"Azriel...lakukan sesuatu...adik kamu akan cedera!"rayu Tiara sambil cengkam kuat lengan anak lelakinya itu. Sudah la suaminya tiada di rumah kerana outstation, boleh pulak anak bongsunya buat perangai macam ni.
Azriel hadang mama dia dari terkena barang yang dilemparkan oleh adik lelakinya sejak tadi. Habis tunggang langang bilik tu.
Asalnya, dia datang nak bawa adik dia makan lepas maid yang bertugas gagal untuk pujuk adik dia makan. Sekali dia masuk, pandang je muka dia Elisson terus naik angin. Marah-marah sambil menangis dengan tertekan sekali.
Azriel tak faham apa yang adik lelaki dia marahkan. "Sudah la tu Eli.."minta dia masa sebuah buku di lempar ke arah dia. Cepat-cepat dia tepis buku tu dari mengenai mama dia dekat belakangnya.
Elisson yang keberangan itu tarik kasar kain cadar katilnya lalu di campak ke lantai. Dia marah. Dia marah sebab Aster mungkiri janji. Aster kata takkan tinggalkan dia macam orang lain buat. Dan sekarang Aster tak datang lagi. Semua ni salah dia. Sebab dia kebisuan dan pekak yang dia dapat! Disebabkan itu orang tak sukakan dia. Anggap dia satu beban yang memalukan! Dia tak tahan dengan kekedapan dan sesak di dada dia sekarang. Dia nak menjerit tapi tak ada suara yang keluar. Itu menambahkan lagi rasa marah dia.
Tiara yang kerisauan itu sudah menangis menekup mulut. "Ya Tuhanku...lakukan la sesuatu."minta dia bersama linangan air mata semasa lihat anak lelaki dia baling lampu stand sebelah katil ke lantai dengan berang.
Dan waktu itu la, muncul suara lembut itu dari belakang.
"Puan...?"
Terkejut dengan suara itu, Azriel dan Tiara toleh ke belakang mereka dengan serentak. Mereka pandang terkejut ke arah gadis yang mengenakan kemeja biru cair tuck in ke dalam skinny jean putih dan mengikat rambut satu ke belakang di depan mereka itu.
"Aster!"terpa Tiara tanpa berlengah ke tubuh Aster. Dia peluk Aster sebelum di lepaskan. "Tolong saya...tolong Elisson. Dia akan cederakan diri dia..."nangis Tiara dengan terdesak sekali.
Aster tenung wajah risau Tiara dengan hati serba salah. Salah dia sebab tak datang. Kalau dia datang ke sini dengan kerap. mungkin Elisson tak meragam seperti ini. "Tak apa...puan tunggu sini..biar saya uruskan.."ujar Aster sambil seka air mata dari pipi tu dengan lembut.
Azriel yang perhatikan tingkah Aster melayan mama dia diam di situ.
Aster jalan dekati Azriel hendak masuk ke ruangan itu, dan masa itu la dia terdengar suara kecil dari lelaki tu.
"Hati-hati."sebut Azriel.
Hampir nak berhenti jantung Aster bila dengar. Dia pandang Azriel sekilas sebelum maju ke dalam lagi ke bilik itu. Dan sebaik dia berdiri dekat tengah bilik tu, Elisson ketika itu sedang memijak-mijak PC dekat lantai.
Tanpa rasa takut atau gentar, Aster berdiri beberapa langkah dekat dengan Elisson dengan kedua-dua tangan terangkat sedikit di sisi. "Elisson.."panggil dia dengan perlahan. berharap budak itu akan menyedari kehadiran dia.
Elisson angkat kepala lepas perasan ada yang berani berdiri depan dia. Bersama mata basah dengan air mata, dia pandang wajah itu dengan dada berdegup sakit.
Aster beri isyarat pada Elisson sambil tersenyum bersalah. "Maaf sebab lambat datang."kata Aster.
Terus mencerun marah. Elisson berpaling dari situ lantas mengambil benda pertama yang dia nampak dekat depan matanya. Iaitu figurine robot transformer dia. Capai saja benda tu, dia lemparkan objek itu ke Aster sekuat hati kerana marah. Dia nak perempuan ni keluar.
Objek itu melayah laju ke arah Aster tanpa sempat dia elak. Lantas objek itu mengenai tepat ke dahi Aster dengan impak yang kuat.
ZRAP!
"Ah."Aster mengaduh serta merta sambil memejam mata sekejap. Takut dia kalau kena mata. Mujur la tak!
"Aster!"panggil Tiara dekat belakang dengan cemas bila lihat Elisson baling barang dekat Aster.
Disebabkan Aster berdiri membelakangkan mereka, Azriel tak nampak apa reaksi Aster waktu itu hanya berdiri di situ. Dia tak nak keruhkan lagi keadaan.
Elisson yang elok hendak mengamuk itu terus berdiri tegak bila Aster dengan senyuman di bibir pandang dia sedangkan dia dah cederakan kakak tu.
"Akak tahu kamu marah...akak minta maaf. Akak janji akak takkan buat lagi.."kata Aster sambil beri bahasa isyarat pada Elisson dengan perlahan-lahan. Sambil tu dia jalan dekati adik itu.
Mata Elisson terarah pada dahi kiri Aster yang sedang mengalirkan darah dari tepi kepala. Hatinya menjadi sedih bila tengok Aster dekati dia sambil minta maaf. Tak sepatutnya dia marahkan Aster. Semua ni salah dia. Salah dia sebab susahkan orang lain dengan kelemahan yang dia miliki.
"Maafkan akak Elisson...akak salah. Tolong jangan marah lagi atau kamu akan cederakan diri kamu."isyarat Aster lagi lepas dia berdiri dekat dengan Elisson yang sudah kembali bertenang itu.
Terus meraung tanpa suara Elisson lepas Aster dekat dengan dia, secara automatik baru la dia rasa betapa penatnya badan dia waktu itu. Tak tahu nak macam mana lagi, Elisson terus terpa Aster dan peluk sekeliling pingang itu sambil tersedu sedan semasa gerak hendak terduduk di situ sebab penat. Dan sekelip mata semuanya menjadi gelap gelita.
Sambil tersenyum lega, Aster ikut terduduk sama dengan Elisson sewaktu memeluk tubuh kecil itu. Dengan lembut kepala itu di usapnya. "Maafkan akak Elisson."ucap Aster lagi. "Rehat la..."dodoi dia masa tepuk belakang badan tu bila perasan Elisson sudah tidak sedarkan diri dalam pelukannya. Mungkin kerana terlalu letih dengan tekanan yang dihadapi, Elisson terus pengsan tak pun tertidur.
Tak lama selepas keadaan menjadi senyap dan bertenang, beberapa orang maid dan butler berjalan masuk ke dalam ruangan itu setelah diarahkan oleh Tiara setelah lihat Aster berjaya tenangkan anak lelakinya.
Azriel orang pertama yang dekati dua orang itu lantas berlutut di sebelah Elisson hendak dapatkan adiknya. Tapi niat dia terhenti bila mata dia terarah pada keadaan Aster. Tak lama selepas itu, Tiara pula yang dekati mereka.
"Anak mama..."nangis Tiara masa cuba dapatkan Elisson dari pelukan Aster.
"Dia tertidur.."maklum Aster masa bawa Elisson ke dalam pelukan Tiara.
Sambil menangis sedih, Tiara peluk Elisson dalam dukungan dia. "Terima ka-"terus terdiam Tiara lepas dia pandang Aster. "Aster...kamu cedera.."katanya dengan wajah bungkam kerana terkejut.
"Huh?"Aster yang langsung tak sedar akan kecederaan dia pandang hairan ke Tiara. "Cedera?"
Tiara tepuk tepi lengan Azriel lekas-lekas. "Sudah...kamu bawa Aster keluar dari sini. Biar mama dengan yang lain uruskan semua ni. Bantu Aster bersihkan luka dia tu."gesanya.
Aster tersentak, dia pandang gelabah ke Azriel lepas dengar. "Eh...tak perlu. Saya boleh lakukannya sendiri."tolak dia cepat-cepat.
Tiara membuat muka serius. "Jangan degil...nanti melarat pula luka kamu tu. Biar Azriel bantu kamu..pergi sana. Apa pula kata mama kamu nanti bila tengok kamu balik dalam keadaan luka begini."desak Tiara.
Aster bukak mulut nak membantah, tapi Azriel terlebih dahulu bersuara.
"Ikut sini."ajak Azriel yang sudah bangun dari situ.
Aster dongak memandang Azriel dengan muka terkejut yang amat sangat.
Tiara sibukkan dirinya dengan Elissson. Dia usap pipi halus itu dengan kasih lalu dikucup bersama linangan air mata sedih. Berkali-kali dia ucap maaf pada anaknya. Salah dia sebab gagal jadi ibu yang baik.
"Cepatlah..."Azriel terus tarik lengan Aster dan paksa Aster bangun dari situ bila Aster melangut macam apa dekat situ.
"Ta-tapi sa-"kata Aster tergagap-gagap sebab gementar.
Azriel pun terus tarik Aster bersama keluar dari bilik tersebut.