Chereads / You and Me Never / Chapter 46 - 46.

Chapter 46 - 46.

Sebaik sahaja Aster keluar dari bangunan, kereta Fiena sudahpun sedia terparkir di depan pintu masuk itu. Jadi dia keluar je, Aster terus gerak ke kereta Fiena dan masuk ke dalamnya dengan perasaan berdebar kerana pertembungan dengan Azriel tadi.

"Dah?"tanya Fiena masa tunduk menaip sesuatu di skrin telefon.

Aster pandang Fiena sambil mengenakan seatbelt. "Dah...sorry lambat."ucapnya di balik nafas.

"Tak apa...so. Aku nak bawak kau pergi rumah aku ni. Kau okay kan?"Fiena palingkan badan ke tempat duduk belakang mengambil sesuatu sambil tu.

Aster pandang ke depan dengan renungan termenung dia. Masih tak percaya yang Azriel datang mintak maaf dekat dia sampai berikan telefon bimbit padanya.

"Nah..untuk kau."Fiena serahkan satu beg kertas kepada Aster lalu di letakkan atas riba gadis itu.

Tersentak dengan beg kertas di atas pehanya, Aster tunduk memandang beg tersebut dengan kening berkerut. "Apa ni?"tanya dia sebelum angkat kepala dan paling ke kanannya.

Fiena tersenyum senang. dia hidupkan enjin kereta dan mula memandu keluar dari situ. "Well, memandangkan kau tak ada telefon, aku hadiahkan kau satu. Anggap la itu sebagai hadiah awal birthday kau.."ujarnya.

Aster seluk tangan ke dalam beg itu dan mengeluarkan satu kotak telefon jenama mahal lalu di letakkan semula dalam beg itu. "Aku tak boleh terima ni..."tolak dia mentah-mentah.

Senyuman Fiena pudar sedikit. "La...kenapa pulak. Tak cantik ke?"

"Bukan macam tu..aku cuma tak boleh terima. Ianya terlalu mahal. Aku boleh beli sendiri telefon tu..kau tak payah susah-susah belikan untuk aku...lagipun birthday aku dah lama lepas.."kata Aster lagi.

Fiena melepaskan hela nafas panjang lantas tersenyum senang. "Kau tahu As, ramai-ramai kawan yang aku ada, kau adalah orang pertama yang tolak pelawaan aku. Semua yang kenal aku, kalau aku bagi hadiah atau belanja dia orang something ke apa, dia tak pernah tolak apa lagi bantah...kau...dengan senangnya tolak semua ni?"

Aster tunduk pandang telefon dalam beg kertas itu dengan kening berkerut serba salah. Sebab mama dia ajar, tak kira susah macam mana sekalipun hidup mereka, sedaif mana sekalipun keadaan mereka, jangan sesekali meminta, mengharap atau menerima bantuan orang lain. Selagi mampu dan berdaya, dapatkannya sendiri. Jangan harapkan prihatin orang lain untuk survive dalam hidup ni. Dan paling penting, jangan biarkan orang kasihankan dekat kita atau simpati.

"Sorry."ucap Aster dengan perlahan. "Aku just tak boleh."

Fiena pandang ke sisinya, melihat reaksi Aster yang kelihatan dalam dilemma. Lantas dia kembali pandang ke jalan. "Apa yang buatkan kau tak boleh terima pemberian aku?"

"Aku tak suka berbudi dengan orang lain..even kalau yang berikannya itu kawan aku sendiri."jawab Aster dengan jujur. "Kau kalau nak terus berkawan aku, berhenti berikan aku sesuatu. Aku tak perlukannya.."arah Aster sambil tunduk meletakkan beg kertas itu ke belakang semula.

Fiena yang dengar ketawa kecil.

"So kau ugut aku ke apa ni?"

"Beritahu...bukan ugut."balas Aster kembali pandang ke depan.

"Aster-Aster..."geleng Fiena sambil tersengih tak percaya. "Ambik je...itu hadiah birthday kau la. Aku bagi bukan sebab kesian ke apa...jangan nak mengada-ngada fikir yang bukan-bukan."

Aster diamnkan diri, dia hanya termenung pandang ke jalan. Eloknya macam ni. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mana la tahu ada something berlaku antara dia dan Fiena. Sampaikan mereka gaduh atau bermusuhan atau apa je la. Kan tak ke susah nak ganti balik, nak bayar balik untuk semua apa yang Fiena dah belanjakan dekat dia. Baik sediakan payung sebelum hujan.

Mata Fiena kerling ke sisinya sekali lagi bila Aster diam tidak memberi respon terhadap kata-katanya.

"Kau tak nak la ni?"tanya Fiena.

"Terima kasih...tapi aku tak apa-apa. Aku boleh uruskannya sendiri."kata Aster dengan mendatar.

"Kalau kau cakap macam tu, aku pun boleh cakap macam ni...."sengih Fiena dengan jahat. "Selagi kau tak terima hadiah aku, selagi tu aku akan desak kau sampai kau terima apa saja pemberian aku...sama ada kau buang ke bagi orang lain, aku akan tetap berikannya kepada kau sampai kau terima...."ugut Fiena pula.

Terus berkerut kening Aster mendengarnya. Asal macam familiar ya dengan cara Fiena bercakap. Dari mana dia dengar?De'ja vu?

"Kau ugut aku?"

"Beritahu bukan ugut.."ajuk Fiena yang ikut balik apa yang Aster cakapkan tadi.

Menjuling menyampah Aster bila dengar.

Fiena senyum senang. Well, nampaknya pilihan dia tak salah. Aster sememangnya orang yang tepat untuk jadi kawan dia. Bukan macam orang yang berebut nak kawan dengan dia sebab nak dapat nama dan populariti dan kesenangan semata. Dia nak kawan dengan orang yang kawan dengan dia sebab nak berkawan bukan sebab ada interior intention macam orang lain.