Chereads / You and Me Never / Chapter 40 - 40.

Chapter 40 - 40.

Lepas mandi dan bersihkan diri semua, Aster bersama dengan mama dia dan mak saudara dan kakak sepupu yang lain tolong bantu masak-masak di dapur sementara orang lelaki dekat luar berborak sesama mereka.

Tepat jam makan malam, semua orang dah mula berkumpul dekat laman berumput dimana meja panjang berada. Semua hidangan kemas tersusun sepanjang meja itu. Cukup untuk memuatkan 15 orang dewasa dan kanak-kanak.

Seperti biasa suasana meja makan itu akan sibuk dan riuh dengan budak-budak dan suara orang berborak. Ramai-ramai dekat situ cuma Aster dan Ashton je yang diam dekat situ.Makan tak makan. borak tak borak. Macam zombie pun ada.

Mana taknya, semua orang dekat situ gembira sungguh lepas ingat Aster adalah teman wanita kepada Zander. Zander pulak boleh dia berlagak macam dah lama duduk dekat situ. Dengan ramah berborak dengan pakcik makcik datuk nenek Aster dekat situ dengan selamba.

Seorang tengah bingung.

Seorang tengah jengkel.

Tapi tak ada seorang yang perasan kecuali yang seorang itu.

"Kenapa tak makan?"tanya Zander dekat sebelah kiri Aster.

Aster pandang tak percaya ke Zander. Masa macam ni lelaki ni masih boleh makan? Serius la? "Apa yang senior cuba lakukan ni"bisik Aster dengan nada tak percaya.

"Saya buat apa?"soal Zander.

Aster pandang sekeliling dia. Semua orang tengah sibuk hal masing-masing. "Datang ke sini?Panggil saya sayang?Serius?Senior cuba balas dendam ke apa ni?"

Zander capai gelas berisi air kosong lalu disisipnya sedikit sebelum diletakkan semula lalu memandang Aster. "Kebetulan sebenarnya...saya ada urusan pajak tanah dekat-dekat dengan kawasan ni..."

Aster pandang tak percaya. Apa kaitannya dengan keberadaan lelaki ni dekat sini?"Maksud senior...senior jalan-jalan dekat sini kemudian sampai dekat rumah datuk dan nenek saya?Macam tu?"

Zander ketawa lalu letakkan tangan ke belakang kerusi Aster. "Of course la tak. Saya datang ke sini lepas cuba cari awak dekat kolej tapi awak tak ada. Jadi saya cuba tanya kakak yang jaga perpustakaan tempat awak kerja. Dia beritahu saya awak tak sihat jadi family awak bawak awak ke kampung datuk dan nenek awak untuk rehat. Lepas tu dia berikan alamat ni pada saya. Itu yang saya ada dekat sini."

Mata Aster terbutang luas lepas dengar. Pergh! Meremang bulu roma bhai! "Kenapa Kakak Lucy jugak yang senior cari?"tak percaya la! Macam tipu je. "Dia bagi alamat macam tu je?"

Masa tu dua orang budak sekitar usia 3-5 tahun berlari dekat belakang kerusi mereka berdua sambil ketawa girang. Buatkan Zander pandang lagat dua orang budak itu sekejap.

PAP!

Satu tamparan hinggap dekat peha Zander ila lelaki tu tak fokus. "Senior..saya tanya ni..menung pulak."desis Aster.

"Auw.."aduh Zander sambil tersenyum masa gosok tempat tamparan Aster tadi. "Ganas la awak ni...ya saya dengar. tapi kan...Best la keluarga awak ni. Meriah..."komen Zander yang lari dari topik.

Aster buat muka tak faham. Geram pun ada. "Ih...dia ni..di tanya mengelat pulak."

Zander ketawa kecil bila tengok muka marah Aster. "Ya...hari tu..saya terdengar perbualan awak dengan Kak Lucy...tentang family ke apa..tak ingat. Dari situ saya teringat. Lepas tu saya cakap dekat Kak Lucy yang saya ni boyfriend awak dan risaukan awak. jadi dia berikan alamat tu."

"Dah kenapa senior cakap macam tu?"desis Aster dengan geram.

"Memang betulkan saya boyfriend awak...Boy-Friend. Kawan lelaki."sengih Zander dengan jahat.

OH MY GOD!

Aster terus julingkan mata kejengkelan dengan kenyataan itu. Nampak sangat lelaki ni cuba permainkan semua orang dekat sini!

"Itu kata senior...macam mana dengan family saya?Mereka anggap senior kekasih saya...ingat kelakar ke semua ni?"soal Aster sambil berkerut kening tak puas hati.

Zander lurutkan jari pada kerutan di kening Aster dengan senyuman di bibir. "Chill...jangan la marah. Saya cuma nak tahu sama ada awak dah maafkan saya belum. Lagipun saya dah beritahu awal-awal, selagi awak tak terima saya sebagai kawan selagi tu saya akan dekati awak dan tanya soalan tu..."

Nafas Aster tertahan sekejap bila jari tu sekali lagi sentuh dia. Wo! Hold up bro! "Sampai ke sini senior datang semata nak tanya soalan tu?"

Zander jungkit bahu. "Saya seorang lelaki yang tetap pada pendiriannya."jawab Zander dengan bangga.

"Oh gosh!"Aster picit batang hidung dia sebab pening dengan semua ini.

Sumpah dia betul-betul bingung dan terkejut yang amat sekarang ni.

Ashton dekat seberang meja yang sejak tadi memerhati terus bangun dari situ. Dia campak napkin yang ada di ribanya ke atas kerusi dengan kesal.

Mama Aster yang perasan akan hal itu pandang ke arah Aster dan Zander yang saling bersemuka dan berborak semasa mereka dengan mesra.