Sambil termenung, Aster sental pinggan mangkuk dekat dalam sinki tu. dia masih tertanya mengenai kehadiran Zander ke situ. Kenapa Zander sanggup datang ke sini?Lelaki seperti Zander...jumpa gadis biasa yang tak ada yang menariknya seperti dia.
Well...biasanya lelaki macam Zander ni tastenya mestilah gadis yang berlatar belakang bagus macam Fiena. Hah..baru la dia tak hairan. Ini tak...aneh bin pelik betul.
"Jauh menung.."tegur suara lembut di sisinya. "Sampaikan kamu sental apa pun tak
nampak tu.."
Aster tersentak. Dia pandang ke sinki, ingatkan dia sental pinggan, rupa-rupanya tangan maksunya sendiri. Dengan kalut Aster lepaskan tangan maksunya dengan muka terkejut. "Oh..sorry aunt."ucap dia.
Mama Ashton tersenyum."Tak apa." dia tunduk lap pinggan yang telah siap di basuh. Lama suasana diam menghuni antara mereka berdua. Sebelum dia bersuara semula. "Betul ke anak muda tadi teman lelaki kamu?"
"Huh?"Aster pandang terkejut ke maksunya lepas dengar soalan tu. "Eh...tak ada la. Aunt jangan ambil serius. Senior Zander hanya bergurau je. Kami bukan pasangan kekasih. Dia bukan teman lelaki saya. Dia saja cakap macam tu nak kenakan saya."
Kening maksu Aster lepas dengar. "Oh iya ke?Aunt ingatkan kamu dah berpunya."
"Ih..ke situ pulak..siapa la nakkan saya ni..dah la tak pandai bergaya...biasa-biasa pulak tu." seloroh Aster masa tunduk membilas pinggan dan sudu yang dia telah sabunkan tadi.
Maksu Aster yang dengar tersenyum. "Mana ada...kamu cantik apa orangnya. Orang buta pun boleh sukakan kamu..."selorohnya.
Aster ketawa mendengar komen itu. "Amboi aunt..melambung betul pujian tu.."
"Dah memang betulkan.."ujar mam Ashton lagi.
Aster kembali tunduk menyambung kerja mencucinya. Semua orang dah balik rumah masing-masing. Yang tinggal hanya keluarga Aster dan Ashton saja dalam rumah tu. Memandangkan sanak saudara tinggal dekat area tu jugak.
"Aunt tanya je tau...tak ada maksud apa-apa ya."ujar mama Ashton hadapkan badan ke Aster.
Aster palingkan kepala ke sisi lepas dengar. Dia matikan paip air sambil itu. "Apa dia?"
"Apa pendapat kamu mengenai Ashton?"
HUH?Dah kenapa timbul Ashton pulak ni.
"Ashton? Kenapa dengan dia?"soal Aster dengan kening berkerut sedikit.
"Yalah...apa pendapat kamu mengenai anak aunt. Bagus ke tak, suka ke tak, baik ke tak..."
Alamak....dah apa pulak lagi ni. "Okay je. Macam orang lain jugak."
"Kamu suka Ashton?"soal mama Ashton secara direct.
"Mesti la suka..kalau tak adanya sampai sekarang kami bersama.."jawab Aster dengan nada hairan.
"Maksud aunt suka yang suka bukan suka sebagai kawan ke keluarga ke abang ke.."
Terus terjatuh span dari tangan Aster lepas dengar soalan itu. Tak pernah dia terlintas akan hal tu dalam fikiran dia selama ni. Apa yang dia rasa terhadap Ashton hanya la hubungan abang dengan adik. Tak lebih tak kurang. Lagipun mereka berduakan keluarga. Buat apa dia nak ada rasa suka dekat saudara sendiri. Anak adik kepada papa dia lagi tu."Saya tak tahu nak cakap macam mana bila aunt tanya direct macam ni..."sengih dia dengan kekok.
"Haha...ya ke. Maaf la...apa la aunt ni kan..tanya soalan macam tu."mama Ashton tepuk mulut sendiri sambil tersengih serba salah.
Tiba-tiba Papa Ashton muncul dari depan pintu dapur. "Sayang...tolong saya carikan baju saya...tak jumpa ni."mintanya.
"Ah..ya. Kejap."sambut mama Ashton masa pandang ke belakang. Dia kemudiannya pandang Aster semula. "Tunggu ya. Aunt uruskan pakcik kamu dulu."pamit dia.
"Tak apa..Aster boleh buat sendiri."angguk dia.
Maksu Aster kemudian pergi dari situ lepas ramas kejap lengan Aster. Tinggal la Aster seorang dekat situ sendirian mencuci pinggan. Beberapa ketika selepas itu, ruangan dapur itu senyap dan hanya bunyi air mengalir kedengaran. Dan waktu itu la muncul kelibat itu.
Dengan senyap ia menyusup dari dinding lalu terbang melayah sebelum hinggap di peti sejuk sebelum jatuh ke lantai, ia duduk di situ buat seketika sebelum mula berjalan merentasi lantai dapur itu. Ia berjalan dan berjalan sehingga tak sengaja terlanggar kaki Aster.
Serta merta Aster berhenti bergerak sewaktu dia rasa sesuatu merayap naik ke kaki dia. Sudah la dia cuma pakai seluar pendek pangkal peha dan t-shirt longgar. Entah apa pulak yang merayap ni. Dengan muka cuak, dia tunduk pandang ke bawah.
Sekali mata dia terarah pada benda bersayap, berkaki lapan dan mempunyai sesungut panjang yang berada di betisnya saat itu. Serta merta dia tarik nafas dalam-dalam lalu luahkan segala tenaga yang terkumpul sekuatnya.
"ARGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!"melompat-lompat la gamaknya macam kena serang kutu! "Get off!Argghhh!!!!!!"jerit Aster cuba hilangkan benda alah tu dari kaki dia. Dan lepas dia jerit benda itu terjatuh dekat lantai. Namun ia tak berhenti di situ, malah ia merayap jalan mendekati Aster. Tanpa berlengah Aster terus panjat dining table tu dalam keadaan bercakung.
Masa itu la macam rempuhan haiwan liar, beberapa orang masuk ke dalam dapur dalam keadaan cemas. Ada yang hanya bertuala dengan sisa sabun dekat rambut, ada yang bawak senapang dekat tangan, ada yang pegang pencakar dekat tangan, tak lepas jugak yang pegang batang penyapu dan yang tak berbaju berdiri.
"Apa?Apa yang berlaku?"soal Papa Aster dengan pencakar dekat tangan.
"Ada apa?"soal Zander yang bertuala dan buih syampu dekat rambut.
"Mana perompak?"tanya datuk Aster dengan senapang dekat tangan.
"Asal?" tanya Ashton yang tidak berbaju.
"Ada apa Aster?"tanya Paksu Aster dengan batang penyapu.
Tanya mereka dengan serentak masa tengok dapur sebelum ternampak Aster dengan kuali leper dekat tangan bercakung atas dining table itu.
"T-t-tu...itu..."tunjuk Aster dekat tepi kabinet dapur.
"Apa bendanya?"tanya mereka.
"Ular ke..."
"Li-lipas..."sebut Aster dengan muka nak menangis dia.
Terus mereka turunkan senjata masing-masing lepas dengar. Ingatkan apa la tadi. Bertuah betul!
"Mana?"tanya Ashton yang tunduk mencari kelibat menatang tu.
Papa Aster dan Paksu Aster turunkan senjata yang mereka pegang ke bawah. "Ingatkan apa la tadi. Terkejut kami."
Zander yang sedar dirinya tak berpakaian terus undurkan diri cepat-cepat sebab malu.
Sementara datuk Aster turunkan senapang lalu gerak ke almari kecil di kanan dapur. "Alah...sembur je racun perosak..mati la dia..."
"Besar lagi kamu dari dia Aster.."ujar papa Aster masa capai penyapu lalu di hayun ke atas lantai hendak membunuh lipas tersebut.
Aster pandang lelaki-lelaki yang ada dekat dapur tu dengan ngeri. "Besar ke kecik...asal benda tu merayap, tetap menakutkan!"
"Mana...sini sembur.."atuk Aster datang dekat dengan penyembur haiwan perosak dekat tangan.
PSssss!
Tamat la riwayatnya!
"Dah..."ujar mereka.
Dengan kening berkerut Aster jengah kepala ke lantai itu untuk lihat mana menatang tu."Sure?"tanya dia.
Ashton yang jenis suka menyakat tunduk mengutip lipas itu. dia pegang sesungut lipas itu lalu diangkat ke depan Aster. "Nah...tengok sendiri dia mati ke hidup."
Terbutang luas mata Aster menengok benda itu dengan jarak dekat."Argh!!!!"teriak Aster yang terduduk ke belakang dengan mata terpejam."Jauhkan benda tu dari aku!!"
Mereka di situ geleng kepala. Tak habis-habis la dua orang ni!