Eve Nur Afrina.
Aku melihat semua calon adik adik untuk pelajar tingkatan 6 Bawah. ``Semua sudah berkumpul di sini, terbaiklah!'' kataku dalam hati.
Fazrin:`Hai Kak Evni? Tak sangka akan berjumpa kembali dengan kakak selepas 4 tahun.'' Memeluk Eve dengan erat sekali.
Eve melepaskan pelukan Fazrin dan menampar Fazrin dengan kuat sekali. *pakk*
Eve;`Kau siapa nak peluk-peluk aku ah?" (marah)
Fazrin:`Kak, kalau marah pun janganlah tampar Rin macam ni. Rin kan adik kesayangan akak?"(buat muka comel).
Eve:`Aku tiada adik lelaki, faham?"
Fazrin:`Kak jangan cakap Rin macam tu.''(menangis)
Mood aku memang tak baik, sesuka hati dia nak peluk aku. Panggil aku Evni lah panggil aku kak Evni? Memang mencari pasal. Kejab, Evni? Semua orang kasihan kepada Fazrin, Adrian memeluk Fazrin dan memujuk Fazrin agar tidak menangis.
Eve:`Evni Eviana?"
Fazrin:`Ya, kenapa kak? Bukankah itu nama akak"(bingung)
Eve:`tak, dia saudara sepupu saya." aku hampir menangis tapi aku menahan rasa sedihku itu.
Fazrin:`oh, patutlah akak marah saya peluk akak. Saya Fazrin, minta maaf sebab peluk akak."(senyum)
Budak kecil ni memang comel seperti Cha Eun Woo walaupun ketinggian dan badan seperti pelakon komedi Lee Kwang Soo. Sangat comel disertai dengan lesung pipit. Memang `taste' aku.
Kalau lah aku dapat memukul badan yang begitu sempurna? Pasti, aku tak dapat tidur kerana sibuk menyempurnakan badan dia dengan `cinta' gila aku. " hehe" ( dalam fikiran )
Eve:`Takpa. Lain kali jangan peluk saya macam tu lagi. Ok? Saya Eve Nur Afrina Abdullah Noah."
Fazrin:`Wah, nama kamu berdua hampir sama. Evni Eviana Noah. Wajah kalian berdua seperti anak kembar, comel."
Eve:`Wajah kami memanglah sama. Dah namanya sepupu."
Fazrin:`Tapi saya dengan abang sepupu saya, Adrian tidak serupa pun ?"(muka bingung)
Eve:`Haha.. bukan semua serupa ,ok?"(tersenyum hambar)
Semua terkejut melihat senyuman Eve Nur Afrina yang sangat cantik itu. Boleh dikatakan itu adalah kali pertama Adrian, Renno dan Faizul melihat senyuman Eve.
Eve:`Baiklah, junior-junior sekalian . Sesi suai kenal kita sudah sampai ke penghujungnya. Selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar tingkatan 6, welcome to hell."
Afikah:`Hey? Jangan kasi takut adik-adik kita lah... haha"
Semua ketawa dan perjumpaan kami berakhir dengan gelak ketawa daripada semua orang. Betapa merimaskan.
Mereka semua sangat plastik. Ketawa seolah-olah ianya lucu. Sedangkan, itulah hakikat hidup yang sebenar. Kenapa perlu ketawa sampai begitu sekali? Pelik.
Eve:`Fikah, jum pergi kantin. Lapar oo sia".
Afikah seorang yang tidak banyak mulut dan tidak suka memburukkan orang,sebab itu aku boleh bersabar dengan dia. Aku boleh berkawan dengannya.
Afikah:`bah, jomlah eve."
Fazrin:`Kak eve?"
Eve:`Apa dia, budak kecil?"
Fazrin:`Hehe, akak ni. Saya dah besar, bukan budak lagi."
Eve:`Tetap budak. Haha, nak apa?"
Fazrin:`Nak pi kantin sama akak lah ba.."
Eve:`Boleh tapi…"
Fazrin:`apa dia?"
Eve:`Tanya kak Fikah kita ni.."
Fazrin:`Boleh tak?"(buat muka comel)
Afikah hampir ketawa melihat muka Fazrin dan gayanya yang comel itu dan cuma angguk kepala sahaja.
Fazrin:`kejab, saya panggil sepupu saya sama kawan-kawannya."
Ya, Adrian sama Renno dan Faizul. Kombinasi terbaik sekali, mahu saja pukul si Fazrin ni. Kenapa dia nak bawa mereka bertiga sekali dengan kami berdua?
" Sabar, Eve. Sabarlah Eve. Kau harus berlakon dan buat-buat tak kenal mereka jikalau tidak? Ianya sia-sia sahaja." kataku dalam hati.
Fazrin:`Perkenalkan, ini Adrian abang sepupu saya, ini Renno dan Faizul."(senyum)
Eve:`Hai.''(senyuman palsu)
Adrian:`Senpai apa kabar?"
Eve:`Apa dia? Tak faham."
Adrian:`mustahil senpai tak faham? Dulu senpai selalu membawa buku kamus bahasa jepun."
Eve:`Yakah? Tak ingat, sorry lah."
Benda macam tu kau masih ingat? Terbaiklah Adrian. Walau kau lebih hensem daripada Fazrin dan yang lain tapi perbuatan kau tidak dapat aku maafkan. Ya, terutama kau dan Renno.
Renno:`Orang kata Afrina telah hilang ingatan, Rian."
Eve:`Tolong panggil saya, Eve. Ok?"
Renno:`Baiklah."(terkejut)
Afrina adalah nama islam aku tetapi aku lebih rela dipanggil Eve.Ya, nama asal aku adalah Eve Noah.
Sekurang-kurangnya nama Eve hampir sama dengan kembarku, Evni Eviana Noah dan aku takkan melupakan saudara kembar yang telah pergi kerana kekejaman lelaki. Aku akan mengingati dia dengan nama kami berdua.
Renno:`Eve, bukankah nama tu bukan nama islam? Kenapa nak tukar pula?"
Eve:`Takpa ba, memang aku mualaf pun. Lagipun maksudnya baguslah."
Renno:`Oh, baiklah."
Adrian:`Senpai apa kabar?"
Eve:`Baik. Jom pi kantin. Lapar suda sia"
Semua mengikuti aku dan berjalan di belakang. Afikah memegang lenganku dan berbisik `eve,ok ka kau?". Aku hanya senyum kepada dia. Hanya tuhan tahu betapa susah aku menahan rasa marah dan berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Fazrin:`Akak eve, kenapa telinga akak merah?"
Eve:`Yakah? Tak tahulah."
Fazrin:`macam kak evni, kalau marah atau sedih kah? Telinga akak evni juga akan memerah."
Eve:`Yakah, Wah, sama pula kami dua ah? Nanti Rin boleh beritahu cerita tentang Evni Eviana kepada akak tak?"
Fazrin:`Boleh kak"(senyum)
Rupanya telinga kami berdua sama sahaja apabila marah atau sedih. Sangat menyedihkan apabila memikirkan bahawa aku tak boleh menyaksikan sendiri persamaan kami berdua. Betapa menyakitkan tapi aku harus berlagak biasa, tiada sesiapa boleh melihat aku menangis atau lemah lagi. Aku harus kuat!
Fazrin:`Kakak ok?"(memegang dahi)
Eve:`Oklah, yang ko pegang kepala sia ni kenapa?"
Fazrin:`macam mau demam jak.. panas ni kepala .."
Eve:`Oklah. Mungkin cuaca ba.."
Masing-masing membeli makanan sendiri dan aku masih tidak tahu apa patut aku makan, aku betul-betul tidak mempunyai selera sama sekali.
Masalah ini aku hadapi sejak daripada kejadian itu, sebaik sahaja aku tersedar daripada koma, aku memang tidak memiliki keinginan untuk makan namun aku paksa untuk makan di depan orang dan memaksa diriku untuk makan sekali sehari.
Doktor kata ini adalah efek daripada kemalangan tersebut, aku masih trauma namun sampai bila aku harus begini?
Fazrin:`Nak makan tauhu telur tak? Kak evni suka makan tauhu telur bersama nasi dan sayur campur."
Eve:`Nak…. boleh saja."
Hebat, dia ingat makanan kegemaran adik aku. Tapi aku? Aku tak tahu.
Eve:` uncle, saya mahu nasi putih sama sayur dan tauhu telur jepun satu. Berapa?"
Uncle:`cuma rm4 sahaja."
Eve:`Terima kasih uncle, nah rm4."
Aku membawa makanan tu ke meja kami. Ramai junior memandang aku dengan perasaan cemburu kerana kami berdua dapat duduk dengan lelaki-lelaki kacak .
Bodohnya, dasar betina mereka ni. Pasal itu pun nak cemburu, mentaliti betina sahaja yang akan berasa cemburu kerana hal remeh-temeh itu. Kalau cemburu pasal aku pandai , tidak mengapalah.
Fazrin:`Sedap kan?"
Eve:`Ya. Boleh tahan ni."
Fazrin:`Kak evni sentiasa makan tu selalu masa rehat."
Eve:`ko suka Evni kah?"
Fazrin:`Ya. Saya akan kawin dengan dia selepas saya habis sekolah."
Adrian:`Kau ni.. ingat pasal kawin pula.hahah"
Semua orang ketawa dan aku hanya diam. Aku malas menunjukkan apa-apa reaksi kepada hal itu. Mungkinkah, Fazrin orang yang melukakan hati adik aku?
Eve:`Bila last ko jumpa Evni?"
Fazrin:`Sudah lama. Dah 4 tahun tidak berjumpa, kenapa?"
Eve:`Ko tak balik labuan lagi lepas tu?"
Fazrin:`Tak pernah tapi akan cuba pergi labuan nanti."
Eve:`Jumpa dia?"
Farin:`Ya. Haha"
Eve:`boleh ikut kah?"
Semua orang terkejut. Memberikan reaksi tidak senang.
Eve:`aiyoo… of course kita pergi beramai-ramai. Bukan berdua, ok rin?"
Fazrin:`Oh, kalau macam itu? Tidak apalah. Ok ba". ( senyum sambil makan )