Sambil mengeluarkan buku Aster kerling ke jadual yang ditampal pada pintu lokar itu. Dah dekat lima hari dia tak masuk kelas. Entah apa je la yang dia dah tertinggal sepanjang cutinya.
Kata Ashton, lelaki tu yang tolong beri alasan pada pihak kolej mengenai ketidakhadirannya. Tak tahu la alasan apa yang digunakan, harap-harap jangan yang pelik-pelik sudah.
"Aster!" suara Fiena menyapa telinganya.
Sambil sumbat buku dalam beg, dia tutup pintu lokar tu lalu toleh ke sisi nak pandang. Tak sempat nak pandang pun, tubuh dia terus diterpa.
Umph!
Macam dibelit rasanya bila Fiena peluk badan dia erat-erat.
"Ha-hai..."tepuk Aster pada belakang badan Fiena dengan nafasnya tertahan-tahan.
"Kau tak apa-apa..."sebut Fiena sambil tekup.kedua-dua pipi Aster lalu dibelek dengan teliti.
Kening Aster berkerut sikit bila di gonyoh dengan Fiena macam tu sekali."Ya..aku okay." kata dia sambil turunkan tangan tu dari pipi dia. Urgh!
"Macam mana dengan surgery kau?"soal Fiena masa tunduk pandang ke bawah.
Huh?"Surgery?"tanya Aster sambil pandang ke bawah. Apa yang Fiena tengokkan?
"Aku dengar kau kena apendix...?"Fiena jungkit kening sebelah kanan masa pandang Aster.
Oh!
"Aku okay."banyak-banyak alasan, alasan itu jugak yang digunakan. Aster tersengih terpaksa.
"Risau aku...aku ingatkan something berlaku dekat kau...lepas dua hari kau tak masuk kelas, lecturer baru beritahu kau tak dapat sebab kena tahan wad."
Aster ketap gigi sewaktu memandang Fiena. Kalau la Fiena tahu...
"Jom la masuk kelas."ajak Fiena sambil rangkul lengan Aster.
Tanpa berkata apa-apa, Aster ikut langkah Fiena dan mendengar celoteh ceria rakannya itu.
Sampai saja dalam bilik kuliah, semua yang dah ada dalam kelas pandang ke pasangan duo itu dengan minat. Akhirnya, selepas hampir seminggu hilangkan diri muncul jugak cik adik seorang ni.
Sejak Aster tak ada, kelas mereka ni dah macam apa. Lagi-lagi sebab Fiena dan Azriel. Dua orang tu saling menjeling dan suka berkata kasar kalau salah seorang bercakap. Mesti gaduh!
Aster pandang sekeliling kelas itu dan bertemu mata dengan beberapa orang rakan sekuliahnya. Dengan ringan dia beri senyuman dan anggukan sapa pada mereka di situ.
Lalu mata dia terarah pada kerusi dimana Azriel selalu duduk. Dengan gaya majesty dan beraura dingin seperti biasa, lelaki tu duduk sandar sambil pandang ke skrin telefon.
Seperti tahu diperhatikan Azriel pun angkat kepala sebelum dia ternampak Aster turut sedang memandang dia.
Cepat-cepat Aster pandang tempat lain sebelum tiba di meja kosong lantas duduk disamping Fiena.
"Aku dah siapkan nota dan simpankan kertas latihan untuk kau...nanti habis kelas ikut aku." ujar Fiena."Aku terbawak sekali ke rumah. Lupa nak bawak sebab aku ingat kau masuk kelas isnin nanti. Tup-tup hari jumaat kau datang.."kata Fiena masa selesakan diri di kerusi.
Aster cuma diam, dia tak kuasa nak cakap banyak-banyak bila dalam kelas. Jadi dia sibukkan diri dengan keluarkan buku dan set up laptop dia untuk bersedia.
"Kau dengar tak?"Fiena jengah kepala ke sisi bila Aster tak respon.
"Hm."angguk Aster.
Fiena tersenyum senang, namun senyuman dia hilang bila ternampak Azriel tengah pandang ke tempat mereka. Atau lebih tepat lagi, ke Aster.