Pendek ceritanya satu hari tu Aster luangkan masa dekat kolej untuk siapkan kerja dia sambil ditemani Fiena. Dah habis satu kelas, satu kelas mereka hadiri. Kemudian Aster pergi ke perpustakaan untuk ha is semua latihan dan nota yang dia tinggalkan sepanjang masa cuti. Dah siap, semua kerja tu dihantar ke pensyarah.
Petang macam tu baru la semua kerja Aster selesai.
"Aku tunggu kau dekat luar tau.."pamit Fiena pada Aster.
"Okay."angguk Aster sebelum belok ke kiri untuk ke lokar. Nak simpan semua buku dalam sebelum balik.
Disebabkan waktu dah petang, koridor tu tak sibuk macam biasa. Budak-budak lain semua dah balik tak pun luangkan masa dengan aktiviti kelab masing-masing.
Jadi masa Aster sampai depan lokar, tak ada sesiapa pun dekat lorong tu.
Aster masukkan pin kod pada lock lokar dia lalu dibuka pintu lokar tu. Bukak saja pintu tu, Aster di sapa dengan sesuatu yang diletakkan tegak menghadap dia.
Terus Aster pandang kanan dan kiri dia dengan terkejut. Siapa pulak yang letak ni?
Hairan melihat telefon bimbit hitam skrin sentuh itu, Aster pun capai la telefon tu. Dia pusingkan telefon tu nak pastikan betul ke benda yang dia pegang ni telefon.
Brit!Brit!
Melatah terus Aster bila telefon tu berdering secara tiba-tiba sampaikan dia hampir nak tercampak telefon tu.
Brit!Brit!
Setelah berjaya pegang telefon tu elok-elok, Aster hadapkan skrin telefon tu depan muka dia. Ada panggilan masuk!
Tak pasti sama ada dia patut jawab atau tak, Aster tenung skrin tu buat sementara waktu.
Siapa pulak yang letak telefon ni dalam lokar dia?
Macam mana mereka boleh dapatkan kombinasi nombor pin kod keselamatan dia?
Dan siapa punya nombor dekat skrin ni?
Brit!Brit!
Tak berhenti dari berdering, Aster sentuh butang hijau pada skrin itu lalu ditekap ke telinganya.
"Hello?"sapa dia sambil masukkan buku dalam lokar.
Krik!Krik!Krik!
Tak ada satu suara pun dalam panggilan tu.
Dengan muka tak faham Aster pandang skrin telefonnya. Dia termute ke?Tak ada pulak..asal tak dengar apa-apa?
"Hello?Siapa ni?"tanya Aster sewaktu tutup pintu lokarnya semula lalu berpaling pergi dari situ.
Siapa yang berikan telefon ni pada dia?
Ashton?
Fiena?
Ke
Zander?
Tapi takkan la.
Kalau Ashton atau Fiena yang bagi tak pelik la.
Kalau Zander? Pelik dekat situ.
Tapi macam mana boleh ada dekat dalam lokar?
Dia orang boleh je bagi terus dekat dia.
"Hello?"tanya Aster lagi semasa dia hendak belok ke kiri dia semula. Namun tubuh dia terlanggar sesuatu dari arah bertentangan sebaik dia membelok.
Terkejut dengan pelanggaran itu, Aster pegang orang di depannya sebagai sokongan sebelum sandar ke badan itu dengan nafas tertahan.
"Oh my..."sebut Aster sewaktu seimbangkan badan dia dan tolak dirinya dari orang di depannya. "Maafkan saya..."ucapnya sambil tunduk selak rambut ke belakang telinga.
Sambil bawa telefon ke telinga semula, Aster pandang ke depannya untuk bersemuka dengan orang yang di langgarnya.
"Awak tak apa-apa..."tanya Aster sambil dengar suara yang sama melalui telefon di telinganya.
What the heck?!
Macam baru jumpa hantu, Aster pandang terkejut ke depannya bila sedar yang suara dia dengar tadi adalah suara dia, dan orang di depannya pula memegang telefon.
Itu bermakna....
Damn!
Azriel pandang Aster dengan renungan dingin dan serius sambil turunkan telefon dari telinga lalu diputuskan panggilan yang dibuatnya itu.
"Oh my god!"sebut Aster yang terus undur ke belakang dengan telefon yang dia jauhkan darinya. "Awak yang punya phone ni?"tanya dia. "Sumpah...saya tak curi...ianya ada di dalam lokar saya."Aster cubit telefon dengan dua jari lalu di hulur ke Azriel.
Mata Azriel pandang telefon dekat tangan Aster sebelum jalan dekati Aster dengan kedua-dua tangan berada dalam poket seluar.
"Sumpah. Saya tak curi...ianya ada dalam lokar saya.."undur Aster dengan takut sambil pandang Azriel yang jalan ekori dia.
"Stop!"arah Azriel dengan nada mendatar serius dia.
Terus berhenti Aster lepas dengar. Dia tak tahu kenapa, tapi apa je yang Azriel buat atau cakap buatkan otak dia tak boleh berfungsi dengan betul.
Tiga langkah dari Aster, Azriel berhenti. dia berdiri melangit depan gadis yang tingginya paras bawah dagunya. "Mama hantar aku ke sini untuk sampaikan perkara ni dekat kau..." ujarnya dengan nada jengkel.
Kepala Aster tersentak dongak memandang Azriel lepas dengar. "Huh?"nganga dia kebingungan. Sampaikan apa dekat dia?
Azriel buat muka seperti memaksa diri sebelum palingkan kepala ke kanan. "Aku minta maaf." ucap dia acuh tak acuh. Leceh betul!
"Huh?"Aster pandang terkejut ke Azriel. Dia salah dengar ke apa?
Sambil melepaskan keluhan kesal, Azriel pandang Aster sambil kening berkerut serius."Dengar...kalau mama tanya kau sama ada aku dah minta maaf atau belum..better kau jawab ya. Atau tak. Aku susahkan hidup kau lebih dari aku buat sebelum ni.."ugutnya sambil tunding jari ke depan hidung Aster.
Mata Aster pandang jari tu sebelum ke mata Azriel. Termangu sekejap dia pandang muka handsome Azriel. Macam tak percaya je. Lelaki menakutkan ni minta maaf dekat dia?
"Lagi satu...itu telefon ganti yang aku rosakkan hari tu. Aku save nombor mama dan rumah...yang lain tu pandai-pandai la kau uruskan....jadi-"Azriel berhenti bercakap bila dia perasan Aster tengah ternganga melihat dia tak berkedip sejak tadi. "Hei...kau dengar tak ni!"sergahnya.
Terkedip mata Aster lepas tu, dia terus tutup mulutnya. Pantas mengangguk kepala mengiyakannya.
"So...datang kerja balik ajar Elisson..dah tiga hari dia tak nak keluar bilik, mama cakap selagi kau tak balik ke rumah dia, dia takkan izinkan aku pakai kereta sendiri atau keluar rumah."luah Azriel dengan wajah bercemberut tak puas hati.
Aster tersengih sebelum meledak ketawa. Dia letak kepalan penumbuk dekat depan mulut sambil sebelah tangan peluk perut dia sebab senak. "Ahahaha...sorry...ahahaha.."ketawa Aster masa pandang Azriel yang seperti orang baru kalah perang.
Azriel ketap gigi menahan sabar dari melenting dekat situ. Semua ni salah mama dia. Buat dia rendahkan ego dia untuk mintak maaf pada perempuan menyusahkan depannya ini. Urgh!
"Aku buat lawak badut ke dekat sini...asal kau gelak."sentap Azriel dengan geram. Ketawa pulak. Tahu tak dia tengah malu sekarang ni! Tak pasal-pasal kena minta maaf bagai. Menyusahkan!
Sambil cuba sober kan diri dari ketawa, Aster berdiri tegak semula lantas seka air mata dari tepi mata sebab ketawa. "Kenapa awak minta maaf?"soal Aster.
Azriel beri renungan 'memang nak kena minah sorang ni kejap lagi' pada Aster lepas dengar soalan tu."Mama kata kau tak datang rumah sebab salah aku yang mana aku rasa maybe salah aku...jadi dia suruh aku pujuk kau...aku tak nak okay. Aku terpaksa! So jangan nak melebih..."
Sambil geleng kepala tak percaya, Aster tersenyum semasa memandang Azriel."Ambil balik telefon ni. Cakap dekat mama awak, saya akan mula mengajar minggu depan." dengan dada berdebar, Aster capai tangan Azriel lalu diletakkan semula telefon tu ke atas tapak tangan lelaki tu.
Azriel pandang telefon tu lalu ke Aster dengan muka blur sekejap.
Aster cepat-cepat tarik tangan dia dari terus sentuh tangan tu. Fuh! "Pergi dulu" Aster terus lari anak meninggalkan Azriel. Mak! Nak melompat keluar jantung dia! Ingatkan lelaki tu nak mengamuk lagi macam hari tu depan dia.
Meremang bulu roma Aster. Jantung dia waktu ni dah berdegup kencang macam dia baru buat larian maraton je!