Eve Nur Afrina
Entah berapa lama aku terlelap. Rasanya, kali ini aku dapat tidur dengan senang dan selesa. Jikalau tidak, aku terpaksa melakukan banyak kerja untuk memenatkan diri. Agaknya,aku di hospital sebab baunya sama dengan bau hospital. Aku membuka mataku dengan payah. Aku pengsan sekali lagi?
Fazrin:`Eve, kamu ok?"
Eve:`saya ok. Kenapa saya di sini?"
Fazrin:`Kami terpaksa membawa kamu ke Queen 2 sebab keadaan kamu, Eve."
Eve:`Saya kenapa?"
Fazrin:`Kamu mengalami kesukaran untuk makan kan?"
Eve:`Manada oh. Saya ok sahaja, saya selalu makan. Cuma masa tu, saya terluka tangan. Takkanlah, saya mahu makan? Banyak darah ba."
Fazrin:`Ya, betul tu tapi dah berapa lama kamu tak makan?"
Eve:`Saya ada makanlah."
Renno:`Tipu! Doktor yang periksa kata kau dah lama tak makan dengan betul dan makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja selama ini. Kalau kami tak bawa ke sini, kami tidak akan tahu!"(marah)
Eve:`Diamlah! Kau siapa nak marah aku,ah?"(marah)
Renno:`Memang aku bukan siapa-siapa bagi kau tapi aku…" aku tak dapat menghabiskan ayatku sendiri. Aku takut.
Eve:`Kau apa,ah?"
Renno:`walau apapun, kau tak patut buat diri kau macam ni. Kenapa kau tidak makan,Afrina?"
Eve:`Sebab? Kau tak layak untuk tahu!"
Renno:`Boleh tak jangan macam ni?" (menangis)
Eve:`Hei? Kenapa ko nak nangis-nangis pula ni?"
Renno:`Tolong jaga kesihatan diri ba.." sambil marah, aku menangis. Ya,sakit hati aku dibuatnya.
Eve:`Ok, jangan nangis. Ok?"
Aku tak tahu nak kata apa pada mereka berdua, rahsia aku tidak makan telah diketahui orang. Sebenarnya, aku tak mahu sesiapa tahu terutama Renno.
Dia masih sayangkan aku tapi pada masa yang sama menyakiti aku apabila cemburu menguasai dirinya. Ya, dia obses tentang aku tanpa dia sedari. Agaknya, itulah sisi gelap dia. `His dark side". So pathetic.
Fazrin:`Renno, sabar. Jangan nangis dulu, ok?"
Renno:`Tapi, keadaan dia sangat teruk, aku risau!"
Fazrin:`Ya, sabarlah dulu."
Renno terduduk dan Eve Nur Afrina teringatkan seseorang iaitu kekasih pertamanya, Albert apabila ternampak seseorang lelaki yang berbaju merah berdiri di belakang Renno.
Albert seorang lelaki yang muda setahun daripada Eve. Eve memang menggilakan Albert tapi lelaki itu telah meninggalkan sekolah semasa Eve Nur Afrina berumur 14 tahun. Albert pindah ke Labuan kerana keluarganya pindah sana.
Albert:`Eve?"(terkejut)
Eve:`Albert?"(turut terkejut)
Fazrin dan Renno:`Apa?"
Fazrin:`Apa kau buat di sini?"
Albert:`Fazrin, kau juga di sini?"
Fazrin:`Ya, sebab Eve terpaksa masuk hospital. Saya sama Renno yang menghantarnya."
Albert:`oh, macam tu."
Fazrin:`Kau pula buat apa sini?"
Albert:`Abang aku, Alex ditahan hospital sejak minggu lepas."(sedih)
Eve:`Kau okay?"
Albert:`Okay ba Eve. Kenapa kau boleh kena tahan hospital ni?"
Eve:`aku pengsan sebab tak cukup makan."
Albert:`Kau ni. Jangan tak makan nanti sakit."(lembut)
Eve Nur Afrina tidak dapat menahan sebak dan menangis. Semua terkejut dan cuba mendekati Eve tetapi Albert menghalang dan memeluk Eve Nur Afrina dengan erat dan membisikkan ` nangislah sekuat hati , aku ada di sini untuk Eve".
Renno terasa ingin memukul Albert tetapi ditahan sahaja kerana dia sedar dia tidak layak dan bukan sesiapa untuk Eve.
Eve menangis sekuat hatinya sambil memeluk Albert, hatinya terasa lega kerana akhirnya Albert kembali semula ke sisinya.
Sedikit sebanyak, Eve merasa selamat dengan adanya Albert di sisi. Mereka berpisah bukan kerana ada masalah cuma kerana Albert tidak mahu Eve Nur Afrina menunggu Albert.
Albert perasan bahawa Eve Nur Afrina sudah mengurus dengan banyak dan wajahnya semakin serupa dengan seseorang yang Albert kenal iaitu Evni Eviana.
Albert:`Eve, kau kenal Evni Eviana tak?"
Eve:`Ya, kenapa?"
Albert:`Dia pernah kata bahawa dia ada kakak di sini."
Eve:`Ya, aku kakak kembar dia."
Renno dan Fazrin tersentak mendengar pengakuan Eve Nur Afrina. Albert pula menangis dan melepaskan pelukannya. Dia terdiam seketika.
Albert:`Aku harus mengaku, Eve. Abang aku Alex telah melakukan kesalahan besar kepada Evni Eviana 2 tahun lepas."(mengelap air mata)
Eve:`apa dia buat?"(berhenti menangis)
Albert:`aku tak sangka kau adalah kakaknya. Maafkan abang Al, Eve?"(merayu)
Eve:`Apa dia buat pada adik aku,Evni?"
Albert:`Dia bercinta dengan Evni dan meninggalkan Evni dengan cara yang teruk."
Eve:`Diakah yang buat adik aku bunuh diri?"
Albert:`Ya, abang Alex yang buat Evni sampai bunuh diri dengan menggantungkan dirinya."
Eve:`Al, kenapa Alex buat Evni macam tu sekali?"
Albert:`Al tak tahu. Tu kena tanya dengan abang. Tapi abang masih tak sedarkan diri."
Eve:`Al, kenapa biarkan dia buat begitu kepada Evni?"(marah)
Albert:`Al tak sangka ianya akan jadi macam ni. Tolong maafkan Al,Eve."
Eve:`Sudahlah, bukan Al yang bunuh dia."
Fazrin:`akak kenapa tak beritahu kak Evni dah meninggal dunia?"
Eve:`akak tak boleh ! akak takut akan menangis depan kamu semua kalau akak beritahu."(menangis)
Semua terdiam dan tidak bercakap sesama mereka. Mereka hanya memandang Eve.
Eve:`Mata yang aku ada sekarang bukan milik aku. Aku buta, Al. Ianya milik adik aku. Tiga hari selepas adik aku meninggal? Aku mengalami kemalangan di sekolah hingga menyebabkan aku buta."
Albert:`Apa?"(terkejut)
Eve:`Nasib baik Evni belum dikebumikan. Oleh itu mereka memasukkan mata Evni kepada aku, ianya padan dan tidak rosak."
Renno:`Afrina,maaf. Aku tak sengaja!"
Eve:`cukup! Aku tak mahu dengar lagi,Renno. Semua kenangan tu yang kembali sebentar tadi amat menyakitkan. Aku harap kamu semua rahsiakannya."
Renno:`Kau tahu? Kau dah ingat?"
Eve:`Ya. Aku dah ingat kejadian itu.puas hati?"
Renno:`aku tahu aku salah. Jangan risau, kami akan jaga rahsia kau."
Eve:`dan jangan beritahu sesiapa tentang Evni, ok? Al, jangan beritahu abang kau sekali. Ok?"
Albert:`Baiklah."
Eve:`Fazrin, aku minta maaf. Tolong jangan beritahu sesiapa. Boleh?"
Fazrin:`Baiklah."
Eve:`terima kasih. Aku harap kau akan beritahu tentang Evni, adik aku yang dah lama aku tak jumpa itu."(menangis sedikit)
Fazrin:`Baiklah Eve .. maaf sebab marah kau tadi".
Eve:`takpa, Rin. Kami berpisah semasa 3 atau 4 tahun. Ayah kandung kami bercerai dengan ibu kami semasa ibu kandung kami masih hidup. Setelah melahirkan aku dan Evni, ibu kami jatuh sakit dan tak lama kemudian meninggal dunia. Keluarga ibu kami memberikan kami kepada keluarga angkat kerana tidak mampu dan datuk nenek kami sudah uzur. Keluarga aku berlainan dari Evni. Keluarga aku sangat tegas dan berfikiran tidak terbuka. Semasa aku dengan mereka? Tiada satu kali mereka izinkan aku berjumpa sama Evni. Bagi mereka, orang kristian adalah orang yang tiada tuhan tapi sebenarnya mereka silap, mereka sendiri jahil tentang agama Islam. Sekarang aku hidup seorang diri selepas abang angkat aku meninggal dunia. Mereka pindah dan hanya memberikan duit belanja kepada aku setiap bulan. Mujur ibu angkat Evni tahu nombor aku dan memberitahu pasal Evni dan mereka yang menguruskan pengebumian Evni di sebelah kubur ibu kami. Sebab itu, aku sempat dibedah kerana mereka di sini. Kubur Evni di sini,Rin."
Fazrin:`Jadi kenapa Eve mahu ke Labuan?"
Eve:`Aku ingin lihat tempat dia dibesarkan, tempat adik aku sekolah. Sejujurnya, aku tidak tahu sedikitpun pasal dia."(air mata mengalir)
Albert:`Mana ayah kandung kamu berdua?"
Eve:`Aku tak tahu dia di mana!"(marah)
Albert:`Eve tak nak kah mencari dia?"
Eve:`Tak mungkin! Adik aku mati, di mana dia? Mak aku mati, di mana dia?"
Albert:`walau macam mana pun dia tetap ayah kau, Eve."
Eve:`Apabila adik aku mati, dia dah kehilangan haknya Al. Aku tak dapat maafkan dia,Al.."
Albert:`Eve, mana Eve yang dulu?"(teriak)
Eve:`Mati bersama Evni"(tersenyum).
Albert terduduk. Dia betul-betul terkejut dengan jawapan Eve. Gadis naif dan baik hati yang dikenalinya dulu telah hilang.
Ya, hilang bersama adik kembarnya,Evni. Kesalahan Alex kepada Evni adalah ketika Evni memerlukan Alex selepas keguguran anak Evni bersama Alex, abangnya meninggalkan Evni.
Sejujurnya Evni sangat mencintai Alex lebih dari segala-galanya. Albert ingin Eve mengetahui sendiri apa yang berlaku dari mulut Alex sendiri.
Tidak menyangka bahawa Evni adalah adik kembar Eve, Albert hanya membiarkan abangnya merosakkan Evni dan meninggalkannya.
Fazrin:`Eve, jangan biarkan diri kau dikaburi dendam."
Eve:`Susah, Rin. Kadang kala aku tak dapat mengawal diri aku lagi. Kau tak tahu betapa aku nak jumpa Evni, kau tak tahu betapa aku sakit ingin jumpa kembali adik sendiri tapi dia dalam keadaan begitu! Tiada siapa yang tahu!"
Albert:`Sayang, maafkan Al. Okay?"(menangis).
Eve:`Takpalah. Lupakan dulu. Saya harus tenangkan diri dulu,ok?"
Semua menggangguk tanda setuju.Eve Nur Afrina baring dan menutup matanya, cuba untuk melelapkan diri.
Albert mengusap kepala Eve hingga Eve tertidur. Matanya menunjukkan kesayuan dan rasa cinta untuk gadis yang pernah dia cintai sebelum itu.
Ya, dia tidak dapat melupakan Eve Nur Afrina Noah walaupun banyak cara yang dilakukan untuk melupakan gadis itu. Eve adalah cinta pertama Albert dan juga merupakan kekasih pertama Albert.
Serta-merta kenangan mereka yang dulu dan cara mereka berkenalan terimbas di kotak ingatan Albert. Tiada sesiapa tahu disebalik penampilan Eve dahulu, Eve Nur Afrina adalah seorang gadis yang baik hati dan suka menolong orang susah yang tidak mempunyai rumah.
Cuma Albert sahaja tahu dan disebabkan itu, Albert jatuh cinta kepada Eve Nur Afrina Noah, baginya hati Eve lebih cantik daripada perempuan cantik diluar sana. Renno hanya melihat kemesraan yang ditunjukkan Albert kepada Eve dan Fazrin pula mengingati saat-saat terakhir dia bersama Evni Eviana.