Chereads / Unforgivable ( Melayu Sabahan ) / Chapter 8 - Chapter 8

Chapter 8 - Chapter 8

Aku harus melihat tempat di mana adik aku dibesarkan dan tempat dimana dia membunuh dirinya. Ya, aku akan cari lelaki yang membuat dia sanggup membunuh diri.

Fazrin:`Kak!"

Eve:`Ya? Kenapa?" tanpa aku sedar, aku telah mematahkan sudu plastik dan ianya melukakan tangan ku sendiri.

Fazrin:`Kenapa ni?" Fazrin mengambil sapu tangan dan mengikat luka di tanganku.

Eve:`Tak sedar, maaf."(tunduk) aku tak boleh menangis, aku harus tahan.

Eve:`Saya nak ke tandas sekejab. Maaf ya?" kataku sambil membuang makanan yang penuh dengan darah. Betapa sakitnya hati aku menahannya.

Sampai sahaja di tandas, aku mencuci muka aku dengan air. Aku memandang cermin, mengamati mataku.

Sangat besar , jauh berbeza dengan aku. Aku yang dulu memiliki mata berwarna coklat saiz biasa tapi mata adik aku adalah mata berwarna hitam dan besar.

Alangkah bagus jikalau aku dapat melihat wajahnya dan memeluk dirinya seperti Fazrin memeluknya. `Sakit , sakit , sakit." kataku sambil memeluk tubuh.

Afikah:`Eve, cepatlah keluar."

Eve:`Ok, jap."

Aku memperkemaskan semula baju dan rambut aku. Aku harus kelihatan sempurna di depan semua orang, tiada satu cela patut ada. Aku adalah Eve Noah, bukan Eve Nur Afrina.

Afikah:`Kau ok kah? Nampak pucat ni."

Eve:`Oklah."(senyum)

Kami berjalan seiring dan sambil tersenyum , aku terlihat tangga dimana aku terjatuh. Aku memeluk lengan Afikah, takut dan trauma hampir menguasai aku sekali lagi tapi aku cuba melawannya.

Afikah:`takpa, aku ada Eve."(senyum)

Eve:`Terima kasih."

Fazrin:`Kak Eve ok tak ni?"(bimbang)

Afikah:`dia ok fazrin, cuma perlu rehat."

Fazrin:`baiklah."

`Sakit, sakit, sakit…" Sesuatu dalam minda aku mengulang perkataan sakit itu banyak kali.Aku harus melawannya. Harus! Penglihatan ku semakin kabur ,tolonglah. Aku harus kuat, tapi.`Gelap". semuanya menjadi gelap.

Semua orang terkejut, Renno memegang Eve dan cuba membangunkannya tapi tidak bangun.

Eve telah pengsan, Renno mengangkat Eve dengan berhati-hati kerana mereka berada dekat dengan tangga, tangga di sekolah mereka memang agak curam dan tinggi.Renno mengangkat Eve hingga ke bilik guru dan meminta kebenaran untuk membawa Eve ke klinik terdekat.

Klinik

Hanya Fazrin dan Renno sahaja yang ke klinik untuk menghantar Eve. Keadaan Eve tidak begitu kritikal namun tetap sahaja membimbangkan kerana kejadian dahulu telah melemahkan Eve Nur Afrina. Renno mengangkat Eve ke bilik kecemasan dengan segera dan doktor mengarahkan mereka berdua keluar. Hampir setengah jam berlalu, doktor akhirnya keluar dan mengarah mereka masuk ke bilik doktor.

Doktor:`Siapa antara kamu saudara Eve Nur Afrina?"

Fazrin:`Tiada, kami adalah rakan sekolah dia sahaja. Kenapa?"

Doktor:`Keadaan dia sangat membimbangkan, seharusnya dihantar ke hospital pakar seperti hospital Queen 2."

Renno:`Maksud doktor? Membimbangkan dari segi apa?"

Doktor:`Pemeriksaan awal menunjukkan ada simptom pesakit anorexia. Jika tidak dirawat awal? Ianya akan bertambah teruk serta nampaknya kecederaan lamanya turut memberi kesan."

Farin:`Anorexia?" biar betul?

5 tahun lepas. * flashback*

Sekali lagi kakak Evni Eviana dimasukkan ke hospital sebab tabiat pemakanannya yang tidak betul hingga dia disahkan pesakit anorexia.Kakak Evni seorang yang sangat cantik tapi mengalami masalah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Dia disukai ramai orang dan seorang yang ceria. Atau keceriaannya hanya sebuah lakonan?

Fazrin:`Kak Evni, ok kah?"

Evni:`Ok lah, jangan bimbang."(senyum)

Fazrin:`Kakak sedang ingat pada siapa tu?"

Evni:`Pada seseorang yang telah lama terpisah. Separuh jiwa akak ada pada dirinya."

Fazrin:`Siapa?"

Evni:`Kakak kembar akak lah ,Rin. Dia selalu ada di hati akak tak kiralah berapa lama kami terpisah."

Fazrin:`Akak ada kembar? Wahh.. mesti dia cantik seperti akak, kan?"

Evni:`Tak tahu. Mungkinlah,akak dah nak 10 tahun tidak jumpa dia."

Fazrin:`Lamanya kamu tidak jumpa?" aku terkejut..

Evni:` Ya. Dia ada di Kota Kinabalu, Sabah. Sebab itu kami tidak berjumpa,Rin."

Sekarang.

Doktor:`ya. Harus mendapat rawatan segera sebelum terlambat." kata doktor sebelum kami keluar .

Fazrin:`Renno, Eve ada adik tak?"

Renno:`Tiada, dia anak bongsu dari dua adik-beradik. Abangnya telah meninggal dunia beberapa tahun lepas sebab kemalangan motorsikal."

Fazrin:`yakah? " Tak mungkin ada dua gadis yang begitu serupa kecuali mereka adalah kembar. Perbuatan dan penyakit pun sama sahaja. Mustahil! ( fikir Fazrin )

Renno:`Kenapa, Fazrin?"

Fazrin:`Aku rasa Eve dan Evni adalah adik-beradik kembar."

Renno:`Mustahil, Fazrin. Kamu ni terlampau obses dengan Evni."

Fazrin:`Evni pernah berkata pada saya dulu bahawa dia ada kakak kembar yang tinggal di sini,Renno."

Renno:`Apa?"(terkejut)

Fazrin;`ya, mereka berpisah."