berjumpa Eve tapi Fazrin pernah. Ianya adalah tugas Fazrin untuk melindungi Eve.
Fazrin:`Renno, tolong setuju dengan apa yang Eve ingin lakukan."
Renno:`tapi Faz, ianya tak baik lah."
Fazrin:`Tak baik apa? Betul apa yang Eve katakan. Dia dan Evni sepatutnya mendapat hak untuk disayangi oleh ibu bapa mereka. Kau tahu kah apa yang telah dilalui oleh mereka selama ini?"
Renno:`Aku tak tahu."
Fazrin:`dan kau tak pernah jumpa mendiang. Kau tak kenal dia. Aku akan pastikan Eve berjumpa keluarga kandungnya."
Renno:`Baiklah."