Dua tahun lepas.
Renno;`Afrina!'' berlari ke arah Eve.
Renno memegang kepala Eve Nur Afrina yang berlumuran darah. Tudung putih Afrina kini merah berserta baju sekolahnya yang putih itu.
Kepalanya terkena besi semasa terjatuh di tangga serta terlanggar tiang. Bagaikan air terjun tangga itu kerana darah Eve yang semakin banyak mengalir.
Semua orang terkejut dan mengerumuni mereka bertiga, Sheila pula ketawa terbahak-bahak melihat darah Eve Nur Afrina yang semakin banyak itu.
Tiada siapa mempedulikan Sheila masa itu kerana mereka lebih tertumpu pada Afrina, cikgu mulai datang dan terkejut dengan pemandangan yang mengerikan itu, salah seorang cikgu menelefon ambulans. Renno menanggalkan tudung Afrina dengan berhati-hati.
Boleh lihat kepalanya mengalami kecederaan serius dan kulit kepalanya terkoyak besar. Mata kanan Eve pula tercucuk dengan kayu yang digunakan untuk memancang di tanah.
Renno mengoyakkan bajunya untuk dijadikan kain untuk mengikat luka Eve daripada terus mengalir. Ambulans tiba 10 minit kemudian , keadaan Afrina semakin teruk.
Tanpa berlengah lagi, pihak ambulans membawa Afrina ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan segera.
Adrian hanya terdiam dan kaku sepanjang masa itu, ketakutan untuk kehilangan Afrina membuatkan dirinya terdiam seribu bahasa dan tidak mampu membuat apa-apa.
Manakala, Renno pula cuba sedaya upaya untuk membantu agar Afrina selamat.Dia tahu itu salahnya, tapi dia kuatkan dirinya untuk tidak panik dan memberikan bantuan kecemasan terlebih dahulu.
Dia tidak menyangka, kecuaiannya mengancam nyawa gadis paling dia sayang. Ya, dia berbuat sedemikian kerana termakan fitnah Sheila, kawan rapat Eve Nur Afrina.
Sheila dan Adha telah menyebarkan cerita bahawa Eve Nur Afrina pernah menjual badan di luar sekolah gara-gara mencari duit.
Adha pula mengatakan bahawa disebabkan Eve, Teddy meninggalkan Sheila. Disebabkan itu, Sheila telah menyebarkan cerita palsu itu hingga Renno menjadi cemburu.
Ya, selama ini Renno senantiasa menidakkan perasaannya kepada Eve Nur Afrina kerana malu dengn kawan-kawannya. Namun, setelah kejadian melihat Afrina menangis , Renno meluahkan rasa cintanya dengan mencium Afrina.
Namun, Sheila dan Adha telah meracuni fikirannya. Kesalahan yang dilakukannya sangat besar dan tidak mungkin melembutkan hati Eve Nur Afrina yang telah `mengeras" seperti batu.
Adrian.
*perbualan telepon*
Renno:`Rian, kau dah memohon ke sekolah lama kita itu?"
Adrian:`Ya. Kenapa bro?"
Renno:`Afrina masih disana." *bipppp* (Panggilan terputus.)
Eve Nur Afrina masih disana? Dia, agaknya macam mana sekarang? Aku telah diterima masuk ke sana, bermakna aku akan berjumpa dia tak lama lagi.
Adakah dia akan maafkan lelaki pengecut seperti aku? Yang tak mampu berbuat apa-apa untuknya? Maafkan saya, senpai.
Tempat Faizul.
Aku akan masuk kembali ke sana , tempat yang pernah aku menjalani zaman remaja yang tak mungkin akan dapat aku lupakan.
Ya,banyak sekali kenangan. Aku mengambil masa yang agak lama untuk kembali. Aku sebenarnya, baru berhenti daripada kolej Cosmopoint Kota Kinabalu,Sabah.
Oleh kerana aku sering ponteng kelas untuk kerja sambilan, aku telah dibuang dari kolej.
Ibu saya menjadi marah dan menyuruh aku berhenti dari kerja-kerja sambilan dan meneruskan pelajaran di sekolah menengah sebagai pelajar tingkatan 6.
Alamak,entah apa pandangan mereka semua pada aku sebagai bekas pelajar terbaik yang terpaksa sambung belajar di sana kerana dibuang kolej?
Fazrin.
Esok adalah hari pertama aku di sekolah. Tak sangka akan berjumpa dengan abang sepupu aku, Adrian. Dah 6 tahun kami tak bertemu, kami sebaya tapi dia lahir terlebih dahulu daripada saya dan kemungkinan besar kami akan sekelas.